Anda di halaman 1dari 9

MASTER OF USULUDDIN

(ISLAMIC THOUGHT AND


CIVILIZATION)

TUGASAN

KOD KURSUS : IOX7005

TAJUK KURSUS : MAZHAB DAN METODOLOGI

NO. MATRIK : 22081320/1

PENSYARAH : ASSOC. PROF WAN ZAILAN KAMARUDDIN


Pengenalan

Isu penggantian pemimpin atau disebut sebagai 'Khilafah' selepas kewafatan


Rasulullah SAW telah dibincangkan secara meluas oleh cendekiawan Islam dalam buku-buku
mereka. Secara etimologi, kata khilafah merupakan kata dasar yang berasal dari akar kata
'khalafa' yang memberi arti sesuatu yang datang selepas sesuatu, pengganti orang
sebelumnya atau perubahan dan pergantian yang datang kemudian1

Adapun secara terminologi, perkatan khilafah sering diguna secara berganti dengan
perkataan imamah . Ibn Khaldun sebagai contoh mendifinisikan khilafah sebagai pengganti
Nabi dalam mengatur umat. Al-Mawardi pula menggunakan istilah imamah dengan makna
lembaga pemerintahan yang bertugas sebagai pengganti Nabi Muhammad menjaga
keteraturan dan keseimbangan dalam mewujudkan perdamaian di dunia2. Sedang At-
Taftazani menggunakan istilah yang sama dengan pengertian berbeza. Katanya imamah
bererti imamah adalah sebuah kepimpinan umum dalam urusan agama dan dunia yang
berfungsi sebagai wakil dari Nabi Muhammad SAW3.

Q: Apakah terdapat sistem penggantian dalam Islam? Sekiranya ada, apakah dan
bagaimanakah sistem, prosedur dan proses sistem penggantian dalam Islam?
Sekiranya tidak, kenapakah dan bagaimanakah Islam sebagai "a way of life" dan suatu
cara hidup terunggul, tidak mempunyai sistem penggantian kepimpinan? Adakah
sepanjang hayat Rasulullah (saw) baginda tidak menunjukkan sisitem penggantian
kepimpinan, sekiranya berlaku isu dan masalah berkaitan, sama ada dalam
peperangan, perdagangan, perwakilan dan lain-lain ?

Seorang Muslim secara semulajadi merupakan seorang pemimpin sama ada dalam
konteks diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat. Rasulullah SAW sendiri sebagai contoh
memainkan begitu banyak tugas memimpin sepanjang hayat baginda. Baginda bukan sahaja
seorang Nabi dan Rasul yang bertanggungjawab memimpin ummah, malah baginda juga
ialah seorang ketua keluarga dan ketua negara. Tanpa ketokohan Rasulullah SAW memimpin
isteri-isterinya, para sahabat RA dan orang awam nescaya akan berlakulah kacau bilau di
sesuatu tempat.

Kematian seorang pemimpin menuntut kepada pegganti. Secara umumnya, penggantian


pemimpin di dalam Islam telah disebutkan dalam banyak ayat al-Quran dan hadith.

َ ُ َ َ َ ُ َۡ َ َٰٓ َ َ ۡ ُ َ ۡ َ َ ُ
4
(َّ١٤َّ‫َّب ۡع ِده ِۡمَِّلِ َنظ َرَّك ۡيفَّت ۡع َملون‬
َ ‫ۡرضَّ ِم ۢن‬
ِ ‫فقوله عز وجل )ثمََّّجعلنَٰكمَّخلئِف‬
َّ ِ ‫َِّفَّٱۡل‬

1
Ibn Faris, Abul Al-Hasan Ahmad ( 329-395 H ) : Mu'jam Maqayis Lughah, tahqiq Abdul Salam Harun, Dar Al-Fikr,
1979, Jilid Kedua, M/s 210
2
Imam al-Mawardi, Hukum Tata Negara dan Kepemimpinan dalam Takaran Islam, Cet. Ke-1 alih bahasa Abdul
Hayyie al-Kattani dan Kama- luddin Nurdin (Jakarta: Gema Insani Press, 2000), hlm. 15
3
M. Dhiauddin Rais, Teori Politik Islam, Cet. Ke-1, Alih bahasa Abdul Hayyie al-Kattani (Jakarta: Gema

Insani Press, 2001), hlm. 86


4
Surah Yunus : 14
َ ۡ َ َٰٓ َ َ ۡ ُ َ َ َ ُ
)َّ‫ۡرض‬
5
َّ ِ ‫ِيَّجعلكمَّخلئِفَّٱۡل‬ َّ ‫ ( َوه ََّوَّٱَّل‬: ‫وقوله عز وجل‬
6 َ َُُۡ َۡ ٗ َ َٰٓ َ ُ َ ۡ َ َ َ ‫ ) َول َ َّۡوَّن َ َشا ٓ ُء‬: ‫وقوله عز وجل‬
(َّ٦٠َّ‫ۡرضََّيلفون‬
َّ ِ ‫َِّفَّٱۡل‬
ِ ‫ََّلعلناَّمِنكمَّملئِكة‬

ُ َ
َّ‫الل‬
َّ َّ‫رسول‬
َّ َّ‫من‬
َّ َّ‫خي‬
َّ َّ‫منَّهو‬
َّ َّ‫ترك‬
َّ َّ‫فقد‬
َّ َّ‫أترك‬
َّ َّ‫وإن‬
َّ َّ،‫منَّأبوَّبكر‬
َّ َّ‫خي‬
َّ َّ‫هو‬
َّ َّ‫من‬
َّ َّ‫فقدَّاستخلف‬
َّ ََّّ‫َّ«إنََّّأستخلف‬:‫يقول‬
َّ7»-َّ‫َّصىلَّاللَّعليهَّوسلم‬-

Adapun secara khusus, tiada ayat Al-Quran dan hadith telah direkodkan mengenai perkara
ini. Adapun hadith-hadith yang menunjukkan kepada penggantian merujuk kepada
penggantian Nabi sebagai panglima perang, penggantian Nabi sebagai imam dan
sebagainya.

Islam adalah sebuah agama universal. Ia tidak ditanzilkan dari Allah khusus untuk segolongan
manusia pada waktu tertentu. Sebagai sebuah agama ilahiy ia mempunyai sifat-sifat istimewa
yang membezakannya dengan agama yang lain antaranya ialah sifat thabat dan murunnah.
Disebabkan itu, kita dapat melihat sebahagian hukum di dalam Islam tetap tidak berubah dan
sebahagian lagi boleh menerima ruang ijtihad.

Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya Khasais al-ammah lil Islam menjelaskan thabat dan
murunnah seperti berikut8 :

1. Tetap pada tujuan dan matlamatnya tetapi fleksibel dalam pelaksanaannya.


2. Tetap pada dasar dan kaedah umumnya tetapi fleksibel pada perkara-perkara cabang.
3. Tetap pada nilai keagamaan dan akhlak tetapi fleksibel pada urusan keduniaan dan
pengetahuan.

Konsep ini menunjukkan bahawa sebahagian perkara dalam yang berkaitan kepimpinan
bersifat tetap seperti rujukan dalam menjalankan tugas kepimpinan ,ciri-ciri pemimpin dan
sebagainya. Adapun sistem pemilihan pemimpin bersifat anjal di mana Rasulullah tidak
menetapkan metodnya tetapi telah menunjukkan kaedah umum yang perlu ada dalam proses
pemilihan pemimpin ketika hayat baginda. Justeru selepas Rasulullah wafat, para sahabat
berijtihad dalam memilih khalifah pertama dengan memakai dasar dan prinsip yang telah
baginda tunjukkan.

ASWJ bersepakat menyatakan bahawa imamah dan khilafah adalah secara pemilihan (al-
ikhtiyar) dan persetujuan (al-ittifaq)9 yang dilakukan oleh umat Islam. Abu al-Hasan al-Ash‘ari
di dalam mempertahankan alasannya mengenai pemilihan (ikhtiyar), mengatakan Ali RA dan

5
Surah Al An`aam : 165
6
Surah Az-Zukhruf : 60
7
‫ باب االستخالف‬،‫ كتاب اإلمارة‬:‫ صحيح مسلم‬.‫) عن ابن عمر‬٦٧٩٢( ‫ رقم الحديث‬،‫ باب االستخالف‬،‫ كتاب األحكام‬٢٦٣٨ /٦ :‫صحيح البخاري‬
٥٠٢ /٤ :‫ والترمذي في سننه‬.‫ ولم يعلق عليه الذهبي‬،‫) عن ابن عمر‬٤٥٢٦( ‫ رقم‬١٠١ /٣ :‫ المستدرك‬.‫) عن ابن عمر‬١٨٢٣( ‫ رقم الحديث‬،‫وترْ ُكه‬
)٢٩٣٩( ‫ باب في الخليفة يستخلف رقم‬،‫ كتاب الخراج‬١٣٣ /٣ :‫ وسنن أبي داود‬.‫) عن ابن عمر‬٢٢٢٥( ‫كتاب الفتن باب ما جاء في الخالفة رقم‬
‫ وسنن البيهقي‬.‫ إسناده صحيح على شرط الشيخين‬:‫) قال محقق الكتاب‬٢٩٩( ‫ في مسند عمر بن الخطاب رقم‬٣٩٣ /١ :‫ ومسند أحمد‬.‫عن ابن عمر‬
‫) عن ابن عمر‬٢٠٦( ‫ رقم‬١٨٢ /١ :‫ ومسند أبي يعلى‬.‫ بدون رقم‬،‫ عن عمر بن الخطاب‬،‫ باب االستخالف‬،‫ كتاب قتال أهل البغي‬١٤٨ /٨ :‫الكبرى‬.
8
https://www.academia.edu/5598349/al_Thabat_dan_al_Murunah_dalam_Islam
9
Abu Hasan Ali b. Muhammad b. Habib al-Mawardi (t.t), al-Ahkam al-Sultaniyyah. Bairut: Dar al- Kut ub al-
‘Ilmiyyah, h. 6
Abbas RA kedua-duanya telah melakukan baiah mereka kepada Abu Bakar. Beliau juga
menegaskan bahawa tidak mungkin bahawa batin ‘Ali dan ‘Abbas menyalahi zahirnya 10

Al-Shahrastani sebagaimana al-Ash‘ari menekankan bahawa imamah adalah secara ikhtiyar


dan ittifaq. Ia tidak mungkin dengan nas. Beliau berpendapat sekiranya wujudnya nas,
nescaya umat wajib mentaatinya. Sekiranya khabar (hadis) mutawatir, nescaya setiap
mukallaf mendapati dirinya wajib melakukan ketaatan kepadanya secara agama seperti
wajibnya mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu. Oleh kerana tidak wujudnya nas,
maka tidaklah wajib bagi umat mentaatinya sebagaimana wujudnya nas.11

Al-Baqilani pula di dalam bukunya al-Tamhid menyatakan imamah atau khilafah boleh
dilakukan secara ikhtiyar daripada ahl al-hal wa al-‘aqd. Walaubagaimanapun beliau tidak
menafikan cara kedua iaitu nas. Seterusnya beliau menegaskan bahawa ketidakwujudan nas
menunjukkan imamah dilakukan secara ikhtiyar.12

Manakala al-Mawardi menyebutkan bahawa imamah sah melalui dua cara. Pertamanya
melalui pilihan ahl al-hal wa al-‘aqd. Keduanya melalui penunjukan imam sebelumnya. Para
sarjana Muslim berselisih pendapat mengenai bilangan ahl al-hal wa al-‘aqd yang berhak
memilih dalam cara yang pertama. Sekelompok sarjana berpendapat bahawa akad imamah
tidak sah kecuali apabila disokong oleh jumhur ahl al-hal wa al-‘aqd dari setiap negeri. Hal ini
diperlukan agar terjadi penerimaan yang menyeluruh13.

Syiah berpendapat pelantikan khalifah telah sabit secara nas berdasarkan ayat Al-Quran dan
hadith-hadith yang berada dalam rekod mereka. Namun Ibn Khaldun menolak kesahihan
hadith-hadith ini dengan mengatakan teks-teks yang dikutip ini sebahagian besar maudhu’
atau palsu, terdapat cela dalam sanadnya atau terjadi penakwilan yang menyimpang terlalu
jauh14

10
al-Syahrastani hlm 103
https://www.academia.edu/5154886/PERBEZAAN_FAHAMAN_SYIAH_IMAMIYYAH_DAN_AHLI_SUNNAH_WAL_
JAMAAH
11
Al-Shahrastani, Abu Al-Fath Muhammad Bin ‘Abdul Karim (1934), Nihayah Al-Iqdam Fi ‘Ilmi al- Kalam, ed. Eng
trans. Alfred Guillaumae. Oxford: Oxford University Press, h. 400
12
Imam Abi Bakr Muhammad Ibn al-Toyib al-Baqillani (1947), al-Tamhid fi al-Rad ‘Ala al-Mulhidah al-Mu’atilah
wa al-Rafidhah wa al-Khawarij wa al-Mu’tazilah. Kahirah: Dar al-Fikr al-‘Arabi. h. 178
13
Abu Hasan Ali b. Muhammad b. Habib al-Mawardi (t.t), al-ahkam al-Sultaniyyah. Bairut: Dar al- Kutub al-
‘Ilmiyyah, h. 6
14
Muhammad Ibnu Khaldun, Mukaddimah Ibnu Khaldun, cet 1, alih bahasa Masturi Irham, Lc. Malik Supar, Lc.
Abidun Zuhri, Jakarta, Pustaka Al-Kautsar, 2011, hlm. 349.
Jika diteliti pendapat ASWJ dalam hal pemilihan khalifah , ia sebenarnya berasalan dari dasar
yang telah Nabi SAW letakkan. Al-Ikhtiyar memakai prinsip syura dan Al-ittifaq yang memakai
prinsip baia'h.

1. Syura
Dari segi bahasa, kata Syura berasal dari bahasa Arab yaitu sya-wa-ra yang bermaksud
meminta nasihat daripadanya, meminta pendapat tentangnya atau mengeluarkan madu dari
sarang lebah15. Sedangkan syura secara istilah boleh difahami dengan berbagai definisi. Ar
Raghib Al Asfahani mendefinisikan syura sebagai proses mengemukakan pendapat dengan
saling merevisi antara peserta syura. Menurut Ibn Arabi Al Maliki dalam Ahkam Al-Quran syura
adalah dengan berkumpul untuk meminta pendapat dalam sesuatu permasalahan di mana
ahli syura saling mengeluarkan pendapat yang dimiliki16. Dari berbagai definisi tadi, dapat kita
fahami syura bermakna meminta pendapat dari orang yang memiliki kelayakan untuk
mencapai sesuatu keputusan yang tepat.

Pensyariatan syura telah pun jelas di dalam al-quran dan tajribah nabawiyyah17. Antara
contoh syura yang berlaku pada zaman Rasulullah:

A. Habab bin Munzir r.a mencadangkan tempat baharu yang berdekatan dengan sumber
air sebagai pangkalan tentera Muslimin dalam peperangan Badar18
B. Dalam peristiwa peperangan Badar ketika kafir Quraish dari Makkah sudah mula
keluar untuk berperang setelah kaum Muslimin gagal menghalang kafilah kafir
Quraisy yang pulang dari Syam ke Makkah19
C. Isu tawanan perang Badar, di mana Rasulullah SAW telah meminta pandangan Abu
Bakar RA dan Umar Al-Khattab RA serta para sahabat sama ada perlu membunuh
tawanan perang Badar atau mengambil pampasan sahaja.20
D. Rasulullah memberi peluang kepada sahabat untuk melantik panglima perang yang
baharu dalam peperangan mu’tah sekiranya Zaid bin Haritha, Jaafar dan Abdullah bin
Rawaha terbunuh.

2. Al-Baia'h
Secara etimologi Baiat adalah Isim mashdar dari bayaa'-yubayiu'-baia'h.Asalnya sama
sahaja dengan bayiu'n (transaksi). Adapun secara terminologi berbagai pandangan ulama
boleh didapati seperti ; Ibnu Khaldun berpendapat baiat adalah perjanjian orang yang berbaiat
untuk taat melakukan sumpah setia kepada pemimpinnya setia kepada pemimpinnya bahwa
ia akan menyelamatkan pandangan yang diembannya dari pemimpin, baik berupa perintah
yang disenangi maupun tidak disenangi. Sedangkan menurut Ibnu Manzur bai’at adalah
ungkapan perjanjian antara dua pihak yang seakan-akan salah satu pihak menjual apa yang

15
Maqayis Lughah, Ibn Faris, 3/266
16
http://repository.uin-suska.ac.id/19538/8/8.%20BAB%20III%20%281%29.pdf
17
Perkataan Syura digunakan pada 3 tempat; iaitu Surah Al Baqarah : 223, Surah Ali Imran : 159, dan Surah ash-
Shura : 38. Yang pertama lebih khusus digunakan utk membicarakan musyawarah yg harus dilakukan oleh suami
isteri, manakala yang kedua dan ketiga membicarakan musyawarah dalam konteks yang lebih luas, iaitu dalam
urusan peperangan dan hal hal duniawiah yang lain seperti urusan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
18
Syeikh Ali Muhammad Al-Solabi, Al-Sirah al-Nabawiyyah `Ardh Waqai’ie wa Tahlil Ahdath, jil. 2, m/s 11
19
Al-Rahiq al-Makhtum, m/s 166
20
Ibni Hisyam, Al-Sirah Al-Nabawiyyah, tahqiq Toha Abdul Rauf Sa`d, Terbitan Daar Al-Jiil, Beirut, 1411 Hijrah, jil.
4, m/s 180
dimilikinya, menyerahkan dirinya dan kesetiannya kepada pihak kedua secara ikhlash dalam
urusannya.21

Semasa zaman Rasulullah, baiah telah berlaku beberapa kali antaranya :

I. Baiah Aqabah pertama


12 orang dari Yathrib (Madina) telah berikrar taat setia untuk mengikuti segala perintah
baginda, meninggalkan kehidupan jahiliyah dan melaksanakan tatacara kehidupan sebagai
seorang Muslim. Rasulullah kemudiannya mengutuskan Musa'ab bin Umair untuk
mengajarkan masyarakat Madinah Islam dan kandungan kitab suci Al-Quran.

II. Baiah Aqabah kedua


73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari Yathrib (Madina) berikrar taat setia untuk
melindungi,menjaga dan mendokong baginda dalam usaha dakwahnya. Rasulullah juga telah
melantik 12 orang naqib yang akan menjaga kaum-kaum masing-masing dan memastikan
kaum mereka melaksanakan butir-butir baiah yang telah dipersetujui.
.
III. Baiah Ridwan
Perjanjian taat setia antara Rasulullah SAW dan para sahabat bagi menuntut bela atas
kematian Uthman RA. Para sahabat berjanji untuk bersama-sama Rasulullah berjihad
memerangi orang Quraisy.

Q: Apakah Saqifah Bani Sai'dah merupakan tragedi perebutan dan pertikaian


kepimpinan yang sangat signifikan hingga menjadi isu besar perebutan dalam
kalangan sahabat, terutama puak Aus dan Khazraj selepas kewafatan Rasulullah SAW?

Konflik pemilihan pemimpin di Saqifah Bani Saidah selepas kewafatan Rasulullah


sememangnya merupakan sesuatu konflik yang sangat signifikan. Bagi memahami sebab
timbul konflik ini, kita perlu terlebih dahulu memahami tabiat Arab sebelum kedatangan Islam.
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab yang digelar sebagai Arab Jahiliyyah hidup
berpecah belah. Mereka hanya terikat apabila wujud semangat Asabiyah dalam kumpulan
masing-masing. Semakin kuat Asabiyah sesebuah kelompok itu, semakin lama ia akan
bertahan. Hal ini kerana rasa cinta dan kasih kepada kelompoknya akan mendorong
seseorang melakukan apa sahaja demi memastikan kelansungan kelompoknya.22

َ ُ َٰ َ ٗ ٓ ٌ َ ۡ ُ ُ ۡ َ َ ُ ۡ ‫َ ُ َ ۡ َ َ َ ُ ذ‬
َّ١٤َّ‫ِسون‬
ِ ‫بَّوَننَّعصبةَّإِناَّإِذاَّلخ‬
َّ ‫واَّلئِنَّأكلهََّّٱَّلِئ‬
َّ ‫قال‬
Maksudnya: “Sesungguhnya mereka berkata, jika dia dimakan serigala, padahal kami segolongan
(usbah), sungguh kami orang-orang yang merugikan”23

Bertitik tolak dari dalil yang dinyatakan, maka dapat difahami bahawa yang dimaksudkan ayat
tersebut adalah hidup secara bersatu padu dalam satu kumpulan akan mewujudkan kekuatan
dan keteguhan. Namun sebaliknya jika manusia itu bersendirian maka akan berlakulah
kelemahan dan kekurangan pada diri atau pada kelompok itu sendiri.

21
Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, Konsep Imamah dan Baiah
22
Muhammad Ibnu Khaldun, Mukaddimah Ibnu Khaldun, cet 1, alih bahasa Masturi Irham, Lc. Malik Supar, Lc.
Abidun Zuhri, Jakarta, Pustaka Al-Kautsar, 2011, hlm. 218-219.

23
Surah Yusuf : 14
Ibnu Khaldun menjelaskan di dalam Al-Muqaddimah bahawa negara tidak dapat tertegak
tanpa semangat Asabiyah. Namun, kepimpinan bukanlah tujuan utama dari semangat
Asabiyah sebaliknya ia hanyalah sekadar pengantara untuk mencapai puncak kekuasaaan .
Bagi Ibnu Khaldun, kepimipinan hanyalah sekadar gelar kehormatan yang mendorong
seorang pemimpin untuk diikuti, tapi dia belum mempunyai kemampuan untuk memaksa
dalam penerapan hukum-hukum sesuai kehendaknya. Selepas seorang pemimpin berjaya
mencapai puncak kekuasaan, dia akan memimpin kaumnya untuk mengeusai kelompok lain
pula.24

Sama halnya dengan konflik yang berlaku di Saqifah Bani Saad. Selepas kewafatan
Rasulullah, kaum Ansar dan Muhajirin berpecah belah. Masing-masing cuba ingin
memenangkan kabilah masing-masing. Hal ini kerana, dengan menjadi pengganti kepada
Rasulullah, ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pengganti ini serta
kabilahnya dari segi keselamatan, kehormatan dan kekuasaan di mana akhirnya Abu Bakar
dipilih sebagai khalifah menggantikan Rasulullah SAW. Di sini juga terpecahnya sahabat
antara menyokong Ali RA sebagai pengganti Rasulullah SAW atau menyokong kepimpinan
Abu Bakar RA.

Q: Apakah masyarakat Arab dari zaman Jahiliah hingga awal Islam mempunyai sistem
penggantian kepimpinan? Sekiranya ada, apakah dan bagaimanakah masyarakat Arab
Jahiliah menyelesaikan isu dan masalah berkaitan kepimpinan masyarakat Arab
sebelum Islam?

Pada zaman Arab Jahiliyah, unit paling asas dalam sistem kabilah adalah seorang
individu. Ia diikuti dengan unit keluarga yang terdirii daripada ibu bapa dan anak-anak yang
tinggal dalam satu khemah. Beberapa buah khemah membentuk satu perkampungan dan
beberapa perkampungan akan membentuk satu kaum yang seterusnya membentuk kabilah.
Setiap kabilah akan melantik seorang pemimpin yang digelar 'sayyid' atau syaikh kabilah.25

Pemilihan ketua kabilah berlaku secara automatik. Ketua kabilah akan dilantik daripada mana-
mana lelaki dalam kabilah yang cemerlang dalam keberanian, kemurahan hati, semangat,
kekayaan yang melimpah, bijak, dan berpengalaman. Sifat-sifat ini penting untuk dimiliiki oleh
setiap ketua kabilah agar dia boleh memimpin kaumnya dan menjaga kemaslahatan kaumnya
26

Syaikh kabilah mestilah datang dari keturunan kabilahnya sendiri, datang dari kaum yang
paling kuat,paling mulia , paling kuat semangat asabiyah agar dia dihormati dan menjadi
kebanggaan kaumnya. Jika ketua kabilah hilang kelayakan untuk menjadi ketua kabilahnya,
mandat memimpin ini akan diberikan kepada lelaki lain yang memenuhi ciri-ciri yang disebut
di atas.27

24
Ibid, hlm. 219
25
Kitab Makkah wal Madinah fi Jahiliyah wa fi Ahd Rasullillah, Ahmad Ibrahim As-syarif, Maktabah Shamela, hlm
30, https://shamela.ws/book/4371/32#p1
26
Ibid, hlm 31
27
Ibid, hlm 31
Q: Bolehkah ditunjukkan persamaan dan perbezaan sistem dan mekanisme
kepimpinan masyarakat Arab Jahiliah dan masyarkat Muslim di bawah Nubuwwah,
Risalah, Imamah Rasulullah SAW?

Setelah Islam datang, dalam pemilihan utusan, Rasulullah akan memilih sahabat yang
mempunyai kelayakan yang sesuai dengan tugasan yang diberikan bukan sekadar dipilih atas
faktor kemuliaan susur galur semata-mata. Sebagai contoh Rasulullah SAW tidak melantik
Saidina Uthman RA menjadi panglima perang.

Sebaliknya, baginda melantik dari kalangan sahabat yang mempunyai kelayakan bagi tugas
tersebut seperti Khalid Al-Walid, Saad ibn Abi Al-Waqqas, dan Usamah bin Zaid.

Berkenaan konsep asabiyah, Rasulullah telah mengubah skop asabiyah dari semangat
kabilah kepada semangat saudara seagama dengan cara mendamaikan Aus dan Kahzaraj
serta mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin. Hasilnya, terbentuklah sebuah masyarakat
yang memiliki semangat asbiyah namun berlandaskan agama dan bukan lagi semangat
asabiyah perkauman secara membuta tuli.

Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW mencela sifat asabiyah membuta tuli ini dan
menganjurkan supaya menghilangkan serta meninggalkan asabiyah.

َ ََ ٗٓ َ ۡ َ ۡ ُ ُ ۡ ۡ ُ َۡ َ َ ‫وا َّن ِۡع َم‬ ُ ۡ َ ُ ََ ََ ٗ َ َ َّ ‫وا‬ َۡ


َّ‫للَِّعليكمَّ إِذَّكنتمَّأعداءَّفألف‬ َّ ‫ت ََّّٱ‬ َّ ‫َّوَّٱذك ُر‬ َّ ‫ِب ۡب ِل َّٱ‬
َّ ‫للََِّجِيعاَّوَلَّتفرق ْۚوا‬ ِ َّ ‫ص ُم‬ِ ‫ ( ََّوَّٱعت‬: ‫قوله عز وجل‬
ُ َ ُ ُ ‫َ َ َ َ ُ ذ ۡ َ َ َ َٰ َ ُ َ ذ‬ ‫اَّح ۡف َرة ذ‬ َ َٰ َ َ ۡ ُ ُ َ ٗ َٰ َ ۡ ٓ َ ۡ
ُ ‫َّش َف‬ ۡ ‫ك ۡمَّفَأَ ۡص َب‬
ُ ُُ َ َۡ
َّ‫للَّلك ۡم‬َّ ‫ارَِّفأنقذكمَّمِنهَّاَّكذل ِكَّيب ِۡيَّٱ‬ َّ ‫َّم َِنَّٱِل‬ ٖ ‫ح ُتمَّبِن ِعمت ِ َّهِ َّۦَّإِخوناَّوكنتمَّلَع‬ ِ ‫بۡيَّقلوب‬
َ َ ُ َ َ
28
)َّ١٠٣َّ‫َءايَٰت ِ َّهِۦَّل َعلك ۡمَّت ۡه َت ُدون‬

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan
kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu
Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka
menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah
berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan
kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu
ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Nabi SAW bersabda :

َ َ ُ
َّ‫وآدمَّمن‬
َّ َّ ,َّ ‫أنتمَّبنوَّآدم‬َّ ,َّ ‫َّشيق‬ ٌ
ٌّ ‫وفاجر‬ ٌّ ‫مؤمن‬
َّ ,َّ ‫َّتيق‬ ٌ َ
َّ ,َِّ‫َِّوفخرهاَّباآلباء‬ ‫َّاللَّقدَّأذهبَّعنكمَّع ذبِيةَّاَلاهلية‬ َ ‫إن‬
َ َ ُ َ َ ٌ َ ٌ َ َ َ
َّ‫َّاليت‬
َّ ‫َلعَل ِن‬ ِ ‫َّأوََّلكوننَّأهونَّلَعَّاللَِّمنَّا‬,َّ‫َّإنماَّهمَّفحمَّمنَّفح ِمَّجهنم‬,َّ‫ََّلَدعنَّرجالَّفخرهمَّبأقوا ٍم‬,‫تراب‬
َ ِ ‫هاَّاِل‬
َّ 29.َّ‫ِت‬ ُ
َّ ‫تدفعَّبأنف‬
Maksudnya:َّ“SesungguhnyaَّAllahَّSWTَّmenghilangkanَّkeangkuhanَّJahiliyyahَّdanَّ
berbanga-bangsaَّterhadapَّnenekَّmoyang.َّYangَّadaَّadalahَّorangَّberimanَّyangَّbertaqwaَّ
danَّorangَّjahatَّyangَّcelaka.َّKalianَّadalahَّanakَّcucuَّketurunanَّNabiَّAdamَّASَّdanَّNabiَّ

28
Surah Ali Imran : 103
29
Hadith Riwayat Abu Hurairah, Sahih Al Jami’ Albani 1787
Adamَّadalahَّberasalَّdariَّtanah.َّOlehَّkarenaَّitu,َّhendaknyaَّseseorangَّmeninggalkanَّrasaَّ
kebanggaanَّmerekaَّterhadapَّkaumnya,َّkarenaَّiaَّhanyalahَّarangَّdariَّarang-arangَّdariَّ
NerakaَّJahannam.َّAtau,َّiaَّdiَّsisiَّAllahَّSWTَّlebihَّhinaَّdaripadaَّlalat-lalatَّyangَّmembawaَّ
kotoran dengan mereka.

Kesimpulan

Pertama, sistem penggantian pemimpin wujud di dalam Islam secara umum tetapi tidak
khusus. Rasulullah telah menetapkan dasar dan kaedah umum dalam sistem penggantian
pemimpin iaitu melalui jalan syura, baiah dan wasiat. Namun, baginda tidaklah menetapkan
secara terperinci pelaksanaannya.

Kedua, pemilihan khalifah tidak tetap secara nas. Jika ia sabit secara nas pastilah Abu
Bakar RA orang yang pertama memilih Ali RA sebagai khalifah menggantikan Rasulullah
dan Ali RA tidak akan memberi baiah kepada Abu Bakar RA.

Ketiga, pemilihan ketua kabilah pada zaman Arab Jahiliyah berlaku secara automatik di
mana lelaki yang memiliki kelayakan menjadi ketua akan dipilih. Sekiranya dia mati atau
hilang kelayakan, mandat ketua akan beralih kepada orang lain.

Keempat, setelah Islam datang masyarakat Arab masih lagi hidup dalam semangat
Asabiyah. Namun semangat Asabiyah ini telah bertukar kepada semangat tribalisme kepada
nationalisme.

Anda mungkin juga menyukai