Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nama saya Wan Daria Farzana binti Wan


Nasaruddin. Saya merupakan seorang pelajar tingkatan 3 dan bersekolah di SMK (P)
Methodist Kuantan. Saya merupakan seorang pengawas sekolah dan memegang jawatan
sebagai penolong setiausaha.
Pada hari ini, saya akan membuat resensi buku yang berjudul “Aku Mahu Popular”.
Buku ini merupakan salah satu hasil karya oleh Ain Maisarah. Buku-buku beliau sangat kaya
dengan motivasi dan nilai moral yang tinggi. Buku ini diterbitkan pada tahun 2006 oleh PTS
Publishing House. Buku ini didatangkan dalam bentuk novel yang mengandungi 120 muka
surat dan boleh didapati di pasaran dengan harga RM12 sahaja. Saya memilih buku ini
kerana bahasanya amat mudah difahami dan tidak berbelit-belit.
Baiklah saya akan menjelaskan serba sedikit tentang sinopsis buku ini. Buku ini
mengisahkan tentang dua orang pelajar tingkatan lima yang bersekolah di Sekolah
Menengah Sri Bangsar iaitu Farah dan Ina. Mereka merupakan pelajar yang cemerlang
dalam pelajaran tetapi tidak dikenali di sekolah itu.
Di sekolah itu, terdapat 7 orang gadis lain yang menggelar diri mereka The
Wannababes. Mereka merupakan kumpulan yang sangat berpengaruh dan mempunyai latar
belakang keluarga yang berada serta terkenal dengan kecantikan mereka. Bermula
daripada rasa tidak puas hati dan cemburu dengan glamor dan populariti yang dikecapi oleh
mereka, Farah dan Ina bertekad merancang strategi untuk menjadi popular dan diminati
oleh pelajar lain.
Antaranya ialah mereka bermusuhan dengan The Wannababes, mengunting rambut
mengikut trend dan memakai beg dan aksesori yang berjenama tiruan. Pelbagai insiden
berlaku dalam proses untuk meletakkan diri mereka dalam kelompok pelajar glamor.
Akhirnya, Farah dan Ina sedar yang glamor dan popular tidak bererti tanpa
pencapaian akademik yang baik. Farah dan Ina kembali menumpukan perhatian kepada
pelajaran dan berjaya mengecap popular apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik di
sekolah mereka.
Antara pengajaran yang saya dapat ialah, kita hendaklah bersyukur dan menghargai
segala nikmat-nikmat yang tuhan beri. Contohnya:

 Segala organ dan tubuh badan kita berfungsi sihat tanpa masalah
 Hidup tidak mewah, tetapi jiwa tenang
 Wajah tidak cantik, tetapi ada keluarga penyayang
 Tidak mampu memiliki barang berjenama namun cemerlang pelajaran

Maka sebelum kita meratapi diri sendiri, lihatlah segala nikmat-nikmat lain yang
dimiliki. Hanya dengan cara itulah kita akan kekal positif, berasa cukup dengan apa yang
ada dan menghargai segalanya dengan lebih baik.
Satu lagi yang perlu diingati, dalam hidup ini, tiada harta yang lebih berharga
berbanding ilmu pengetahuan. Cuba bayangkan harta warisan boleh habis dibelanjakan.
Wang ringgit menggunung… sekelip mata boleh hilang jika ditimpa kebakaran atau dicuri
orang. Namun ilmu pengetahuan dalam dada, kekal selamanya.
Akhir kata, ingin saya katakan buku ini sangat menarik dan bagus dari segi jalan
cerita dan watak yang menarik serta bersesuaian dengan tahap pembaca.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai