Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri dan Kesihatan

Diri
PENDAHULUAN
Setiap orang perlu menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri. Kebersihan dan
kesihatan adalah penting untuk kita.

PERENGGAN 1
ISI 1 IDEA Kita haruslah menjaga kebersihan diri pada setiap masa.

CONTOH Kita mestilah mandi dan menggosok gigi sekurang-


kurangnya dua kali sehari.
Kita mestilah mandi sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari,
dan menggosok gigi pada waktu pagi dan sebelum tidur pada
waktu malam.
KESAN Badan kita akan menjadi bersih dan tidak berbau
manakala gigi kita berseri.

PERENGGAN 2
ISI 1 Selain itu, kita juga haruslah menjaga kebersihan rumah.

CONTOH Kita boleh menyapu sampah, mengelap tingkap, mencuci


longkang, memotong rumput dan sebagainya.

KESAN Jika kita mengamalkan kebersihan rumah, diri kita juga


akan bersih dan tiada kekotoran. *(Kita juga dapat
menghirup udara yang bersih)

PERENGGAN 3
ISI 1 Seterusnya, kesihatan diri juga penting. Kita haruslah
mengamalkan pemakanan yang seimbang dan
berkhasiat. /Kita haruslah makan makanan yang seimbang
dan berkhasiat.

CONTOH Kita haruslah makan sayur-sayuran (seperti sawi, kubis,


petola) dan buah-buahan (seperti limau, pisang,
epal )kerana mengandungi vitamin dan khasiat.

KESAN Kita akan menjadi sihat dan bebas daripada penyakit.


PERENGGAN 4
ISI 1 Akhir sekali, kita perlulah bersenam pada setiap masa.

CONTOH Kita boleh bersenam, berjoging atau beriadah di halaman


rumah atau di taman.

KESAN Kita akan menjadi lebih cergas dan otak menjadi cerdas.

PENUTUP ASB - ASD


Kesimpulannya, jika kita menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri, kita akan
hidup dengan lebih bahagia dan sejahtera.

Setiap orang perlu menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri. Kebersihan dan
kesihatan adalah penting untuk kita.
Kita haruslah menjaga kebersihan diri pada setiap masa.Kita mestilah mandi
dan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Badan kita akan menjadi
bersih dan tidak berbau manakala gigi kita berseri.
Selain itu, kita juga haruslah menjaga kebersihan rumah.Kita boleh
menyapu sampah, mengelap tingkap, mencuci longkang, memotong rumput dan
sebagainya.Jika kita mengamalkan kebersihan rumah, diri kita juga akan bersih
dan tiada kekotoran.
Seterusnya, kesihatan diri juga penting. Kita haruslah mengamalkan
pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.Kita haruslah makan sayur-sayuran dan
buah-buahan kerana mengandungi vitamin dan khasiat. Kita akan menjadi sihat
dan bebas daripada penyakit.
Akhir sekali, kita perlulah bersenam pada setiap masa.Kita boleh bersenam,
berjoging atau beriadah di halaman rumah atau di taman.Kita akan menjadi lebih
cergas dan otak menjadi cerdas.
Kesimpulannya, jika kita menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri, kita
akan hidup dengan lebih bahagia dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai