Anda di halaman 1dari 3

Berbakti kepada ibu bapa

“Aku bertanya pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Amal apakah yang
paling dicintai oleh Allah ‘azza wa jalla?’ Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam
menjawab, ‘Shalat pada waktunya’. Lalu aku bertanya, ‘Kemudian apa lagi?’ Beliau
shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, ‘Kemudian berbakti kepada kedua orang
tua.’ Lalu aku mengatakan, ‘Kemudian apa lagi?’ Lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa
sallam mengatakan, ‘Berjihad di jalan Allah’.” Lalu Abdullah bin Mas’ud
mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberitahukan hal-hal tadi
kepadaku. Seandainya aku bertanya lagi, pasti beliau akan menambahkan
(jawabannya).” (HR. Bukhari dan Muslim).

Didalam hadis ini, amal yang mudah redha Allah S.W.T. adalah terletak pada redha
ibu bapa kita. Jikalau ibu bapa kita memarahi atau sampai kecil hati dengan kita,
maka jawabnya susah lah kehidupan kita. Bukan hanya di dunia kita tak selamat
(tiada keberkatan), malah lebih teruk nasib kita di akhirat nanti. Perbuantan bakti ini
adalah jalan yang mudah untuk mendapat keredhaan dari Allah S.W.T dan ibu bapa
dengan cara kebaikan dilakukan oleh kita terhadap ibu bapa walaupun amat kecil.
Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti
sepanjang hayatnya. Oleh itu, kita seharuslah sentiasa mendoakan mereka sama ada
semasa mereka hidup mahupun selepas meninggal dunia. Doa anak yang soleh kepada
ibu bapa yang telah meninggal dunia adalah amalan yang tidak terputus.

Rasulullah memberikan perhatian khusus akan keharusan umatnya berbakti kepada


orang tuanya. Berbakti ini tidak semestinya menjaga mereka sampai hujung hayat
iaitu: -

1. Menunjukakan percakapan lemah lembut

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan
mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

2. Meluangkan masa bersama-sama

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa
mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap
wajah anaknya.

3. Memberi perhatian sepenuhnya

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti
tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan
kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal
dan mental ibu bapa. Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah
penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga
ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.
Kesan baik terhadap ibu bapa

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: “Kehinaan, kehinaan,


kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah
lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk
syurga.” [Riwayat Muslim (2551)]

hadis tersebut menerangkan bahawa kehinaan terhadap seorang anak yang melupakan
orang tuanya di rumah yang telah lanjut usia tuanya menyebabkan salah satu sebab
mereka tergolong orang yang ridak diterima berada di syurga. Kesan ini seharusnya
diubah dengan sikap diri kita dengan berbuat baik akan mendatangkan kesan yang
positif terhadap mereka. Ini kerana kedudukan ibu bapa di sisi ALLAH amatlah tinggi
sehinggakan ALLAH meletakkan perintah berbuat baik kepada ibu bapa selepas atau
bersebelahan dengan perintah tidak menyembah selain daripada ALLAH dan
mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun.

Kerana aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Orang tua
akan berada di tengah-tengah pintu surga, maka jagalah kedua orang tuamu atau
justeru kamu meninggalkannya." (HR. Ibnu Majah: 2080)

Kepentingan berbuat baik dengan orang tua salah satu faktor diri kita dapat
mengimbangkan kedua-dua alam iaitu dunia dan akhirat. Hadits tersebut
menerangkan bahawa kerinduan akan menantikan anak anak mereka kembali bersama
berumpamaan berada dihadapan pintu syurga seperti mana kita pergi mencari rezeki
walaupun terpaksa meningalkan mereka hanya membekalkan kerinduan kepada
mereka.

“Amal perbuatan yang amat disukai Allah swt ialah solat (yang tepat) pada waktunya,
berbakti kepada orang tua dan berjihad pada jalan Allah.” (Hadis Riwayat: Imam
Bukhari dan Muslim)

Amal perbuatan adalah satu perkara yang menyebabkan diri kita tergolong orang
tertentu.Selain solat dan berjihad ,berbuat baik dengan ibu bapa dianggap amal mulia
di sisi Allah. Demikian ini ,kesan berbuat baik atau taat kepada dua ibu bapa di
pendekan kata menghormati dan melakukan pekerjaan yang disukai oleh mereka dan
pekerjaan yang dilakukan itu janganlah bersalahan dengan kehendak yang disuruh
Allah SWT. Melakukan pekerjaan yang disukai kedua ibu bapa memang menjadi
tanggungjawab besar bagi seseorang anak dengan mengingati jasa ibu dan ayah yang
tidak dapat dinilai sama sekali.
http://myannur.blogspot.com/2014/12/10-cara-berbakti-kepada-kedua-ibu-bapa.html

https://akurat.co/3-hadis-nabi-tentang-kewajiban-berbakti-pada-kedua-orang-tua

https://today.salamweb.com/ms/berbakti-dan-mentaati-kedua-ibu-bapa/

https://kompleksislam.usim.edu.my/menghormati-ibu-bapa-kunci-keberkatan-hidup/

https://www.sinarharian.com.my/article/30691/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Berbuat-
baik-kepada-ibu-bapa-amalan-dicintai-ALLAH-SWT

Anda mungkin juga menyukai