Anda di halaman 1dari 6

TEMA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

APAKAH AMALAN-AMALAN YANG PERLU DILAKUKAN


BAGI MEMBENTUK GAYA HIDUP SIHAT DALAM
KALANGAN MASYARAKAT. BERIKAN PENDAPAT ANDA.
 
1. Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-
hari. Dengan memiliki tubuh badan yang sihat, seseorang
dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Anak-
anak dapat ke sekolah menimba ilmu dan ibu bapa dapat
mencari rezeki untuk keluarga. Bagi sesetengah orang,
nikmat kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang
penyakit. Oleh sebab peri pentingnya nikmat ini dalam
kehidupan, beberapa langkah perlu diamalkan agar
kesihatan kita terjamin.
2. Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk
menjaga kesihatan adalah dengan menjaga kebersihan
persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar
rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-
tempat air bertakung. Ianya akan dapat menghapuskan
tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat,
tikus,nyamuk dan lain-lain lagi. Oleh itu, sampah perlu
dibakar,dikambus atau dibuang di tempat khas. Pasu-pasu
bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung
dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Dengan demikian,
penyakit-penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria, dan
denggi dapat dielakkan.
3. Pada masa sekarang ini, dunia sedang bergelut
dengan pendemik Covid-19, amalan-amalan penjagaan
kebersihan amat ditekankan. Kementerian Kesihatan
Malaysia menekankan amalan 3W iaitu wash (cuci),
Wear (Pakai) dan Warn (amaran). CUCI - Kita
hendaklah kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
PAKAI - Pakai pelitup muka apabila keluar rumah.
AMARAN - Elakkan bersalaman atau bersentuhan,
amalkan etika batuk dan bersin, lakukan disinfeksi,
duduk rumah dan segera dapatkan rawatan jika
bergejala.
4. Mengamalkan pemakanan seimbang tidak
kurang pentingnya sebagai langkah menjaga
kesihatan kita. Mengamalkan pemakanan
seimbang bermakna seseorang mengambil
makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai
dengan keperluan tubuh badan seseorang. Kita
boleh merujuk kepada piramid makanan sebagai
panduan untuk mendapatkan gizi yang seimbang.
Makanan ringan dan minuman bergas perlu
dielakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan
kita. Langkah terbaik untuk mencapai tahap
kesihatan adalah dengan mengamalkan diet
makanan seimbang.
5. Amalkan aktiviti kesihatan seperti melakukan
aktiviti riadah dan senaman. Amalan riadah seperti
berenang, berjogging, menunggang basikal dan
kegiatan sukan lain adalah baik untuk kesihatan. Kita
disarankan melakukan senaman selama 30 minit dua
kali seminggu bagi mendapatkan tahap kesihatan yang
optimum. Di samping itu, seseorang dapat menghirup
udara segar semasa melakukan senaman di taman-
taman permainan serta dapat mengurangkan tekanan
atau stres selepas seharian penat bekerja.
6. Kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu menjadi
agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian.
Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh
kesihatan yang baik. Antaranya, menjaga kebersihan diri
dan persekitaran, mengambil pemakanan seimbang dan
melakukan kegiatan riadah. Kita haruslah lebih prihatin
dan mengambil berat tentang kesihatan diri agar dapat
menjalani kehidupan yang berkualiti. individu yang
sihat akan mampu memberi sumbangan kepada
pembangunan dan kemakmuran negara selaras dengan
slogan, "Rakyat Sihat Negara Sejahtera”.
#KITA JAGA KITA #KEKALSELAMAT

Anda mungkin juga menyukai