Anda di halaman 1dari 27

Sumber

•  Fine, G.A. Morel Tales: The Culture of Mushrooming;


Harvard University Press: Cambridge, MA, USA, 1998.
•  Ogunbameru, O.A. (2004). Human-environment
interactions: The sociological perspectives. Journal of
Human Ecology. (16) 1 (pp. 63-68).
•  Islam, M. S. (2017) Sustainability through the lens of
environmental sociology: An introduction. In Islam, M.S.
(Ed). Sustainability through the lens of environmental
sociology (pp. 1-11). Singapore: MDPI.
CO1 - Mengenal pasti hubungan antara manusia
dengan alam sekitar melalui konsep antropologi
dan sosiologi.

CO2 – Menerang kesan aktiviti manusia ke atas


alam sekitara untuk memaparkan hubungan
timbal balik antara manusia dengan alam sekitar.
•  Cabaran utama dalam masyarakat sekarang adalah kesukaran untuk mengaitkan kerentanan (vulnerability)
persekitaran dengan sistem sosial.
•  Setiap negara mempunyai kemampuan berlainan dalam menangani bencana alam sekitar. Ia amat bergantung
pada faktor ekonomi dan politik. Sekarang, negara maju paling aktif dalam mendekati isu persekitaran berbanding
dengan negara membangun. Tahu tak anda, di mana titik permulaan isu persekitaran ini?

Beberapa soalan:
•  Apakah perbezaan negara maju dan negara membangun?
•  Sejak bila berlakunya isu persekitaran?
•  Apa yang berlaku pada masa itu?
•  Kenapa penggunaan secara meluas boleh berlaku?
•  Isu persekitaran ini boleh dikesani dari sejak Revolusi Perindustrian.
•  Negara maju merupakan negara yang terawal membina kilang besar dan dengan perkembangan industri maka
berkembang juga penggunaan secara meluas (mass comsumption).

Teori modenasasi - Rostow


Sumber:
https://view.genial.ly/
5b921524e555ce5a59d7fbc1/
interactive-content-rowstow-5
•  Penggunaan dalam tahap tinggi boleh berlaku kerana ekonomi berkembang. Pengumpulan wang juga bertambah.
•  Dari sini bermulanya penggunaan secara besar-besaran dan cara kehidupan baru ini mula memberi kesan ke atas
persekitaran dan kian serius.

•  Masalahnya masalah ini bukan terhad kepada negara maju sahaja tetapi ia melimpah kepada negara membangun.
•  Negara membangun yang paling terdedah kepada bencana alam sekitar dan yang paling terkesan adalah
penduduknya.
•  Selain itu, negara membangun seringkali juga berada di kawasan yang kerap berlakunya bencana alam semulajadi
seperti gempa bumi, taufan, tsunami dan cuaca kemarau yang ketara.
•  Kekurangan infrastruktur, kerajaan yang lemah dan ekonomi yang tidak kukuh akan menyebabkan mereka tidak
mampu untuk menangani, atau lagi serius, pulih dari bencana alam sekitar.
•  Negara maju yang membekalkan (menghasilkan) penawaran telah memberi penekanan kepada negara membangun untuk
‘berkongsi sama’ sumbernya yang lantas menyusutkan sumber semulajadi negara membangun. (rujuk Teori Sistem Dunia -
Wallerstein, I.)
•  Wujudnya hubungan ekonomi saling bergantungan, sumber akan bergerak dari negara membangun ke negara maju (core-
periphery).
•  Ini telah merosakkan alam persekitaran negara membangun dan menyebabkan kehilangan kepelbagaianbio (biodiversity).
•  Fikirkan: Kilang Nike di Malaysia? Gaji? Harga kasut Nike? Kilang milik negara luar tetapi pengeluaran di di tanah air kita. Kos
persekitaran siapa tanggung?
•  Negara membangun akan mengambil kesempatan dari negara yang lemah. Ini bukan sahaja menyusutkan sumber negara
membangun tetapi menyebabkan pengeluaran gas rumah hijau yang tinggi lantas memecutkan pemanasan dalam peringkat
global.
•  Untuk isu persekitaran dihentikan atau diperlahankan, permintaan mesti diturunkan (fikirkan sebab isu persekitaran berlaku
webex 1) tetapi hakikatnya ini amat sukar dilaksanakan kerana ia berkait dengan pembangunan ekonomi setiap negara (tahu
tak kenapa kita disalurkan bantuan kewangan semasa COVID-19?)
•  Salah satu sebab persekitaran kita masih tidak nampak penambahbaikan kerana ia seringkali tidak dibincangkan bersama
sistem sosial, ekonomi dan politik. Untuk menangani isu persekitaran yang ada hubungkaitnya dengan kehidupan sosial, kita
memerlukan lensa sosiologi.
•  Sub-bidang sosiologi seperti sosiologi persekitaran akan membincangkan isu persekitaran berdasarkan persepektif ansos lantas
membolehkan kerentanan persekitaran dibincang dengan menyeluruh.
Perspektif Struktural-fungsionalis
Sebenarnya Durkheim lebih menekankan fakta sosial dari fakta persekitaran dan fizikal. Jadi dia jarang bincangkan topik
persekitaran. Manakala Herbert Spencer memberi penekanan kepada Darwinism (natural selection – manusia akan
berubah secara semulajadi mengikut masa).

Sepintas lalu, apakah itu struktural-fungsionalis?
•  Menjelaskan fungsi unit sosial atau masyarakat dengan menekankan hubungan di antara pelbagai institusi sosial
yang membentuk masyarakat.
•  Perspektif ini melihat masyarakat secara keseluruhan dengan itu ia melihat masyarakat secara makro.
•  Unit sosial atau masyarakat mempunyai fungsinya (function) sendiri.
•  Setiap bahagian dalam unit sosial atau masyarakat adalah salin bergantungan (interdependent).
•  Unit sosial atau masyarakat amat fokus pada pencapaian keseimbangan (equilibrium) secara semulajadi/lancar.
•  Unit sosial atau masyarakat adalah statik. Jika berlaku perubahan, prosesnya juga adalah tersusun.
•  Unit sosial atau masyarakat bersepakat (consensus) untuk mencapai keseimbangan.
•  Jika terdapat ketakseimbangan, unit sosial atau masyarakat akan menyesuaikan diri dengan perubahan sehingga
keseimbangandicapai.
•  Contoh: Apa akan terjadi jika sistem kesihatan masyarakat kita tidak mampu lagi menampung pesakit COVID-19? Apa
akan terjadi dengan bahagian lain?
Perspektif Konflik
•  Pergolakan di antara mereka yang berkuasa dan tidak kuasa.
•  Kumpulan dalam masyarakat sentiasa bersaing untuk memperolehi sumber terhad dalam dunia.
•  Yang berkuasa akan eksploit dan menindas yang kurang berkuasa (ketaksamaan berlaku)
•  Mereka yang dieksploit dan ditindas akan bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak masalah sosial
•  Perbalahan bourgeoisie & proletariat
•  Fokus pada penyumbang ketaksamaan dan perbezaan sosial.
•  Akar umbi masalah sosial tidak dapat dielakkan akibat pergolakan sosial.
•  Perubahan hanya berlaku jika terdapat perubahan kuasa di antara dua kumpulan.

Perspektif Simbolik-Interaksi
•  Memberi perhatian kepada makna simbolik semasa interaksi sosial
•  Cara kita menterjemahkan dan memberi makna kepada dunia kita melalui interaksi sosial.
•  Kali pertama berjumpa dengan pasangan anda?
•  Penterjemahan ini akan membina identiti manusia dan dunia sosial kita.
•  Komunikasi boleh berlangsung kerana terdapat penggunaan simbol yang dicipta dan diguna bersama.
•  Aktiviti sosial boleh berlaku kerana setiap individu memainkan peranan mereka berdasarkan makna yang dikongsi
sama.
•  Peranan ibu ayah? Peranan sebagai seorang pelajar?
•  Memberi penekanan kepada interaksi sosial dalam skala mikro.
…sambungan
•  Tanpa simbol, kita seperti haiwan. Kita masih boleh berfungsi tetapi kita tidak boleh berinteraksi dan berkomunikasi.
Bagaimana kita hendak berinteraksi atau bagaimana kita patut bertindak, obligasi kita, Ini adalah asas hubungan
manusia.
•  Contoh?
•  Untuk interaksionis, dunia sosial adalah dinamik dan mengandungi jaringan dialektik. Setiap situasi mempunyai
kesudahan yang tidak stabil; iaitu kehidupan dan biografi adalah sentiasa dalam proses perubahan dan menjadi. Ia
tidak tetap dan tidak bergantung pada struktur keras/kaku ttp bergantung pada aktiviti yang sentiasa berubah dan
penyesuaian. Dengan pemerhatian, SI boleh menentukan corak atau bentuk kehidupan sosial.
•  Manusia adalah ajen aktif dalam tingkah laku mereka vs seorang yang pasif yang mana mereka hanya bergerak
mengikut peraturan sosial dan institusi.
•  Konsep utama SI
•  Simbol bererti (George Mead)
•  Definisi sesuatu situasi (W.I. Thomas/Goffman)
•  The looking-glass self (Charles Horton Cooley)

3 komponen:
•  Makna – individu bertindak berdasarkan erti yang
diberikan kepada perkara tersebut
•  Bahasa – membolehkan individu untuk
berkomunikasi melalui isyarat
•  Pemikiran – membolehkan individu memproses
simbol yang telah dikomunikasikan melalui
bahasa
•  Analisis pelbagai aspek interaksi manusia dengan persekitaran.
•  Mendekati persekitaran ekologi dengan meneliti pertalian di antara pelbagai bahagian dalam ekosistem.
•  Perspektif ini melihat ekosistem yang lebih berkecenderungan mencapai keseimbangan. Setiap komponen ekosistem
akan cuba mengekalkan hubungan yang getis (delicate) dengan komponen yang lain.
•  Perspektif ini menekankan bahawa daya tahan hidup (survival) manusia bergantung kepada keupayaan kita untuk
mencapai keseimbangan yang baik di antara benda hidup dan benda bukan hidup.
•  Dengan perspektif ini, kita boleh meneliti isu persekitaran dengan kanta makro atau corak yang membawa kepada isu
persekitaran berterusan.
•  Kajian kes: Desertification (degradasi dryland/padang rumput di mana produktiviti biological hilang apabila kawasan
subur menjadi kering) di rantau Afrika. Ia boleh diakibatkan kejadian semulajadi atau aktiviti manusia.
•  Kejadian desertification ini memaparkan hubungan timbal balik yang mengikatkan manusia dengan persekitaran fizikal
di rantau Afrika. Ia menunjukkan saling perhubungan (interconnection) di antara aktiviti manusia dan persekitaran
dengan jelasnya.
•  https://www.bbc.co.uk/bitesize/guides/zctymnb/revision/4
•  https://desertification.wordpress.com/2015/02/16/the-sahel-desertified/
•  Konsep SF dengan kawasan tanah rumput:
•  Fungsi - Setiap organisme dalam pandang rumput memainkan peranan, dari air telaga ke rumput ke
manusia dan haiwan dan fungsi mereka ini akan memberi kesan ke atas benda bukan hidup.
•  Bergantungan - Setiap fungsi ini tidak boleh hidup berasingan. Mereka perlu bergantung antara
sesama sendiri untuk rantai ekosistem itu berfungsi.
•  Kesepakatan - Selain itu, setiap organisme mesti memainkan peranan dengan baik untuk
menghasilkan satu rantai ekosistem yang efektif dan efisien.
•  Keseimbangan - Jika setiap organisme memainkan fungsi mereka dengan bersepakat maka ekosistem
di pandang rumput akan mencapai keseimbangan.
• Desertification boleh berlaku kerana terlebih penggunaan tanah untuk aktiviti pertanian manusia seperti
perumputan, overgrazing rumput oleh haiwan ternakan dan pengumpulan kayu api. Penggunaan teknik barat
seperti pengairan, terlebih pembajakan, pembajakan kimia telah memburukkan lagi keadaan tanah rumput di
kawasan rantau Afrika.
• Sistem pengairan menyebabkan garam terlebih kumpul dalam tanah yang akan menyebabkan tanah tersebut
tidak berguna.
• Selain itu telaga (terhad) membawa kumpulan manusia, yang mana haiwan penternakan juga mengikut ke
satu kawasan tertentu. Penumpuan kumpulan manusia bersama haiwan penternakan telah membawa
kepada overgazing, dan rumput akan dipijak sehingga mati. Selain itu air kian mengering.
• Kawasan tanah rumput asalnya sudah berada dalam persekitaran yang ekstrim dan desertifiction akan
menyebabkan usaha pembaikan perubahan iklim tersiar-siar.
• Kesan paling serius – kemiskinan akibat degradasi tanah dengan meluasnya.
•  Apabila berlakunya desertification, terdapat komponen benda hidup dan bukan hidup telah gagal memainkan
fungsi mereka.
•  Kawasan tanah rumput menjadi pasir akibat overgrazing haiwan ternakan manusia.
•  Telaga kian hilang fungsi menghasilkan air berkurangan akibat penumpuan manusia di satu tempat.
•  Pengumpulan garam melalui sistem pengairan tidak mampan menjadikan tanah asidik.
•  Tanpa air maka tiada rumput. Maka tanah akan hilang fungsinya kerana tiada nutrient hasil dari proses
pereputan rumput.
•  Desertification yang disebabkan oleh aktiviti manusia menyebabkan ekosistem di kawasan tanah rumput tidak
dapat lagi mencapai keseimbangan dan berfungsi dengan sepatutnya, terutamanya apabila ia telah melebihi
kadar kemampuannya (ecosystem overdriven).
•  Mengikut perspektif SF sekiranya persekitaran (termasuklah manusia) tidak dapat mencapai
keseimbangan maka disfungsi akan berlaku. Ertinya, persekitaran sudah tidak dapat berfungsi dengan
efektif dan efisien.
•  SF juga berkata, sekiranya berlaku konflik, yang mana ketidakseimbangan tidak dapat dicapai, apa yang akan
berlaku?
•  Unit sosial atau masyarakat akan menyesuaikan diri dengan perubahan sehingga mencapai keseimbangan
(equilibrium). (Sounds familiar? Hukum Ekologi yang bercakap tentang keseimbangan?)
•  Contoh luar topik: Apa akan terjadi jika sistem kesihatan masyarakat kita tidak mampu lagi menampung
pesakit Covid-19? Apa akan terjadi dengan bahagian lain?
•  Meneliti cara orang Amerika memberi erti kepada dunia semulajadi di tempat tinggal mereka.
•  Konsep naturework (Fine, G.A., 1998)
•  Fine berdebat bahawa erti/makna yang diberi kepada alam itu berasaskan budaya tempatan.
Alam semulajadi tidak wujud jika kita pisahkannya dari budaya. Manusia memberi erti/makna kepada alam dan
persekitaran.
•  Pembinaan sosial ini dikenali sebagai ‘naturework’.
•  Contoh kajian Fine (1998): Petani cendawan telah mengamalkan ‘naturework’. Cendawan berlainan jenis diberi
nama, fungsi dan nilai. Malah gender turut diberikan. Mengikut Fine, petani cendawan telah menggunakan
pemahaman manusia ke atas cendawan supaya alam boleh diguna untuk memenuhi keperluan manusia.
•  Pandangan kedua ialah alam patut dibiarkan dan, ketiga, adalah pandangan ‘organik’ yang mana manusia tidak perlu
mengawal sendiri dalam mengeksploitasikan persekitaran berbanding dengan benda hidup lain kerana manusia juga
adalah benda hidup dalam alam semulajadi.
•  Konsep ‘naturework’ membincang cara manusia menyesuaikan tingkah laku dan sikap mereka berdasarkan simbol
yang dibina/diberi kepada alam persekitaran.
•  Manusia menstruktur dan berpusar tindakan mereka terhadap alam melalui erti yang mereka berikan kepada alam.
•  i.e. Manusia telah membina makna sosial untuk hawaian ternakan (lembu, ayam) sebagai haiwan untuk dimakan.
Jadi masyarakat tidak merasa bersalah atau bermasalah untuk menternak haiwan dengan tujuan untuk kehidupan.
Manusia merasa tiada masalah jika cara tidak berperikemanusiaan digunakan untuk menghasil makanan untuk
manusia.
•  Kalau dibandingkan dengan manusia yang memerlukan rehat dan ingin bercuti di ladang (farm stay), mereka akan
berkata mereka hidup seiring dengan alam semulajadi dan tidak akan mengambil kesempatan ke atas haiwan.
•  Di sini kita boleh lihat manusia sentiasa akan merunding semula erti alam. Dari melihat haiwan ternakan sebagai
sumber makanan manusia, alam dilihat sebagai sumber relaksasi.
•  Manusia mampu membentuk tingkah laku dan hubungannya dengan alam melalui erti sosial.
•  Dengan melihat alam yang tiada kaitan dengan masyarakat ia akan memberi persepsi jurang besar di antara
masyarakat dengan alam. Dengan pemisahan ini, masyarakat tidak akan merasa bertanggungjawab ke atas alam. Ini
menunjukkan kuasa hubungan kita ke atas alam persekitaran, maka eksploitasi persekitaran akan berlaku.

Contohnya: Penggunaan topeng muka.
•  Siapa yang bereaksi
•  Kumpulan?
•  Corak yang boleh diperhatikan? Apakah latar belakang mereka?
•  Apabila revolusi industri berlaku, pengusaha merasakan adalah lebih menguntungkan jika tanah digunakan untuk
perindustrian dari untuk pertanian.
•  Keadaan ini lantas memaksa pekerja luar bandar untuk melepaskan tanah mereka dan berhijrah ke bandar. Dengan
pendatang, bandar menjadi tercemar dan sesak.
•  Marx bersama dengan rakan sekerjanya, Friedrich Engels, percaya bahawa konflik kelas tidak menguntungkan
sesiapa tetapi disebaliknya mengasingkan manusia dari pekerjaan manusia mereka dan alam persekitaran.
•  Marx and Engels juga percaya bahawa puncanya adalah kapitalisme kerana ia menghasilkan keadaan yang tidak
memanfaatkan masyarakat tetapi memanfaatkan kumpulan tertentu sahaja.
•  Marx mencadangkan ‘humanization of nature’/pemanusiaan alam supaya masyarakat akan lebih memahami
persekitaran. Dia juga memberi penekanan kepada cara kita boleh wujud bersama dengan persekitaran dalam
keadaan yang memanfaatkan manusia dan persekitaran.
•  Kedua-dua Marx and Engels amat menyokong pertanian bersifat organik kerana mereka faham risiko dalam terlebih
ambil nutrisi dalam tanah atau penggunaan pembajakan kimia untuk menghasilkan lebih tanaman.

Metabolic Rift
•  Metabolic rift (Teori neo-Marxist oleh John B. Foster dan Karl Marx).
•  Masyarakat dan ekologi tidak boleh patut dilihat sebagai dua entiti berasingan.
•  Ia patut dilihat sebagai satu metabolisme yang mana mana-mana pihak tidak dapat berfungsi tanpa yang lagi satu.
•  Ekologi dan manusia mula dilihat secara berasingan dengan wujudnya sistem kapitalis. Ia menghasilkan
kerenggangan di antara manusia dan persekitaran.
•  Marx mengatakan bahawa kapitalis telah mengganggu interaksi metabolik di antara kedua-dua entiti ini. i.e.
melarang kepulangan elemen yang telah digunakan manusia melalui pemakanan dan pemakaian (bahan semulajadi
yang diguna).
…sambungan
•  Dengan perkembangan penggunaan yang meluas, masyarakat hanya mengambil kira produk dan lupa bahawa
persekitaran adalah asal kesemua sumber kita.
•  Kapitalis terlalu menekankan proses pengeluaran sehingga kos persekitaran diabaikan.
•  Dengan mula pudarkan perikatan dengan persekitaran (pengasingan dari alam persekitaran) maka menjadi lebih
senang untuk eksploitasi sistem ekologi bagi tujuan pengeluaran.
•  Kerenggangan bertambahan apabila pengeluaran dihasil di negara pinggiran dan dijual oleh negara teras. Jarak hasil
produk ini meningkatkan pengasingan di antara hubungan manusia dengan hasil pengeluaran mereka. Lantas ikatan
lagi renggang dan mungkin tidak dapat dirapatkan lagi.

Teori sistem dunia
•  Teori sistem dunia berasaskan Marxis dan ia muncul sebagai reaksi kepada teori modenisasi. Teori ini mengatakan
bahawa colonisasi yang menyebabkan isu pembangunan di negara membangun.
•  Seperti Marx, Wallerstein (pelopor) berhujah bahawa kapitalisme adalah berdasarkan sistem eksploitasi demi
pencapaian keuntungan maxima.
•  Ia Neo-Marxis kerana teori sistem dunia ini menolak yang kapitalisme hanya berlaku di nation-state (negara yang
majoritinya berkongsi budaya yang sama) tetapi ia mengulungkan dunia ke dalam satu ekonomi.
•  3 posisi dalam sistem dunia: Teras (Core), Separuh Pinggiran (Semi-periphery), Periphery (Periphery)
•  Keadaan ini menghasilkan stratifikasi sistem dunia yang berdasarkan rationalisasi (keuntungan max usaha min=
keberkesanan) dan komodifikasi. Gabungan ini yang mendorong hubungan eksploitasi.
•  Ini bererti persekitaran boleh dijadikan komoditi i.e. tanah
•  Teori pertukaran ketaksamaan ekologi (Theory of Unequal Ecological Exchange) yang berdasarkan teori
Wallerstein menambah bahawa negara maju dan kos penggunaan persekitaran negara teras yang tinggi telah
dipindah ke negara membangun. Kesannya, bencana alam dan degradasi persekitaran di negara pinggiran.
•  Akibat amalan penggunaan pertanian yang melaus bagi keuntungan negara maju, kemusnahan persekitaran akan
berlaku di negara pinggiran.
…sambungan
•  Contoh: ‘Hamburger Connection’ di mana penyahhutanan berlaku demi penternakan lembu. Brazil merupakan
pengeksport utama daging lembu ke negara maju. Dengan itu, tanah itu dilihat sebagai komoditi yang mempunyai
nilai pertukaran. Ini mengakibatkan pertukaran ekologi yang tak seimbang kerana pertukaran ini hanya memanfaatkan
negara teras. Tanah negara separa pinggiran ini telah dieksploit. Pemusnahan persekitaran yang meluas adalah kos
yang ditanggung oleh negara pinggiran.

Anda mungkin juga menyukai