Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum wbt.

Inilah kisah seorang nabi


Dilempar ke dalam Api membara
Apalah malang nasibnya diri
Dakwah ditolak diri melara

Pada hari ini saya akan menyampaikan kisah seorang Nabi yang dibakar, namun
api tidak berjaya membakar tubuhnya walau seurat rambut.
Kawan-kawan tahu tak siapa susuk tubuh nabi tersebut?
Haaa. Jom dengar cerita saya hingga tamat..

Allah SWT telah memilih Nabi Ibrahim AS untuk menghapuskan kesyirikan


penduduk Harran. Penduduk mereka semuanya kafir kecuali tiga orang sahaja,
iaitu Nabi Ibrahim As dan isterinya serta anak saudaranya Nabi Lut AS. Mereka
menyembah bintang dan berhala. Kesyirikan pertama yang ingin ditentang ialah
kesyirikan ayahanda baginda sendiri, iaitu pembuat patung berhala.

Alangkah sedihnya apabila usaha nabi Ibrahim disambut dengan


keangkuhan Raja Namrud. Nabi Ibrahim telah dijatuhkan hukuman
bakar hidup-hidup oleh Raja Namrud kerana dikhuatiri menghapuskan
agama nenek moyang dan menggoyahkan kedudukan mereka.
Pada suatu hari, Raja Namrud memerintahkan supaya setiap orang
membawa seberkas kayu api. Semua penduduk bergotong-royong
mengambil bahagian membawa kayu bakar sebanyak yang dapat
sebagai bakti kepada tuhan-tuhan mereka yang telah dihancurkan oleh
Nabi Ibrahim.

Setelah kayu api dilonggokkan dengan banyaknya sehingga menjadi


sebuah bukit, maka Baginda pun dibawa ke tempat itu,

“Engkau akan dibakar, wahai Ibrahim. Kalau engkau benar-benar


mempunyai Tuhan lain dari tuhan-tuhan kami, mohonlah kepadaNya.
Kami ingin melihat setakat mana kebenaranmu,” ujar pengikut-
pengikut Raja Namrud kepada Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim tetap tenang, kerana dadanya telah dipenuhi dengan


iman. Baginda rela menghadapi segala apa pun kerana menegakkan
agama Allah SWT. Kisah ketabahan Nabi Ibrahim AS diabadikan
dalam al-Quran melalui firman-Nya. Meskipun kaumnya dengan begitu
bersemangat untuk membakar dirinya, namun Nabi Ibrahim AS tetap
tabah dan menyerahkan segala perkara kepada Allah SWT.
Sebagaimana firman Allah SWT:

ْ ‫﴾ قَ الُ وا‬٩٦ ﴿ ‫ون‬


‫اب نُ وا لَ هُ بُ ْن يَ انً ا‬ َ ُ‫﴾ َو اللَّ ـهُ َخ لَ قَ ُك ْم َو َم ا ت َْع َم ل‬٩٥ ﴿ ‫ُون‬ َ ‫ال َأ ت َْع بُ ُد‬
َ ‫ون َم ا تَ ْن ِح ت‬ َ َ‫ق‬
‫س فَ لِ ي َن‬ ْ ‫اه ُم ا َأْل‬ ُ ‫﴾ فَ َأ َر‬٩٧ ﴿ ‫يم‬
ُ َ‫اد وا بِ ِه َك ْي ًد ا فَ َج َع ْل ن‬ ِ ‫فَ َأ ْل قُ وهُ فِ ي ْال َج ِح‬

Surah al-Saffat (95-98)

Mereka dengan angkuh mengurung Nabi Ibrahim dalam sebuah rumah.


Sementara mereka pula mengumpulkan kayu bakar,

Setelah kayu bakar terkumpul menjulang tinggi, mereka mulai


membakar setiap hujung tepian dari tompokan itu, sehingga apabila
ada seekor burung yang terbang di atasnya nescaya ia akan hangus
terbakar. Mereka mendatangi Nabi Ibrahim AS kemudian
mengusungnya sampai di puncak tumpukan tinggi kayu bakar
tersebut”.

Nabi Ibrahim AS mengangkat kepalanya menghadap langit, maka


langit, bumi, gunung-gunung dan para malaikat berkata:  

“Wahai, Rabb! Sesungguhnya Ibrahim akan dibakar kerana


(memperjuangkan hak-Mu)”

Nabi Ibrahim berkata, “Ya, Allah, Engkau Maha Esa di atas langit,


dan aku sendiri di bumi ini. Tiada seorang pun yang menyembah-Mu
di atas muka bumi ini selainku. Cukuplah bagiku Engkau sebaik-baik
Penolong.” 

Mereka lantas melemparkan Nabi Ibrahim AS ke dalam tumpukan kayu


bakar yang tinggi, kemudian diserukanlah (oleh Allah SWT dengan
firman-Nya):
ٰ َ ‫ار ُك ونِ ي بَ ۡر ٗد ا و‬
َ ‫س لَ ًم ا َع لَ ٰ ٓى ِإ ۡب ٰ َر ِه‬
  ‫يم‬ َ ُ َ‫ٰيَ ن‬
Maksudnya: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera
kepada Ibrahim!"

Surah al-Anbiya’ (69)

Orang ramai yang berkumpul di sekitar kawasan itu masing-masing


merasakan betapa dahsyatnya api itu, api besar yang belum pernah
disaksikan oleh mereka sebelumnya. Masing-masing merasa yakin
sudah pasti Ibrahim akan hangus menjadi abu.

Akhirnya apabila api telah terpadam sehingga kayu menjadi abu, maka
orang ramai takjub apabila mendapati Nabi Ibrahim AS selamat dengan
tidak terkesan oleh api besar tersebut.

Anda mungkin juga menyukai