Anda di halaman 1dari 1

Perang Teluk Parsi(tulisan Jawi 

: ‫( )ڤ راڠ تل وق ڤرسي‬2 Ogos 1990 – 28


Februari 1991), nama kod Operasi Ribut Padang Pasir (17 Januari,
1991– 28 Februari, 1991) atau ringkasnya dikenali sebagai Perang
Teluk, adalah sebuah perang oleh Pasukan Bersekutu yang diketuai
oleh Amerika Syarikat dan diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa
Bersatu menentang Iraq sebagai tindak balas ke atas serangan Iraq ke
atas Kuwait. Pasukan Bersekutu telah ditugaskan untuk mengusir
pasukan tentera Iraq daripada Kuwait selepas pencerobohan dan
pendudukan Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990. Meskipun
terdapat hampir tiga dozen negara-negara yang bergabung dalam
tentera Pasukan Bersekutu, majoriti pasukan tentera disumbangkan
oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Serangan ke atas Kuwait oleh pasukan tentera Iraq telah
menyebabkan sekatan ekonomi dikenakan oleh beberapa
anggota Majlis Keselamatan PBB, dengan Amerika Syarikat dan United
Kingdom kemudian membuat persediaan untuk berperang. Pengusiran
tentera Iraq dari Kuwait bermula pada Januari 1991 dengan
kemenangan muktamad dicapai oleh Pasukan Bersekutu, yang telah
berjaya mengambil alih Kuwait dan memasuki wilayah Iraq.
Pertempuran udara dan darat telah berlaku dalam lingkungan wilayah
Iraq, Kuwait dan kawasan sempadan Arab Saudi. Iraq juga telah
melancarkan peluru berpandu ke Arab Saudi dan Israel sebagai
pembalasan di atas sokongan mereka kepada Pasukan Bersekutu di
Kuwait.

Anda mungkin juga menyukai