Anda di halaman 1dari 1

Apakah peranan anda sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara keselamatan dan keutuhan

negara Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat?

1) Saya akan menekankan kepada aspek ketahanan jatidiri yang berteraskan kepada kekuatan
mental dan spiritual agar menjadi benteng yang paling berkesan menangani serangan
globalisasi

2) Saya akan mengukuhkan jati diri saya dengan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam
ertikata mempertahankan kedaulatan negara serta memiliki nilai kesetiaan yang tak
berbelah bagi terhadap bangsa dan negara.

3) Saya akan memastikan gandingan mantap seluruh jiwa raga rakyat perlu dalam konteks
menjaga kedaulatan negara dari dibolosi oleh anasir-anasir luar yang boleh merobek
kedaulatan serta keharmonian adat dan budaya masyarakat di Malaysia.

4) Saya akan bertanggungjawab dan berusaha untuk berganding bahu dan bersatu hati dalam
menjamin keselamatan negara sentiasa berada dalam tahap yang optima kerana kelekaan
dalam soal mempertahankan benteng negara akhirnya boleh membawa kepada neo-
kolonialisme.

5) Saya akan memastikan saya mahir dalam subjek Sejarah kerana saya tidak mahu mengulangi
kesilapan orang yang terdahulu dan mengambil iktibar untuk lebih memajukan diri supaya
tidak mudah diperdaya dan dijajah pemikiran menggunakan teknologi moden.

6) Saya akan memastikan saya memilih pemimpin yang benar dalam Pilihan Raya Umum untuk
memastikan keadaan politik negara stabil justeru berlakunya kestabilan ekonomi yang tidak
akan menindas rakyat.

7) Saya akan cuba mendalami dan memperlengkapkan diri dengan kemahiran teknologi seperti
ICT supaya tidak ketinggalan dalam menjadi masyarakat yang bertamadun selari dengan
kemajuan global yang lebih mencabar agar tidak mudah diselewengkan oleh agensi
penipuan dalam talian.

8) Saya akan memastikan hubungan rakan sekitar saya tiada unsur ‘racist’ kerana ia akan
memecahbelahkan kaum dan supaya rakyat lebih hidup dalan suasana yang aman dan
harmoni tanpa peperangan.

9) Dalam aspek politik, saya akan mendokong dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

10) Dalam aspek ekonomi, saya akan memainkan peranan yang penting bagi menjayakan
transformasi ekonomi yang dirancang oleh kerajaan dengan memanfaatkan seluruhnya agar
ekonomi semakin pesat.

11) Dalam aspek sosial, saya akan memainkan peranan yang sangat besar dalam mengukuhkan
perpaduan antara kaum dengan cara menerapkan nilai persefahaman dan amalan hormat-
menghormati terhadap perbezaan budaya, adat resam dan kepercayaan.

Anda mungkin juga menyukai