Anda di halaman 1dari 2

SINGA YANG SOMBONG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.  

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa yang Sombong”.

Yang terlena, sedar-sedarkan.


Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.          

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan kuat menyebabkan
semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.          

Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu  perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana
untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.  Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara.          

“Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai
kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita  sama-sama berfikir, bagaimana
hendak menewaskan singa itu. “ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.          

“Siapa  ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil. Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara,
“Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan
kebolehan Tebuan.          

“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar kawan-kawannya.
Masing-masing tunduk diam. “Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah
kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil  dan disambut
dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.          

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan antara
Singa dan Tebuan.  Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan
pun terbang menghampiri Singa.         

“Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.” Kata Tebuan
dengan berani.“Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa. “ Belum cuba, belum
tahu. Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang
besar.” Jawab Tebuan penuh semangat.          

“Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu.
Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi
letih. Tebuan  mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas
itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.          

Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan.
Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.

Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak
kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.
Ingat kawan-kawan,

1.   Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah.
2.     Kita tidak boleh bersikap malas berusaha.
3.   Kita mesti berusaha jika ingin berjaya.

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal
yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal..          

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai