Anda di halaman 1dari 34

CTU101

(PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM)

SEMESTER OKTOBER 2022 - JANUARI 2023

TAJUK:
KETAGIHAN BARANG TERLARANG

KUMPULAN :
J4CEEC1101H

DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD HAZIQ BIN FAZLI
AFIQ ZUFAR BIN MOHAMAD SHAH
MUHAMMAD AMMAR DANIAL BIN

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ

ISI KANDUNGAN
2

1.0 PENDAHULUAN

2.0 PEMASALAHAN KAJIAN

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.0 PERSOALAN KAJIAN


4.1 Hizf al-Nafs
4.2 Kesan Pengambilan Barang Terlarang
4.3 Penerangan jenis barang terlarang dan Faktor
4.4 Langkah Pencegahan Ketagihan barang terlarang

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

6.0 KAJIAN LITERATUR

7.0 METADOLOGI KAJIAN

8.0 DAPATAN KAJIAN

9.0 RUMUSAN

10.0 RUJUKAN

1.0 PENDAHULUAN
2

Seperti yang diketahui seluruh masyarakat dunia


sejak dahulu lagi dadah merupakan masalah
sosial yang sangat mengancam kesejahteraan malah di
Malaysia sendiri kerajaan telah mengisytiharkan bahawa
"dadah merupakan musuh utama negara" dan perlu
dibanteras. Namun selain dadah yang mendatangkan
masalah sosial terdapat juga tabiat atau perbuatan
menghidu gam.
Tidak ramai yang sedar bahaya menghidu gam
dikalangan generasi muda khususnya kanak kanak dan
remaja yang terdiri daripada pelajar sekolah juga bukan
sahaja merupakan penyakit sosial malah turut
menjejaskan kesihatan pengamalnya. Perbuatan atau
tabiat menghidu gam ini dilihat sukar untuk dikawal dan
diatasi serta tidak banyak pihak yang memberi perhatian
mengenainya berbanding dengan dadah yang di mana
merupakan perkara terkemuka di negara termasuklah
kes Rokok yang tiada kesudahan.
Justeru, langkah-langkah sewajarnya perlu diambil
bagi mengatasi mahupun mencegahnya dari terus
menjadi kudis dan barah dalam masyarakat Malaysia.
Kajian ini perlu dilakukan untuk menganalisis faktor
utama yang mempengaruhi punca penyalahgunaan
bahan dan melihat hubungan antara satu sama lain.
Semoga dapatan kajian yang dihasilkan akan dapat
memberi kesedaran dan pengetahuan kepada belia dan
masyarakat keseluruhan punca-punca utama yang
menyebabkan belia terjerumus dalam masalah.
PEMASALAHAN KAJIAN
2

Isu masalah sosial bagi pengambilan serta ketagiahan


barang terlarang hari ini adalah salah satu isu yang
semakin mendapat tempat serta perhatian semua pihak di
segenap dunia. Meskipun didikan keburukan barang-
barang terlarang seperti dadah dan rokok telah diberikan
sejak di peringkat awal lagi, namun penggunaannya
semakin meningkat saban hari.
Sebagai contoh rokok , di Malaysia, rokok adalah salah
satu tembakau yang aktif dan popular digunakan
khususnya dalam golongan para lelaki. Kementerian
kesihatan juga ada menyatakan bahawa 49% lelaki di
Malaysia terlibat dengan kegiatan menghisap rokok.
Kebiasaannya, merokok dijadikan sebagai simbolik dalam
menunjukkan kehebatan serta ketampanan mereka
sebagai seorang lelaki sejati. Meskipun begitu, isu rokok
adalah isu yang semakin membimbangkan di Malaysia
kerana ia memberikan implikasi yang tidak baik dalam
segenap aspek khususnya dari segi ekonomi serta
kesihatan.

Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk


mengenal pasti tahap kefahaman dan pengetahuan
Masyarakat terutama sekali golongan muda tentang gejala
sosial ini serta meneroka faktor-faktor yang
mempengaruhi dan cara untuk membendung penglibatan
diri dalam masalah sosial ini dalam kalangan masyarakat.

OBJEKTIF KAJIAN
2

1. Menjelaskan pengambilan barang terlarang ini dari segi


Maqasid Syariah bahagian HIZF AL NAFS.
2. Mengenal pasti kesan pengambilan barang terlarang
terhadap individu dan sesebuah masyakarat.

3. menerangkan punca seseorang individu mampu terlibat


dengan pengambilan barang terlarang .

4. Membahaskan Langkah-langkah untuk mengelakkan


penglibatan dan pengambilan barang terlarang
berleluasa dalam kalangan masakarat

PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab beberapa
soalan seperti berikut:
1. Sejauh manakah kefahaman Maqasid syariah
bahagian HIZF AL NAFS dalam bidang sosial yang
berkait dengan nyawa ini.
2. Apakahkesan pengambilan barang terlarang terhadap
individu dan sesebuah masyarakat

3. Apakah punca penglibatan seseorang tersebut dalam


masalah ketagihan barang terlarang

4. Bagaimanakah cara untuk membendung penglibatan


dan pengambilan barang terlarang dari berleluasa
dalam kalangan individu serta masyarakat
HIFZ AL NAFS
2

Berdasarkan kajian saya masalah soial berkaitan


penglibatan diri dengan bahan terlarang juga boleh
dikaitkan dengan Hifz al-Nafs

Hifz al-Nafs bermaksud menjaga jiwa yang


berasal dari gabungan dua kata bahasa arab Hifz
yang bermaksud menjaga dan al-Nafs bermaksud
jiwa atau ruh. Hifz al-Nafs adalah mencegah
terjadinya hal-hal buruk dan memastikannya tetap
hidup (al-Khadimi:2006). Secara umumnya bahawa
konsep hifz al-nafs adalah pemeliharaan terhadap
nyawa atau jiwa yang mana ini merupakan objektif
kedua terpenting secara berurutan setelah prinsip
hifz al-din (memelihara atau menjaga agama) dalam
turutan Maqasid Syariah. Sebagai contoh, Islam
melarang perbuatan membunuh baik membunuh
diri sendiri mahupun manusia lain dan bagi yang
melakukan perbuatan tersebut maka Islam
mensyariatkan hukuman qiyas, diyat, mahupun
kafarah bagi mereka yang telah melakukan
pembunuhan baik secara sengaja maupun secara
tidak sengaja (al-Shatibi:1998).

Objektif memelihara nyawa ini dinyatakan oleh


para ulama Menurut Chapra (2008) beliau
2

mengemukakan maksud yang agak terkini iaitu bagi


hifz al-nafs yang melibatkan pencapaian iaitu
pemeliharaan maruah, persaudaraan,
kesaksamaansosial, keadilan, peningkatan rohani
dan moral, keselamatan hidup, harta dan
kehormatan,kebebasan, pendidikan, pemerintahan
yang baik, mengurangkan kadar kemiskinan dan
memenuhi keperluan pekerjaan dan peluang bekerja
sendiri, pengagihan saksama pendapatan dan
kekayaan, perkahwinan dan kehidupan keluarga
yang stabil, keluarga dan perpaduan sosial dan
pengurangan jumlah jenayah serta keamanan dan
kestabilan mental.
Sekiranya seseorang itu melibatkan diri dalam
kegiatan sosial berkait dengan kes yang kami kaji ini,
secara tidak langsung mereka tidak mengetahui dan
tidak ambil peduli kesan atau larangan yang telah
ditetapkan dalam Islam sejak zaman dahulu lagi .
Menurut Hifz al nafs islam sangat menitik beratkan
soal penjagaan nyawa diri sendiri serta orang lain.
2

KESAN PENGAMBILAN BAHAN


TERLARANG
 INDIVIDU
Berdasarkan kajian saya pengambilan bahan
terlarang terhadap individu ialah melemahkan
iman dan merosakkan kehidupan seseorang
tersebut.Perkara ini sangatlah jelas apabila
terdapat banyak contoh kehidupan seseorang
setelah merosakkan diri mengambil bahan
terlarang ini demi kepentengan diri. Individu
tersebut akan diremehkan dan dipinggirkan oleh
orang sesekeliling terutama sekali orang yang
paling rapat dengan diri sebagai contoh ibubapa,
ahli keluarga, kawan , sahabat handai dan
sebagainya . Perkara tersebut secara tidak sengaja
menyebabkan individu yang terlibat dengan
ketagiahan bahan terlarang ini cenderung
membunuh diri akibat kehidupannya di muka
bumi tidak lagi diambil peduli. Selain itu faktor
kesihatan, Individu tersebut akan mengalami
masalah kesihatan yang sangat kritikal jikalau
beliau mengambil bahan tersebut tanpa berkala .
Sebagai contoh barang atau bahan terlarang ialah
Rokok,Dadah,Rokok elektronik atau dipanggil
VAPE, shisha, Gam serta Inhalan dan Sebagainya.
2

 MASYARAKAT
Berdasarkan kajian saya gejala penyalahgunaan
barang atau bahan hanya mendatangkan kesan-
kesan negatif terhadapdiri tetapi ia juga mampu
menyebarkan kesan-kesan negatif tersebut kepada
masyarakat.

Kesan yang boleh dilihat adalah masyarakat akan


dipandang serong atau rendah. Sebagai contoh
ketagihan atau pengambilan Dadah akan digelar
penagih di kalangan masyarakat, para penagih
selalunya dianggap sebagai individu yang tidak
berguna dan menyusahkan maka ini turut
menyebabkan masyarakat disekeliling terkena
tempias tersebut berdasarkan pandangan
masyarakat lain terhadap mereka. Dengan ini
sesebuah masyarakat tersebut tidak akan maju dan
jauh ketinggalan berbandoing masyarakat –
masyarakat lain yang tidak pernah ambil tahu dan
melibatkan diri dalam kegiatan pengambilan barang
terlarang seperti dadah ini.
2

Seterusnya kesan yang ketara yang sering


dikatakan dalam kalangan masyarakat ialah
sesebuah masyarakat yang terlibat dengan
ketagihan ini akan mengalami masalah kesihatan
yang sangat teruk. Sebagai contoh masyarakat yang
menghisap rokok , apabila mereka menghisap rokok
secara tidak langsung mereka telah memasukkan
bahan kimia yang sangat bahaya seperti
Tar,Arsenik,Nikotin,Amonia dan sebagainya terus ke
dalam peparu menyebabkan proses pernafasan
semakin sukar akibat terlampau banyak asap di
dalam paru-paru.

Bagi masyarakat yang Ketagiha terhadap dadah


mereka merupakan faktor terbesar pembawa
penyakit HIV akibat perkongsian jarum dan seks
bebas. Perkara ini cukup menggerunkan segenap
masyarakat kerana tersebarnya penyakit tersebut
akan memberi kesan sampingan yang buruk
terhadap masyarakat awam yang tidak bersalah.
Contohnya berlaku kes rogol yang
menyebabkan mangsa dijangkiti HIV dan
berkemungkinan melahirkan anak yang turut
dijangkiti penyakit berbahaya tersebut. Mangsa yang
tidakbersalah itu terpaksa meneruskan kehidupan
2

bersama penyakit tersebut sehingga ke akhir


hayatnya.
Kesan selain yang saya terangkan di atas adalah
ketidakstabilan dan keamanan struktur masyarakat
dari segi pergaulan , emosi dan permuafakatan.
Apabila adanya masyarakat yang ketagih terhadap
barang terlarang seprti dadah di kalangan
masyarakat, kehidupan atau aktiviti seharian sedikit
sebanyak akan terganggu kerana majoriti
masyarakat akan mengelak dari berinteraksi dengan
mereka yang terlibat dengan aktiviti
penyalahgunaan dadah, mencemuh atau memulau
dan kemungkinan tersebarnya kata-kata yang
kurang menyenangkan hingga berlakunya krisis
salah faham anatara sesebuah keluarga dengan
keluarga lain lalu menyebabkan berlakunya
perpecahan dan permusuhan di kalangan
masyarakat. Bagi perokok pula sekiranya mereka
merokok di Kawasan awam , secara tidak sengaja
memberi kesan negatif terhadap masyarakat
setempat yang melakukan aktiviti harian mereka
sambil menghidu bau asap rokok yang boleh
memudaratkan kesihatan terutama sekali kanak-
kanak yang berusia bawah 3 tahun. Perkara yang
saya terangkan mampu merosakkan kemanan hidup
dalam bermasyarakat .
2

JENIS BARANG TERLARANG :


A - KETAGIHAN MEROKOK
Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk
silinder samadadaripada kertas mahupun daripada
pelbagai jenis daun berukuran antara70mm hinnga
120mm dengan diameter 10mm berbeza mengikut
negara. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan
dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui
mulut pada hujung yang lain.
Pada masa kini . Kegiatan merokok semakin
membimbangkan dari hari ke hari,penglibatan anak
mudaterhadap kegiatan merokok juga semakin
meningkat menyebabkan perkara ini tidak dapat
dikawal secara berkala. Kementerian Kesihatan
Malaysia menganggarkan bahawa antara 50 hingga 60
remaja sekolah yang terlibat dalam tabiat merokok
setiap hari dan sebahagian besar daripada bilangan
mereka akan menjadi perokok tegar dan berlarutan
sehingga dewasa.

Hal ini demikian kerana ia dianggap aktiviti yang


biasa bagi remaja yang mula menginjak dewasa dan
mengenal dunia. Selain itu, untuk memastikan individu
tersebut dianggap sebagai rakan sekumpulan, maka dia
perlu mengikuti tabiat yang dilakukan oleh ahli
kumpulannya (Widiansyah, 2014). Pada lingkungan
2

usia remaja sekolah menengah, keinginan untuk


mencuba sesuatu yang baru adalah tinggi.
Hal ini kerana, belia dan remaja pada peringkat usia
13 hingga 17 tahun adalah peringkat di mana mereka
mula berhadapan dengan krisis serta konflik dalaman
semasa mencari identiti diri yang ingin ditonjolkan
(Yusoff, 2018).
Faktor terbesar anak muda menghisap rokok adalah
berpunca akibat pengaruh rakan sebaya bermula dari
sifat ingin tahu dan mencuba menyebabkan seseorang
anak muda atau mudah dipangil remaja itu terjatuh
dalam perangkap kematian yang telah wujud lama
dalam kalangan masyarakat.
Peratus masyarakat yang menghisap rokok semakin
membimbangkan pakar pakar kesihatan di negara
Malaysia. Rokok merupakan salah satupenyumbang
terbesar penyebab kematian yang sulit dicegah dalam
masyarakat. Terdapat beberapa huraian mengenai
faktor penglibatan rokok dalam hidup seseorang.
2

FAKTOR PENGAMBILAN BAHAN


TERLARANG
KETAGORI (MENGHISAP ROKOK)

1. Mereka menghisap dan menggunakan rokok lebih


kepada mengurangi perasaan negatif yang melanda
diri. Perasaan-perasaan ini termasuklah perasaan
marah, cemas mahupun gelisah. Bagi mereka, rokok
adalah salah satu penyelamat dalam membantu
mereka mengatasi perasaan tersebut.

2. Merokok adalah salah satu cara untuk mendapatkan


ketenangan daripada tekanan rakan sebaya,
kebosanan, sifat ingin tahu yang tinggi serta simbol
ketampanan dan kegagahannya. Kebiasaannya,
perokok yang mengalami tekanan perasaan, mereka
akan menggunakan rokok sebagai alternatif untuk
menghilangkan kegusaran yang mereka hadapi.

3. Faktor ini berkaitan dengan penggunaan tembakau


mahupun rokok dalam kalangan rakan sebaya, iklan-
iklan rokok sama ada melalui ikon mahupun iklan
secara langsung serta dalam keluarga seperti ibu
bapa dan adik-beradik. Ibu bapa adalah individu yang
memiliki pengaruh kuat terhadap keterlibatan anak
dalam tabiat merokok.
2

B-PENAGIH DADAH
Berdasarkan kajian dadah adalah bahan kimia
psikoaktif yang digunakan bukan tujuan perubatan
yang mana penggunaannya adalah dilarang . Dadah
atau drug dalam bahasa Inggeris diertikan sebagai
ubat-ubatan. Dadah bermaksud apabila bahan kimia
yang psikoaktif sama ada berbentuk asli atau sintetik
yang apabila dimakan, dihisap, ditelan, dihidu atau
disuntik ke dalam badan memberi kesan pada sistem
saraf manusia (Mahmood Nazar 2009). Penagihan
dadah merupakan masalah yang dihadapi oleh semua
negara di dunia pada hari ini. Masalah ini dilihat
sebagai masalah sejagat yang menyumbang kepada
peningkatan statistik penagihan dadah pada setiap
tahun. Malaysia juga menghadapi masalah
peningkatan dadah pada setiap tahun (AADK 2011).
Pengharaman berkaitan dadah ini dipersetujui oleh
semua agama di dunia. Setiap agama menganggap
dadah lebih banyak membawa keburukan berbanding
kebaikan. Agama Islam dengan jelas mengharamkan
penggunaan dadah dengan tujuan merosakkan
maqasid syariah (Wan Mohd Nasir 2011).
2

Pengharaman dadah boleh diqiaskan dengan


pengharaman arak.
Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa


sesungguhnya arak dan judi serta pemujaan
berhala dan mengundi nasib dengan batang-
batang anak panah, semuanya adalah kotor
daripada perbuatan syaitan. Oleh itu,
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya.

(al-Maidah 5: 90)

Dalil ini dikukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah


SAW:
Maksudnya:
Setiap minuman yang memabukkan adalah haram.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


2

FAKTOR PENGAMBILAN BARANG


TERLARANG KATEGORI DADAH
1.DIRI SENDIRI
Individu yang terlibat penagihan dadah cenderung
untuk mencuba perkara ini menyebabkan mereka
tidak dapat lari atau elek daripada terlibat dengan
dadah. Selain itu mereka juga cenderung untuk
berseronok perkara ini adalah salah satu penyebab
utama mengapa penagih dadah ramai datangnya
dari kalangan remaja .

2.PENGARUH RAKAN SEBAYA


Remaja terlibat dengan Dadah adalah
disebabakan rakan mereka sendiri. Apa yang kami
faham mereka yang sudah tewas jatuh ke tangan
dadah ini disebabkan berkawan dengan orang
yang tidak baik , mangsa dadah ini pada
permulaannya akan ditawarkan dadah dalam
jumlah yang sedikit oleh rakan-rakan. Lama
kelamaan jumlah itu meningkat selepas seringkali
mengambil kuantiti yang banyak disebabkan
Dadah mudah didapati dengan hanya meminta
atau membayar kepada kawan hasutan mereka.
2

C- PENYALAHGUNAAN GAM INHALAN


Tabiat hidu gam di kalangan remaja adalah satu lagi
gejala yang semakin berleluasa. Kebanyakan mereka tidak
menyedari bahawa tabiat ini boleh mendedahkan mereka
kepada pelbagai risiko kesihatan termasuk kematian. Gam
yang mengandungi bahan organik atau pelarut seperti
toluene serta trichloroethylene adalah toksid yang boleh
menggangu fungsi jantung. Jika diambil secara berlebihan,
bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung
tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang
akhirnya boleh menyebabkan kematian. Selain itu, ia juga
boleh memberi kesan serta merta seperti kesan euforia
iaitu kelihatan seronok tanpa sebab. Secara umumnya
seseorang itu menjadi ketagih apabila dadah seperti jenis
opioid akan meresap ke tisu yang ada dalam badan
manusia. Kesan lain pada fungsi otak akibat menghidu
gam ialah risiko menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik
atau gila, hilang upaya deria dan kelumpuhan pada
bahagian tertentu.( Berita Harian 24 April 2000).

Masyarakat telah mengetahui mengenai hal ini tapi


mereka tidak mengambil endah kerana kes melibatkan
ketagihan barang seperti Gam ini tidak memberi impak
yang tinggi terhadap sesebuah kelompok masyarakat.
Tambahan pula tiada mana-mana peruntukan akta yang
boleh menyebabkan mereka diambil tindakan undang
undang. Namun di negara ini gejala menghidu gam adalah
paling ketara berdasarkan kajian dari tokoh dan pengakaji
terkenal.
2

FAKTOR PENGAMBILAN BARANG TERLARANG


KATEGORI (GAM dan INHALAN)

 Masalah sosial
 Pengaruh rakan sebaya
 Pengaruh masyarakat setempat
 Kos yang murah
 Mudah untuk didapati
 Senang untuk disimpan
 Barang keperluan harian
 Menghilangkan tekanan hidup
2

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEGIATAN


PENGAMBILAN BARANG TERLARANG
Berdasarkan kajian saya terdapat banyak cara
untuk membendung kegiatan sosial pengambilan
barang terlarang ini.

A-SISTEM PENDIDIKAN
Peranan Pendidikan adalah salah satu cara untuk
mengatasi masalah sosial ini sejak dari kecil.
Sekolah mampu mendisiplinkan anak-anak murid
daripada terjerumus dengan gejala sosial ini
kerana meluntur biarlah dari rebungnya. Sekolah
boleh melakukan kempen-kempen yang
bermanfaat buat pelajar berkaitan barang
terlarang seperti Dadah dan juga Rokok. Kerajaan
juga boleh meletakkan perkara-perkara berkait
masalah penglibatan sesebuah masyarakat
terhadap barang terlarang terutama sekali
golongan remaja dalam silibus pembelajaran
pelajar sekolah. Perkara ini akan membuatkan
golongan muda lebih matang dan berfikiran jauh
lebih hebat dari golongan dewasa dalam hal gejala
sosial ini.
2

B-MEMANTAU PENGARUH RAKAN SEBAYA


Remaja juga perlu diberi motivasi serta
keyakinan untuk membuat keputusan yang betul
serta tidak terikut-ikut telunjuk rakan sebaya.
Justeru, pengaruh negatif daripada rakan sebaya
harus dibendung. Memandangkan sebahagian
kumpulan yang berisiko tinggi ini merupakan
pelajar yang tercicir dari sekolah, langkah
pencegahan melalui pendidikan dan penyebaran
maklumat secara formal mungkin tidak memadai.
Dalam konteks ini, ahli masyarakat, guru dan ibu
bapa perlu memerhatikan sekiranya wujud
perkumpulan atau persepakatan yang tidak sihat
di sekolah atau kejiranan yang dihuni. Adalah
menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik
anak-anak agar berhati-hati memilih rakan.
Sekiranya didapati mereka tersilap langkah
dengan memilih rakan atau kumpulan yang
mempunyai sikap yang bertentangan dengan nilai
murni masyarakat, maka ibu bapa perlu
memisahkan anak-anak daripada perkumpulan
tersebut.
Faktor pengaruh rakan sebaya yang menjadi
punca kepada individu menghidu gam bukan
sesuatu yang asing. Kesatuan ini amat penting
sehinggakan mereka terlibat dan meninggalkan
gejala ini secara berkumpulan. Atas alasan ini,
2

usaha pencegahan atau pemulihan boleh


dilakukan secara berkumpulan dan pendekatan ini
perlu dikaji dengan lebih mendalam dari segi
pelaksanaannya. Walaubagaimanapun,
pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.
Oleh itu, amat penting untuk memastikan anak-
anak tidak terjebak dengan pola kesatuan yang
berunsur negatif sejak dari peringkat awal.

C-MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG
Selain usaha pencegahan menerusi factor-faktor yang
dikenalpasti sebagai punca pembabitan sesebjuah
individu dan masyarakat dalam ketagihan barang
terlarang seperti menghisap dadah,merokok,menghidu
gam serta inhalan dan sebagainya,kerajaan perlu
mewujudkan akta khusus atau menguatkuasakan undang-
undang yang mengharamkan sebarang bentuk
penyalahgunaan barang terlarang.

Situasi masa kini tidak mengekang pengguna mahupun


penjual daripada memperolehi atau menjual bahan
dengan sewenang-wenangnya. Jika diteliti, para peniaga
seharusnya sedar bahawa bahan yang dijual akan
disalahgunakan dan mereka mempunyai tanggungjawab
sosial untuk tidak menjual bahan tersebut kepada individu
berkenaan. Sebagai contoh ubat-ubatan yang dijual di
kedai atau farmasi , segelintir dari peniaga tidak
mengambil endah menjual ubat-ubatan yang mempunyai
2

kandungan dadah yang sangat tinggi di dalamnya . Perkara


ini membuat Keldai dadah berleluasa menjual ubat yang
sudah dimodifikasi menjadi barang terlarang dan akhirnya
menjual dadah tersebut kepada masyarakat terutama
sekali golongan muda yang mudah terpengaruh.

Seterusnya , menguatkuasakan undang-undang


larangan merokok. Kini pengharaman menghisap
rokok di Kawasan awam sudah berkuatkuasa . Jikalau
orang awam melanggar arahan tersebut mereka akan
dikenakan kompaun seperti larangan menghisap rokok
di kedai makan . Mereka akan dikenakn kompaun
seabanyak RM 250 untuk kesalahan pertama dan
kedua,RM350 untuk kesalahan ketiga dan seterusnya.
Berdasarkan kajian saya Tindakan penguatkuasaan
undang-undang ini akan dikenakan terhadap perokok-
perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua
premis makanan. Kegagalan membayar kompaun, akan
menyebabkan pesalah dikenakan denda tidak melebihi
RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara. Di
samping itu , remaja di bawah usia 18 tahun juga
dilarang membeli,menjual dan menghisap rokok.
Perkara ini dilakukan bagi membendung masalah
ketagihan merokok dalam kalangan pelajar kerana
mereka yang akan menerajui masa depan negara
dengan aman dan terhindar dari sebarang penyakit
yang mampu dicegah sejak dari akar umbi lagi.
2

Selain itu, Kajian mendapati ada segelintir peniaga yang


sudah berhenti menjual jenama gam yang digemari pelaku
tetapi lebih ramai yang mengambil sikap tidak endah
kerana tiada peruntukan undang-undang yang
mengkehendaki mereka menyekat jualan bahan.
Kewujudan akta menandakan kerajaan serius untuk
mengatasi masalah ini. Menerusi akta inhalan, ahli-ahli
masyarakat akan dapat memainkan peranan dengan
berkesan, secara langsung dapat membantu mengawasi
insiden penyalahgunaan inhalan di kejiranan mereka.
Tanpa akta, gejala ini akan terus berleluasa dan sukar
dibendung kerana inhalan seperti gam akan terus
diperolehi dengan mudah dan pelaku tidak segan silu
melepaskan ketagihan mereka secara
terbuka.

Walaupun perbuatan mereka mengundang padah


kepada masyarakat, tetapi ahli komuniti yang
prihatin hanya mampu memberikan nasihat yang
lazimnya “masuk telinga kiri, keluar telinga
kanan”. Di bawah keadaan ini, pihak berkuasa hanya boleh
membuat tangkapan sekiranya mereka mengganggu
ketenteraman awam atau terlibat dengan jenayah, tetapi
bukan atas faktor tingkahlaku inhalan itu sendiri.
2

D-PENYEBARAN MAKLUMAT SECARA


BERKESAN
Penyebaran maklumat tentang bahaya ketagihan barang
terlarang adalah perlu untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang buruknya gejala
menyalahgunakan bahan. Media massa
merupakan medium terbaik untuk mengetengahkan isu ini.
Maklumat-maklumat yang perlu
disebarkan termasuklah tentang kesan gejala ini yang boleh
menyebabkan kerosakan kekal seperti dadah serta tanda-
tanda untuk mengenalpasti individu yang terlibat dengan
penyalahgunaan inhalan.

Informasi sedemikian amatlah wajibkerana ramai yang


masih tidak sedar tentang impak
tingkahlaku ini dan terdapat ibu bapa yang masih tidak
sedar bahawa anak mereka terlibat
dengan gejala sosial tersebut. Ceramah kesedaran dan
paparan poster berinformasi perlu dilaksanakan
secara agresif di sekolah-sekolah menengah, di mana
terdapatnya golongan berisiko tinggi seperti kempen anti
dadah dan Cermah dari pihak kesihatan mengenai bahanya
barang terlarang. Anak-anak muda perlu diingatkan bahawa
tindakan yang asalnya hanya untuk suka-suka, boleh
membawa padah yang berpanjangan seperti menghisap
Rokok dan penglibatan menghisap Gam / Inhalan.
2

Usaha-usaha tersebut juga perlu dipanjangkan ke


sekolah rendah kerana kajian mendapati kanak-kanak mula
menghidu gam seawal usia 9 tahun.
Justeru, langkah proaktif untuk menyekat tingkahlaku ini
adalah sangat penting. Hal ini kerana
apabila masyarakat sudah mula terjebak dan mula
bergantung kepada bahan terlarang yang merosakkan
untuk memuaskan kehendak, mereka akan tersepit di
dalam keadaan negatif dan merosakkan iman terutama
sekali.

Seringkali usaha pemulihan bagi golongan masalah


sosial ini jarang sekali membuahkan hasil. Melalui tindakan
proaktif iaitu melalui input kesedaran dan pengetahuan
yang mencukupi, diharapkan masalah ini dapat dibendung
dengan berkesan.
2

KEPENTINGAN KAJIAN
2

KAJIAN LITERATUR
AHMAD REDZUWAN MOHD YUNUS, GEJALA SOSIAL
DALAM MASYARAKAT ISLAM PUNCA DAN
PENYELESAIAN, Cheras Kuala Lumpur, 2003, Ms 52-58
dan Ms 110-112
MOHD NIZAM SAHAD DAN MISISAH BAYANI ROKOK
PANDANGAN ISLAM DAN TIP BERHENTI, Universiti
Sains Malaysia, Penang, 2022, Ms 2-10
FARIZA MD. SHAM, SULAIMAN IBRAHIM, IDERIS
ENDOT, DAKWAH DAN PERUBAHAN SOSIAL, Cheras
Kuala Lumpur, 2000, Ms 55-60
JASEER AUDA (PHD), MEMAHAMI MAQASSID
SYARIAH, Kuala Lumpur, 2014, Ms 2-51.
ABDUL RAZAK ABD MANAF, NOOR AZIZAH AHMAD,
AHMAD SHUKRI ABDUL HAMID, PENGURUSAN DAN
AMALAN KERJA SOSIAL,Universiti Utara Malaysia,
Kedah, 2019, Ms 2-233
MAHMOOD NAZAR MOHAMED,
MENCEGAH,MERAWAT DAN MEMEULIHKAN
PENAGIH DADAH beberapa pendekatan dan amalan di
Malaysia, Cheras Kuala Lumpur,2006,Ms 2-110
2

METODOLOGI KAJIAN
Metode kajian ialah merujuk kepada kaedah yang paling
sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan
tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian
(www.jpnin.gov.my/c/document). Untuk menjalankan
kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif.
Pengumpulan dan penganalisaan data dibuat melalui
beberapa kaedah bagi menyempurnakan kajian.

Kualitatif
Penyelidikan kuantitatifdigunakan untuk mengenal pasti
faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ketagihan dan
pengambilan barang terlarang dalam kalangan
masyarakat dan terhadap individu menerusi soal selidik.
Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan SPSS
(Statistical Package for Social Studies) iaitu analisis
deskriptif. Soal selidik ini dilaksanakan menerusi Google
Form iaitu responden akan diberikan masa dalam 5
sehingga 10 minit untuk menjawab soal selidik yang
diberikan dan hasil daripada soal selidik tersebut akan
dianalisis bagi mendapatkan faktor-faktor yang dominan
yang mempengaruhi responden. Seramai10 orang pelajar
daripada Mahasiswa UiTM kampus Pasir Gudang
pengajian Kejuruteraan Awam Part/Semester 1 terpilih
sebagai responden dalam kajian ini.
2

HASIL KAJIAN
2

KESIMPULAN
Isu penyalahgunaan bahan di kalangan belia merupakan
suatu topik yang selalu dikaji. Hal ini menunjukkan terdapat
kesedaran di kalangan masyarakat untuk berusaha
mengenalpasti faktor-faktor risiko dan kelemahan yang berlaku
dalam masyarakat hari ini sehingga timbulnya masalah ini
dalam negara. Justeru itu, usaha-usaha dan langkahlangkah
penyelesaian cuba diutarakan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Lantaran ini, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui
secara mendalam dan secara khus tentang faktor risiko belia
dalam penyalahgunaan bahan. Pengkaji percaya dengan
mengenalpasti secara jelas faktor risiko bagi golongan yang
berisiko dalam setiap kawasan boleh memberikan gambaran
yang lebih spesifik dalam mencari faktor-faktor yang mampu
menolong belia yang berisiko di seluruh kawasanterutama
kawasan bandar. Dengan pengenalpastian ini juga, program-
progam yang bakal dijalankan di masa hadapan akan melalui
hala tuju yang lebih efektif dan berkesan dalam mencegah
penyalahgunaan bahan dadah terutamanya dalam kalangan
belia. Kita percaya rakyat sedar kes penyalahgunaan bahan ini
serius, tetapi ramai yang cuma buat tidak tahu dan
mengeluh,tetapi tidak membantu serta berbuat sesuatu bagi
mengubahnya .Kita tidak boleh lagi melihat dan membiarkan
perkara seperti ini berlaku sahaja disekeliling kita.Mungkin
ramai tidak ambil peduli kerana menganggap itu bukan
masalah mereka atau tidak membabitkan anak beranak atau
ahli keluarga mereka .Mereka tidak ambil peduli dan tidak
ambik tahu kerana tidak mahu dianggap mencampuri hal orang
lain.Ini bukan soal hendak menjaga tepi kain orang lain, tetapi
membabitkan masa depan generasi kita, Kenyataan ini dipetik
dari keratan akhbar Berita Harian
(Http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ , 2012).
2

RUJUKAN
Yunus Elon, Evelin Malinti Klabat Journal of Nursing 1
(1), 78-87, 2019 Hifz Al-Nafs: Menjaga Diri Bebas dari KDRT
Hukumnya Wajib BY PEACENEWS · FEBRUARY 5, 2022
International Conference On Syariah & Law2021(ICONSYAL 2021)-
Online Conference 6th APRIL 2021

Muzakarah Pakar Isu Kesihatan, VAPE Unit Kawalan


Tembakau dan FCTC Sekretariat Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Januari 2016.

The use of Methadon Medicine as a Drug Medicinal Therapy


in The Treatment of Drug Addict: a Pre-Emergency Examination to
Three Trainers of Drug Recovery Centers
Muhammad Azwan Azimi(1*), Abu Yazid Abu Bakar(2) 2019
Faktor-faktor Yang Mendorong Kepada Masalah Merokok Di
Kalangan Pelajar : satu Kajian Kes Ke Atas Pelajar - Pelajar yang
Terlibat Dengan Masalah Merokok di Sekolah Menengah Teknik
Kerian, bagan Serai, Perak
Isa, Mohamad Nazri and A Samah, Narina (2004)

Sitti Nonieyah Mohd Gaid, Farah Mohamad Zain, Faizahani


Ab Rahman, Marini Kasim FAKTOR MEMPENGARUHI
KEGIATAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH DAN TINDAKAN KAUNSELOR DALAM
MENANGANINYA June 2022

NURUL NURLIANA BAHARUDIN, SUZANA SHAHAR & ZULKIFLI


MD. ZAINUDDIN Dietary and Lifestyle Factors and its Risk to
Kidney Stone Disease: A Case Control Study at UKM Medical
Centre November 2016
2

Tamadon, M.R., Nassaji, M. & Ghorbani, R. 2013.


Cigarette smoking and nephrolitiasis in adult individuals.
Nephrourology Monthly 5(1): 702.
Mooser, V., Burnier, M., Nussberger, J., Juilierat, L.,
Waeber, B. & Brunner, H.R. 1989. Effects of smoking and
physical exercise on platelet free cytosolic calcium in
healthy normotensive volunteers. Journal of Hypertension
7(3): 211-269.
Hazman bin Seli, Che Bakar Che Mat, Wan Hamdi bin Nordin
@ Wan Ghazali
FENOMENA PENYALAHGUNAAN DADAH DAN
HIDU GAM SERTA KESANNYA KEPADA SISTEM
NILAI
Narional Institute on Drug Abuse. Use. Of Selected
Drugs Among Hispanics : Mexican Americans, Puerto
Ricans, Cuban American. Finding from the Hispanics
Health and Nutrition Examination Survey. DHHS Pub. No.
(ADM)87 – 1527. Rockville, MD : National Institute on
Drug Abuse, 1987.
NIDA (2005). Inhalant Abuse. NIDA Research Report
Series, National Institute of Health. OneWorld.net (2007).
Glue-sniffing Ruins Young Lives in Nairobi. Dilayari
08:45, Jun 5, 2008 dari
http://us.oneworld.net/article/view/152395

SABIR BIN ABDUL GHANI FADZLI BIN ADAM


2

PEMULIHAN DADAH MENURUT PERSEPKTIF


AGAMA DI MALAYSIA
https://core.ac.uk/download/pdf/33343513.pdf

AADK, A. A. 2010. Laporan Agensi Anti Dadah


Kebangsaan 2010. Malaysia: Agensi Anti Dadah
Kebangsaan.

Fadzli, A., Sabir, A. G. 2011. Zikir Sebagai Modaliti


Alternatif Rawatan Pemulihan dadah
di Malaysia. Seminar Islam Nusantara Peringkat Asean
2011 (pp. 280-285). Langkawi: Pusat Islam Universiti
Utara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai