Anda di halaman 1dari 5

PERJANJIAN SEWA

TANAH
PT. 182, Kg Padang , Sungai Congkak, Hulu
Langat, Selangor
SURAT PERJANJIAN SEWA TANAH

BERTARIKH :28 Julai 2023/10 Muharram 1445

Perjanjian sewa tanah ini telah dipersetujui dan ditandatangani di antara:

PEMILIK : SARIDA BINTI MOHD SHARIFF, (IC No: 740630-08-6034), dan

PENYEWA : ……………………………………………, (IC No: ______________)

Dengan ini diakui bahawa pihak PEMILIK tanah telah menerima pembayaran sebulan deposit
RM2,000 and sewa untuk bulan pertama RM2,000 pada tarikh XX Ogos 2023 dari PENYEWA tanah
sebagai bukti persetujuan perjanjian sewa tanah ini. Kegagalan mematuhi syarat-syarat dan
ketetapan yang tertera dalam perjanjian ini boleh mengakibatkan hak PENYEWA dibatalkan.

A) PEMBAYARAN SEWA
i. Sewa bulanan adalah sebanyak RM2,000 sebulan dan perlu di bank-in ke account
Maybank PEMILIK selewat-lewatnya pada 7 haribulan setiap bulan.
ii. Kelewatan membayar sewa boleh mengakibatkan PEMILIK menyekat aktiviti
penyewa.
iii. Pembayaran sewa sebanyak RM2,000 sebulan adalah termasuk sewa rumah.
iv. Maka syarat2 perjanjian sewa tanah ini adalah termasuk syarat2 sewa rumah juga.

B) TEMPOH atau KONTRAK SEWA


i. Tempoh (kontrak) sewaan : 2 tahun
ii. Tempoh perjanjian and sewaan; Mulai 1 September 2023 sehingga 31 Ogos 2025
iii. Sambungan kontrak (renew) boleh diteruskan tertakluk pada perjanjian baru dan
persetujuan kedua-dua belah pihak.
iv. Penamatan awal kontrak sewa sebelum tamat tempoh kontrak mesti lah
mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

C) TUJUAN SEWA
PEMILIK bersetuju untuk membenarkan PENYEWA menggunakan tanah untuk tujuan
pertanian sahaja.
PEMILIK sama sekali TIDAK membenarkan PENYEWA melakukan aktiviti-aktiviti berikut:
i. Membuat aktiviti ternakan separti membela kambing , lembu, ayam dan lain2
binatang
ii. Membina kolam untuk apa jua tujuan sekalipun
iii. Merosakan struktur tanah
iv. Membuat binaan kekal
v. Lain-lain aktiviti yg tiada kaitan dengan aktiviti pertanian
vi. Sub-sewa (sub rent) kepada penyewa yang lain atau berkongsi sewa.

Page 1 of 4
D) SAIZ TANAH
i. Keluasan keseluruhan tanah adalah beranggaran 1.8ekar.
ii. Keluasan tanah yg disewakan dan boleh digunakan oleh PENYEWA adalah
beranggaran 1.5 ekar.
iii. Manakala baki keluasan beranggaran 0.3 ekar adalah untuk kegunaan PEMILIK.
iv. Kawasan untuk kegunaan PEMILIK telah dikenalpasti dan dimaklumkan kepada
PENYEWA.

E) RUMAH SEWA
PENYEWA berhak untuk menggunakan rumah yang telah disediakan dan perlulah menjaga
kebersihan rumah tersebut serta mematuhi syarat-syarat berikut.
i. Tidak dibenarkan PENYEWA yang bukan muhrim untuk tinggal sekali di dalam
rumah tersebut.
ii. Tidak melakukan perkara maksiat, minum atau membawa minuman beralkohol
dan berjudi.
iii. Tidak membawa terlalu ramai melebihi 10 orang termasuk pekerja, tetamu,
supplier, kontraktor ,vendor dan lain-lain pihak yang tidak berkenaan.
iv. Tidak merosakkan rumah dan peralatan, perkakas serta kemudahan yang sedia
ada.
v. Sebarang kerosakan perlu dilunaskan ganti rugi oleh PENYEWA secepat mungkin
mengikut kadar harga semasa.
vi. Adalah tanggungjawab PENYEWA untuk memaklumkan kepada pekerja, tetamu,
vendor, supplier, kontraktor dan siapa jua pihak yang berurusan dengan PENYEWA
tentang syarat-syarat dan ganti rugi yang perlu ditanggung oleh PENYEWA .

F) BEKALAN ELEKTRIK AND AIR


i. Tanah ini tidak mempunyai bekalan elektrik dari TNB. PEMILIK telah membuat
permohonan dan masih lagi berurusan dengan pihak TNB sehingga kini.
ii. Sekiranya di masa hadapan, bekalan elektrik sudah berjaya disalurkan, maka
PEMILIK berhak untuk mengenakan utiliti deposit terhadap PENYEWA.
iii. Bekalan air adalah dari sumber air bukit melalui anak sungai. Bekalan air yang sedia
ada hanyalah untuk kegunaan dalam rumah sewa.
iv. Sebarang keperluan tambahan seperti bekalan solar ataupun bekalan air untuk
aktiviti pertanian adalah tanggungjawab PENYEWA.

G) KOLAM AIR
i. Kolam air yang sedia ada di tanah ini adalah kolam ikan. PENYEWA boleh
menggunakan air dari kolam ini untuk tujuan aktiviti pertanian.

H) LALUAN MASUK
i. Kedua-dua pihak PEMILIK dan PENYEWA boleh mengunakan pintu pagar putih
(main gate ) sebagai akses utama keluar masuk.
ii. Kedua-dua pihak wajib memastikan main gate di tutup dan berkunci dengan
sempurna SETIAP MASA untuk mengelakkan sebarang pencerobohan dan
kecurian.

Page 2 of 4
I) KERUGIAN DAN KESELAMATAN
i. PEMILIK tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kecurian atau
kerosakan terhadap harta benda ataupun nyawa di pihak PENYEWA sepanjang
tempoh kontrak.
ii. Pemasangan CCTV adalah tanggungjawab PENYEWA sendiri.
iii. Sekiranya terdapat gangguan seperti pencerobohan, kecurian atau pergaduhan
PENYEWA perlulah melaporkan segera kepada pihak Polis.

J) POKOK2 BUAH-BUAHAN DAN POKOK2 HIASAN


i. PENYEWA tidak dibenarkan sama sekali mengubah, menebang atau merosakkan
mana-mana pokok buah -buahan mahupun pokok hiasan.

K) HASIL BUAH-BUAHAN
i. PENYEWA boleh mengambil hasil buah-buahan dan hanya berhak mengambil
pada kadar untuk makan sendiri dan bukan untuk dijual.
ii. PENYEWA di larang untuk mengambil hasil buah-buahan untuk dikongsi kepada
pihak lain yang bukan penghuni tetap rumah sewa tersebut.

L) PENYELANGARAAN BELUKAR

i. Penyelanggaan (maintenance) kawasan tanah yg disewa adalah tanggungjawab


PENYEWA, contohnya memastikan belukar seperti lalang dan rumput tinggi serta
tumbuhan liar dibersihkan, contohnya di mesin, dicantas atau dipotong untuk
mengelak kemungkinan binatang merbahaya dan binatang perosak bersembunyi
dikawasan semak belukar tersebut.

M) SERAHAN SEMULA
i. PENYEWA perlu membersihkan kawan tanah yang disewa apabila tamat tempoh
penyewaan.
ii. Apa jua harta milik PENYEWA perlu dibawa keluar dan kawasan tanah yang
disewa hendaklah diserahkan dalam keadaan bersih and kemas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~TAMAT~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Page 3 of 4
MUKASURAT TANDATANGAN

A) TANDATANGAN PEMILIK DAN WARIS

……………………………………………………………………… ………………………………………………………………………
(PEMILIK : SARIDA BINTI MOHD SHARIFF) (WARIS PEMILIK: BADLISHAH BIN BAHARIN)
IC NO: 740630-08-6034 IC NO: 690203-08-5747
TARIKH: TARIKH:

………………………………………………………………………
(SAKSI PEMILIK: MAZLAN BIN SHARIFF)
IC NO: 640628-08-6539
TARIKH:

B) TANDATANGAN PENYEWA DAN WARIS

……………………………………………………………………… ………………………………………………………………………
(PENYEWA: ) (WARIS PENYEWA: )
IC NO: IC NO:
TARIKH: TARIKH:

………………………………………………………………………
(SAKSI PENYEWA: )
IC NO:
TARIKH:

Page 4 of 4

Anda mungkin juga menyukai