Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ruj.Kami :
Tarikh : 20 September, 2022
KETUA BALAI,
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT

Tuan,

JEMPUTAN MENGADAKAN DEMOSTRASI MEMADAM KEBAKARAN DAN PAMERAN


ALATAN MEMADAM SEMPENA LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Unit HEM ________________________ akan mengadakan


latihan kebakaran kepada warga sekolah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 September, 2022 ( Khamis )


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

3. Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati menjemput Pihak Bomba Dan
Penyelamat ______________ untuk hadir ke program ini. Bersama-sama ini juga
disertakan tentatif program untuk rujukan pihak tuan.

4. Besarlah harapan kami, jika pihak tuan dapat hadir bersama jentera Bomba Dan
Penyelamat serta mengadakan demostrasi dan penerangan berkaitan alatan
memadam kebakaran kepada warga sekolah.

5. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK …………………………….

Anda mungkin juga menyukai