Anda di halaman 1dari 24

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

ETN 1014 LUKISAN SKEMA ELEKTRONIK


KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM’S EE-021-2:2012

CODE & NAME ELECTRONIC EQUIPMENT AND APPLIANCE

INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. IDENTIFY ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING


NO. DAN PENYATAAN REQUIREMENTS
AKTIVITI KERJA / WORK 2. PREPARE ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
ACTIVITIES NO. AND REQUIREMENTS
STATEMENT 3. PERFORM ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING.
4. SUBMIT ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING.

EE-021-2:2012-C01/P(2/4)
NO. KOD / CODE NUM Muka: 1 Drpd: 24
ETN 1014/K01/(P2, P4, P5)
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 2 Drpd : 24

PENERANGAN

1.2 Kaedah Melukis Garisan-Garisan

(a) Kaedah Melukis Garisan


(b) Kaedah Melukis Garisan Tegak
Mengufuk

(c) Melukis Garisan Condong 15°. (d) Melukis Garisan Condong 30°.

(e)
Melukis Garisan Condong 45°. (f) Melukis Garisan Condong 60°.

(h) Melukis garisan condong 75°


(g) Melukis Garisan Condong 75°.
Dengan Garisan AB

Gambarajah1 : Kaedah Melukis Garisan-Garisan


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 3 Drpd : 24

Kombinasi sesiku set boleh juga digunakan untuk menghasilkan pelbagai


kedudukan sudut seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 2.

Gambarajah 2 : Kaedah melukis garisan menggunakan sesiku set.

1.2.1 Melukis Garisan Selari

Melukis garisan selari dengan garisan yang sedia ada boleh dilakukan melalui
kombinasi sesiku set seperti ditunjukkan dalam gambarajah 8.Garisan selari
adalah garisan-garisan yang mempunyai jarak yang sama antara satu sama lain.

Langkah1 Langkah2 Langkah3

Laraskan sesiku set supaya Gelangsarkan sesiku Lukiskan garisan


kedudukannya selari set ketempat yang selari
condong

Gambarajah 8 :Kaedah melukis garisan selari.


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 4 Drpd : 24

1.2.2 Melukis Garisan Serenjang

Kaedah melukis garisan serenjang adalah seperti ditunjukkan dalam Gambarajah


9. Garisan serenjang adalah garisan yang bersudut tepat (90 o) antara satu sama
lain.

Langkah2
Langkah1 Lukiskan garisan
Gelangsarkan sesiku 45° serenjang
Laraskan sesiku set 45° supaya
ketempat yang hendak dilukis
kedudukannya selari dengan
garisan serenjang.

Rajah 9 : Kaedah melukis garisan serenjang pada garisan yang diberi.

1.2.3. Kaedah Menghasilkan Garisan Yang Baik

i. Pensil hendaklah sentiasa tajam.

ii. Mata pensil hendaklah sentiasa rapat di atas kertas dan memberikan
tekanan yang sekata semasa melukis garisan.

iii. Untuk mendapatkan kehitaman yang seragam, putarkan sedikit


(anggaran setengah putaran) batang pensil ketika melukis garisan.

1.2.4. Sudut

Dua garisan yang bersilang akan membentuk sudut. Satu bulatan mempunyai
sudut 360°, manakala satu garisan mempunyai sudut 180°. Nilai sudut
dinyatakan dalam darjah dan dilabelkan dengan tanda °. Jenis jenis sudut
ditunjukkan dalam Gambarajah 10.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 5 Drpd : 24

(a) SudutTirus (b) SudutTepat (c) SudutCakah

(α < 90°) (β = 90°) (90° < θ < 180°)

(d) Sudut Penggenap (e) Sudut Reflek (f) Sudut Pelengkap

(° + ° = 180°) (180° <° < 360°) (° + ° + 90°)

Gambarajah10 :Jenis-Jenis Sudut.

1.2.5 Segi Tiga

Segi tiga merupakan rajah satah yang mempunyai tiga sisi lurus. Jumlah semua
sudut dalam satu segi tiga ialah 180°. Ciri-ciri segi tiga ditunjukkan dalam
Gambarajah 11a dan 11b.

(a) (b)

Gambarajah 11:Ciri-Ciri Segi Tiga.


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 6 Drpd : 24

Terdapat empat jenis segi tiga, iaitu segi tiga sisi sama, segi tiga tepat, segi tiga kaki
sama dan segi tiga kaki tidak sama. Semua jenis segi tiga ini ditunjukkan dalam
gambarajah 12.

(a) (c) Segi Tiga Kaki (d) SegiTiga Kaki


SegiTigaSama (b) SegiTigaTepat Sama TakSama

Gambarajah 12:Jenis-Jenis Segi Tiga.

1.2.6. Segi Empat

Segi empat ialah rajah satah yang mempunyai empat sisi yang lurus. Segi
empat juga boleh terdiri daripada dua segi tiga yang bercantum pada satu sisi yang
sama panjang. Jumlah sudut dalam satu segi empat ialah 360°. Jenis dan ciri-ciri
segi empat ditunjukkan dalam Gambarajah 13.

(a) Segi empat sama


(b) Segi empat tepat c) Segi empat selari
Ciri:
Ciri: Ciri:
Keempat-empat sisi sama
 Sisi bertentangan sama  Sisi bertentangan adalah sama
panjang.
panjang. panjang dan selari antara satu
Keempat-empat sisi bersudut sama lain.
 Keempat-empat sisi bersudut
tepat.
tepat.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 7 Drpd : 24

(d) Lelayang
(e) Trapezium
) Rombus
Ciri:
Ciri:
Ciri:
 Dua sisinya sama panjang.
Pepenjuru bersilang bersudut
 Pepenjuru bersilang bersudut tepat.
Dua sisi bertentanganselari
tepat.
Keempat-empat sisi sama
panjang.

Gambarajah 13 :Jenis Dan Ciri-Ciri SegiEmpat.


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 8 Drpd : 24

1.2.7 Poligon

Poligon ialah rajah satah yang mempunyai sisi lurus yang lebih daripada empat.
Jika panjang sisinya sama, polygon itu dipanggil polygon sekata. Jenis-jenis
polygon ditunjukkan dalam Gambarajah 14. Bagi satu poligon sekata magnitud
sudut peluarannya adalah (360º/n), dimana n ialah bilangan sisi poligon.

(a) Pentagon (b) Heksagon (c) Heptagon (d) Oktagon

(Segi Lima) (SegiEnam) (SegiTujuh) (SegiLapan)

(e) Nonagon (f) Dekagon

(Segi Sembilan) (SegiSepuluh) (g) Pentagon TakSekata

Gambarajah14 :Jenis-Jenis Poligon.


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 9 Drpd : 24

1.2.8. Bulatan

Bulatan ialah lokus titik yang bergerak dengan jarak yang sama daripada satu
titik. Titik yang bergerak menghasilkan lilitan bulatan, manakala titik tetap dipanggil
sebagai pusat bulatan. Jarak titik yang bergerak dengan titik tetap pula dipanggil
sebagai jejari. Istilah dan ciri bulatan ditunjukkan dalam Gambarajah 15.

Gambarajah 15 :Istilah Dan Ciri Ciri Bulatan.

1.2.9. Elips Dan Parabola

a Elips

Elips ialah lokus satu titik yang bergerak supaya jumlah jarak titik dari dua titik
tetap (fokus) adalah sama. Elips mempunyai paksi major dan minor seperti dalam
Gambarajah 16 (a). Gambarajah 16 (b) pula menunjukkan kedudukan titik fokus
(F), manakala Gambarajah 16 (c) menunjukkan hubung-kait titik fokus dan paksi
minor.

(a) Paksi Major Dan Paksi (c) Hubung-kait TitikFokus


(b) TitikFokus, F
Minor Dan Paksi Minor

Gambarajah 16 : Ciri-Ciri Elips.


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 10 Drpd : 24

b Parabola

Parabola ialah lokus satu titik yang bergerak dengan jaraknya dari satu titik tetap
sentiasa sama dengan jaraknya dari satu garisan lurus tetap. Parabola
mengandungi mercu dan paksi simetri. Gambarajah 17(a) menunjukkan mercu
dan paksi simetri, manakala Gambarajah 17(b) menunjukkan direktriks dan titik
fokus (F).

(b) Lokus satu titik bergerak supaya


jaraknya dari focus dan direktriks sentiasa
(a) Mercu, Titik Fokus Dan Paksi Simetri sama

Gambarajah17 :Ciri- Ciri Parabola.

1.2.10 Ketangenan

Garisan tangent ialah satu garis lurus yang bersentuhan dengan bulatan atau
lengkok pada satu titik. Titik ini dipanggil titik tangen. Garisan yang
menyambungkan pusat bulatan dengan titik tangen dipanggil garisan normal.
Garisan normal berkeadaan serenjang dengan garisan tangen seperti dalam
gambarajah 18(a).

(a) BulatanMenyentuhGarisan
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 11 Drpd : 24

Ketangenan juga boleh berlaku antara dua bulatan yang bersentuh secara dalam
atau luar. Dua bulatan berjejari J dan jejari j menyentuh di sebelah dalam pada titik
T ditunjukkan dalam gambarajah 18 (b). Kedudukan titik ketangenan T, pusat
bulatan P dan Q adalah sebaris. Manakala gambarajah 18 (c) pula menunjukkan
dua bulatan berjejari J dan jejari j menyentuh di sebelah luar. Kedudukan titik
ketangenan T, pusat bulatan R dan S adalah sebaris.

(b) BulatanMenyentuhBulatan (c) Bulatan Menyentuh Bulatan Di


Di SebelahDalam. Sebelah Luar.

Gambarajah 18 :Konsep Dan Ciri Ciri Tangen.

1.2.11 Skala (Pembesaran Dan Pengecilan)

Skala sangat penting pada lukisan kejuruteraan. Adakala objek perlu dilukis pada
saiz sebenar atau dikecilkan atau diperbesarkan. Contoh nisbah skala yang biasa
adalah seperti dalam gambarajah 19.

Nisbah Skala Keterangan


10 : 1 Saiz yang dilukis adalah lebih besar
5 : 1 PEMBESARAN daripada saiz objek atau gambar yang
2 : 1 sebenar.

Saiz yang dilukis adalah sama dengan


1 : 1 SAIZ PENUH
saiz objek atau gambar yang sebenar.
1 : 2 Saiz yang dilukis adalah lebih kecil
1 : 50 PENGECILAN daripada saiz objek atau gambar yang
1 : 100 sebenar.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 12 Drpd : 24

ContohPengecilan Dan PembesaranMengikutNisbahSisi

Gambarajah 19:Nisbah Pengecilan Dan Pembesaran.

1.3 SIMBOL LUKISAN

Gambarajah 20 adalah sebahagian simbol -simbol bagi lukisan.

Gambarajah 20 simbol lukisan


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 13 Drpd : 24

1.4 Elemen Grafik

Dalam mempelajari bidang geometri, elemen grafik memainkan peranan penting


dalam menghasilkan sesuatu lukisan. Elemen grafik terdiri daripada titik, garisan dan
satah.

1.4.1 Titik

Titik dalam lukisan kejuruteraan ialah titik persilangan antara dua garisan atau
lengkok. Contoh titik tersebut terdapat dalam gambarajah 20.

Gambarajah 20: Titik-Titik dalam lukisan kejuruteraan


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 14 Drpd : 24

1.4.2 Garisan

Garisan terbentuk apabila satu titik bergerak mengikut satu arah yang tertentu.
Garisan ini boleh berupa garisan lurus atau melengkung mengikut arah
surihannya. Bentuk garisan ini boleh didapati dalam gambarajah 2(a) hingga (h)

Gambarajah 21 :Bentuk-Bentuk Garisan

1.4.3 Satah

Satah merupakan sesuatu permukaan yang ditunjukkan sebagai permukaan rata


dan mempunyai bentuk tertentu seperti segitiga, segiempat, bulatan dan
sebagainya seperti dalam Gambarajah 22(a) hingga (c).

Gambarajah 22 :Bentuk-BentukSatah
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 15 Drpd : 24

1.4.4 Jenis Garisan

Gred
Nama
Bentuk Ciri-Ciri Pensel / Kegunaan
Garisan
Saiz Mata

Garisan Ringan 2H / 0.3 Membina sesuatu objek buat


Binaan Dan Halus mm sementara waktu sahaja.

Melukis garisan nyata sesuatu


Garisan Hitam Dan HB / 0.5 –
objek. Saiz yang biasa bagi
Objek Tebal 0.7 mm
garisan ini ialah 0.5 - 0.8 mm.

Garisan Hitam Dan HB / 0.3 – Menunjukkan bahagian-bahagian


Terlindung Halus 0.5 mm yang tersembunyi.

Menunjukkan pembahagian
Garisan Hitam Dan H / 0.3
tengah sesuatu objek dan pusat
Tengah Halus mm
bulatan.

Garisan
Hitam Dan HB / 0.5 – Menunjukkan bahagian sesuatu
Satah
Tebal 0.7 mm objek yang hendak dipotong.
Potong

Garisan ini tidak putus kecuali


Garisan Hitam Dan H / 0.25
untuk meletakkan angka atau
Dimensi Halus mm
huruf dimensi itu.

Garisan
Hitam Dan H / 0.3 Menunjukkan bahagian sesuatu
Pecah
Halus mm objek yang dipecahkan.
Pendek

Garisan Menunjukkanpecahansesuatubah
Hitam Dan H / 0.3
Pecah agianataumenunjukkansesuatuba
Halus mm
Panjang hagian yang tertentu.

Garisan
Hitam Dan H / 0.3 Menunjukkan bayangan
Fantom /
Halus mm pergerakan sesuatu objek.
Bayangan

Garisan
Hitam Dan H / 0.3 Garispanduan had dimensi yang
Unjuran /
Halus mm dikehendaki.
Tambahan

Gambarajah 23 : Jenis garisan dalam lukisan kejuruteraan.


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 16 Drpd : 24

Mengikut piawaian ANSI Y14, terdapat beberapa jenis abjad garisan yang
digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Diantaranya seperti yang ditunjukkan dalam
gambarajah 4.Ciri-ciri abjad garisan adalah berdasarkan kepada kehitaman/ketebalan,
rupa bentuk dan kegunaan garisan. Untuk membezakan kehitaman garisan, gred
pensel dan juga saiz mata pensel yang berbeza perlu digunakan.Setiap garisan
mempunyai ciri dan fungsi tertentu. Garisan Binaan ialah garisan yang digunakan
pada peringkat awal kerja melukis, manakala Garisan Objek adalah untuk
menunjukkan bentuk terakhir sesuatu lukisan.

Terdapat garisan yang dilukis mengikut keperluan, contohnya Garisan Terlindung


dilukis bagi menunjukkan bahagian yang tidak kelihatan. Garisan Muka Keratan pula
untuk menunjukkan sesuatu permukaan yang dipotong. Diantara fungsi abjad garisan
yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan adalah seperti dalam gambarajah 24.

Gambarajah 24: Fungsi Abjad Garisan


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 17 Drpd : 24

1.5 BENTUK-BENTUK HURUF

Penghurufan dalam lukisan kejuruteraan diperlukan bagi mendokumentasikan


sesuatu lukisan. Latihan penghurufan yang berterusan akan menghasilkan tulisan
yang baik dan seragam. Terdapat dua bentuk penghurufan yang diamalkan dalam
lukisan kejuruteraan, iaitu huruf tegak piawai dan huruf condong piawai.

1.5.1 Huruf Tegak Piawai

Huruf tegak piawai ditulis pada sudut 90° pada garisan panduan. Abjad yang
ditulis dalam grid tegak piawai seperti ditunjukkan dalam gambarajah 25(a).

Gambarajah 25(a): Huruf tegak piawai. Gambarajah 25(b): Huruf tegak piawai.

1.5.2 Huruf Condong Piawai

Huruf condong piawai ditulis mengikut julat kecondongan antara 60° hingga 75°
pada garisan panduan. Setiap huruf ditulis dengan saiz, tinggi, lebar dan tebal
garisan yang seragam. Huruf condong piawai yang ditulis dalam grid condong
piawai ditunjukkan dalam Gambarajah 25(b).
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 18 Drpd : 24

1.5.3 Bentuk-Bentuk Tulisan

Tulisan boleh ditulis secara rapat, jarang, halus atau tebal seperti dalam
Gambarajah 26. Semua ini bergantung pada penggunaannya, misalnya kertas
lukisan yang besar tentulah tidak jelas tulisannya jika dilukis dalam bentuk tulisan
yang halus.

Gambarajah 26 : Bentuk-bentuk tulisan

1.5.4 Saiz-Saiz Tulisan

Huruf boleh dibahagikan kepada beberapa-beberapa kumpulan saiz seperti


ditunjukkan dalam gambarajah 27 dan gambarajah 28 di bawah.

Gambarajah 27: Kumpulan untuk huruf besar


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 19 Drpd : 24

Gambarajah 28: Kumpulan untuk huruf kecil

1.5.6 TEKNIK PENGHURUFAN

Teknik penghurufan yang dicadangkan dalam lukisan kejuruteraan ialah teknik


penghurufan lejang tunggal (satu arah pergerakan) seperti yang ditunjukkan dalam
gambarajah 29.

Anak panah menunjukkan gerakan pensil ketika menulis. Gunakan tekanan pensel
yang sama ketika menulis dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan. Lakukan
dengan teliti agar abjad yang ditulis menyentuh garisan panduan.

Gambarajah 29 : Teknik penghurufan dengan lejang tunggal

a Penggunaan Garis Panduan

Garisan panduan digunakan bagi menetapkan ketinggian abjad seperti


ditunjukkan dalam gambarajah 30. Amalkan penggunaannya dalam menulis
huruf sama ada di atas kertas, dinding; tembok dan sebagainya. Gunakan gred
pensel seperti 2H untuk melukis garisan panduan. Garisan panduan tidak perlu
dipadam apabila penghurufan siap ditulis.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 20 Drpd : 24

Gambarajah 30 : Teknik penghurufan menggunakan garisan panduan.

b Saiz Huruf Dan Penggunaannya.

Apabila huruf kecil digunakan bersama dengan huruf besar, tinggi huruf kecil ini
hendaklah lebih kurang 0.6 tinggi huruf besar. Huruf besar biasanya digunakan

untuk melabelkan bahagian-bahagian utama objek manakala huruf kecil


digunakan untuk menulis keterangan lanjut mengenai bahagian objek tersebut.
Jadual 1 di bawah menyenaraikan ketinggian huruf besar yang sesuai bagi
setiap saiz kertas.

Tinggi Huruf Lebar Huruf


Saiz Kertas
Penggunaan Maximum Minimum
Lukisan
(mm) (mm)
A0 9 7
Tajuk Utama Dan
A1, A2, A3, 7 5
Nombor
A4 5 4
A0 7 5
Tajuk Kecil
A1, A2, A3, 5 4
(Sub-Title)
A4 3 3
A0 3.5 3
Nota A1, A2, A3, dan
2.5 2
A4
A0 3.5 3
Dimensi A1, A2, A3 3 2.5
A4 3 2

Jadual 1: Tinggi Huruf Besar Berbanding Saiz Kertas


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 21 Drpd : 24

c Jarak Antara Huruf dan Jarak Antara Perkataan


Apabila menulis huruf-huruf untuk membentuk perkataan, jarak antara
huruf-huruf hendaklah lebih kurang sama. Rajah 31(a) dan 31b) menunjukkan
cara yang baik dan cara yang kurang baik ketika menentukan jarak huruf.

Gambarajah 31(a)
sama.

Gambarajah 31(b)

Bagi jarak antara perkataan pula andaikan saiz 1 huruf seperti di gambarajah 32.

Gambarajah 32: Jarak antara perkataan.


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 22 Drpd : 24

d Jarak Antara Baris

Jarak antara baris yang sesuai adalah sperti yang ditunjukkan dalam
gambarajah 33.

Gambarajah 33: Jarak antara baris.

e Keseragaman Penghurufan

Keseragaman amat penting dalam penghurufan supaya tulisan itu nampak lebih
kemas dan menarik. Ketika penghurufan, anda perlu memastikan huruf yang
ditulis adalah seragam sama ada dari segi gaya, saiz, kecondongan, ketebalan
dan jarak.

Kecuaian ketika penghurufan boleh menyebabkan beberapa kesilapan dilakukan.


Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika penghurufan ditunjukkan dalam
gambarajah 34. Lazimnya kesilapan ini dilakukan kerana sikap tergesa-gesa dan
kurang berhati-hati.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 23 Drpd : 24

Gambarajah 34: Beberapa kesilapan ketika penghurufan.


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P (2/4) Muka : 24 Drpd : 24

RUJUKAN:

1. Mohd Noh Bin Sarip & MD. Nasir Bin Abd. Manan (2005),Lukisan Kejuruteraan

Tingkatan 4,Dewan Bahasa dan Pustakan,Petaling Jaya; ms 50 – 109,ISBN NO 983-

62-7434-0;

2. http://www.rekacipta.net/2011/06/perisian-berguna-bagi-pembangunan.html.

3. Joseph A. Risse. 1968. Understanding electronic test equipment. H. W. Sams

4. Al Williams. 1993. Build your own Printed Circuit Board (ISBN: 007142783X).

Mcgraw-hill

5. Stephen S. Heineman, George W. Genevro. 1979. Machine Tools Process and

Applications. Canfield Press

Anda mungkin juga menyukai