Anda di halaman 1dari 3

FAKTA TENTANG MATAHARI

1. Matahari adalah bintang dan bukan planet. Matahari adalah satu daripada
lebih 100 bilion bintang.

2. Matahari adalah pusat bagi Sistem Suria. Ianya merupakan bola gas
amat besar dan panas dan berlakunya tindakbalas nuklear yang mana
membekalkan cahaya dan haba kepada Bumi.

3. Matahari adalah jirim paling besar dalam Sistem Suria kita dan ia adalah
lebih kurang 98 % daripada jumlah jisim dalam Sistem Suria.

4. Matahari adalah bintang pada pertengahan umur, bermaksud ia sekarang


berada pada pertengahan hidupnya. Bintang seperti Matahari memancar
selama sembilan atau sepuluh bilion tahun. Matahari terbentuk lebih
empat setengah billion tahun yang lalu daripada awan gas dan debu yang
amat luas tanpa graviti. Bahan pada pusat awan telah memampat dan ia
menjadi panas untuk menyala pelakuran nuklear.

5. Matahari kelihatan lebih besar dan terang daripada bintang – bintang


yang lain kerana Matahari adalah bintang yang paling dekat dengan
Bumi.

6. Melihat Matahari secara terus boleh merosakkan mata secara kekal


kerana ia sungguh terang. Sebutir bintang memancarkan cahaya dan
haba. Semakin besar bintang, semakin meningkat suhunya.

7. Diameter Matahari adalah lebih kurang 870,000 batu (1,400,000


kilometer). Itu adalah lebih kurang 109 kali saiz Bumi.

8. Matahari adalah 333,000 kali lebih berat daripada Bumi. Ini bermakna jika
anda meletakkan Matahari di atas penimbang, anda memerlukan 333,000
objek yang mempunyai berat yang sama dengan Bumi pada sebelah
yang satu lagi untuk mencapai keseimbangan.

9. Jika Matahari itu berongga, ia boleh memuatkan sebanyak lebih satu juta
Bumi di dalamnya.

10. Cahaya daripada Matahari mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk
sampai ke Bumi, atau dengan lebih tepat 8 minit 20 saat pada kelajuan
cahaya.

11. Tanpa Matahari, Bumi tidak boleh menyokong kehidupan. Matahari


membekalkan haba dan cahaya yang diperlukan oleh Bumi untuk
menyokong kehidupan.
FAKTA TENTANG BULAN

1. Fasa-fasa bulan

a) Bulan mempunyai 8 fasa, bermula dari anak bulan, sabit, separa,


purnama baru, purnama, purnama lama, separa (tua), dan sabit (tua).
Fasa-fasa ini adalah kerana pantulan cahaya daripada permukaan
bulan yang terdedah kepada cahaya matahari. Kawasan cerah adalah
kawasan yang terkena cahaya matahari, dan kawasan gelap yang
terlindung pula.

2. Permukaan berkawah

a) Permukaan bulan dipenuhi dengan kawah hasil daripada hentaman


meteorite. Kawah besar yang popular adalah kawah Copernicus dan
Tycho kedua-duanya adalah dari nama ahli astronomi. Jika anda
menemui satu kawah baru yang belum diberi nama, anda boleh
maklumkan pada International Astronomical Union (IAU) dan mungkin
nama anda akan menjadi nama kawah tersebut. Selain itu, kalau kita
perhatikan juga terdapat tompok-tompok gelap pada permukaan
bulan seperti gambar di atas. Tompok-tompok tersebut dikatakan
adalah kesan-kesan lava sewaktu pembentukan bulan dahulu.

3. Tiada lapisan atmosfera

a) Ketiadaan lapisan atmosfera di bulan menyebabkan ianya terdedah


kepada sinaran kosmik. Lapisan atmosfera bumi lah yang melindungi
kita daripada ancaman sinaran-sinaran berbahaya dari angkasa.
Selain itu, ketiadaan atmosfera juga menyebabkan meteorite yang
jatuh ke bulan tidak terbakar. Jika di bumi, geseran meteor yang jatuh
dengan atmosfera bumi akan menyebabkan meteor habis terbakar
dan tidak mencecah bumi. Oleh kerana meteor tidak terbakar di
bulan, ianya akan menjadi meteorite lalu menghentam bulan dan
menjadi punca mengapa terdapat banyak kawah di permukaan bulan.

4. Tarikan graviti yang lemah

a) Tarikan graviti bulan adalah lemah berbanding bumi, cuma 1/6 sahaja
daripada kekuatan graviti di bumi. Jadi jika berat anda adalah 60
kilogram di bumi, berat anda akan menjadi dalam lingkungan 10
kilogram sahaja di bulan. Walaupun bulan mempunyai daya graviti
yang lemah, namun daya gravitinya juga mampu membuatkan kita
mengalami fenomena air pasang dan air surut. Bayangkan lah kalau
tarikan gravitinya lagi kuat dari yang sedia ada

5. Satu sisi sahaja

a) Penduduk bumi hanya mampu untuk melihat permukaan bulan yang


sama sahaja. Dalam erti kata lain kita dapat melihat satu sisi bulan
sahaja. Sisi yang sebelah lagi akan sentiasa berpaling dari arah bumi.
Ini adalah kerana kadar putaran bulan di atas paksinya dan orbit
bulan mengelilingi bumi adalah sama iaitu 27 hari. Keadaan ini
dipanggil sebagai tidal locking. Kawasan yang sentiasa berpaling
daripada bumi ini lah yang dipanggil sebagai the dark side of the
moon. Kalau nak tengok sisi sebelah lagi, boleh google atau pergi
sendiri ke bulan. Haha.

Anda mungkin juga menyukai