Anda di halaman 1dari 4

TAK BOLEH JAMAK & QASAR DI KAMPUNG HALAMAN?

::

SOALAN:
Assalamualaikum ustaz. boleh saya tanya kemusykilan jamak qasar? betul ke tak boleh
lagi jamak qasar di kampung halaman? cth saya sekarang tinggal di subang jaya bila
balik kampung saya di taiping tak boleh jamak qasar sebab itu tempat asal dan lahir
saya dan masih dikira tempat mastautin saya. Harap ustaz dapat jelaskan. terima kasih.

JAWAPAN:
1) Apabila seseorang itu mencukupi syarat musafir yang telah ditetapkan maka dia layak untuk
mendapat keringanan dari syarak untuk melaksanakan solat musafir(jamak dan qasar), iaitu
keluar dari kawasan mukim, jarak destinasi sekurang-kurangnya dua marhalah, tidak berniat
bermukim di destinasi dan tujuan musafir itu mestikan yang diharuskan bukan tujuan maksiat.

2) Namun seseorang yang bermusafir tidak dibenarkan untuk melaksanakan solat


musafir(jamak & qasar) apabila tiba di kampung halaman atau tempat tinggal tetapnya atau
lebih dikenali sebagai istilah WATAN ASLI dalam istilah fiqh. Menurut kitab “Mausu’ah
Fiqhiyyah Kuwaitiyyah”, definisi WATAN ASLI adalah:
‫ اتخذها دارا وتوطن بها مع أهله‬،‫ سواء أكان موطن والدته أم بلدة أخرى‬،‫الوطن األصلي هو المكان الذي يستقر فيه اإلنسان بأهله‬
‫ بل التعيش بها‬،‫ وال يقصد االرتحال عنها‬،‫وولده‬.
Maksudnya: “Watan asli ialah tempat seseorang insan menetap bersama keluarganya,
samaada samaada tempat kelahirannya atau negeri lain yang dia jadikan tempat
bermustautin bersama isteri dan anaknya dan tidak bermaksud meninggalkan tempat (baru)
bahkan berniat terus hidup di situ.”

3) Oleh itu watan asli bukan hanya tertakluk pada kampung asal atau kelahiran seseorang,
bahkan tempat yang seseorang telah berniat/berazam untuk tinggal selama-lamanya. Perkara
ini juga ada dijelaskan dalam kitab “Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah”:
‫ ويلحق‬، ‫ سواء أكان في مكان والدته أم في مكان آخر‬، ‫ي يتحقّق عند أغلب الفقهاء باإلقامة الدّائمة على نيّة التّأبيد‬ ّ
ّ ‫أن الوطن األصل‬
ّ ‫بذلك مكان‬
‫الزوجة‬
Maksudnya: “Sesungguhnya watan asli termetrai menurut majoriti ulama adalah bermukim
secara tetap dengan niat/azam tinggal selama-lamanya samaada di tempat kelahirannya atau
tempat lain, termasuk juga tempat (asal) isteri.”

4) Malah mazhab Syafi’ie menambah syarat watan asli ialah seseorang itu perlu tinggal di
tempat itu sekurang-kurangnya dalam tempoh musim panas dan musim sejuk, iaitu tanpa
berpindah dari tempat itu melainkan keluar atas sebab hajat seperti berniaga dan ziarah
(rujuk: Mughni al-Muhtaj). Ini bermakna selain dari berniat untuk tinggal selamanya di satu
tempat, dia juga mesti menetap di situ melepasi tempoh musim panas dan musim sejuk.
Mazhab Hanbali sependapat dengan mazhab Syafi'ie dalam hal ini (Rujuk: Mausu'ah).

5) Jika seseorang berwatan aslikan kampung halamannya, ia boleh dibatalkan dengan


perpindahan ke tempat yang baru dengan niat/azam untuk menetap di situ selama-lamanya
dan bukan lagi menetap di kampung halamannya seperti dahulu. Oleh yang demikian, dalam
situasi ini kampung halamannya bukan lagi watan asli, maka bila dia pulang menziarahi ibu
bapa dan sanak saudara dia boleh bersolat musafir(jamak & qasar) selagi mana dia tidak
berniat mukim di situ iaitu menetap dalam tempoh 4 hari atau lebih. Perkara ini juga dijelaskan
di dalam “Mausu’ah Kuwaitiyyah”:
ّ ‫يتوطن اإلنسان في بلدة أخرى وينقل األهل إليها من بلدته مضربا ً عن الوطن‬
، ‫األول‬ ّ ‫ وهو أن‬،‫ي ينتقض بمثله ال غير‬ّ ‫الوطن األصل‬
ً ‫ حتّى لو دخل فيه مسافرا ً ال تصير صالته أربعا‬، ‫األول يخرج بذلك عن أن يكون وطنا ً أصل ّيا ً له‬ ّ ، ‫ورافضا ً سكناه‬
ّ ‫فإن الوطن‬
Maksudnya: “Watan asli terbatal dengan yang setara dengannya, tidak (terbatal) selain
darinya, iaitu seseorang bermustautin di satu tempat lain dan memindahkan keluarganya ke
situ dari tempat asalnya dalam keadaan menjauhkan diri dari tempat yang pertama(asal) dan
enggan lagi tinggal di situ. Maka tempat yang pertama(asal) tidak lagi menjadi watan asli
baginya, meskipun dia masuk ke tempat itu dalam keadaan musafir maka solatnya tidak
menjadi 4 rakaat(iaitu boleh diqasarkan).”

6) Jika seseorang menetap atau bermukim dalam tempoh yang sementara di mana dia berniat
bahawa sesudah menetap di tempat itu dalam tempoh tertentu, dia akan kembali ke kampung
halamannya untuk menetap di sana kembali. Dalam situasi ini, penempatan barunya itu tidak
menjadi watan asli yang baru, malah kampung halamannya tetap kekal sebagai watan asli.
Jadi dia tidak boleh bersolat musafir setibanya di kampung halaman, meskipun tidak berniat
mukim di situ. Kitab “Mausu’ah Kuwaitiyyah” ada menjelaskan perkara ini:
‫ وكذا ال ينتقض بنية السفر‬،‫ والشيء ال ينسخ بما هو دونه‬،‫ وال بوطن السكنى؛ ألنهما دونه‬،‫وال ينتقض الوطن األصلي بوطن اإلقامة‬
‫والخروج من وطنه حتى يصير مقيما بالعودة من غير نية اإلقامة‬.
Maksudnya: “Tidak terbatal watan asli dengan watan iqamah begitu juga dengan watan sukna
kerana kedua-duanya kurang darinya(tidak setanding atau setara), sesuatu itu tidak
dimansukhkan dengan perkara yang lebih berkurangan darinya. Begitu juga tidak terbatal
dengan niat musafir dan keluar dan tempat asalnya sehingga menjadi bermukim dengan
pulang tanpa berniat mukim.”

7) Kaedah untuk menyingkap kemusykilan ini maka perlulah merujuk kepada beberapa situasi.
Jika seseorang itu berpindah ke tempat baharu dan MERANCANG dan BERAZAM untuk
menjadikan tempat itu sebagai tempat mustautinnya yang baru iaitu watan asli dan berniat
tidak akan kembali ke kampung halaman kecuali ziarah sahaja. Maka kampungnya bukan lagi
watan asli, apabila di pulang ke kampung dalam tempoh musafir maka dia layak untuk
menjamak dan qasar solatnya di kampung.

8) Namun jika seseorang berpindah ke tempat baharu secara sementara bahawa satu ketika
dia MERANCANG dan BERAZAM akan kembali pulang dan bermastautin semula di kampung
halaman, jadi situasi ini apabila dia tiba di kampung halaman maka dia tidak layak untuk solat
musafir di kampung walaupun menetap di sana dalam tempoh kurang dari 4 hari.

9) Situasi pertama boleh dikaitkan seperti mereka yang berasal dari kampung berhijrah untuk
mencari rezeki di bandaraya, lalu membawa keluarganya atau berkahwin di situ dan
dikurniakan anak semasa bermastautin di bandaraya serta membeli rumah dan hartanah di
situ. Golongan seperti ini biasanya memang merancang dan berazam untuk bermastautin di
situ dan tidak akan kembali bermastautin di kampung halaman. Apabila pulang bercuti kurang
tempoh 4 hari, mereka layak untuk jamak dan qasar solat di kampung halaman mereka.

10) Manakala situasi kedua boleh disamakan dengan pelajar-pelajar universiti yang
menyambung pengajian di institut yang jauh dari kampung halamannya. Selain itu mereka
yang bekerja luar negeri atas tugasan kerjaya untuk tempoh tertentu dan satu hari nanti
mereka kembali ke tanah air atau kampung halaman. Golongan seperti ini kebiasaannya
merancang dan berazam untuk menetap dalam tempoh yang sementara waktu di tempat
pengajian atau tempat tugasan mereka. Apabila pulang bercuti kurang tempoh 4 hari sekali
pun mereka tidak layak untuk jamak dan qasar solat di kampung halaman mereka.

Wallahu A’lam
Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil
_______________________________
Sila baca juga pautan² di bawah:
Salah Faham Hukum Jamak & Qasar
https://www.facebook.com/100383824967173/posts/509040464101505/?d=n

Pilih Jalan Lebih Jauh Demi Rukhsah


https://www.facebook.com/100383824967173/posts/508574570814761/?d=n

Solat Musafir Bagi Yang Bertukar² Tempat


https://www.facebook.com/100383824967173/posts/509667894038762/?d=n
Maksud Kawasan Mukim
https://www.facebook.com/100383824967173/posts/510332280638990/?d=n

Wajibkah Solat Tamam Di Rumah Dahulu?


https://www.facebook.com/100383824967173/posts/510928243912727/?d=n

Anda mungkin juga menyukai