Anda di halaman 1dari 14

JUR101 / 2

  JUR101TG1

ETIKA PROFESIONAL

PROFESSIONAL ETHICS

Academic Session 2021/2022

TUGASAN TG1

NUR NATASYA AMIRA BINTI


Name
HURAIRI 

Matric No. JK/14037/21  

I.C No. 981222087692 

Regional
Centre.
 _________________ 981222087692

 House :                           


 Phone No.
 H/P:

Name MOHAMMAD SYUKUR BIN ASMAN 

Matric No. JK/13958/21  

I.C No. 940510135029 

Regional
 _________________
Centre. 940510135029
 House :                           
 Phone No.
 H/P:

Name NURSYAHIRA BINTI MAT YUSOFF 

Matric No. JK/14038/21  

I.C No. 960614295156 

Regional
 _________________ 960614295156
Centre.

 House :                           


 Phone No.
 H/P:
NOOR ROZIANI ELMI BINTI
Name
MUHAMAD ROMZI 

Matric No. JK/14024/21  

I.C No. 970604026138 

Regional
Centre.
 _________________ 970604026138

 House :                           


 Phone No.
 H/P:

Name NUR FARHANA BINTI MOHAMAD 

Matric No. JK/14035/21  

I.C No. 770104055382 

Regional
 _________________
Centre. 770104055382
 House :                           
 Phone No.
 H/P:

  

NOTE :

1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment.


    AS : Please use blue colour cover
    LR : Please use yellow colour cover

2. Complete all details.

3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer system.

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN………………………………………………………………………………
ETIKA PROFESIONAL………………………………………………………………………..
CONTOH PERLAKUAN
BERETIKA…………………………………………………............
CONTOH PERLAKUAN TIDAK BERETIKA……………………………………………......
KESAN PERLAKUAN TIDAK
BERETIKA…………………………………………………..
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN TIDAK
BERETIKA………………….
KESIMPULAN…………………………………………………………………………………
RUJUKAN……………………………………………………………………………………...
PENDAHULUAN

Istilah etika berasal dari perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud khusus
kepada ‘character ataupun perwatakan dan keperibadian. Menurut Gluck (1986:176)
telah mendefinisikan etika sebagai kajian moraliti. Manakala Shea (1988: 17)
mendefinisikan etika sebagai prinsip- prinsip bertingkah laku yang mengawal
individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkah laku. Manakala istilah etika
dalam kalangan teknorat atau pakar merujuk kepada isu-isu ‘standard moral’ yang
melibatkan para teknorat atau pemimpin yang boleh membantu meningkatkan
integriti profesion kakitangan organisasi. Etika kerja dapat disimpulkan sebagai
panduan tingkah laku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan
kehidupan khususnya bagi mereka yang meminggirkan agama dalam kehidupan.
Demikian itu, dalam negara bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang
berlandaskan ketinggian akhlak akhlak dan akidah.

Di arus kemodenan ini, profesion bergaji dan perunding ini menjadi salah satu
topik terpenting dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi topik ini sering
dibincangkan di tempat kerja masing-masing. Profesion bergaji dan perunding ini
merupakan salah satu kerjaya yang sangat penting bagi kemajuan negara. Tidak
kiralah samada dalam sektor kerajaan mahupun dalam sektor swasta. Dalam sektor
kerajaan terdapat pelbagai profesion sebagai contoh antaranya ialah Pasukan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan perguruan. Persoalannya, apakah isu-isu yang boleh
dikaitkan dengan profesion bergaji dan perunding?

i- Pendahuluan

- Definisi profesion, profesion bergaji dan perunding.

- Contoh-contoh profesion bergaji dan perunding di Malaysia.


ETIKA PROFESIONAL

Dalam penulisan ini, perlakuan beretika adalah peraturan dan undang-undang yang
dibuat bagi membolehkan individu professional bekerja mengikut prinsip moral. Sifat lokus
kawalan dalaman akan bertanggungjawab sepenuhnya atas semua akibat daripada
tindakannya. Seorang profesional yang mempunyai sifat lokus kawalan dalaman ini akan
menampakkan tindakan yang konsisten antara penilaian moral dan tindakan moral yang
dilakukannya. Dalam setiap profesion pasti tidak akan lari dari etika cekap, jujur, amanah dan
bertanggungjawab. Dua contoh profesion bergaji yang akan dibentangkan adalah profesion
polis dan guru.

Sektor perkhidmatan awam Malaysia, terutamanya dalam agensi penguatkuasaan


undang-undang negara seperti Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sangat menuntut
perlakuan beretika pada setiap pegawai dan anggotanya. Kod etika PDRM ini adalah setia,
berdisiplin, berwibawa, prihatin dan mesra, dan cemerlang. Profession sebagai seorang
anggota polis sudah tentu memerlukan pengorbanan yang besar. Di mana mereka bekerja
tidak kira masa demi keselamatan masyarakat dan negara. Memberi taat setia yang tidak
berbelah-bagi kepada Raja, Negara, Kerajaan dan pucuk pimpinan Pasukan melebihi nyawa
sendiri. Mengutamakan disiplin diri dan tugas pada setiap masa dengan tekun, tabah dan
amanah. Mereka juga melaksanakan kerja dengan tegas, berani, adil dan saksama. Sentiasa
memberikan perkhhidmatan yang mesra, cepat, betul dan mengutamakan hak dan
kepentingan masyarakat.

Anggota polis yang beretika dan berintegiti akan sentiasa memastikan sikap dan
tindak tanduknya tidak menyalahi etika dan undang-undang. Hal ini kerana, dia menyedari itu
adalah kesalahan yang melanggar prinsip moral dan etika dalam kerjayanya. Sebagai contoh,
seorang anggota polis yang beretika tidak akan mengambil rasuah dalam kerjanya.
Kesannya, mereka akan lebih dihormati dan dipandang tinggi. Seterusnya etika yang kedua
adalah berwibawa. Anggota polis yang berwibawa tidak akan menggunakan kuasa yang
dimiliki untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Jika didapati melakukan kesalahan,
anggota tersebut akan ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang tanpa mengira status
sosialnya. Ini adalah prinsip adil dan saksama yang mana undang-undang tidak mengira siapa
untuk diadili dan dihukum. Dengan sikap ini, penyelewangan kuasa, pelaku kesalahan
undang-undang dan jenayah dapat dikurangkan dan dibanteras.
Perlakuan beretika anggota polis yang lainnya adalah prihatin dan mesra. Semasa
mereka bertugas tak kira di dalam balai polis atau kawasan luar, mereka akan menjalankan
tugas dengan mesra, cepat dan betul tak kira kepada siapa pun. Mereka akan melayan setiap
aduan yang diterima dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Dengan sikap begini, orang
awam akan lebih mesra dan percaya dengan PDRM dan tidak takut atau risau dengan
keselamatan diri dengan maklumat yang disalurkan.

Begitu juga dengan profession perguruan. Guru diberi status yang tinggi dalam
masyarakat kerana mendidik anak bangsa. Memberi perkhidmatan yang jujur, dedikasi dan
amanah. Seorang guru yang beretika akan menjalankan tanggungjawab kepada anak didiknya
tanpa mengira status sosial, fizikal, bangsa dan agama. Guru akan mengutamakan kebajikan
dan keselamatan pelajarnya berbanding hal yang lain. Ini adalah bagi memastikan pelajarnya
memperolehi ilmu pengetahuan dan perhatian yang secukupnya. Dengan sikap guru begini
akan memberi kemajuan dalam pelajaran kepada murid kerana guru tersebut berjaya
mencipta keseronakan dalam belajar dan menimbulkan rasa percaya yang tinggi kepada guru.

Selain mengajar, guru juga menjadi tempat pelajar meluahkan masalah samada
masalah pembelajaran atau masalah peribadi. Guru yang mengambil berat hal kebajikan
pelajarnya dan sedia mendengar masalah yang diutarakan dan akan cuba mengurangkan
bebanan atau tekanan dalam diri murid. Guru yang beretika akan menjaga keabaiban murid
dengan menjaga rahsia ikhtisas atau sesuatu yang sulit dan peribadi kepada orang lain kecuali
kepada mereka yang berkenaan. Dengan yang demikian, guru tersebut berjaya mengelakkan
pelajar mereka menyendiri, tidak bergaul dengan orang lain dan mewujudkan rasa yakin diri
yang tinggi. Apabila wujudnya hubungan guru sebagai ibu bapa dan anak akan membuatkan
pelajar tidak takut dan segan untuk mendampingi mereka apabila berlaku masalah.

Di samping itu, seorang guru juga juga perlulah memiliki sifat proaktif dari sudut
keterampilan diri serta kepimpinan sebenar mereka. Kerana sebagai guru mereka adalah ‘role
model’ kepada pelajar mereka dan masyarakat luar amnya. Ini termasuklah cara berpakaian,
pertuturan, menghayati nilai agama, ilmu tentang dosa, pahala, halal dan haram. Dengan
nilai-nilai ini ianya akan menjadi contoh tauladan dan ikutan kepada para pelajar. Dalam pada
itu, dalam mana-mana profesion samada bergaji ataupun sebagai perunding, terdapat
beberapa elemen yang kita harus titikberatkan, salah satunya ialah etika professional. Maksud
etika professional ialah satu peraturan ataupun undang-undang yang berkaitan dengan
kerjaya, yang telah dirangka dan diamalkan sejak dulu lagi yang ditakrifkan oleh Subur, S.
(2019). Seterusnya, sebarang pekerjaan yang tiada etika professional akan dianggap sebagai
kerjaya yang tidak diiktirafkan dan boleh dilibatkan dengan jenayah.

CONTOH PERLAKUAN BERETIKA

Sekiranya angota polis atau semua orang melaksanakan perkara ini dengan
baik mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamandun,
nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun berlandaskan
moral yang baik. Angota polis lebih dikenali dengan menjaga integriti kerana dengan
integriti tersebut akan memberi kepercayaan kepada masyarakat. Namun apa yang
menjadikan isu adalah mengapa integriti dan etika ini masih sukar dicapai?. Terdapat
banyak kelakuan yang menjadi bukti mengapa ianya sukar dicapai malah masalah
tiada integriti dan etika ini masih menjadi masalah utama kepada negara. Selain itu, di
ruangan akbar atau media massa sering dilihat berita segelintir anggota polis
menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan
umum. Sebagai contoh, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan
sebagainya. Selain itu, amalan tidak berintegriti dan beretika seperti memberi dan
menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang
diamalkan oleh sebilangan ahli anggota polis ia kerana masyarakat sering kaitkan
perkara ini terhadap anggota polis. Tetapi selain pandangan negatif yang dilemparkan
terdapat juga perkara yang baik dapat dibanggakan sebagai contoh polis Daerah
Petaling Jaya tampil membantu seorang suri rumah yang ditahan selepas gagal
membayar barang makanan dan ubat bernilai rm58 di sebuah pasar raya serta polis
tersebut turut mengarahkan supaya kes berkenaan tidak diambil tindakan susulan,
seterusnya ditutup. Secara ringkasnya pengkaji merumuskan integriti ini merujuk
kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita melakukan sesuatu serta cara
atau kaedah yang digunakan untuk mencapai tujuan dan niat itu haruslah dilakukan
dengan betul. Maksud betul ialah mengikut ajaran agama serta mematuhi undang-
undang yang telah ditetapkan oleh negara.

Pentingnya etika dan integriti dalam kehidupan seseorang kerana ia dapat


memberi kesedaran serta tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang telah
dipertanggungjawabkan. Secara ringkasnya, intergriti terbahagi kepada dua asas
utama. Pertama, individu dan kedua organisasi. Namun begitu, pada umumnya
integriti merujuk kepada kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip
berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Profesion sebagai
seorang anggota polis juga haruslah menunjukkan sifat yang baik supaya masyarakat
menghormati dan tidak memandang rendah terhadap polis tersebut. Sekiranya,
Anggota polis tidak menjaga etika dan integritinya mereka boleh dikenakan tindakan
sebagai contoh mereka akan dikenakan tindakan tatatertib bagi kesalahan mereka.

Selain itu, perkhidmatan yang diberikan oleh golongan profesional seperti


guru juga amat penting dalam membangun dan mempertingkatkan kesejahteraan dan
kemakmuran hidup dalam masyarakat. Sebagai golongan yang diberi status tinggi
dalam masyarakat sudah semestinyalah mereka harus menjalankan tanggungjawab
yang telah diamanahkan serta memberikan perkhidmatan itu dengan penuh dedikasi,
jujur dan amanah. Ia kerana profesion tersebut amatlah dipandang tinggi oleh
masyarakat lebih- lebih lagi golongan anak- anak remaja. Sebagai contoh guru adalah
seorang idola bagi anak murid nya. Oleh itu, guru haruslah menunjukan contoh yang
baik terhadap murid – muridnya. Memandangkan sejak kebelakangan ini pelbagai isu
mengenai guru yang tidak beretika ini hangat diperkatakan di dalam media massa dan
akbar. Sebagai contoh, tersebar luas mengenai seorang guru yang melakukan perkara
yang tidak senonoh iaitu homoseksual kepada salah seorang pelajarnya. Sebagai
masyarakat yang hidup bertamadun dan berakhlak perkara tersebut tidak seharusnya
berlaku dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia. Namun walaupun ada guru yang
tidak beretika ianya hanyalah sebahagian kecil sahaja kerana di Malaysia terdapat
undang – undang yang harus dipatuhi.

Sebahagian Negara luar mereka tidak kesah sekiranya terjadi perkara seperti
homoseksual dan sebagainya. Ia kerana di Negara mereka bebas terhadap LGBT
( Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender). Sebagai contoh, ‘OutRight Action
International’ menganalisis negara yang membenarkan LGBT antaranya ialah 109
buah negara membenarkan LGBT berdaftar secara sah dan di 55 negara termasuk
Russia dan Lubnan, pertubuhan gay wujud tetapi tidak dibenarkan mendaftar. Namun
begitu, Tidak sama dengan Negara kita kerana negara kita iaitu Malaysia berpegang
kepada agama dan akhlak yang baik.
CONTOH PERLAKUAN TIDAK BERETIKA

Tidak dinafikan dalam setandan pisang tidak semuanya masak, begitu juga lah dalam
sesebuah organisasi dalam perkerjaan. Segelintir perkerja yang tidak beretika dalam sesebuah
organisasi boleh membuatkan sesebuah organisasi tersebut gagal dan menjejaskan prestasi
kerja. Angota polis mahupun guru adalah antara profesion yang rapat sekali dan berkait sekali
dengan dengan perlakuan yang tidak beretika seperti tidak menjaga sensitiviti kaum sesama
kaum. Perlakuan ini boleh menjejaskan sesebuah organisasi dalam pasukan polis mahupun
tenaga pengajar. Seperti mana yang kita sedia maklum, Malaysia terdiri dari bangsa yang
berbilang kaum dan lawak jenaka yang melibatkan sensitiviti kaum ini sesuatu yang tabo
untuk di guna pakai sebagai bahan melawak. Profesion kepolisian mahupun keguruan
menjadi contoh terbaik untuk sama-sama menjaga sensitivi kaum.

Antara contoh perlakuan yang tidak beretika yang sering kali terjadi dalam sesebuah
organisasi adalah ganguan sexsual. Ganguan sesual dalam sesebuah organisasi adalah satu
kesalahan dan boleh diambil tindakkan undang-undang. Dalam profesion polis sudah sedia
maklum bahawasanya kelakuan ini adalah salah satu kesalahan undang-undang. Dan dalam
profesion guru sebagai tenaga pengajar haruslah memberikan tunjuk ajar kepada generasi
muda bahawa kelakuan ini adalah tidak bermoral.Walaupun hanya gurauan, ianya tetap
menjadi suatu kesalahan dan tinkdakkan undang-undang boleh diambil. Kes-kes melibatkan
ganguan sexsual ini sering terjadi dan ianya salah satu punca sesuatu organisasi tersebut
tumbang dan gagal.

Sifat iri hati dan talam dua muka juga antara sifat yang tidak beretika. Sifat ini lahir
dari hati seseorang dan jika sifat ini mula menjadi sebahagian dari diri seseorang itu, ianya
bukan sahaja boleh menjejaskan sesebuah organisasi bahkan boleh memusnahkan kerjaya
dirinya sendiri. Sifat ini tidak patut ada dalam diri seseorang polis, kerana teras utama dalam
kepolisian adalah sifat berpasukan, dan jika sifat ini lahir dalam diri seseorang anggota
mahupun pegawai polis, ianya boleh menjejaskan kareir dirinya dan menjejaskan pasukan.
Sifat ini boleh dikekang dengan banyak-banyak mendekatkan diri dengan aktiviti
membersihkan rohani seseorang. Sifat ini amatlah bahaya dalam sesebuah organisasi kerana
berjayanya dalam sesebuah organisasi mahupun pasukan kerana semua ahlinya memiliki
rohani yang bersih.

KESAN PERLAKUAN TIDAK BERETIKA

Antara kesannya ialah polis dan guru berisiko untuk kehilangan pekerjaan mereka.
Hal ini adalah kerana pegawai dan anggota polis yang telah melakukan aktiviti terlarang,
penyelewengan atau kegiatan melanggar undang-undang akan diambil tindakan yang tegas
oleh pihak atasan mengikut arahan yang telah ditetapkan dalam Hukuman Tetap Ketua Polis
Negara (HTKPN) tanpa kompromi manakala guru pula telah melanggar etika yang telah
ditetapkan oleh profesion Pendidikan. Hal ini mestilah dipatuhi oleh semua pihak agar tidak
ada orang lain yang akan mengulangi kesalahan tatatertib tersebut lagi. Selain itu, kesannya
juga individu tersebut akan dipandang serong oleh masyarakat. Justeru itu, nama majikan
juga akan turut terjejas. Hal ini kerana isu tidak beretika akan tersebar dengan pantas. Ibu
bapa juga akan menukarkan sekolah anak mereka sekiranya mendapati terdapat guru atau
sekolah tersebut bermasalah kerana mereka ingin yang terbaik untuk anak. Profesional
bergaji terutamanya polis dan guru merupakan antara sektor pekerjaan yang paling penting
kepada masyarakat kerana tanpa sektor pekerjaan ini negara akan huru-hara.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN TIDAK BERETIKA

i- Faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya perlakuan tidak beretika tersebut - ciri-ciri


individu, pembolehubah struktur, budaya organisasi, isu kritikal. ELMI

Namun begitu, walaupun terdapatnya pelbagai jenis garis panduan yang telah
ditetapkan dalam mana-mana buku peraturan sekalipun, masih terdapat segelintir penjawat
awam yang tidak menghayati perlakuan beretika semasa menjalankan tugas hakiki di pejabat
mahupun di luar pejabat. Sebagai contoh, keratan akhbar “KOSMO” bertarikh 4 JAN 2022
melaporkan satu video yang di muatnaik menerusi aplikasi “Tik Tok” telah tular di mana
seorang anggota polis telah mempamerkan aksi menari dalam video berkenaan semasa
mengenakan pakaian uniform operasi polis. Faktor- faktor yang mempengaruhi terjadinya isu
sebegini adalah kerana sesorang individu tersebut kurang menghayati panduan-panduan dan
kod etika profession. Mereka sering mengambil enteng akan hal-hal sebegini walaupun ia
telah disenaraikan dalam buku panduan tatatertib tentang etika yang perlu dipatuhi semasa
operasi kerana berpendapat hal ini tidak akan memberi kemudaratan kepada dirinya dan
orang lain malah mampu menjadikan diri mereka terkenal dengan pemakaian dan aksi
sebegitu. Secara lazimnya, masyarakat memandang tinggi akan prospek kerjaya dalam
pasukan polis di mana sering terlibat dalam menjaga keselamatan masyarakat. Jika perkara
begini masih berlaku, ia akan memberi impak yang negatif terhadap institusi DiRaja tersebut
kerana dianggap tidak professional semasa menjalankan tugas. Hal ini demikan sedikit
sebanyak telah menjejaskan imej kurang baik bagi insitusi awam yang terlibat seperti pepatah
mengatakan “akibat nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Selain itu, terdapat juga insiden lain yang melibatkan golongan penjawat awam yang
lain seperti guru yang menjalankan aktiviti perniagaan di sekolah pada waktu lapang. Dalam
hal demikan, guru yang terlibat akan mencuri n masa lapang semasa ketiadaan kelas untuk
mempromosi kepada rakan sekerjanya malah lebih teruk lagi golongan pelajar juga menjadi
sasaran sebagai pelanggan di sekolah. Menurut penyataan dalam akhbar atas talian
“BHONLINE” bertarikh 6 OKT 2020, daripada Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock, beliau menegaskan “guru sekolah
tidak boleh menjalankan perniagaan semasa waktu persekolahan. Ia tertakluk dalam perintah
am perjawatan yang melarang mereka menjalankan perniagaan sewaktu sedang bekerja”.
Alasan utama yang menjadi keperluan kepada kegiatan berniaga di sekolah terutamanya
adalah untuk meraih pendapatan sampingan seiring dengan minat yang dipupuk dalam diri.
Justeru, langkah pencegahan yang perlu diambil sebagai penyelia atau guru besar sekolah
perlulah memainkan peranan menasihati guru yang terlibat agar sentiasa mematuhi kod dan
etika perguruan agar guru mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik
yang berkaliber dan menjadi tauladan buat anak muridnya. Tidak dinafikan bahawa guru juga
dianggap sebagai ibu bapa kedua dalam masyarakat kerana tugas mendidik dan mengajar
untuk membentuk generasi baharu yang akan mencorakan negara pada masa hadapan sejajar
dengan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia - “Melestarikan Sistem Pendidikan yang
Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara”.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KESIMPULAN
Konklusinya, tidak dapat dinafikan yang golongan profesional ini sentiasa
berhadapan dengan pelbagai dilema etika yang jikalau mereka gagal tangani dengan
baik ia akan menjejaskan imej dan bidang kerjayanya. Ada kalanya seorang
profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan mudah terjerumus
dalam perbuatan mengambil rasuah, melakukan penipuan, pecah amanah,
mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab atas tugasan yang diberi oleh
pihak atasan. Sekiranya perbuatan ini berterusan dan berleluasa sudah pastilah
masyarakat dan negara akan menanggung akibatnya. Oleh itu, kesedaran etika harus
ada dalam kedua- dua profession tersebut.

vii- Penutup

- Penegasan kepentingan etika professional dan kesan-kesan buruk sekiranya etika


profesional tidak diamalkan.

- Refleksi diri dan kumpulan apa yang dipelajari daripada penghasilan tugasan
kumpulan ini.

- Pengajaran • berkaitan topik • berkaitan pelaksanaan tugasan berkumpulan

- Pengalaman • kaedah pengumpulan maklumat • kerja berkumpulan/ komunikasi


sesama ahli/ pembahagian tugasan

viii- Senarai rujukan luar yang digunakan (selain Nota slaid pembentangan/WEBEX)
dilampirkan di akhir muka surat tugasan menggunakan format APA.
RUJUKAN
Etika Profesional, Mohd. Janib Johari, Universiti Teknologi Malaysia, 2003
Pentingan Budaya Integriti Dan Etika Kerja Dalam Organisasi Di Malaysia: Suatu Tinjauan
Umum Megat Ayop Megat Arifin1 , Abd. Halim Ahmad1 1kolej Undang-Undang, Kerajaan
Dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
Berita Harian 7 Ogos 2018
Berita Harian 21 Januari 2021
https://www.kosmo.com.my/2020/12/05/polis-wanita-buat-video-tik-tok-disiasat/ 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/739099/guru-jual-makanan-kepada-
murid-boleh-kena-tatatertib-buang-kerja
https://www.moe.gov.my/index.php?id=1&lang=my
Nota kuliah semasa sesi WEBEX oleh pensyarah.

viii- Senarai rujukan luar yang digunakan (selain Nota slaid pembentangan/WEBEX)
dilampirkan di akhir muka surat tugasan menggunakan format APA.

Anda mungkin juga menyukai