Anda di halaman 1dari 1

ASSALAMUALAIKUM w.b.

t…
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH yang telah disambut pada hari Rabu, 19
Julai bersamaan 1 Muharam tahun 1445 Hijrah.

Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati


Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik
kepada keadaan yang lebih baik.

Dalam hadith Riwayat Al Bukhari, Abu Daud dan Al Nasa’e “Orang yang
sebenar-benar hijrah ialah orang yang berhijrah dengan meninggalkan apa-apa
yang dilarang oleh Allah SWT daripada melakukannya.

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba bulan
Muharram maka tibalah tahun baru. Hari pertama tahun baru ialah pada 1
Muharram dan juga dipanggil awal Muharram.

Permulaan kiraan kalendar Islam ialah pada tahun berlakunya peristiwa hijrah
Rasulullah dari Mekkah ke Madinah. Tahun berlaku peristiwa hijrah telah
ditandakan sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam.

Oleh itu, Muharam Bulan Afdhal Puasa Selepas Ramadan.

‫ص َي ِام َبعْ دَ َشه ِْر‬ َ ‫ َأ ْف‬:‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬:‫عن أبي هريرة رضي هللا عنه قال‬
ِّ ‫ض ُل ال‬
‫صالَةٌ م َِن اللَّي ِْل‬ َ ‫صالَ ِة َبعْ دَ ْال َم ْفر‬
َ ‫ُوض ِة‬ َ ‫ان َش ْه ُر هَّللا ِ ْالم َُحرَّ ُم َوِإنَّ َأ ْف‬
َّ ‫ض َل ال‬ َ ‫ض‬َ ‫َر َم‬

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:


Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan
Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat
fardhu adalah solat malam (Tahajud). Hadith riwayat Abu Daud.

Untuk itu, marilah kita perbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini, sekurang-
kurangnya puasa Sunat Tasuua’a dan Asyura pada 9 dan 10 hb Muharam.

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1445.

Anda mungkin juga menyukai