Anda di halaman 1dari 1

Telefon : 03-88884452

Fax : 03-88884051

Ruj. Kami : SKPP16(1)/100-19 ( )


Tarikh : 25 Feb 2019
Kepada

Semua ibu bapa/ Penjaga


Pelajar Darjah 1 - 6
SK Putrajaya Presint 16(1)

Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBUBAPA & GURU (PIBG) KALI KE -15
SK PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk .
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Putrajaya Presint 16(1) akan mengadakan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke -15 seperti ketetapan berikut.
Hari : Sabtu
Tarikh : 16 Mac 2019
Masa : 08:00 pagi hingga 12:00 tengahari
Tempat : Dewan Aras 9. Blok E12. Parcel E
3. Sehubungan dengan itu, semua ibubapa/ penjaga dijemput untuk turut serta bagi menjayakan
program ini demi pemuafakatan PIBG dan kepentingan pendidikan anak-anak didik sekolah ini.

4. Sila lengkapkan Borang Jawapan Kehadiran dan Borang Usul/Cadangan di pautan:


http://gg.gg/e-USULAGMPIBG2019 selewat-lewatnya pada atau sebelum 01 Mac 2019 Jam 09 Pagi.

5. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-


5.1 Ucapan Penasihat
5.2 Ucapan YDP PIBG
5.3 Membentang, membincangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke -14
5.4 Perkara berbangkit
5.5 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Tahunan
5.6 Membentang dan Menerima Penyatan Kewangan Tahunan
5.7 Membahas dan Menerima Usul
5.8 Membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019
5.9 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020
5.10 Hal-hal lain
5.11 Ucapan Penangguhan

6. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

..............................................
(HASRAF FIKRI BIN FAUZI)
Setiausaha Kehormat PIBG,
SK. Putrajaya Presint 16(1)

s.k: 1. Fail Sekolah


2. YDP PIBG

Anda mungkin juga menyukai