Anda di halaman 1dari 8

PIA2004 MODIFIKASI TINGKAH LAKU

SEMESTER 1 2022/2023

PENILAIAN INDIVIDU

DISKRIPSI TINGKAH LAKU:


TABIAT MEROKOK

NAMA:
AHMAD SYAKIR BIN MOHD HALILI

NOMBOR MATRIK:
U2104453/1
Definisi tabiat merokok

Tabiat merokok boleh dianggap sebagai satu gejala yang buruk. Tabiat merokok ini didefinisikan
sebagai satu tingkah laku atau perbuatan yang memberi kesan buruk kepada kesihatan dan organ
dalaman termasuk individu yang berada disekitar yang menghidu asap rokok tersebut. Perilaku
merokok ini dapat dijelaskan dengan perbuatan membakar salah satu alat produk tembakau dan
produk tersebut dihirup dan dihisap. Sebagai contoh produk rokok seperti rokok cukai dan tidak
bercukai, rokok dunhill, rokok John dan banyak lagi produk yang mengandungi nicota
tabacum,nicotina rustica dan spesies - spesies yang lain. Selain itu, tabiat merokok juga dapat
dijelaskan sebagai satu tabiat buruk berdasarkan hujahan dari WHO 2015 yang mengatakan
bahawa gejala tabiat merokok ini telah merebak dan mendapati bahawa 57% pada penduduk
Asia dan Australia, manakala bagi populasi rakyat Timur Eropah 14% dan Uni Soviet dan
selebihnya pada penduduk Amerika, penduduk Eropah barat dan Timur tengah. Seramai 39.9%
golongan 15 tahun ke atas yang mengalami gejala merokok sama ada lelaki atau perempuan di
Malaysia pada tahun 2015 direkodkan.

Jika kita bincangkan isu gejala merokok yang semakin meruncing dalam kalangan masyarakat
rakyat Malaysia, kajian awal mendapati sekiranya seseorang individu telah menghisap sebanyak
30 batang sehari, maka kadar kefungsian paru-paru individu tersebut menurun sehingga kadar
11.24ml setahun lebih berbanding dengan individu yang tidak merokok. Kesimpulan awal yang
dapat dibuat ialah sekiranya bilangan itu dapat dikurangkan, ia mampu menyelamatkan nyawa
individu tersebut. Akan tetapi, menurut penulis utama penyelidikan Dr Elizabeth Oelsner
berkata, “Merokok dalam kuantiti sedikit dalam sehari memberikan kesan merokok yang sama
berisiko seperti seperti merokok dalam kuantiti yang banyak.”

Masa yang diambil juga untuk merokok mungkin berbeza bagi setiap individu. Kebanyakan
individu ini mengalami satu waktu yang sukar seperti sedang mengalami masalah, stress dan
sebagainya. Selain itu, terdapat segelintir individu yang terpaksa atau memerlukan rokok dalam
membantu memanaskan badan mereka terutama di musim waktu sejuk. Pada kesempatan ini,
saya berpeluang untuk mendapatkan beberapa bukti dari seorang responden yang menjadikan
rokok sebagai satu tabiat dan dari pihak responden tersebut menyatakan bahawa beliau seorang
perokok pasif. Perokok pasif ini bermaksud dalam tempoh satu hari beliau mampu untuk
menghabiskan sebanyak 10-20 batang rokok satu hari atau bersamaan dengan 1 kotak sehari.

Sedikit latar belakang responden yang telah saya temubual secara berhadapan pada 15/12/2022
ialah responden merupakan seorang lelaki yang berada dalam linkungan umur 20 atau 21 tahun.
Responden juga meminati dan gemar rokok yang berjenama John. Berdasarkan apa yang saya
belajar dalam modifikasi tingkah laku ini, dimensi tingkah laku responden boleh dilihat dalam
aspek dimensi kekerapan, tempoh masa dan intensity. Pertama, responden menyatakan bahawa
dalam tempoh sehari, beliau akan menghabiskan sebanyak 4-7 batang sehari dan pada
kebiasaanya waktu yang akan beliau buat tabiat ini adalah pada sebelum dan selepas tidur dan
juga sebelum atau selepas makan. Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa waktu yang
stress dan tertekan juga akan membuatkan beliau mencapai sekurang-kurangnya satu kali atau
satu batang rokok untuk menghisap bagi menghilangkan kadar kerisauan dan tekanan beliau.

Seterusnya, beliau juga dapat menghabiskan 2 batang rokok dalam satu-satu masa dan ia akan
mengambil selama 5 minit untuk menghabiskan sebatang rokok. Kemudian, tempoh masa bagi
satu hisapan rokok ialah selama 3 saat. Ini menunjukkan bahawa tabiat merokok ini boleh
menyebabkan ketagihan dan bertepatan dengan kajian yang lepas. Responden juga menyatakan
ketagihan ini disebabkan nikotin yang terdapat dalam rokok. Menyedari hakikat ini, ia
membuktikan bahawa tabiat merokok ini memerlukan satu langkah pencegahan yang terperinci
dan kawalan yang tinggi bagi mengelakkan kesan buruk merokok terhadap badan dan kesihatan.
Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti dimensi tingkah laku ini dan ia mampu untuk
membantu saya dalam merancang dan menyediakan satu rancangan perubahan modifikasi
tingkah laku yang terjamin dan berkesan.

Berdasarkan tugasan ini, saya dapat simpulkan bahawa tugasan ini dapat membantu saya dalam
mengenal pasti sesuatu tingkah laku tersebut atas setiap individu itu. Saya juga akan
memfasilitasi individu yang ingin berhenti merokok dengan kaedah dan cara yang betul
menggunakan konsep dan berdasarkan dimensi tingkah laku. Saya juga mengharapkan agar
tabiat merokok ini dapat dikurangkan demi menjaga kesihatan serta mengelakkan dari terkena
sebarang kanser.
Rujukan

1. Wee, L. H., Chan, C. M. H., & Yogarabindranath, S. N. (2016). A Review of

Smoking Research In Malaysia. The Medical Journal of Malaysia, 71(Suppl 1),

29–41.

2. Nasution, I. K. (2008). PERILAKU MEROKOK PADA REMAJA. PERILAKU

MEROKOK PADA REMAJA.

3. Ramli, I.H (2021). Tabiat Merokok Mesti Dibanteras Sepenuhnya. Universiti

Sains Islam Malaysia.

4. Mahathir, Y., Akhir, M. A., Sulaiman, M. N. (2018). Faktor Tingkah laku Merokok

Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti. Jurnal Personalia Pelajar 21(2): 37-44.


Lampiran Borang Jawapan Responden

Anda mungkin juga menyukai