Anda di halaman 1dari 3

Ketagihan Smartphone

Pelajar kaunseling yang ditemubual juga turut menyatakan bahawa mereka


akan melayari internet melebihi masa yang mereka ingini setiap hari. Seorang
informan melaporkan:

Ya, ada. Selalu sebabnya nak main internet ni dua jam tapi tengok-tengok
melebihi masa yang diingini. Ianya macam ketagih, sebab main smartphone-
tengok Youtube, jadi tak perasan rupa-rupanya dah melebihi masa dua tiga
jam. Kita leka dengan benda-benda tu.
(Informan 2)
Informan lain turut menyatakan tempoh menggunakan smartphone melebihi
masa yang mereka inginkan:
Memang ye, saya dapat perasan- berjam-jam saya melayari internet nak main
Facebook, Instagram dan Youtube melebihi jam yang diingini sampai pagi
hingga tengahari. Saya lebih kepada menggunakan smartphone daripada
menonton TV dari pagi hingga tengahari, tengahari hingga petang melebihi
masa yang diingini.
(Informan 3)

Justeru, luahan-luahan informan kebanyakkan menunjukkan bahawa mereka


meluangkan masa untuk melayari internet dan menggunakan smartphone
melebihi masa yang mereka ingini kerana ianya melekakan.

Kekerapan Penggunaan Smartphone


Hasil temu bual bersama informan, pengkaji mendapati bahawa kesemua
informan menyatakan bahawa kekerapan penggunaan smartphone dalam
sehari melebihi 5 jam.

Seorang informan menyatakan:

Kekerapan saya melayari internet boleh dikatakan setiap masa kecuali waktu
tidur, tu je. Sebab memang kena tengok, lagi-lagi group Whatsapp apa semua
tu, kadang-kadang kawan cari, parent cari.. smartphone ada di tangan
sepanjang hari kecuali waktu tidur.
(Informan 2)

Banyak kali juga. Contoh, kalau dikira-kira lebih kurang 8 jam sehari.
(Informan 4)

Informan lain turut menambah:

Mungkin 5-6 jam sehari, sebab biasanya.. saya kan pelajar, kalau macam
duduk kat rumah jelah saya akan betul-betul menghadap telefon berjam-jam.
Kalau macam saya berada di luar rumah, saya cuma check benda yang
penting-penting sajalah, siapa yang chat. Tapi, kalau duk kat rumah tu, tak
ada benda nak buat, jadi saya akan bermain fon sampai berjam-jam.
(Informan 5)

Salah seorang informan turut menyatakan bahawa kekerapan menggunakan


smartphone dan melayari internet dalam tempoh yang lama menyebabkan
tugasan-tugasan yang perlu disiapkan segera akan tertangguh.

Aplikasi Yang Kerap Digunakan


Kebanyakkan informan menyatakan bahawa mereka menggunakan
smartphone adalah untuk menggunakan aplikasi seperti Whatsapp,
Facebook, Instagram, dan Youtube.

Salah seorang informan menyatakan aplikasi yang dia kerap


menggunakannya. Informan menyatakan:

Ohh.. kalau Whatsapp tu saya buka ketika ada orang chat saya je. Lepastu
banyak buka Facebook lah dan Google tu buka kalau ada nak buat tugasan
je. Youtube jarang-jarang.
(Informan 1)

Informan lain menambah:


Setakat ini saya lebih menggunakan Instagram, Whatsapp, Facebook tu
kadang-kadang. Haa, tiga-tiga ni je saya kerap guna. Pastu kalau main game
saya kerap main Mobile Legend lah dengan kawan-kawan, tu pun kalau
kawan-kawan ajak, kalau tak, saya tak main juga.
(Informan 2)

Kebanyakkan informan menyatakan aplikasi seperti Whatsapp, Instagram,


Facebook dan Youtube yang paling kerap menggunakan dan ada juga yang
menyatakan bahawa penggunaan Google untuk menyiapkan tugasan.

Informan lain turut menyatakan:

Salah-satunya, Facebook sebab saya akan membaca info semasa dalam tu.
(Informan 3)

Biasanya saya tengok Youtube lama- tengok video orang memasak, bercucuk
tanam, dengar lagu dan macam-macam lagi lah. Kalau Facebook tu, info
semasa, hiburan, pasal dalam bidang saya.
(Informan 5)

Anda mungkin juga menyukai