Anda di halaman 1dari 34

i

ii
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
MALAYSIA

BUKU PANDUAN

EJEN TEMPAT MENGUNDI

Disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

DISEMAK SEMULA PADA MEI 2012

i
ii/48
ii
KANDUNGAN

Bahagian I
PENGENALAN

Muka
Surat

1. Tujuan 1

2. Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 1

3. Fungsi- Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 1

4. Pelantikan Ejen Tempat Mengundi 2

5. Kelayakan Ejen Tempat Mengundi 3

6. Pelanggaran Kelayakan Pelantikan Ejen Tempat Mengundi 4

7. Istilah-istilah Penting 4

8. Kebenaran Masuk ke Tempat Mengundi 9

i
Bahagian II
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EJEN TEMPAT MENGUNDI PADA HARI
MENGUNDI
Muka
Surat

1. Tugas Ejen Tempat Mengundi Sebelum Pengundian Bermula 10

2. Tugas dan Tanggungjawab Ejen Tempat Mengundi Semasa 11


Pengundian

3. Memerhati Penandaan Dakwat Kekal 11

4. Memerhati Tatacara Mengurus Pengundi Cacat/Uzur Yang 12


Namanya Di Dalam Daftar Pemilih Di Bilik Pengundian Di
Tingkat Atas Sekolah/Pusat Mengundi Pada Hari Pengundian

5. Syarat Kebenaran Masuk Ke Tempat Mengundi Bagi Ejen 14


Tempat Mengundi

6. Ejen Tempat Mengundi Bertugas Sepanjang Masa atau Secara 14


Bergilir

7. Kebenaran Membuat Bantahan Oleh Ejen Tempat Mengundi 15

8. Larangan ke atas Ejen Tempat Mengundi Semasa Berada Di 15


Dalam Tempat Mengundi (Saluran)

9. Penutupan Tempat Mengundi (Saluran) 16

ii
Bahagian III
PENUTUP
Muka
Surat

1. Penutup 17
SENARAI LAMPIRAN
Muka
Surat

Lampiran 1 - Borang Pelantikan Ejen Tempat Mengundi 18

Lampiran 2 - Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) 19

Lampiran 3 - Cara Memeterai Peti Undi 20

Lampiran 4 - Contoh Susun Atur Tempat Mengundi 21

Lampiran 5 - Akuan Mengenai Identiti (Borang 10) 22

Lampiran 6 - Akuan Mengenai Keengganan Mengeluarkan Kertas Undi 23


(Borang 10A)

Lampiran 7 - Akuan (Borang 11) 24

Lampiran 8 - Borang Akuan Pengundian (Borang SPR 765) 25

Lampiran 9 - Penyata kertas Undi (Borang 13) 26

iii
iv
Bahagian I
PENGENALAN

1. Tujuan

1.1 Buku panduan ini adalah bertujuan untuk membolehkan Ejen


Tempat Mengundi (ETM) menjalankan tugas dengan baik dan
berkesan bagi pihak Calon semasa Hari Mengundi.

1.2 Dengan cara ini Ejen Tempat Mengundi dapat menjaga


kepentingan Calon dalam pengurusan pilihan raya dan seterusnya
memastikan urusan pilihan raya berjalan secara saksama mengikut
undang-undang.

2. Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

2.1 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan mengikut


peruntukan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah
sebuah badan bebas yang terdiri dari seorang Pengerusi, seorang
Timbalan Pengerusi dan lima orang Ahli yang lain. Suruhanjaya
Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan pilihan raya umum
bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dengan bebas
dan saksama.

2.2 Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Urus Setia yang


diketuai oleh seorang Setiausaha selaku Ketua Pentadbir yang
bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi-fungsi Suruhanjaya
Pilihan Raya yang ditetapkan dalam Perlembagaan.
(Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan)

3. Fungsi-Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya

3.1 Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR


mempunyai 3 fungsi utama seperti berikut:

3.1.1 Menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat, Dewan


Undangan Negeri dan Pilihan Raya Kecil.

3.1.2 Menyediakan daftar pemilih dan menjalankan urusan


pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih.

1
3.1.3 Mewujudkan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya dan
menjalankan kajian semula persempadanan Bahagian-
Bahagian Pilihan Raya.
(Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan)

4. Pelantikan Ejen Tempat Mengundi

4.1 Pelantikan Ejen Tempat Mengundi

4.1.1 Pelantikan Ejen Tempat Mengundi adalah berdasarkan


kepada subseksyen 14(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954.

4.1.2 Pihak yang bertanggungjawab melantik Ejen Tempat


Mengundi adalah Calon atau Ejen Pilihan Raya. Tugas
dan tanggungjawab Ejen Tempat Mengundi adalah untuk
membantu Calon bagi membuat pemerhatian pelaksanaan
proses pengundian supaya ianya berjalan mengikut undang-
undang yang ditetapkan.

4.1.3 Bagi memudahkan Calon atau Ejen Pilihan Raya melantik


Ejen Tempat Mengundi, format Borang Pelantikan
Ejen Tempat Mengundi seperti LAMPIRAN 1 boleh
digunapakai. Borang pelantikan Ejen Tempat Mengundi
ini perlu mengandungi maklumat Calon atau Ejen Pilihan
Raya, Bahagian Pilihan Raya, nama Pusat Mengundi,
nama penuh Ejen Tempat Mengundi yang dicadang untuk
dilantik berserta Nombor Kad Pengenalan dan alamat surat
menyurat dan nombor telefon.

4.2 Syarat-syarat sebelum Ejen Tempat Mengundi menjalankan


Tugas

4.2.1 Sebelum memulakan tugas Ejen Tempat Mengundi


hendaklah menyerahkan kepada Ketua Tempat Mengundi
(KTM) dokumen seperti yang berikut:

(a) Surat pelantikan sebagai Ejen Tempat Mengundi yang


ditandatangani oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya.

(b) Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah


ditandatangani seperti di LAMPIRAN 2

2
(c) Dokumen pengenalan diri.

4.2.2 Seseorang Ejen Tempat Mengundi yang dilantik boleh


menjalankan tugas sepanjang proses pengundian atau
secara bergilir-gilir. Bagi Ejen Tempat Mengundi yang
bertugas secara bergilir-gilir ia hendaklah bertugas
sekurang-kurangnya dua jam sebelum digantikan dengan
ejen lain.
(Subseksyen 14 (1A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

4.2.3 Semasa proses pengundian diadakan, hanya seorang Ejen


Tempat Mengundi bagi setiap calon boleh menjalankan
tugas di sesuatu Tempat Mengundi (Saluran).

5. Kelayakan Ejen Tempat Mengundi

5.1 Kelayakan seseorang Ejen Tempat Mengundi adalah seperti


berikut:

5.1.1 Warganegara Malaysia

5.1.2 Umur tidak kurang daripada 21 tahun

5.1.3 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan


calon, ia tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang
melibatkan keganasan atau kecurangan oleh mahkamah

5.1.4 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan


calon, ia tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan atau
telah dilepaskan dari penjara setelah menjalani hukuman
pemenjaraan

5.1.5 Bukan seorang yang didaftarkan di bawah Akta Pencegahan


Jenayah 1959

5.1.6 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan


calon, ia tidak disabitkan di atas suatu kesalahan di bawah
subseksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan
persamaan dalam mana-mana undang-undang yang lain

3
5.1.7 Bukan seorang yang mengenainya suatu perintah telah
dibuat di bawah subseksyen 66 (4) Akta Pertubuhan 1966
atau peruntukan persamaan dalam mana-mana undang-
undang yang lain

5.1.8 Bukan seorang yang bankrap yang belum dilepaskan


(Subseksyen 13 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

6. Pelanggaran Kelayakan Pelantikan Ejen Tempat Mengundi

6.1 Apa-apa pelanggaran syarat-syarat pelantikan oleh Calon ataupun


Ejen Pilihan Raya di bawah subseksyen 13 (1) atau subseksyen
21(1) –(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didenda
sebanyak lima ribu ringgit bila disabit kesalahan mengikut
subseksyen 27 (1) –(2) Akta yang sama.

6.2 Pelantikan Ejen Tempat Mengundi yang tidak mengikut syarat-


syarat yang ditetapkan boleh menyebabkan satu petisyen pilihan
raya boleh dibuat sepertimana yang diperuntukan di bawah
subseksyen 32 (c) dan (d) Akta Kesalahan Pilihan 1954.

7. Istilah-Istilah Penting

7.1 Pegawai Pengurus (PP)

Adalah seseorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi


mengendalikan pilihan raya dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya
yang ditetapkan.
(Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958)

7.2 Penolong Pegawai Pengurus (PPP)

Adalah seorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi membantu


Pegawai Pengurus mengendalikan Pilihan Raya dalam sesuatu
Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan.
(Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958)

4
7.3 Pembantu Pilihan Raya (PPR)

Adalah seseorang pegawai yang dilantik oleh Pegawai Pengurus


bagi tujuan membantu beliau dalam urusan pentadbiran yang
berkaitan dengan Pilihan Raya.
(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.4 Ketua Tempat Mengundi (KTM)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi


mengetuai sesuatu Tempat Mengundi (Saluran) dan mengendali
proses pengundian.
(Subperaturan 12 (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.5 Kerani Pengundian (KP)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi


membantu Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan
pengundian di Tempat Mengundi (Saluran).
(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.6 Kerani Mengira Undi (KMU)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi


membantu Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan
pengiraan undi di Tempat Mengira Undi.
(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.7 Penyelia Pusat Mengundi (PPM)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan


menyelia sesuatu Pusat Mengundi semasa Pilihan Raya dijalankan.
(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

5
7.8 Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi


membantu menyemak nama pengundi dalam Daftar Pemilih
Pilihan Raya (DPPR) untuk menentukan Tempat Mengundi
(Saluran) semasa pilihan raya diadakan.
(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.9 Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan


membantu menunjuk arah kepada pengundi, membantu pengundi
di kalangan orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain tugas yang
diarahkan oleh Penyelia Pusat Mengundi (PPM).
(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.10 Calon

Adalah seseorang yang kertas pencalonannya yang sah diterima


oleh Pegawai Pengurus untuk bertanding dalam sesuatu Bahagian
Pilihan Raya.
(Seksyen 2, Akta Pilihan Raya 1958)

7.11 Ejen Pilihan Raya (EPR)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon bagi mewakili dirinya


untuk menjalankan semua urusan berhubung dengan pilihan raya
di mana Calon itu bertanding.
(Subseksyen 12 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

7.12 Ejen Tempat Mengundi (ETM)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya
bagi mewakili Calon untuk menyaksikan proses pengundian di
dalam Tempat Mengundi (Saluran) berjalan mengikut undang-
undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
(Subseksyen 14 (1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

6
7.13 Ejen Mengira Undi (EMU)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya
bagi mewakili Calon untuk menyaksikan Proses Pengiraan Undi di
dalam Tempat Mengira Undi berjalan mengikut undang-undang
dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
(Subseksyen 14 (1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

7.14 Pemerhati Pilihan Raya

Adalah seseorang ataupun sebuah badan yang diluluskan oleh


SPR untuk memerhati proses pilihan raya di tempat-tempat urusan
pilihan raya yang ditetapkan oleh SPR dan tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR.

7.15 Barung SPR

Adalah sesuatu tempat di Pusat Mengundi yang digunakan bagi


membantu pemilih untuk menyemak nama-nama pemilih bagi
tujuan menentukan Tempat Mengundi (Saluran).
(Subseksyen 26A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

7.16 Hari Mengundi

Adalah suatu tarikh yang ditetapkan dalam notis yang disiarkan


dalam warta mengikut Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pilihan
Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, bermula dari permulaan
hari mengundi sehingga masa pengisytiharan pilihan raya oleh
Pegawai Pengurus disebut sebagai hari mengundi.
(Subseksyen 2 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

7.17 Masa Mengundi

Adalah sesuatu tempoh yang ditetapkan oleh SPR bagi tujuan


membolehkan pengundi mengundi di dalam sesuatu pilihan raya.
(Subperaturan 11 (5)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.18 Pusat Mengundi

Adalah sesuatu tempat yang diwartakan oleh SPR bagi


menjalankan urusan pengundian.
(Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958)

7
7.19 Tempat Mengundi

Adalah sesuatu tempat di dalam Pusat Mengundi yang ditetapkan


oleh SPR sebagai Tempat Mengundi (Saluran).
(Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958)

7.20 Pusat Penamaan Calon

Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi


tujuan mengemukakan kertas-kertas penamaan bakal-bakal Calon
untuk tujuan pertandingan dalam sesuatu pilihan raya.
(Subperaturan 6 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.21 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi

Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi


tujuan menjumlahkan semua keputusan yang diterima sama
ada daripada semua Ketua Tempat Mengundi atau keputusan-
keputusan pengundian pos.
(Subperaturan 25D (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.22 Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR)

Adalah senarai nama pemilih yang terkini dan telah disahkan oleh
SPR bagi tujuan pilihan raya.
(Subperaturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan
Pilihan Raya) 1981)

7.23 Zon Larangan 50 Meter

Adalah suatu kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan larangan


dalam jarak 50 meter atau mana-mana jarak yang difikirkan
sesuai dari Pusat Penamaan Calon atau dari Pusat Mengundi.
(Subseksyen 24A (2) dan 26 (1) (e) Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954)

7.24 Slip Nombor Tempat Mengundi (Saluran)

Adalah suatu helaian nombor yang bercetak yang akan diberikan


oleh Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) kepada pengundi
bagi tujuan memudahkan pengundi mengenal pasti Tempat
Mengundi (Saluran).

8
7.25 Pengundi OKU dan Pengundi Uzur

Adalah pengundi dikalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan


pengundi uzur yang layak untuk diberi keistimewaan mengundi di
Tempat Mengundi (Saluran) 1 di tingkat bawah bangunan Pusat
Mengundi berkenaan walaupun namanya tersenarai di dalam
Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) di Tempat Mengundi (Saluran)
yang terletak di tingkat atas. Pengundi dalam kategori ini adalah
pengundi yang cacat anggota kaki dan tidak mampu berjalan
tanpa bantuan orang lain atau pengundi uzur yang dalam keadaan
tidak sihat dan tidak mampu bergerak sendiri ke tingkat atas
tanpa bantuan orang lain. Di samping itu, pengundi berkenaan
perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke Tempat
Mengundi.

7.26 Dakwat Kekal

Dakwat Khas yang dibekalkan oleh SPR bagi kegunaan Kerani


Pengundian untuk menanda atau mencalitkan pada jari telunjuk
kiri pengundi atau mana-mana bahagian jari pengundi yang hadir
sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi tersebut.

7.27 Menanda/mencalit Dakwat Kekal

Melakukan satu tanda dengan cara mencalitkan dakwat kekal di


jari telunjuk kiri pengundi atau mana-mana jari kiri jika tiada jari
telunjuk kiri atau di jari telunjuk kanan (jika tiada jari kiri) atau
mana-mana jari dari ruas pertama hingga ke hujung jari mengikut
tatacara yang ditetapkan oleh SPR sebelum seseorang pengundi
boleh dikeluarkan kertas undi.

8. Kebenaran Masuk Ke Tempat Mengundi

Mereka yang dibenarkan masuk ke Tempat Mengundi (Saluran) adalah


seperti berikut:

8.1 Pengundi;

8.2 Calon;

8.3 Ejen Pilihan Raya;

9
8.4 Ejen Tempat Mengundi yang bertugas mengikut masa/giliran yang
ditetapkan;

8.5 Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus;

8.6 Ahli-Ahli Panel SPR dan Pegawai-pegawai SPR;

8.7 Petugas-petugas pilihan raya dan orang-orang lain yang bertugas


secara rasmi di Tempat Mengundi (Saluran);

8.8 Orang yang dipercayai oleh pengundi yang tidak terdaya (OKU)
oleh sebab buta atau cacat fizikal seperti takrif di bawah Peraturan
19 (11) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan
Raya) 1981;

8.9 Pemerhati Pilihan Raya yang mempunyai dokumen pengenalan diri


yang lengkap dan sah boleh dibenarkan berada di kawasan Pusat
Mengundi (jika berkenaan);

8.10 Orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh SPR dari masa ke
semasa.

Bahagian II
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EJEN TEMPAT MENGUNDI
PADA HARI MENGUNDI

1. Tugas Ejen Tempat Mengundi Sebelum Pengundian Bermula

1.1 Ejen Tempat Mengundi hendaklah memastikan peti undi yang


akan digunakan semasa pengundian adalah kosong sebelum
dimeteraikan oleh Ketua Tempat Mengundi. Sekiranya Ejen Tempat
Mengundi tidak hadir, Ketua Tempat Mengundi akan menunjukkan
peti undi yang kosong kepada pegawai polis yang bertugas di
luar Tempat Mengundi (saluran) sebelum memeterainya. Contoh
memeterai peti undi seperti di LAMPIRAN 3.
(Subperaturan 18 (2B) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

1.2 Ejen Tempat Mengundi juga boleh memeterai peti undi itu dan
menandatangani pada perekat keselamatan jika mahu berbuat
demikian.

10
1.3 Menyelaras waktu bermula dan tamat pengundian mengikut jam
RTM.

2. Tugas dan Tanggungjawab Ejen Tempat Mengundi Semasa


Pengundian

2.1 Memerhatikan proses pengundian bagi pihak Calonnya di Tempat


Mengundi (Saluran). Contoh Susun Atur Dalam Tempat Mengundi
(Saluran) seperti di LAMPIRAN 4.

2.2 Menandakan kehadiran pemilih di dalam senarai DPPR yang


dibawa bersama-samanya untuk tujuan rekod beliau berhubung
pemilih-pemilih yang telah menerima kertas undi di Tempat
Mengundi (Saluran).

2.3 Memerhatikan proses KTM menguruskan pengundi OKU/uzur yang


membawa orang yang dipercayai dan dinamakan untuk mengundi
bagi pihaknya. Orang tersebut hendaklah seorang warganegara
Malaysia, berumur 21 tahun dan hendaklah mengisi Borang
Akuan Mengenai Identiti dan Penamaan (Borang 10) seperti di
LAMPIRAN 5.

2.4 Merujuk kepada Ketua Tempat Mengundi sekiranya ada keraguan


terhadap proses pengundian dan identiti seseorang pengundi.
Walaubagaimanapun, apa-apa keputusan yang dibuat oleh KTM
adalah muktamad.

2.5 Memerhatikan proses menanda atau mencalit jari pengundi


sebelum kertas undi dikeluarkan.

3. Memerhati Penandaan Dakwat Kekal

3.1 Memerhati pemilih yang hadir untuk mengundi menunjukkan jari


telunjuk kiri atau tangan kiri atau tangan kanan (jika tiada tangan
kiri) kepada Kerani Pengundian untuk diperiksa sama ada terdapat
tanda atau calitan dakwat kekal di jari berkenaan.

3.2 Memerhati Kerani Pengundian mengurus tanda atau calitan


dakwat kekal di jari telunjuk kiri atau mana-mana bahagian yang
ditetapkan oleh KTM.

11
3.3 Memerhati bahawa KTM tidak mengeluarkan kertas undi kepada
pemilih yang enggan di tanda atau dicalit dakwat kekal.

3.4 Memerhati urusan atau tindakan yang diambil oleh KTM jika
ada pemilih enggan ditandakan atau dicalit dakwat kekal. KTM
akan merekodkan nama pemilih dengan menggunakan Borang
10A (Akuan Mengenai Keengganan Mengeluarkan Kertas Undi)
(LAMPIRAN 6) dengan alasan seperti berikut:

(a) pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya


untuk dipastikan sama ada dakwat kekal telah ditandakan
pada jari telunjuk kirinya;

(b) pengundi itu enggan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan


dakwat kekal;

(c) jari telunjuk kiri pengundi itu telah ditandakan dengan


dakwat kekal walaupun tidak terdapat tanda yang
menunjukkan bahawa Kertas Undi telah dikeluarkan
kepadanya telah dibuat pada nombor dan nama pengundi
itu dalam daftar pemilih; atau

(d) jari telunjuk kiri pengundi itu tidak ditandakan dengan


dakwat kekal tetapi telah terdapat tanda yang menunjukkan
bahawa Kertas Undi telah dikeluarkan kepadanya telah
dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar
pemilih.

4. Memerhati Tatacara Mengurus Pengundi Cacat/Uzur Yang


Namanya Di Dalam Daftar Pemilih Di Bilik Pengundian Di Tingkat
Atas Sekolah/Pusat Mengundi Pada Hari Pengundian

4.1 Peranan Ejen Tempat Mengundi yang berada di Tempat Mengundi


(Saluran) yang terlibat dengan proses pengeluaran kertas undi
OKU

4.1.1 Mengambil perhatian berhubung taklimat ringkas oleh Ketua


Tempat Mengundi mengenai tatacara yang akan diambil
oleh Ketua Tempat Mengundi berhubung pengeluaran
Kertas Undi kepada pemilih cacat/uzur yang sedang
menunggu di Tempat Mengundi (Saluran) 1.

12
4.1.2 Memerhati proses kertas undi dikeluarkan dan dimasukkan
ke dalam sampul khas sebelum dibawa ke Tempat
Mengundi (Saluran 1).

4.1.3 Menanda dalam buku DPPR yang dibawanya pengundi-


pengundi yang telah dikeluarkan kertas undi.

4.1.4 Apabila KTM membawa balik Sampul Khas daripada Tempat


Mengundi (Saluran) 1 memerhati KTM membuka Sampul
Khas yang mengandungi kertas undi dan memasukkannya
ke dalam peti undi.

4.1.5 Menerima dan menyimpan Borang SPR 765 yang diserah


oleh KTM kepada setiap Ejen Tempat Mengundi manakala
satu salinan disimpan oleh KTM.

4.2 Ejen Tempat Mengundi (Saluran) Yang Bertugas di Saluran 1

4.2.1 Mengambil makluman penerangan ringkas oleh Ketua


Tempat Mengundi berhubung tatacara proses pengundian
oleh pengundi cacat/uzur yang menumpang mengundi di
saluran tersebut.

4.2.2 Memerhati pemilih OKU mengisi Borang 11 (seperti di


LAMPIRAN 7) di hadapan Ketua Tempat Mengundi.

4.2.3 Memerhati pemilih OKU ditanda dakwat kekal di jari


telunjuk kiri sebelum kertas undi diserahkan kepada pemilih
tersebut.

4.2.4 Selepas pengundi cacat/uzur menanda kertas undi, Ejen


Tempat Mengundi hendaklah memerhati tindakan Ketua
Tempat Mengundi memasukkan kertas undi pengundi cacat/
uzur ke dalam Sampul Khas dan digamkan.

4.2.5 Menandatangani Borang Akuan Pengundian (Borang SPR


765) (seperti LAMPIRAN 8) dan menyerahkan kepada
Ketua Tempat Mengundi untuk dibawa balik ke saluran asal
di mana kertas undi pengundi cacat/uzur dikeluarkan.

13
5. Syarat Kebenaran Masuk Ke Tempat Mengundi Bagi Ejen Tempat
Mengundi

5.1 Seseorang Calon/Ejen Pilihan Raya boleh melantik lebih dari


seorang menjadi Ejen Tempat Mengundi bagi satu-satu Tempat
Mengundi (Saluran). Walau bagaimanapun, hanya seorang Ejen
Tempat Mengundi sahaja yang mewakili seseorang Calon boleh
dibenarkan masuk ke Tempat Mengundi pada satu-satu masa
semasa pengundian.
(Subseksyen 14(1)(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

5.2 Ketua Tempat Mengundi tidak akan membenarkan mana-mana


Ejen Tempat Mengundi masuk ke Tempat Mengundi (Saluran)
kecuali ia dapat menunjukkan :

(a) Surat pelantikan sebagai Ejen Tempat Mengundi yang


disediakan oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya.

(b) Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah diisikan


dengan sempurna dan ditandatangani.

(c) Pas Petugas Ejen Tempat Mengundi yang diluluskan SPR

(d) Dokumen pengenalan diri.


(Subperaturan 15(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

6. Ejen Tempat Mengundi Bertugas Sepanjang Masa atau Secara


Bergilir

6.1 Seseorang Ejen Tempat Mengundi boleh bertugas sepanjang


masa pengundian atau secara bergilir-gilir. Walau bagaimanapun,
seseorang Ejen Tempat Mengundi perlu bertugas sekurang-
kurangnya 2 jam sebelum penggantinya mengambil alih.
(Subseksyen 14(1)(1A), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

6.2 Jika seseorang Ejen Tempat Mengundi meninggalkan tugas


sebelum tempoh 2 jam tamat, tempatnya tidak boleh dengan Ejen
Tempat Mengundi yang lain.

14
6.3 Apabila seorang Ejen Tempat Mengundi hendak digantikan dengan
seorang Ejen Tempat Mengundi yang lain, beliau hendaklah
menyerahkan salinan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang
ada padanya kepada penggantinya dan seterusnya meninggalkan
Pusat Mengundi tersebut.

6.4 Ejen Tempat Mengundi yang terakhir hendaklah membawa balik


salinan DPPR yang diguna pakai semasa bertugas selepas tamat
tempoh pengundian.

6.5 Ejen Tempat Mengundi yang bertugas tidak boleh sama sekali
meninggalkan Tempat Mengundi (Saluran) tanpa kebenaran Ketua
Tempat Mengundi.

6.6 Kegagalan untuk menurut perintah Ketua Tempat Mengundi


menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak
melebihi satu ribu ringgit.
(Subperaturan 15 (6) (d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7. Kebenaran Membuat Bantahan Oleh Ejen Tempat Mengundi

7.1 Ejen Tempat Mengundi adalah dibenarkan menyuarakan rasa tidak


puas hati terhadap proses pengundian dengan membuat bantahan
secara bertulis berserta bukti atau alasan kepada Ketua Tempat
Mengundi dan Pegawai Pengurus.

8. Larangan ke atas Ejen Tempat Mengundi Semasa Berada Di


Dalam Tempat Mengundi (Saluran)

8.1 Ejen Tempat Mengundi adalah tidak dibenarkan melakukan


perkara-perkara seperti yang berikut:

8.1.1 Mempamerkan apa-apa simbol parti atau sebarang bentuk


tulisan atau rayuan yang ada kaitan dengan pilihan raya
pada pakaian, topi, kasut atau apa-apa barang lain.

8.1.2 Merokok.

8.1.3 Membawa senjata-senjata yang merbahaya.

15
8.1.4 Berkomunikasi dengan pengundi.

8.1.5 Bertengkar atau bertelagah dengan mana-mana pihak.

8.1.6 Menggunakan telefon bimbit.

8.1.7 Mengganggu kelancaran proses pengundian.

Peringatan:
Ketua Tempat Mengundi berhak untuk tidak membenarkan
mana-mana Ejen Tempat Mengundi berada di dalam bilik
Tempat Mengundi (Saluran) sekiranya tidak mematuhi arahan.

9. Penutupan Tempat Mengundi (Saluran)

9.1 Tempat Mengundi (Saluran) akan ditutup sebaik sahaja


pengundian tamat mengikut masa yang ditetapkan (diwartakan).
Walau bagaimanapun bagi mereka yang masih berada di dalam
Tempat Mengundi (saluran) mereka semasa pintu ditutup, mereka
masih boleh dibenarkan mengundi.

9.2 Ketua Tempat Mengundi akan menutup mulut peti undi


sebaik sahaja masa pengundian tamat dan memeteraikannya.
Ejen Tempat Mengundi boleh menandatangani pada perekat
keselamatan jika mereka mahu berbuat demikian.

9.3 KTM akan melengkapkan Borang 13 (Penyata Kertas Undi) dan


menandatanganinya. ETM boleh menurunkan tanda tangan jika ia
mahu berbuat demikian (Borang 13 seperti di LAMPIRAN 9)

9.4 Ejen Tempat Mengundi boleh juga menandatangani pada perekat


keselamatan yang ditampal di sampul-sampul yang mengandungi
dokumen yang digunakan ketika proses pengundian iaitu Sampul
No. 1 dan Sampul No. 4, jika mereka ingin berbuat demikian.

9.5 Ejen Tempat Mengundi dikehendaki keluar dari bilik Tempat


Mengundi (Saluran) bagi membolehkan KTM menguruskan
persediaan mengira undi. Walau bagaimanapun jika Ejen Tempat
Mengundi tersebut juga dilantik sebagai Ejen Mengira Undi maka
Ketua Tempat Mengundi bolehlah membenarkannya mereka
berada di dalam bilik tersebut sekiranya ejen-ejen berkenaan

16
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti ada surat
pelantikan, Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) dan memiliki
dokumen pengenalan diri.

9.6 Bagi Pengundian Awal, kertas undi akan dikira pada Hari Mengundi
biasa dan peti undi yang mengandungi kertas undi akan disimpan
dengan selamat di tempat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus
atau disimpan di lokap Polis.

Bahagian III
PENUTUP

Bagi memastikan pilihan raya dapat berjalan dengan licin dan lancar, Ejen
Tempat Mengundi hendaklah mematuhi segala arahan dan nasihat yang
diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya seperti di dalam buku panduan ini.
Tanpa kerjasama Ejen-Ejen Tempat Mengundi, Pegawai-pegawai Suruhanjaya
Pilihan Raya tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan licin dan lancar.

SELAMAT BERTUGAS

17
BORANG PELANTIKAN Lampiran 1
EJEN TEMPAT MENGUNDI

Roslan bin Ahmad


Saya………………………………………………No.Kad 500727-04-2003
Pengenalan ...............................
adalah Calon/Ejen Pilihan Raya yang bertanding bagi bahagian pilihan raya;

N.27 Merlimau
………………..…………..................…………
(Nama Bahagian Pilihan Raya)

Dengan ini melantik nama yang tersebut di bawah sebagai ejen saya sebagai;

* EJEN TEMPAT MENGUNDI

S.K.Merlimau 2
yang bertugas bagi pihak saya di Pusat Mengundi………………………….......……….

Nama: Rahim bin Ismail

No.Kad Pengenalan: 570115-05-4575

Alamat Surat Menyurat: 2, Jalan Bunga Raya


Taman Hang Tuah
Melaka

012-2244407
No.Telefon: …………………………………………

tt
Tandatangan Calon/Ejen Pilihan Raya …………………………………

27 Februari 2011
Tarikh:…………………..............

* Potong yang tidak berkenaan

18
AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 Lampiran 2
Borang A
[Subseksyen 5(1)]

BORANG SUMPAH KERAHSIAAN

Rahim bin Ismail


Saya,……………………………………………………………………………...…………….……..…

570115-05-4575 beralamat ……………………………….....


No. Kad Pengenalan …………………………… 2, Jalan Bunga Raya

Taman Hang Tuah, Melaka


……………………………………………………………………………….......……………………….
bersumpah bahawa saya tidak akan melakukan dalam pilihan raya bagi
N.27 Merlimau
bahagian pilihan raya/kawasan pilihan raya ……………………………………………....
apa-apa perkara yang ditegah oleh seksyen 5* Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954 [Akta 5], yang telah dibacakan kepada saya.

27 Februari
Bertarikh pada ............................... 2011

tt
…………………………………………………….
Tandatangan orang yang mengangkat
sumpah
Di hadapan saya,

tt
………………………………………………………
Tandatangan

Pengerusi atau Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya
Pengarah Pilihan Raya Negeri
Pegawai Yang Hak

• Seksyen ini mestilah dibacakan kepada pembuat akuan oleh orang yang
mengambil akuan ini.

19
Lampiran 3

Contoh Peti Undi Yang Dimeterai Sebelum Pengundian

  Contoh Peti Undi Yang Dimeterai Selepas Pengundian

20
Lampiran 4

21
Lampiran 5

DUTI SETEM
DIKECUALIKAN
PERATURAN – PERATURAN PILIHAN RAYA
(PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

BORANG 10
[Subperaturan 19(10)]

AKUAN MENGENAI IDENTITI DAN PENAMAAN

Saya, …………………………………………………………………………………………………………………………………….
(Nama Penuh)

No.K.P. …………………………………………….. beralamat ………………………………………………………….........


(Alamat)

……………………………………………………………………………………………………………………………………..........

mengaku bahawa saya ialah seorang warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih

yang dipercayai dan dinamakan oleh ………………………………………………………………………………………


(Nama Pengundi)

No.K.P. ………………………………..................... yang tidak berdaya untuk mengundi.

Nombornya dalam daftar pemilihan ialah .....................................................................................

...……………………………………....
Tandatangan

Diakui di hadapan saya pada ……………………………………………. 20 .................................................

..…………………………………………
Ketua Tempat Mengundi

22
Lampiran 6

PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA DUTI SETEM


(PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981 DIKECUALIKAN

BORANG 10A
[Peraturan 19A]

AKUAN MENGENAI KEENGGANAN MENGELUARKAN KERTAS UNDI

Saya, .……………………………………………………………………………………………………………………………………
(Nama Penuh)

No. K.P …………………………………. ialah * Ketua Tempat Mengundi/Orang Yang Bertindak Di Bawah

Kuasa Ketua Tempat Mengundi di pusat mengundi …………………………………………….........................


(Nama Pusat Mengundi)

bagi tempat Mengundi ………………………........... mengaku bahawa saya telah enggan mengeluarkan
(No. Saluran)

Kertas undi kepada ....................................................................................................................


(Nama Pengundi)

No. K.P …………………………………………………………. atas alasan seperti yang berikut:


(No. K.P. Pengundi)

*(a) pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya untuk dipastikan sama ada
dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kirinya;

*(b) pengundi itu enggan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal;

*(c) jari telunjuk kiri pengundi itu telah ditandakan dengan dakwat kekal walaupun
tidak terdapat tanda yang menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan
kepadanya telah dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih;
atau

*(d) jari telunjuk kiri pengundi itu tidak ditandakan dengan dakwat kekal tetapi
telah terdapat tanda yang menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan
kepadanya telah dibuat pada nombor dan nama pengundi itu dalam daftar pemilih

Tarikh:
.……………………………………………..
Tandatangan

Ditandatangani di hadapan

………………………………………………
Tandatangan Saksi
Nama :
No. K.P. :
Tarikh :

*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.

CATATAN (jika perlu) :


……………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………….....................................

23
Lampiran 7

PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA


(PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

BORANG 11
[Subperaturan 20(1)]

AKUAN

Saya, ......................................................................... No.K.P. ...................................................


(Nama Penuh)

beralamat .................................................................................................................................
(Alamat)

mengaku bahawa sayalah orangnya yang bernama


…………………………………………………………………………… dalam daftar pemilih yang sekarang ini
berkuat kuasa bagi daerah mengundi (unit pendaftaran) …………………………………………………………
…………………………………………………………………………..

Saya selanjutnya mengaku bahawa saya belum lagi mengundi sama ada di sini atau di tempat
lain dalam bahagian Pilihan Raya …………………………………………………………. atau di mana-mana
Bahagian Pilihan Raya lain dalam pilihan raya umum/pilihan raya kecil.

..................................................
Tandatangan atau Tanda Pengundi

Diakui di hadapan saya pada ………………………………………….. 20 ………………….

..................................................
Ketua Tempat Mengundi

24
Lampiran 8

BORANG SPR 765

BORANG AKUAN PENGUNDIAN

Kami, nama dan No. K.P seperti yang dinyatakan di bawah mengakui bahawa kami telah
menyaksikan pengundian pemilih yang bernama :

.................................................................................................................................................
(Nama Penuh dalam huruf besar)

dan nombor siri pemilih ialah .................................................... dalam daftar pemilih pendaftaran
................................................................................................ dalam pilihan pilihan raya umum
/pilihan raya kecil ..............................................................................

Tandatangan : ............................................... Tandatangan : ...............................................


Nama : ............................................... Nama : ...............................................

No.K.P : ............................................... No.K.P : ...............................................

Ejen Parti : ............................................... Ejen Parti : ...............................................

Tandatangan : ............................................... Tandatangan : ...............................................


Nama : ............................................... Nama : ...............................................

No.K.P : ............................................... No.K.P : ...............................................

Ejen Parti : ............................................... Ejen Parti : ...............................................

Diakui di hadapan saya pada ............................................. 20..................

..................................................
Ketua Tempat Mengundi

25
Lampiran 9
PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA
(PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981
Borang 13
[Subperaturan 24(1)]
PENYATA KERTAS UNDI
Sek Keb Ladang Lumadan
Nama Pusat Mengundi………………....................…................. 1
No. Tempat Mengundi Saluran)…………................
178/27/06
014/11/01
No. Kod Daerah Mengundi………..………………………………………........................................…...............................
P.178
N.11Sipitang
Permatang Pasir
Bahagian Pilihan Raya ..……………………………………………….........................................................…………….. ......
A - Bilangan kertas undi yang diterima daripada Pegawai Pengurus

No. Siri Kertas Undi Bil. No. Siri Kertas Undi Bil.
Dari Hingga Kertas Dari Hingga Kertas
Undi Undi
000001 000100 100
000201 000300 100
000401 000700 300

Jumlah (a) 500 Jumlah (b)

500
Jumlah keseluruhan kertas undi yang diterima daripada Pegawai Pengurus ((a)+(b)) =
B - Bilangan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi

No. Siri Kertas Undi Bil. No. Siri Kertas Undi Bil.
Dari Hingga Kertas Dari Hingga Kertas
Undi Undi
000001 000100 100
J 000201 000300 100
000401 000625 225

Jumlah (c) 425 Jumlah (d)

425
Jumlah keseluruhan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi ((c)+(d)) =

C - Bilangan “kertas undi rosak” (Kertas undi yang dipulangkan kepada


ketua tempat mengundi yang telah dibatalkan dan ditanda “ROSAK” 5
oleh ketua tempat mengundi dan tidak dimasukkan ke dalam peti undi)

7
D - Bilangan kertas undi yang tidak digunakan (A-B)

E - Jumlah kertas undi yang patut berada di dalam peti undi (A-C-D) 420

Saya memperakui bahawa penyata di atas adalah betul.


tt
…………...............................................
Tandatangan

6 Mac 2011
Bertarikh ………………....…. Ahmad bin Abdullah
.........……………………………...................
Nama Ketua Tempat Mengundi

Nama Calon atau Ejen Pilihan Raya No. K/P Tandatangan


atau Ejen Tempat Mengundi Parti/Bebas
Ismail bin Kasim 701231-03-5033 Kunci t.t
Nordin bin Daud 681101-01-5111 Kelapa Sawit t.t

26

Anda mungkin juga menyukai