Anda di halaman 1dari 20

NABI

MUHAMMAD SAW
dalam
AL-QURAN
ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan ....................................................v


Kata Penerbit ................................................... vii
Nabi Muhammad  Menurut al-Quran..... 1
Tugas-Tugas Nabi Muhammad ............... 17
Sifat Ummi Nabi Muhammad  ............... 33
Risalah Nabi Muhammad  ........................ 51
Kedudukan Nabi Muhammad  di
sisi Allah..........................................................67
Akhlak Nabi Muhammad  .........................73
Kemaksuman Nabi Muhammad 
daripada Perbuatan Dosa .........................91
Penjagaan Allah ke atas Baginda ................103
NABI MUHAMMAD  MENURUT
AL-QURAN

S
iapakah Nabi Muhammad  sebagaimana yang disebut
dalam al-Quran? Apakah peranan penting Baginda 
diutuskan sepertimana yang dijelaskan oleh Allah  kepada
kita? Apakah keistimewaan Baginda  berbanding manusia
lain? Apakah perkara yang dikhususkan buat Baginda 
seperti yang termaktub dalam kitabullah?
Inilah beberapa persoalan yang berkait dengan tajuk “Nabi
Muhammad  dalam al-Quran”. Saya harap semua dapat
berikan tumpuan kerana topik ini adalah perkara yang sangat
penting untuk kita fahaminya dengan jelas, iaitu bicara al-
Quran mengenai Nabi Muhammad .
Siapakah Muhammad  sepertimana yang dinyatakan
kepada kita dalam al-Quran? Adakah Baginda manusia
seperti manusia lain, atau Baginda adalah kejadian lain yang
tidak seperti malaikat dan tidak juga seperti manusia, atau
adakah Baginda itu malaikat yang turun dari langit ke bumi?
Jika Baginda adalah manusia, adakah Baginda memiliki
keistimewaan atau kekhususan yang membezakan Baginda 
dengan manusia lain?
Segala persoalan ini tidak mampu untuk kita jawab,
bahkan yang dapat menjawab segala persoalan ini hanyalah
kitabullah . Oleh itu, marilah kita halusi perbahasan ini
melalui kitabullah .

1
Nabi Muhammad  dalam al-Quran

Firman Allah :

‫ﭽ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎﭼ‬
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad):
“Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan
Yang Satu.”

(Surah al-Kahfi 18: 110)

Pengertian yang sama juga dapat kita baca dengan gaya


bahasa berbeza pada ayat lain iaitu melalui firman Allah :

‫ﭻﭽ‬
‫ﭼ‬ ‫ﭽﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ‬
‫ﭾﭿ ﮀ ﮁﮂﮃ ﭼ‬
Terjemahan: Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah
seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa
orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian,
kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik
(berpaling tadah menjadi kafir)?

(Surah Ali ‘Imran 3: 144)

Apakah yang dimaksudkan daripada dua ayat ini?


Pengertian ayat pertama ialah jika orang Arab atau
kaum Musyrikin saling bertanya tentang apakah identiti
Muhammad yang datang kepada mereka dengan membawa
perkara-perkara ganjil lagi menghairankan, maka Aku
ajarkan kamu, katakanlah sebagai jawapan: Katakanlah (wahai
Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti
kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan
Yang Satu.”
Identitiku sama seperti identiti kamu semua, tiada
bezanya. Aku manusia seperti kamu, persis seperti manusia
biasa lain, tidak lebih dan tidak kurang. Walau bagaimanapun,
aku memiliki satu kekhususan atau keistimewaan berbanding

2
Sifat Ummi Nabi Muhammad 

Justeru inilah salah satu dalil daripada al-Quran, bahawa


Rasulullah  tidak menulis segala pengetahuan yang begitu
banyak terdapat dalam al-Quran. Tidak mungkin terjadi
begitu, kerana Baginda bersifat ummi dan sifat ini berlanjutan
sehingga Baginda  wafat.
Dan barangkali anda semua telah mengetahui bahawa
Rasulullah , ketika Perjanjian Hudaibiyah, ketika Baginda
mengarahkan Sayidina Ali untuk menulis perjanjian damai
antara kaum Muslimin dan kaum Musyrikin dalam kalangan
ahli Makkah, Rasulullah  menyebut kepada Sayidina Ali
dengan sabda Baginda:

.ِ‫ل ال� ل�ه‬


ُ ‫هَذ َا م َا قَاض َى عَلَيْه ِ مُحَم ّدٌ رَسُو‬
Terjemahan: Ini adalah apa yang dimeterai oleh Muhammad
Rasul Allah.
(Riwayat Muslim)

Maka Suhayl ibn Amr, wakil pihak Musyrikin berhujah


dengan mengatakan bahawa, “Jika sekiranya kami meyakini
bahawa kamu adalah Rasulullah, nescaya sudah tentu kami
tidak akan menghalangimu dari Kaabah. Akan tetapi tulislah
‘ini adalah apa yang dimeterai oleh Muhammad ibn Abdillah’.”
Rasulullah  membalas:

ُ ‫ ِإن ِ ّي لَرَسُو‬،ِ‫و َال� ل�ه‬


ُ ْ ‫ اكْ ت ُْب مُحَم ّد ُ ب‬،‫ و َِإ ْن ك َ َ ّذبْتمُُونِي‬،‫ل ال� ل�ه‬
‫ن‬
.‫عَبْدِ ال� ل�ه‬
Terjemahan: Demi Allah, aku adalah utusan Allah, sekalipun
kamu mendustakan aku. (Walaupun begitu, padamkanlah ia
wahai Ali.) Tulislah: ‘Muhammad ibn Abdillah’.

(Riwayat al-Bukhari)

Sayidina Ali  enggan memadam kalimah ‘Rasulullah’ itu


kerana penghormatan beliau yang tinggi kepada Rasulullah
.

37
Nabi Muhammad  dalam al-Quran

mudahan mereka beriman”. Pun begitu, Nabi  menolak


permintaan Jibril, walaupun Baginda disakiti.
Padahal, kebiasaan manusia apabila disakiti dengan
sebegitu rupa, maka akan bergelojak perasaan benci dan
perasaan ingin membalas dendam.
Semua manusia begitu.
Tetapi Allah  membentuk keperibadian Rasulullah 
penuh dengan kasih sayang, malah kasih sayang tersebut
mengalir juga kepada orang kafir yang menyakiti Baginda.
Maka, apatah lagi kasih sayang Rasulullah  kepada orang-
orang yang beriman dan mereka yang mempercayai Baginda.
Kita semua tahu doa Rasulullah  ketika berada di bawah
pohon perkebunan itu.
Doa ini merupakan contoh munajat yang unggul kepada
Allah serta penghindaran daripada menuruti keinginan
membalas dendam:

‫ و َه َوَانِي عَلَى‬،‫ و َقِلَ ّة َ حِيلَتِي‬،‫ْف ق َُو ّتِي‬


َ ‫ضع‬
َ ‫ك أَ شْ كُو‬ ّ َ ُ ‫الله‬
َ ْ ‫م ِإلَي‬
َ ُ ‫حم‬
ْ‫ ِإلَى م َن‬،َ‫الر ّا ِحم ِين‬ َ َ ‫حم‬
َ ‫ أَ ن ْتَ أَ ْر‬،َ‫الر ّا ِحم ِين‬ َ ‫س أَ ْر‬ َ
ِ ‫الن ّا‬

،‫ِيب م ََ�ل ّكْت َه ُ أَ ْمر ِي‬


ٍ ‫ أَ ْم ِإلَى قَر‬،‫ ِإلَى عَد ُ ٍّو يَتَج َهّمُنِي‬،‫تَكِلُنِي؟‬
‫س ُع‬
َ ‫ك أَ ْو‬ ّ َ ‫ ِإ‬،‫ فَلَا ُأبَال ِي‬،ّ‫ِإ ْن ل َ ْم تَكُنْ غ َضْ بَانًا عَل َي‬
َ َ ‫ن عَاف ِيَت‬

‫ح‬ ّ ُ ‫ك ال َ ّذ ِي أَ شْر َق َْت لَه ُ ال‬


َ َ ‫ وَصَل‬، ُ‫ظلُمَات‬ َ ِ ‫ أَ ع ُوذ ُ بنِ ُورِ و َجْ ه‬،‫ل ِي‬

ّ‫ل عَل َي‬


ّ َ ِ ‫تح‬
ُ ‫ أَ ْو‬،َ‫ل بِي غَضَبَك‬ ِ ‫عَلَيْه ِ أَ مَر ُ ال ُد ّن ْيَا و َالْآ‬
َ ِ ‫خرَة ِ أَ ْن تُنْز‬

.َ‫ ل َا ق َُو ّة َ ِإ َلّا بِك‬،‫ك ال ْعُت ْب َى ح ََت ّى تَرْض َى‬


َ َ ‫ ل‬،َ‫سَ خَطَك‬
Terjemahan: Ya Allah, kepada-Mu aku mengadukan
lemahnya kekuatanku, sedikitnya kemampuanku, serta
hinanya aku di hadapan manusia. Wahai sebaik-baik
pemberi kasih sayang, Engkaulah sebaik-baik pemberi kasih

78
Akhlak Nabi Muhammad 

sayang. Kepada siapakah Engkau serahkan diriku? Kepada


musuh yang menggangguku, atau kepada orang dekat yang
akan menguasai urusanku? Asalkan Engkau tidak murka
kepadaku, maka aku tidak kisah, kerana sesungguhnya
kemurahan-Mu jauh lebih luas bagiku. Aku berlindung
dengan cahaya-Mu yang akan menerangi seluruh kegelapan
dan yang akan memberikan kebaikan segala urusan dunia
dan akhirat agar Kau bebaskan aku daripada kemurkaan-
Mu, atau hilangkanlah murka-Mu daripadaku. Hanya
kepada-Mu aku merintih berharap mendapatkan keredaan-
Mu, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan sebab
kurniaan-Mu.

(Riwayat al-Tabarani)

Kisah ini adalah suatu babak dalam kehidupan Rasulullah 


yang menarik perhatian kita mengenai ciri-ciri keistimewaan
yang membezakan Baginda  daripada sekalian manusia.
Fitrah manusia bertentangan dengan keadaan tersebut. Kita
biasanya ingin membalas dendam jika keadaan menekan atau
memaksa kita.
Mari kita meninjau lagi topik ini dengan lebih jauh.
Ketika Nabi  berhijrah dari Mekah ke Madinah, Baginda
menetap sementara di rumah Abu Ayyub al-Ansari .
Bagaimanakah keadaan Rasulullah  ketika menetap di
rumah itu?
Dengan penuh tawaduk, Abu Ayyub  meminta Baginda
untuk duduk di tingkat atas rumah, manakala beliau duduk di
tingkat bawah. Lantas Baginda bersabda:

َ ‫ن‬
.ِ‫الن ّاس‬ ّ ُ ‫ق بِي أَ ْن أَ كُونَ فِي ال‬
َ ِ ‫سفْلَى لم َِا يَغْشَانَا م‬ ُ َ ‫ِإن ِ ّي أَ رْف‬

Terjemahan: Lebih mudah jika aku yang berada di tingkat


bawah, untuk orang-orang datang mengunjungi kita (di
rumah ini).

(Riwayat al-Hakim dan al-Tabarani)

79
BEBERAPA PERISTIWA
DAN IKTIBAR
daripada
AL-QURAN & AL-SUNNAH
ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan ......................................................................................v


Kata Penerbit .................................................................................... vii
Kata Pengarang .................................................................................. ix

Khalifah Allah di atas Muka Bumi.................................................. 1


Nescaya Kelak Allah akan Gantikan (Kamu) dengan Suatu
Kaum yang Dia Mencintai Mereka dan Mereka Mencintai-
Nya......................................................................................................... 15
Jika Kamu Enggan, Nescaya Dia akan Tukarkan Kaum Lain
(Menggantikan Kamu)..................................................................... 29
Sesungguhnya Allah telah Memilih Agama yang Terbaik
Buatmu, Maka Janganlah Kamu Mati Melainkan Kamu Dalam
Keadaan Muslim................................................................................43
Dialog ‘Utbah bin Rabi‘ah bersama Rasulullah........................ 57
Rehlah Nabi ke Taif........................................................................... 71
Orang-Orang yang Beriman Sangat Mencintai Allah............85
Orang-Orang yang Beriman Sangat Mencintai Allah
(Bahagian 2).........................................................................................97
Apabila Dikatakan kepada Mereka “Ikutilah Perkara yang
Diturunkan oleh Allah”, Mereka Membalas “Kami hanya
Menuruti Perkara yang Menjadi Kebiasaan Nenek Moyang
Kami”. .................................................................................................. 111
Pohon Kayu yang Diruntun Kerinduan.................................... 127
Beza antara Cinta kepada Nabi dengan Menuruti Perintah
Baginda .............................................................................................. 141
Kecintaan kepada Rasulullah ................................................... 157
Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah Allah dan Rasul.169
Sesungguhnya Janji Allah kepada Kamu Itu Benar ..............183
Identiti Nabi ................................................................................203
Piagam Madinah..............................................................................219
Makanan Sayidina Jabir................................................................ 235
Kunci-Kunci Perkara Ghaib......................................................... 245
Teguran yang Lembut daripada Allah ......................................257
Aku Sangat Ingin Melihat Saudara-Saudaraku .....................269
Peperangan Hunayn.......................................................................281
Bukankah Tiada Balasan bagi Amal Kebajikan Melainkan
Balasan yang Baik Juga?................................................................ 297
Ayat-Ayat Muhkam.........................................................................315
Saya Menyukai Tiga Perkara Dunia......................................... 333
Suraqah dan Dua Gelang Kisra....................................................347
Kami telah Mengutuskan Risalah kepada Umat-Umat
Sebelum Kamu dan Kami telah Menguji Mereka dengan
Kesenangan dan Kepayahan........................................................ 359
Kisah Qarun dan Kekuasaan Allah ke atas Alam....................375
Peristiwa Kewafatan Rasulullah c............................................. 389
Rasulullah  ketika Pembukaan Kota Mekah........................399
Kata Yusuf: “Adakah Kamu Tahu Apa yang Telah Kamu
Lakukan kepada Yusuf dan Adiknya Semasa Kamu Masih
Jahil (Tentang Akibat Perbuatan Tersebut)?............................409
Beberapa Peristiwa & Iktibar daripada al-Quran & al-Sunnah

Setiap perbahasan akan mengupas topik-topik


perbincangan yang berbeza, dan tidak semestinya berkait
di bawah satu topik yang sama. Walau bagaimanapun, saya
percaya bahawa topik-topik ini sangat penting bagi kehidupan
setiap orang Islam, malah diperlukan bagi sesiapapun walau
di mana mereka berada.
Kepada Allah saya memohon agar dikurniakan ikhlas
dalam setiap yang saya bicarakan dan semoga Allah
mengurniakan ikhlas kepada anda semua dalam usaha untuk
memahami hakikat-hakikat al-Quran dan petunjuk daripada
Baginda Rasul  yang akan kita akan kupas dengan izin Allah.

-Dr Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti

x
KHALIFAH ALLAH DI ATAS MUKA
BUMI

P
eristiwa pertama yang akan kita tekuni adalah suatu
peristiwa yang dipaparkan oleh al-Quran di awal Surah
al-Baqarah. Firman Allah :

‫ﭽﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ‬
‫ﭙﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ‬
‫ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧﭨ ﭩ ﭪ ﭫ‬
‫ﭬﭭﭮ ﭯﭼ‬
Terjemahan: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada
para Malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menjadikan
seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang
yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan
darah, sedangkan kami senantiasa bertasbih dengan memuji-
Mu dan mensucikan-Mu?” Dia berkata: “Sesungguhnya Aku
mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

(Surah al-Baqarah 2: 30)

1
POHON KAYU YANG DIRUNTUN
KERINDUAN

P
eristiwa yang akan dibincangkan kali ini merupakan
sebuah kisah daripada sirah Rasulullah  sebagaimana
yang telah dirakamkan dalam kitab-kitab hadis yang sahih.
Imam al-Bukhari telah meriwayatkan kisah ini dalam
kitabnya yang agung dan masyhur, bahawasanya Rasulullah
 berkhutbah pada setiap hari Jumaat dengan bersandar
pada sebatang pohon tamar. Suatu hari, seorang wanita
telah berkata kepada Rasulullah , “Wahai Rasulullah, aku
memiliki seorang pemuda yang mahir dalam seni perkayuan,
adakah tuan mahu wahai Rasulullah, jika aku menyuruhnya
membuat satu mimbar untuk tuan berkhutbah di atasnya?”
Lalu Rasulullah  berkata kepadanya: “Buatlah jika kamu
mahu.”
Dalam satu riwayat yang lain dalam Sahih al-Bukhari juga,
bahawasanya Rasulullah  yang memulakan pertanyaan
dan meminta untuk dibuatkan mimbar untuk Baginda
berkhutbah.
Selepas beberapa hari, mimbar telah siap dibuat dan
sedia untuk digunakan oleh Rasulullah . Lalu dibawa
mimbar yang baru tersebut dan diletakkan di tempat
Rasulullah berkhutbah, menggantikan batang tamar yang
selalu digunakan oleh Rasulullah untuk bersandar ketika
berkhutbah pada hari Jumaat.

127
Pohon Kayu yang Diruntun Rindu

tamar tersebut sedih dan berduka apabila berjauhan dengan


Rasulullah . Allah  seolah olah memberitahu kita bahawa
setiap anak Adam itu sepatutnya lebih sensitif dan sedar
berbanding batang tamar yang tidak bernyawa dan tiada
emosi sebagaimana yang tergambar dalam fikiran kita.
Sekiranya batang tamar yang kita fikir tidak bernyawa ini
mampu menzahirkan perasaannya dan duka laranya apabila
berjauhan dengan Rasulullah , bagaimana pula bagi seorang
anak Adam yang sememangnya mempunyai hati dan perasaan
yang halus, yang melihat dirinya lebih mulia berbanding
sekalian hidupan, mampu atau tergamak membiarkan batang
tamar itu lebih lembut hati berbanding dirinya? Bagaimana
mungkin kita membenarkan batang tamar lebih tersentuh
perasaannya apabila melibatkan Rasulullah  dan dalam soal
yang melibatkan Allah ?
Inilah maksud dari peristiwa yang mencarik adat ini. Apa
yang berlaku ini bukanlah suatu yang baru pada pegangan dan
keyakinan kita. Kita meyakini bahawa batang tamar tersebut
memiliki perasaan. Kita amat mengetahui bahawa hidupan
sepertinya sentiasa bertasbih dan bertahmid kepada Allah ,
sama ada kita mendengarnya atau tidak. Akan tetapi suatu
hikmah di sebalik peristiwa ini ialah Allah  mahu menjentik
hati-hati kita agar tidak menjadi lebih teruk daripada batang
tamar itu dari sudut perasaan kita terhadap Rasulullah .
Juga supaya batang tamar tersebut tidak melebihi kita dari
sudut kelembutan hati dan perasaan.
Apabila telah jelas kepada kita tentang hakikat ini, lalu
kita kembali melihat kepada diri kita, kita akan menyedari
secara realitinya tentang perbezaan yang nyata antara kita
dan makhluk yang lain. Allah  memperingatkan kepada
kita tentang perbezaan ini agar kita dapat memberi sepenuh
perhatian terhadapnya. Ketikamana kita berbangga dan
megah dengan iman kepada Allah  yang telah dianugerahkan
kepada kita, dan juga kita berasa mulia dengan iman kita
kepada Rasulullah , serta kita merasakan bahawa kita

133
Beberapa Peristiwa & Iktibar daripada al-Quran & al-Sunnah

telah melaksanakan segala tanggungjawab dan tugas yang


diamanahkan kepada kita oleh Allah  dan Rasul-Nya dengan
sebaik-baik perlaksanaan, ketika itu kita sebenarnya sedang
mempraktikkan keimanan kita dengan cara memperanankan
akal, yang bersandar kepada hujah-hujah, dalil-dalil, qiyas
dan mantiq, dan seterusnya kita berhenti sekadar di peringkat
itu sahaja, yang menjadikan kita menggambarkan bahawa kita
telah memenuhi catatan amalan dengan segala amalan yang
mendekatkan diri kepada Allah , dan kita telah dijulang
tinggi dengan kemuliaan berbanding makhluk-makhluk yang
lain, hidup atau tidak hidup yang telah dicipta oleh Allah .
Padahal, hakikat yang kita sangka dan gambarkan tentang diri
kita dan makhluk lain adalah sebaliknya.
Kita seharusnya tidak terhenti di peringkat berdalil
dan berhujah dengan bukti-bukti yang dibentang secara
logik dengan memperanankan akal semata-mata, bahkan
kita seharusnya juga berinteraksi menggunakan perasaan,
kerinduan, rintihan, cinta dan kasih sayang kepada Allah .
Perhatikanlah, begitu halusnya pengamatan dan penelitian
terhadap peristiwa yang sedang kita bincangkan sekarang ini.
Ketika kita membincangkan tentang dalil-dalil dan bukti-
bukti kewujudan Allah , dan kita menerapkan logika dalam
perbincangan dan perdebatan bersama golongan yang keliru,
penuh syak dan ragu-ragu tentang kewujudan Allah , kenabian
Rasulullah  dan keabsahan al-Quran sebagai kalam Allah ,
kita berpegang teguh dengan pasak mantik dan memperelok
pembentangan dalil dan bukti yang berteraskan akal, tanpa
melangkah lebih daripada penghujahan berdasarkan mantik
itu, bagaimanakah sebenarnya keadaan kita ketika itu?
Keadaan kita ketika itu umpama orang yang hanya
mengehadkan Islam sekadar pada penghujahan akal semata-
mata, dan mengenepikan perasaan hatinya sebagaimana
yang telah kita sebutkan bahawa ianya merupakan cerminan
rasa cinta dan tempat terpancarnya segala perasaan. Kita
telah meninggalkan soal hati ini dan menjadikannya terpisah

134
Beberapa Peristiwa & Iktibar daripada al-Quran & al-Sunnah

Terjemahan: Kami adalah anak-anak perempuan dari bani


najjar, betapa bahagianya kami (Nabi) Muhammad sebagai
jiran kami.

Sehinggakan Rasulullah  menundukkan badan Baginda


dan memandang kanak-kanak itu lalu bersabda:

. ّ‫الل ّه ُيَعْلَم ُ ِإن ِ ّي ل َ ُأح ُِب ّك َُن‬


َ
Terjemahan: Demi Allah yang Maha Mengetahui bahawa
sesungguhnya aku juga begitu cinta kepada kamu semua.

(Riwayat Ibn Majah)


Saudara dan saudari sekalian, segala permasalahan kita
hanya akan selesai sekiranya hati kita dipenuhi dengan
cinta kepada Rasulullah  seumpama yang digambarkan
melalui kisah ini. Seluruh umat Islam akan kembali ke jalan
yang diredai oleh Allah  dengan adanya cinta yang begitu
mendalam kepada Rasulullah . Ketamadunan kita pula akan
kembali gemilang seperti gemilangnya Islam pada kurun-
kurun yang lalu. Cinta daripada hati-hati kita akan menyerap
masuk ke dalam hati-hati manusia seluruhnya khususnya
musuh-musuh agama yang mulia ini. Semua ini akan tercapai
sekiranya hati kita terisi penuh dengan kecintaan yang begitu
tinggi kepada Allah  dan Rasulullah .
Hal ini demikian kerana rasa cinta yang menghidupkan hati-
hati ini akan menolak dan membuang segala rasa cinta kepada
syahwat, nafsu, dunia dan sebagainya yang bertentangan
dengan fitrah. Syahwat inilah yang telah memecah-belahkan
kita semua. Syahwat inlah yang menjadikan kita saling
bermusuh, dan syahwat inilah juga yang dipergunakan oleh
musuh-musuh Islam untuk melemahkan kesatuan umat
Islam.
Bagaimanakah sebenarnya hakikat kecintaan kepada Allah
 dan Rasulullah ?
Sebilangan orang berpandangan bahawa kecintaan itu
adalah sekadar simbolik dengan menjadikan Rasulullah 

148
Kecintaan kepada Rasulullah 

Mungkin kalian semua mengetahui Nabi  pernah


bersabda dan mengulang-ulanginya:

ّ َ ‫ن أَ حَدُك ُ ْم ح ََت ّى يَكُونَ ال ل��ه ُوَرَسُولُه ُأَ ح‬


.‫َب ِإلَيْه ِ م َِم ّا سِوَاهُمَا‬ ُ ِ ‫ل َا يُؤْم‬
Terjemahan: Tidak sempurna iman seorang daripada
kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya menjadi yang paling
dicintainya daripada selain keduanya.

(Riwayat Ahmad)

ّ َ ‫ن أَ حَدُك ُ ْم ح ََت ّى أَ كُونَ أَ ح‬


ِ ‫َب ِإلَيْه ِ م ِنْ وَلَدِه ِ وَو َالِدِه‬ ُ ِ ‫ل َا يُؤْم‬
.َ‫س أَ جْم َع ِين‬ َ ‫و‬
ِ ‫َالن ّا‬
Terjemahan: Tidak sempurna iman seorang daripada kamu
sehingga aku menjadi orang yang paling dicintai melebihi
anaknya, ayahnya dan seluruh manusia.

(Riwayat Muslim)

Kesemua ini adalah hadis-hadis yang sahih.


Antara perkara yang menghairankan apabila ada
sebahagian orang yang mendakwa Rasulullah sebagai seorang
yang pentingkan diri sendiri dengan menyuruh orang
lain mencintainya. Bukankah ini pentingkan diri sendiri?
Kebiasaannya seseorang akan berasa malu untuk mengatakan
marilah cintai aku, rindu kepada aku. Dakwaan ini adalah
sangat naif dan literal. Muhammad  adalah pesuruh Allah
dan dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan apa yang
diperintahkan kepadanya untuk disampaikan.
Firman Allah :

‫ﭽﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ‬
‫ﮆﮇﮈ ﭼ‬
Terjemahan: Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak

163
IDENTITI NABI 

K
ali ini kita akan lihat sebuah peristiwa daripada al-Quran.
Sebelum saya membacakan kepada anda ayat yang
berkaitan dengan peristiwa ini, saya ceritakan dahulu sebab
penurunannya.
Di Madinah terdapat seorang lelaki bernama Ta‘mah
bin Ubairiq, dan terdapat perselisihan pada cara menyebut
nama beliau. Suatu hari, nafsu telah mendorongnya untuk
mencuri di rumah seorang lelaki Ansar, sekantung gandum
yang di dalamnya terdapat barang berharga dan senjata yang
berharga. Dia mencurinya, tetapi dia meninggalkan jejak
sehingga ke rumah seorang Yahudi yang tinggal berhampiran
dengan rumah yang dirompak. Dia menutup jenayah itu
dengan meninggalkan kantung tersebut di rumah Yahudi itu
dan mengamanahkan kepadanya untuk menjaga kantung
tersebut sambil berkata, “Aku mengamanahkan kamu untuk
menjaga harta ini dan aku akan kembali untuk menuntutnya
selepas beberapa hari.”
Si Yahudi yang tidak mengetahui tentang perancangan
tersebut menerima kantung itu sebagai suatu amanah.
Pencuri itu menunggu beberapa hari agar perancangan ini
berjaya iaitu apabila si Ansar tersebut sudah tidak lagi mampu
mengenalpasti pencuri sebenar, maka beliau akan kembali

203

Anda mungkin juga menyukai