Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA

PERTANDINGAN NASYID
….
..

SEMUA PESERTA, HAKIM DAN YANG TERLIBAT MENGAMBIL TEMPAT


Dipersilakan, semua peserta dan hadirin sekalian untuk mengambil tempat kerana
majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi.

KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS


Bissmillahirahmanirrahim,Alhamdulillahirabilaalim wasalatiwassalamuaasyrafilambia
ilwalmursalin (hingga akhir ayat)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarkatuh

Kita mulakan majlis kita pada pagi ini dengan membaca umul kitab al-Fatihah.

Yang dihormati,
Para juri/ hakim, penjaga masa, guru-guru pengiring, asatizah-asatizah, peserta-
peserta pertandingan NASYID bersempena Karnival Kesenian Anak Islam Johor ,
Minggu Siswa Johor bagi tahun 2022 seterusnya saudara-saudari, hadirin-hadirat
yang dirahmati Allah sekalian.

Syukur Alhamdulillah,
bersama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, atas limpah kurnia-Nya dapat
kita bersama berkumpul di sini untuk mendengarkan alunan NYANYIAN NASYID
daripada kumpulan yang terpilih oleh peserta-peserta pertandingan NASYID
bersempena Karnival Kesenian Anak Islam Johor ini.
Saya mewakili pihak penganjur,
mengucapkan selamat datang kepada tuan-tuan dan puan-puan ke majlis pada pagi
ini.

Jauh-jauh kapal datang,


Jintan selasih dimasak minyak,
Tuan puan jauh ke mari datang,
Diucapkan,Terima kasih banyak-banyak.

MAKLUMAN PERATURAN/ SYARAT PERTANDINGAN


Sebelum itu,
Eloklah kiranya saya membacakan beberapa peraturan penting sebagai peringatan
kepada para peserta pertandingan. Para peserta diingatkan bahawa

1. Setiap kumpulan terdiri daripada maksimum 10 orang peserta atau minimum


8 orang peserta. Mana-mana kumpulan yang didapati melebihi atau kurang
jumlah peserta seperti yang ditetapkan, dikira TIDAK LAYAK.
2. - Setiap kumpulan Nasyid hendaklah mempersembahkan 1 buah lagu
mengikut kategori pilihan kumpulan nasyid. Kategori Nasyid Tradisi
bermaksud lagu yang mengandungi unsurunsur antaranya Bayati, Nahwan,
Sikah, Ras, Sobah, Hijaz, dan ala padang pasir manakala Nasyid Moden
hendaklah tidak termasuk rentak irama Rock, Heavy Metal, Jazz dan Rap
tidak melebihi 5 minit . Markah akan di potong jika lagu berkenaan lebih dari
masa yang ditetapkan.
3. Masa akan ditolak sekiranya melebihi had yang ditetapkan oleh Panel Juri.
4. Tema BEBAS dan pilihan Bahasa sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan Bahasa Arab.
5. Pemilihan lagu boleh menggunakan lagu-lagu nasyid yang sedia ada di
pasaran mahupun menggunakan lagu ciptaan sendiri.
6. Muzik adalah menggnakan kaedah “Minus One”. sahaja. Penggunaan alatan
muzik adalah tidak dibenarkan.

PESERTA MEMULAKAN BACAAN PESERTA

Untuk makluman hadirin,


seramai ______ orang kumpulan/perserta yang akan memperdengarkan
persembahan nyanyian mereka pada pagi/petang ini.

Peserta #1
Tanpa membuang masa lagi,
Kumpulan/Peserta pertama ini akan menyanyikan lagu ______________.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan kumpulan/peserta pertama untuk
memperdengarkan persembahan mereka.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

---------
Demikianlah itu tadi nyanyian yang telah diperdengarkan oleh kumpulan
___________________ mewakili Universiti/Kolej ___________________. Majlis
merakamkan ribuan terima kasih.

Peserta #2
Tanpa membuang masa lagi,
Kumpulan/Peserta pertama ini akan menyanyikan lagu ______________.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan kumpulan/peserta pertama untuk
memperdengarkan persembahan mereka.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
---------
Demikianlah itu tadi nyanyian yang telah diperdengarkan oleh kumpulan
___________________ mewakili Universiti/Kolej ___________________. Majlis
merakamkan ribuan terima kasih.

(PENYAMPAIAN CENDERAHATI)

Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dengan
penyampaian CENDERAHATI bagi para juri.

(Juri 1) Sebagai tanda ucapan terima kasih, Majlis dengan segala hormatnya
menjemput Alfadhil ………….., Jawatan…………, untuk menerima cenderahati
majlis tanda penghargaan dan sebagai kenang kenangan . Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

(Juri 2) Seterusnya, Majlis menjemput Alfadhil ………….., Jawatan…………, untuk


menerima cenderahati majlis tanda penghargaan dan sebagai kenang kenangan .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para juri yang bertungkus lumus
dan atas kesudian untuk bersama kami pada harini.

(BERSURAI)

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dengan itu, berakhirlah Majlis Pertandingan Nasyid kita pada hari ini. Saya
selaku pengacara majlis, ingin memohon maaf bagi pihak majlis atas segala
kekurangan dan dan kelemahan sepanjang majlis berlangsung. Kita akhiri majlis
dengan surah tasbih kifarah dan suratul asr
Sekian, Assalammualaikum w.b.t

P/S:
1) URUTAN PESERTA IKUT SEPERTI DI ATAS.
2) DAPATKAN SENARAI KUMPULAN, NAMA LAGU, DAN NAMA INSTITUT.
3) BUAT PENGUMUMAN JIKA ADA.

DISEDIAKAN OLEH:
UMAR SUHAIL B. MOHD HAKIM
UNIT PROTOKOL (KSAI)

Anda mungkin juga menyukai