Anda di halaman 1dari 17

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

NAMA SEKOLAH : SJK (C) PEI MIN, SRI JAYA 26500 MARAN, PAHANG.

NAMA PENYELIDIK : CHAN LING FANG

TAJUK KAJIAN:

KAEDAH PECAHAN VS CENDAWAN (PVC): MEMBANTU MURID TAHUN 3

MENGUASAI KEMAHIRAN PERBANDINGAN NILAI

DUA PECAHAN WAJAR

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran /Isu Yang Lalu

Saya mengajar di SJK (C) Pei Min, Sri Jaya. Murid-murid di dalam kelas saya
terdiri daripada 16 orang murid. Sebelum mengajar topik pecahan Tahun 3, saya
telah melakukan ulang kaji bersama dengan murid-murid berkaitan dengan
pengetahuan-pengetahuan pecahan yang telah dipelajari oleh mereka pada Tahun
2. Saya mendapati terdapat 9 daripada 16 orang murid menghadapi kekeliruan
dalam melakukan dua jenis perbandingan pecahan iaitu:
a) Pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang berbeza dan penyebut
yang sama.
3 5
8 8

b) Pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang sama dan nombor


penyebut yang berbeza.
1 1
2 4

Kegagalan murid menguasai kemahiran perbandingan pecahan adalah


kerana mereka mempunyai tanggapan yang salah dan menyebabkan mereka
melakukan perbandingan pecahan wajar secara terbalik. Sebagai contoh, murid A
1
dapat melakukan perbandingan nilai dua pecahan wajar yang mempunyai nombor
3 5
pengangka yang berbeza dan nombor penyebut yang sama (8 dan 8) dengan betul

kerana dia tahu bahawa nombor pengangka yang besar mempunyai nilai yang lebih
besar. Murid A telah mengaplikasikan pemahaman ini dalam menjawab soalan
perbandingan dua nilai pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang sama
1 1
dan nombor penyebut yang berbeza (2 dan 4). Salah fahaman ini telah menyebabkan

dia tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Dia beranggapan bahawa nombor
yang lebih besar mewakili nilai pecahan yang lebih besar. Oleh itu, apabila
membanding nilai dua pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang sama
1 1
dan nombor penyebut yang berbeza (2 dan 4), dia akan memilih penyebut yang

mempunyai nilai nombor yang lebih besar iaitu penyebutnya 4 sebagai jawapan bagi
pecahan yang mempunyai nilai yang lebih besar.

Rajah 1. Hasil kerja murid A yang menunjukkan beliau menguasai kemahiran (a) dan tidak
menguasai kemahiran (b).

Keadaan ini menyebabkan saya berasa risau akan murid-murid yang belum
menguasai kemahiran perbandingan nilai dua pecahan. Hal ini kerana, pengetahuan
tentang pecahan adalah penting kepada kanak-kanak kerana pengetahuan ini
memberi struktur mental untuk pembangunan intelektual yang seterusnya.
Pembelajaran Matematik melibatkan semua kemahiran yang dipelajari dari Tahun 1
hingga Tahun 6. Pemahaman konsep Matematik yang kabur dari permulaan lagi
akan menyebabkan murid tersebut menghadapi masalah dalam pembelajaran yang
seterusnya. Menurut Barge (2013) dalam Khairulazuad Husain (2017), kajian
mendapati perbandingan antara dua pecahan merupakan topik yang sering
mengelirukan murid-murid dan juga merupakan satu kemahiran yang sukar dikuasai
dalam kalangan murid-murid.

2
Maka, saya harus mencari inisiatif lain untuk membantu murid-murid ini
menguasai kemahiran perbandingan nilai dua pecahan agar mereka tidak akan
menghadapi masalah dalam pembelajaran pada masa hadapan. Saya akan cuba
membantu murid mengatasi masalah di atas dengan cara mengubah kebiasaan
ketika mengajar. Saya bercadang untuk menghasilkan satu inovasi untuk membantu
murid-murid mengingat cara melakukan perbandingan pecahan wajar dengan lebih
mudah.

2.0 Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menguasai kemahiran


perbandingan nilai dua pecahan wajar kerana mereka keliru dengan dua jenis
perbandingan pecahan. Oleh itu, saya telah melaksanakan satu ujian diagnostik
untuk mengenalpasti kesilapan yang dilakukan oleh peserta-peserta kajian dengan
lebih tepat lagi. Menurut Lee, Zakri Abdullah & Chua (2018), pengumpulan data
melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan
masalah yang dikaji. Ujian diagnostik mengandungi enam soalan bagi menguji
kemahiran perbandingan nilai dua pecahan (a) dan (b) rujuk (Lampiran A).

Setelah menyemak hasil kerja sembilan orang murid tersebut, saya telah
menganalisis kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka. Saya mendapati bahawa
terdapat enam orang murid yang menghadapi masalah yang sama dan seorang
murid menghadapi masalah yang berlainan.

Murid A hingga murid F telah menguasai perbandingan antara dua pecahan


yang mempunyai nombor pengangka yang berbeza dan nombor penyebut yang
sama. Mereka mengetahui bahawa pecahan yang nombor pengangka yang besar
mempunyai nilai yang lebih besar. Tetapi, apabila menjawab soalan perbandingan
nilai antara dua pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang sama dan
nombor penyebut yang berbeza, mereka mempunyai tanggapan yang sama bahawa

3
nombor penyebut yang besar mempunyai nilai yang lebih besar juga. Ini merupakan
satu tanggapan salah yang menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan
perbandingan nilai dua pecahan wajar yang mempunyai nombor pengangka yang
sama dan nombor penyebut yang berbeza dengan tepat. Dapat dirumuskan bahawa
cara peserta-peserta kajian ini menjawab soalan adalah mereka mengenalpasti
bahagian yang berbeza terlebih dahulu dan seterusnya memilih nombor yang lebih
besar kerana mereka menganggap bahawa nombor yang lebih besar mempunyai
nilai yang lebih besar.

Rajah 2. Hasil kerja murid B yang diambil daripada ujian diagnostik.

4
Rajah 3. Hasil kerja murid E yang diambil daripada ujian diagnostik.

Murid G pula telah menguasai perbandingan antara dua pecahan yang mempunyai
nombor pengangka yang sama dan nombor penyebut yang berbeza. Di mana,
peserta kajian mengetahui bahawa pecahan yang nombor penyebut yang kecil
mempunyai nilai yang besar. Tetapi, apabila menjawab soalan perbandingan antara
dua pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang berbeza dan nombor
penyebut yang sama, mereka mempunyai tanggapan yang sama bahawa nombor
pengangka yang kecil mempunyai nilai yang besar juga. Ini merupakan satu
tanggapan salah yang menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan
perbandingan nilai dua pecahan wajar yang mempunyai nombor pengangka yang
berbeza dan nombor penyebut yang sama dengan tepat. Dapat dirumuskan bahawa
cara peserta-peserta kajian ini menjawab soalan adalah mereka mengenalpasti
bahagian yang berbeza terlebih dahulu dan seterusnya memilih nombor yang lebih
kecil kerana mereka menganggap bahawa nombor yang lebih kecil mempunyai nilai
yang lebih besar.

5
Rajah 4. Hasil kerja murid G yang diambil daripada ujian diagnostik.

Melalui hasil analisis ini, dapat dilihat bahawa sembilan peserta-peserta kajian
ini keliru dengan perbandingan nilai dua pecahan bagi kemahiran (a) iaitu pengangka
yang berbeza dan penyebut yang berbeza dan kemahiran (b) iaitu pengangka yang
sama dan penyebut yang berbeza. Oleh itu, saya harus mencari inisiatif lain untuk
membantu mereka menguasai kemahiran ini.

Menurut Ishak Harun et. al. (2008) yang menyatakan bahawa suatu kaedah
pengajaran dan pembelajaran alternatif perlulah diwujudkan di dalam pengajaran dan
pembelajaran terutama kepada murid-murid yang belum mencapai tahap
penguasaan yang baik. Berdasarkan masalah yang dikenal pasti, kajian ini diadakan
berfokus untuk meningkatkan penguasaan kemahiran sembilan orang murid Tahun
3 di SJK (C) Pei Min dalam kemahiran membanding nilai dua pecahan wajar iaitu
kemahiran (a) pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang berbeza dan
nombor penyebut yang sama dan kemahiran (b) pecahan yang mempunyai nombor
pengangka yang sama dan nombor penyebut yang berbeza dengan menggunakan
6
teknik Pecahan VS Cendawan (PVC).

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am:


Kajian ini diharapkan akan mencapai objektif-objektif berikut:
a) meningkatkan kemahiran sembilan orang murid Tahun 3 di SJK (C) Pei
Min dalam membanding nilai dua pecahan wajar yang dengan
menggunakan bahan PVC.
b) meningkatkan kemahiran sembilan orang murid Tahun 3 di SJK (C) Pei
Min dalam membanding nilai dua pecahan wajar yang dengan
menggunakan bahan PVC.

3.2 Objektif Khusus:

a) Murid-murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 4 soalan perbandingan


dua pecahan wajar yang mempunyai nombor pengangka yang berbeza
dan nombor penyebut yang sama tanpa menggunakan bahan PVC.

b) Murid-murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 4 soalan perbandingan


dua pecahan wajar yang mempunyai nombor pengangka yang sama dan
nombor penyebut yang berbeza tanpa menggunakan bahan PVC.

4.0 Kumpulan Sasaran:

Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 3
orang murid perempuan dan seorang murid lelaki iaitu 4 orang murid-murid Tahun 3
yang belajar di SJK (C) Pei Min. Peserta-peserta kajian ini merupakan kanak-kanak
berumur 9 tahun dan belajar di kelas yang sama iaitu Tahun 3S.

7
5.0 Pelaksanaan Tindakan

5.1 Tinjauan awal masalah:

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,


tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut.

Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

a) Ujian diagnostik

Pengetahuan murid dalam penguasaan perbandingan nilai dua pecahan


wajar diuji untuk mengetahui masalah konsep yang dihadapi.

b) Analisis dokumen

Analisis hasil kerja ujian diagnostik murid-murid dibuat bagi menganalisis


kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid.

8
5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Hasil Tinjauan mendapati :

a) Ujian diagnostik

BILANGAN SOALAN KEMAHIRAN (A) DAN


KEMAHIRAN (B) YANG DIJAWAB BETUL OLEH MURID
A HINGGA MURID F
6
5
4
3
2
1
0
Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Murid F

KEMAHIRAN A KEMAHIRAN B

Rajah 5. Bilangan soalan kemahiran (a) dan kemahiran (b) yang dijawab betul
oleh murid A hingga murid F.
Kemahiran A : Pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang berbeza dan nombor penyebut yang sama.
Kemahiran B : Pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang sama dan nombor penyebut yang berbeza.

Rajah 5 menunjukkan bahawa murid A hingga murid G dapat menjawab


soalan kemahiran A dengan betul bagi keenam-enam soalan tetapi tidak
dapat menjawab soalan kemahiran B dengan betul. Ini menunjukkan
murid-murid ini tidak menguasai kemahiran B.

9
BILANGAN SOALAN KEMAHIRAN (A) DAN
KEMAHIRAN (B) YANG DIJAWAB BETUL OLEH MURID
G
6
5
4
3
2
1
0
Murid I

KEMAHIRAN A KEMAHIRAN B

Rajah 6. Bilangan soalan kemahiran (a) dan kemahiran (b) yang dijawab betul
oleh murid G.
Kemahiran A : Pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang berbeza dan nombor penyebut yang sama.
Kemahiran B : Pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang sama dan nombor penyebut yang berbeza.

Rajah 6 menunjukkan bahawa murid G dapat menjawab soalan kemahiran


B dengan betul bagi keenam-enam soalan tetapi tidak dapat menjawab
soalan kemahiran A dengan betul. Ini menunjukkan murid-murid ini tidak
menguasai kemahiran A.

b) Analisis dokumen

Analisis hasil kerja ujian diagnostik murid-murid didapati bahawa murid-


murid yang menguasai kemahiran A tidak dapat menguasai kemahiran B.
Manakala murid yang telah menguasai kemahiran B pula tidak dapat
menguasai kemahiran A. Punca masalah ini adalah kerana murid-murid
mempunyai kekeliruan semasa menjawab soalan seperti yang telah
dijelaskan pada bahagian fokus kajian.

10
5.3 Tindakan Yang Akan Dijalankan:

a) Ujian sebelum tindakan

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya dijalankan, saya akan


mengadakan satu ujian sebelum tindakan kepada peserta-peserta kajian.
Ujian ini dilakukan bertujuan untuk mengumpul bukti hasil kerja peserta-
peserta kajian dan digunakan untuk membuat perbandingan pada akhir
kajian nanti.

Terdapat dua bahagian dalam ujian sebelum tindakan ini. Bahagian A


mempunyai 6 soalan yang menguji kemahiran perbandingan nilai dua
pecahan yang mempunyai nombor pengangka adalah berbeza dan
nombor penyebut adalah sama. Bahagian B pula mempunyai 6 soalan
yang menguji kemahiran perbandingan nilai dua pecahan yang mempunyai
nombor pengangka yang sama dan nombor penyebut yang berbeza.

b) Memperkenalkan kaedah Pecahan VS Cendawan (PVC)

Cara Pelaksanaan:
Kaedah PVC akan diperkenalkan kepada peserta-peserta kajian melalui 3
sesi bimbingan. Berikut merupakan perancangan bagi setiap sesi yang
akan dijalankan.

Sesi Kemahiran yang hendak diajar


1 • Murid-murid mempelajari dan menyesuaikan diri
menggunakan bahan inovasi “PVC – Pecahan VS
Cendawan” semasa menjawab soalan kemahiran (a) iaitu
perbandingan dua pecahan wajar yang mempunyai nombor
pengangka yang berbeza dan nombor penyebut yang sama.
2 • Murid-murid mempelajari dan menyesuaikan diri
menggunakan bahan inovasi “PVC – Pecahan VS
Cendawan” semasa menjawab soalan kemahiran (b) iaitu

11
perbandingan dua pecahan wajar yang mempunyai nombor
pengangka yang sama dan nombor penyebut yang berbeza.
3 • Murid-murid mengaplikasikan kaedah PVC dalam
menjawab soalan-soalan yang menguji kemahiran (a) dan
(b) tanpa menggunakan bahan PVC.

c) Ujian Selepas Tindakan

Selepas tiga kali sesi bimbingan dijalankan, saya memberi satu ujian
selepas tindakan kepada peserta-peserta kajian. Ujian selepas tindakan
diberi dengan bertujuan untuk membenarkan saya membuat perbandingan
dan analisis hasil kerja peserta-peserta kajian tentang sama ada kaedah
PVC ini dapat membantu mereka menguasai kemahiran perbandingan nilai
dua pecahan wajar.

Soalan-soalan yang terdapat dalam ujian selepas tindakan adalah sama


dengan soalan-soalan dalam ujian sebelum tindakan. Selain itu, saya juga
menambahkan enam soalan yang menguji kemahiran (c) iaitu
perbandingan nilai dua pecahan wajar yang mempunyai nombor
pengangka dan nombor penyebut yang berbeza. Kemahiran ini merupakan
kemahiran yang telah dipelajari oleh murid-murid semasa di Tahun 2
selepas didedahkan dengan kemahiran (a) dan kemahiran (b). Oleh itu,
saya akan menambahkan soalan yang menguji kemahiran (c) ke dalam
ujian selepas tindakan bertujuan untuk mengenalpasti bahawa adakah
peserta-peserta kajian dapat mengaplikasikan kaedah PVC dalam
menjawab semua jenis soalan perbandingan dua nilai pecahan wajar.
Semasa menjalani ujian selepas tindakan, peserta-peserta kajian akan
menjawab soalan tanpa menggunakan bahan PVC malahan hanya
menggunakan kaedah PVC.

12
6.0 Bahan yang dicadangkan

Rajah 7. Bahan Pecahan VS Cendawan (PVC) yang dicadangkan untuk membantu murid-
murid menguasai kemahiran perbandingan dua pecahan wajar.

Kaedah PVC merupakan satu kaedah yang dapat membantu murid-murid


melakukan perbandingan nilai dua pecahan bagi semua jenis perbandingan dengan
menggunakan kaedah darab silang sahaja. Kaedah ini sesuai bagi murid-murid
berpencapaian sederhana dan murid-murid yang telah menguasai pendaraban
sehingga 10. Kaedah PVC merupakan satu kaedah pengembangan pengangka
kedua-dua pecahan wajar yang dibandingkan. Kaedah PVC lebih ringkas dan mudah
kerana ia tidak melibatkan pendaraban antara dua penyebut. Sekiranya melibatkan
pendaraban antara dua penyebut, ia merupakan proses mencari pecahan setara bagi
pecahan wajar yang dibandingkan. Kemahiran pecahan setara ini kurang sesuai
didedahkan pada peringkat awal kerana peserta-peserta kajian baru sahaja
didedahkan dengan konsep pecahan yang asas. Maka, kaedah PVC hanya
menekankan pengembangan pengangka kedua-dua pecahan wajar.

13
Kaedah PVC ini melibatkan penggunaan warna, grafik dan anak panah untuk
membantu murid-murid melakukan perbandingan nilai dua pecahan wajar dengan
lebih mudah dan menarik. Dengan menggunakan unsur grafik kepala cendawan ini,
minat murid-murid menggunakan bahan PVC dapat ditingkatkan dan mereka dapat
belajar dalam suasana yang menarik. Menurut Che Suriani Kiflee & Fariza Khalid
(2014), unsur grafik ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindarkan salah anggapan dan
tafsiran. Warna merah dan biru digunakan dalam inovasi ini untuk menunjukkan
perbezaan antara dua pecahan yang dibandingkan dengan lebih jelas. Bukan itu
sahaja, penggunaan warna ini juga dapat menarik minat murid-murid untuk belajar
kerana bahan yang dibekalkan adalah berwarna-warni dan bukan hitam putih.
Menurut Mariam Adawiah Dzulkifli & Muhammad Faiz Mustafar (2013), penggunaan
warna dapat memudahkan proses pembelajaran dan dapat memainkan peranan
dalam memotivasikan pelajar untuk belajar.

14
7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

APRIL MEI JUN


Bil Aktiviti
M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1
Mengenal pasti masalah dan
1. X
pengumpulan data awal
2. Menulis proposal kajian X
3. Merancang Tindakan dan
membina bahan inovasi X
( Individu / Panitia)
4. Melaksanakan Tindakan ( Ujian
X
sebelum tindakan)

5. Melaksanakan sesi bimbingan 1 X

6. Melaksanakan sesi bimbingan 2 X

7. Melaksanakan sesi bimbingan 3 X

8. Ujian selepas tindakan X

9. Sesi perbincangan / temu bual


dengan peserta kajian dan guru- X
guru Matematik
10. Analisis data yang dikumpul
X
melalui ujian awal dan ujian akhir
12. Menulis laporan kajian X

15
8.0 Kos Kajian
Bil Perkar Harga seunit Jumlah
a
1 Kertas A4 (Bungkus) 1 x RM12.90 RM12.90
2 Dakwat Warna Mesin Pencetak 1 x RM35.00 RM35.00
3 Laminate Bahan PVC 10 x RM 2.00 RM20.00
4 Pen marker 10 x RM 1.00 RM10.00
JUMLAH KESELURUHAN : RM 77.90

9.0 Penutup

Penguasaan konsep pecahan amat penting bagi murid-murid dalam pembelajaran


mata pelajaran Matematik. Diharapkan kajian tindakan saya yang bertajuk Kaedah
Pecahan VS Cendawan (PVC): Membantu Murid Tahun 3 Menguasai Kemahiran
Perbandingan Nilai Dua Pecahan Wajar ini dapat membantu murid-murid menguasai
kemahiran perbandingan nilai dua pecahan wajar.

10.0 Rujukan

Che Suriani Kiflee, & Fariza Khalid. (2014, February). Keberkesanan kaedah multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar pintar. From Academia:
https://www.academia.edu/12919882/Keberkesanan_Kaedah_Multimedia_Dalam_Peng
ajaran_Dan_Pembelajaran_Terhadap_Pelajar_Pintar
Ishak Haron, Abdul Latif Hj. Gapor, Md Imasir Masran, Abdul Halim Ibrahim, & Mariam Mohamed
Nor. (2008). Kesan dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di
sekolah rendah. From http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/495/1
Khairulazuad Husain. (2017). Keberkesanan teknik KFC ke atas pencapaian pelajar dalam topik
pecahan separa. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 13, 72-95.
Lee, K. C., Zakri Abdullah, & Chua, L. N. (2018). Penyelidikan dalam pendidikan. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mariam Adawiah Dzulkifli, & Muhammad Faiz Mustafar. (2013). The influence of colour on
memory performance: A review. The Malaysian Journal of Medical Sciences, 3-9.

16
LAMPIRAN A – UJIAN DIAGNOSTIK

17

Anda mungkin juga menyukai