Anda di halaman 1dari 3

TAJUK / TEMA : “APA YANG DICARI?

SINOPSIS PROJEK :

Membincangkan isu “Apa yang dicari oleh si perokok sebenarnya”. Adakah

kerana ingin mencari kepuasan diri atau sebaginya. Semua lapisan masyarakat tahu

bahaya merokok. Ia bukan sahaja gaya hidup yang memudaratkan tetapi juga penuh

pembaziran, kepalsuan dan pembohongan. Perokok itu sendiri, bukan mereka tidak tahu

akan kesan buruk tabiat tersebut kerana bukan sedikit maklumat berkaitan dengannya

yang terus bercambah di mana-mana, sama ada di media elektronik mahupun cetak.

Bahkan, amaran tentang bahaya merokok ada tertera di kotak-kotak rokok itu sendiri.

Namun yang peliknya, sebahagian daripada mereka yang tegar dengan amalan

merokok ini memandang remeh tentang fakta bahaya merokok yang terbit daripada lebih

70,000 penulisan perubatan, hasil kajian saintifik yang terkumpul sejak awal tahun 70-an

oleh pakar-pakar perubatan terkemuka dunia. Lantas, mereka memilih untuk meneruskan

amalan berisiko itu dengan pelbagai gaya dan kadangkala terpaksa berlagak gagah

walaupun sebenarnya mereka sedang menderita gejala-gejala penyakit yang telah mula

memakan diri. Sebahagian yang lainnya pula menyedari betapa mudaratnya amalan

merokok dan telah membuat keputusan untuk berhenti. Malah ada yang telah mencuba

pelbagai cara untuk meninggalkannya. Malangnya, hanya segelintir yang berjaya.

Kebanyakannya menemui jalan buntu kerana tidak berupaya mengatasi gejala tarikan
khususnya gian yang dialami semasa berhenti merokok sehingga akhirnya membuatkan

mereka mengalah dan kembali merokok.

Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan, pada tahun 2000

terdapat hampir 1.2 bilion perokok dewasa di seluruh dunia yang secara puratanya

menghisap 13 batang rokok sehari. Di Malaysia sahaja, pada tahun 2004 adalah

dianggarkan terdapat lima juta perokok yang mana 90 peratus terdiri daripada golongan

lelaki dewasa dengan purata bilangan rokok yang dihisap, 14 batang sehari. Sementara

itu, antara 90,000 hingga 100,000 remaja mula merokok setiap hari di seluruh dunia

manakala di Malaysia - sekitar 50 hingga 60 orang. Menurut WHO lagi, bilangan

perokok dewasa yang berhenti merokok untuk selama-lamanya setiap hari di seluruh

dunia ialah seramai 13,400 orang. Itu pun kerana menemui ajal disebabkan oleh penyakit-

penyakit kronik seperti jantung, kanser, strok, saluran pernafasan tersumbat dan pelbagai

lagi, kesan merokok sejak puluhan tahun lamanya. Persoalannya, perokok tidak

seharusnya memilih kematian sebagai jalan keluar untuk berhenti merokok buat selama-

lamanya. Terdapat pelbagai kaedah rawatan yang terbukti berkesan bagi membantu

perokok berhenti merokok, terus kekal tidak merokok, seterusnya hidup sihat sepanjang

hayat mereka.

Merokok melibatkan penggantungan psikologikal dan fizikal atau ketagihan yang

berpunca daripada dadah nikotin yang terkandung di dalam asap rokok. Nikotin boleh

bertindak terus ke atas otak dengan memberi kesan rangsangan. Rangsangan ini

diperkukuhkan pula oleh pelbagai faktor pendorong yang boleh bersifat positif dan
negatif. Contohnya, perokok akan merokok dengan lebih kerap apabila berada di tempat-

tempat hiburan di mana keseronokan berada di tempat hiburan bertindak sebagai faktor

pendorong positif. Perokok juga akan merokok dengan lebih kerap apabila berasa bosan

atau mengalami perasaan tertekan - faktor pendorong yang negatif.

Memulakan merokok memang menjadi pilihan individu tetapi untuk berhenti

memerlukan komitmen yang cukup tinggi baik daripada perokok sendiri mahupun

individu yang membantu perokok berhenti. Dengan teknik yang betul, perokok yang

berazam tinggi boleh berjaya dalam misi mereka ini.

Anda mungkin juga menyukai