Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
NOTA KULIAH 2

SEMESTER SEMESTER 3 TAHUN 2 DIPLOMA SESI 2022

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PERAKAUNAN

KOD / KURSUS DBE3213 PERAKAUNAN KEWANGAN 3

KOMPETENSI K1 KAEDAH PERBANDINGAN


K2 KAEDAH ANALISIS

KOMPETENSI K1 KAEDAH PERBANDINGAN


UNIT
1.1 PENGENALAN REKOD TAK LENGKAP
1.2 PENYATA MENGIRA MODAL
1.3 PENYATA UNTUNG RUGI
1.4 KUNCI KIRA-KIRA

1. Mengaplikasi kaedah perbandingan dan analisis dalam menyediakan Penyata Kewangan bagi
rekod tidak lengkap (C3, PLO3, CLUSTER 2).
2. Menggunakan hamparan elektronik untuk menghasilkan Penyata Kewangan yang lengkap
HASIL berdasarkan kaedah analisis.
PEMBELAJARAN
(P3, PLO2, CLUSTER 3a).
3. Melaporkan secara lisan dan bertulis dapatan penyata kewangan dari kajian kes satu
perniagaan kecil (A2, PLO 4, CLUSTER 3c).

PLO 2 Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam Perakaunan.

PLO 3 Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara kreatif, inovatif dan efektif dalam bidang
Perakaunan.
PLO 4 Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat dan ahli professional lain dalam komuniti
serta masyarakat.
MAKLUMAT
PELAJAR
NAMA

TARIKH

TAJUK
KAEDAH PERBANDINGAN

TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelatih dalam menguasai pengetahuan
dan kefahaman tentang langkah menghitung modal awal dan modal akhir berdasarkan
statement of affair , Penyata Untung atau Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan. .
PENERANGAN / INFORMATIONS

1. Kaedah perbandingan modal merupakan pendekatan yang menggunakan persamaan


perakaunan dalam menentukan untung rugi sesebuah perniagaan.
2. Persamaan;
a. Modal = Aset – Liabiliti

b. Untung Bersih = Modal akhir – Modal awal


 Modal yang terdapat pada awal tempoh perakaunan adalah modal awal
 Modal yang terdapat pada akhir tempoh perakaunan adalah modal akhir
 Apabila perniagaan untung , modal akhir meningkat.

c. Untung bersih = Modal akhir + Ambilan –Modal awal – Modal tambahan


 Persamaan ini dikembang kan daripada persamaan ( 3 ).

- Langkah untuk menentukan untung bersih;


i. Mencari perbezaan antara modal awal dan modal akhir.
ii. Tambah ambilan samada dalam bentuk tunai atau bukan tunai.
iii. Tolak modal tambahan samada dalam bentuk tunai atau bukan tunai.

3. Untung atau rugi boleh dinyatakan dalam bentuk penyata

Penyata Untung atau Rugi bagi tahun berakhir……………..

RM RM
Modal akhir XXX
Tambah : Ambilan tahun tersebut XX
XXX
Tolak : Modal awal XXX
Modal tambahan XXX XXX

Untung / Rugi Bersih XXX


Contoh 1: Menghitung untung atau rugi bersih perniagaan apabila terdapat maklumat baki
aset dan liabiliti akhir

Diberi maklumat aset dan liabiliti Perniagaan Teras Jaya adalah seperti di bawah;

1 Jan 2018 31 Jan 2018


RM RM

Akaun Belum Terima 5000 16500


Inventori 13000 15200
Bank 8500 ( 2500 )
Tunai 500 850
Akaun Belum Bayar 12000 10800

Hitung untung atau rugi bersih perniagaan bagi tahun berakhir 31 Dis 2018

Persamaan untung bersih = modal akhir – modal awal

Langkah 1: Hitung modal awal

Aset RM

Akaun Belum Terima 5000


Inventori 13000
Bank 8500
Tunai 500
27000

Tolak : Liabiliti
Akaun Belum Bayar 12000
15000

Langkah 2: Hitung modal akhir

Aset RM

Akaun Belum Terima 16500


Inventori 15200
Tunai 850
32550

Tolak : Liabiliti
Akaun Belum Bayar 10800
Bank 2500
19250
Langkah 3: Tentukan untung atau rugi bersih

Untung bersih = modal akhir – modal awal


= RM 19250 – RM 15000
= RM 4250

Contoh 2: Menghitung untung atau rugi dengan mengambil kira pelarasan.

Butiran yang berikut diambil daripada buku-buku Perniagaan Amira, seorang peniaga yang
tidak menyimpan akaunnya dengan lengkap.

1 Mac 2017 28 Feb 2017


RM RM
Inventori 4080 5200
Akaun Belum Terima 5850 8320
Akaun Belum Bayar 2500 1800
Perabot (kos) 5000 5000
Kenderaan ( nilai buku bersih) 45000 45000
Bank 6000 5200
Insurans prabayar 800 500
Gaji belum bayar 2500 2500

Maklumat tambahan:

1. Kenderaan disusutnilaikan sebanyak 10% setahun atas baki.


2. Perabot disusutnilaikan pada kadar 20% atas kos. Perabot yang terdapat pada baki
awal dibeli pada 29 Feb 2017.
3. Dalam tahun itu, Amira membawa sebuah computer bernilai RM 2500 untuk kegunaan
perniagaan. Perkara ni belum direkodkan.
4. Wujudkan peruntukkan hutang ragu pada kadar 5% atas baki bersih Akaun Belum
Terima.
5. Pemilik membuat ambilan barang niaga bernilai RM 500 sepanjang tahun dan tunai
sebanyak RM 1000 sebulan bagi kegunaan peribadi.

Dikehendaki:
i. Sediakan Penyata Untung atau Rugi Bersih bagi tahun berakhir 28 Feb 2017.
ii. Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 28 Feb 2017

Penyelesaian:
Langkah 1 : Menghitung modal awal dan akhir

Modal awal:

Aset RM

Inventori 4080
Akaun Belum Terima 5850
Perabot (kos) 5000
Kenderaan ( nilai buku bersih) 45000
Bank 6000
Insurans prabayar 800
66730
Tolak : liabiliti semasa
Akaun Belum Bayar 2500
Gaji belum bayar 2500
61730

Modal akhir

Aset RM

Inventori 5200
Akaun Belum Terima 7904
Perabot (kos) 4000
Kenderaan ( nilai buku bersih) 40500
Bank 5200
Insurans prabayar 800
Alatan pejabat 2500
65804
Tolak : liabiliti semasa
Akaun Belum Bayar 1800
Gaji belum bayar 2500
61504

Kerja perhitungan:
1. Akaun Belum Terima perlu diwujudkan peruntukkan hutang ragu pada kadar 5%.

- Peruntukkan hutang ragu = RM 8320 x 5% = RM 416


- Baki nilai akhir Akaun Belum Terima = RM 8320 – RM 416 = RM 7904

2. Perabot disusutnilaikan pada tahun berakhir 28 Feb 2017 sebanyak 20% atas kos.

Belanja susut nilai perabot = RM 5000 x 20% = RM 1000


Nilai buku bersih perabot pada akhir 28 Feb 2017 = RM 5000 – RM 1000 = RM 4000

3. Kenderaan disusutnilaikan pada tahun berakhir 28 Feb 2017 sebanyak 10% atas nilai
buku bersih.

Belanja susut nilai kenderaan = RM 45000 x 10% = RM 4500


Nilai buku bersih kenderaan pada akhir 28 Feb 2017 = RM 45000 – RM 4500 = RM
40500

Langkah 2 : Menyediakan Penyata Untung Rugi

Perniagaan Amira
Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 28 Feb 2017
RM RM
Modal akhir 61504
Tambah : Ambilan 12500
74004
Tolak : Modal awal 61730
Modal tambahan 2500 64230

Untung bersih 9774


Langkah 3: Menyediakan Penyata Kunci Kira-Kira

Perniagaan Amira
Penyata Kedudukan Kewangan pada 28 Februari 2017
RM RM
Harta Tanah, Loji dan Peralatan
Kenderaan 40500
Perabot 4000
Alatan pejabat 2500
47000
Aset Semasa
5200
Inventori
7904
Akaun Belum Terima
500
Insurans prabayar
5200
Bank
18804
Tolak : Liabiliti Semasa
Akaun Belum Bayar 1800
Gaji belum bayar 2500

Aset Semasa Bersih 14504


61504
Ekuiti Pemilik
Modal awal 61730
Tambah : Modal tambahan 2500
Untung bersih 9774
74004
Tolak : Ambilan 12500
Modal Akhir 61504
SOALAN/QUESTION :
1. Senaraikan persamaan perakaunan dalam menentukan untung bersih.
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
……………………..

2. Lakarkan format Penyata Untung Rugi.

3. Hitung untung/rugi bagi Perniagaan ShamSya berdasarkan maklumat berikut.


Modal pada 1 Feb 2017 RM 41,000.00
Ambilan RM 5,000.00
Modal pada 31 Jan 2018 RM 52,000.00
Modal tambahan RM 3,000.00
4. Nyatakan langkah untuk menentukan untung bersih
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………

RUJUKAN (REFERENCES):

Rujukan Utama
1. Lim Wan Leng ,Morni Hayati Jaafar Sidik, , Lee Kwee Fah , Noreen Kong Ching Ching , Rahizah Abd
Rahim , Chin Wai Yin dan Lai Siew Fong (2021).Financial Accounting 1 (Third Edition).SJ Learning

Rujukan Tambahan

1. Wan Madznah Wan Ibrahim, Azizah Hj Dolah dan Masturah Abu Samah (2018),"Perakaunan Penggal
1 STPM ", Oxford Fajar Sdn Bhd.
2. Esensi Prinsip Perakaunan SPM ( 2012) – Pearson Malaysia Sdn Bhd.
3. Bahan Simulasi Amali Industri ,Rekod Tak Lengkap (2016), Institut Xelfact, Kuala Lumpur.
4. Prinsip Perakaunan KBSM Tingkatan 4 & 5 ( 2009) – Cerdik Publication.

Anda mungkin juga menyukai