Anda di halaman 1dari 5

PERANCANGAN PdPc KmR

Matapelajaran : Reka bentuk dan Teknologi


C ⇒ A ⇒ P [Backward Design]

Peringkat 1: Hasil yang diharapkan

Hasil Pembelajaran (G):

RBT: Murid dapat membina model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi.
SAINS: Murid dapat menjelaskan dengan contoh sistem yang terlibat dengan homeostasis
dalam tumbuhan.

MATEMATIK: Murid dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan perimeter dan luas segi
tiga, segi empat tepat, segi empat sama, segi empat selari, lelayang, trapezium dan gabungan
bentuk-bentuk tersebut.

BAHASA MELAYU:Murid dapat menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dan cerita
menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.

Kefahaman (U): Soalan pencetus idea


The Big Idea :
Pelajar akan memahami tentang 1. Bolehkah kita tanam sayur tanpa menggunakan
tanah?
PETANI SMART MELAHIRKAN 2. Apakah kelebihan model sistem Fertigasi
MASYARAKAT SEJAHTERA berbanding penanaman secara konvensional

SAINS:
1. Apakah bahagian dalam tumbuhan
yang terlibat dalam homeostasis
kandungan air dalam tumbuhan.

MATEMATIK:
1. Bagaimanakah mengira perimeter dan
luas tapak sistem fetigasi?
2. Apakah keperluan menggunakan
kemahiran yang sesuai tentang
perimeter dan luas dalam
menyelesaikan projek?

BAHASA MELAYU:
1. Bagaimana menulis laporan dengan
membina ayat tema, ayat rangsangan
dan ayat arahan secara terancang,
tertib dan kemas menggunakan
bahasa yang tepat, indah dan
menarik?

Pengetahuan (K): Kemahiran (S):

Pelajar mengetahui tentang sistem hidroponik Menulis maklumat untuk menghasilkan karangan
lengkap

Tahap prestasi:

MP3: TP6
RBT
Membina model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi
Menilai model struktur sistem fertigasi

Sains
Mereka bentuk model secara kreatif dan inovatif dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains
mengenai homeostasis tumbuhan dalam kontek penyelesaian masalah dan membuat keputusan dengan
mengambil kira nilai ekonomi

Matematik

Mengapiksikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang perimeter dan luas dalam kontek
penyelesaian masalah bukan rutin.

Bahasa Melayu

Menyampaikan maklumat dalam bentuk ucapan dengan betul, tepat, jelas, intonasi yang sesuai dan
berkesan menggunakan ayat yang gramatis

Peringkat 2: Bukti Pentaksiran

Tugasan Pembelajaran (T): Evidens Lain (OE):

RBT 1) Model sistem fertigasi


Murid dapat menghasilkan model struktur reka
2) Ukuran tapak
bentuk baharu sistem fertigasi seperti yang 3) Pembentangan
dilakar. 4) Teks laporan

Matematik
Murid dapat mengira ukuran tapak model dari
segi perimeter dan luas atau isipadu.
Sains
Murid dapat menambahbaik model struktur
reka bentuk baharu sistem fertigasi dengan
mengaplikasikan konsep homeostasis dalam
tumbuhan untuk memastikan kesegaran
tanaman.
Bahasa Melayu
Murid dapat menghasilkan satu laporan
tentang proses penghasilan model system
fertigasi dengan menulis dengan kemas dan
membaca kuat ayat yang ditulis dengan
intonasi yang sesuai.

Peringkat 3: Pelan Pembelajaran:

RBT
Where:
 Pelajar dapat membina model sistem fertigasi mengikut lakaran.

Hook:
 Pelajar menonton video tentang pembinaan mock-up sistem fertigasi.

Equip:
 Pelajar menonton video tentang pemasangan sistem fertigasi komersial.

Rethink:
 Pelajar menyenaraikan dan menyediakan bahan dan alat yang diperlukan dengan cukup
dan tepat.

Evaluate:
 Pelajar menguji kekemasan sambungan sistem fertigasi.

Tailored:
 Pelajar dapat menggunakan peralatan dengan dengan baik dan selamat.

Organized:
 Pelajar mengukur, menanda, memotong dan memasang sistem fertigasi seperti lakaran

SAINS
Where: Murid dapat menambahbaik model fertigasi yang dihasilkan

Hook:
 Murid menonton video dari youtube tentang keadaan stoma pada hari sejuk dan panas

Equip:
 Murid dapat mengaitkan kepentingan mengawal atur kesegaran tumbuhan pada hari
panas
Rethink:
 Murid melakukan mencari maklumat dan menjalankan perbincangan kumpulan untuk
mencadangkan cara untuk menjamin kesegaran tumbuhan
Tailored:
 Murid melakukan pemasangan terhadap model sedia ada untuk menjaga aspek
kesegaran tanaman.
Organized:
 Murid merekodkan keadaan tanaman selepas penambahan yang dibuat terhadap model
fertigasi dan mengkongsikan hasil dapatan kepada rakan lain sebagai showcase.

MATEMATIK

Where: Pelajar dapat menghasilkan ukuran untuk tapak model fertigasi.


Hook:
 Pelajar dibimbing guru untuk menghitung luas,perimeter dan isipadu dari contoh-contoh
diberi
 Pelajar menonton video dari youtube penghasilan tapak model fertigasi
 Pelajar boleh membuat lakaran tapak fertegasi

Equip:
 Pelajar membuat carian maklumat di Internet dan Pusat Sumber tentang cara-cara
membentuk tapak fertigasi
 Pelajar mengira isipadu tapak fertigasi yang bakal dihasilkan
 Pelajar mengira luas tangki yang diperlukan

Rethink:
 Pelajar melakukan perbincangan kumpulan
 Pelajar memilih beberapa ulasan di dalam buku, majalah
 Pelajar membuat senarai semak urutan proses kerja yang perlu dilakukan

Evaluate:
 Pelajar membuat ukuran isipadu tapak fertigasi yang dihasilkan

Tailored:
 Pelajar menyediakan peralatan yang diperlukan

Organized:
 Pelajar menghasilkan slaid powerpoint proses penghasilan kolam untuk dibentang
dalam program showcase.

BAHASA MELAYU

Where:
 Pelajar dapat menghasilkan sebuah karangan laporan yang berkaitan dengan sistem
fertigasi
 Pelajar dapat menghuraikan 3 isi penting tentang usaha-usaha untuk mengekalkan
kelestarian alam.

Hook:
 Pelajar menonton video tentang pembinaansistem fertigasi
 Pelajar menyanyikan lagu HIJAU oleh penyanyi Zainal Abidin
 Pelajar membuat catatan maklumat dalam bentuk i-THINK
Equip:
 Pelajar membuat carian maklumat di Internet dan Pusat Sumber tentang cara-cara
mengekalkan keindahan alam
 Pelajar mencari maklumat susunan ayat yang betul untuk membuat ulasan

Rethink:
 Pelajar melakukan perbincangan kumpulan (cara mengekalkan kelestarian hidup)
 Pelajar membuat senarai semak urutan proses kerja yang perlu dilakukan

Evaluate:
 Pelajar mencari isi penting tentang proses membina model sistem fertigasi
 Pelajar membuat rangka penulisan teks laporan.
 Pelajar membuat laporan untuk pembentangan

Tailored:
 Pelajar berlatih menyanyikan lagu HIJAU secara berkumpulan

Organized:
 Pelajar menghasilkan satu persembahan lagu HIJAU sebagai pembukaan program
showcase/pameran STEM

Anda mungkin juga menyukai