Anda di halaman 1dari 18

DUNIA TANPA SEMPADAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

PERSOALAN KESELAMATAN NEGARA

Zaini Othman
W. Shawaluddin W. Hassan

ABSTRACT

In todays modern world, the extensive exploitation of the internet and information
technology by hackers has produced a new form of security threat to the
sociopolitical integrity of Malaysian nation-states. Malaysia is not only one of the
most dynamic developing countries in the world, but is also a country plagued by
territorial disputes and terrorism. III recent years, we have seen territorial.disputes
involving Malaysia with several other countries in the region,for example, maritime
disputes between Malaysia and Indonesia, the Pulau Batu Putih territorial claim
with Singapore, which had escalated not only into diplomatic battles between
politicians on all sides but also between hackers from all of these countries. For
example, a campaign of web defacement carried out by hackers occured during the
dispute between Malaysia and Indonesia over the ownership of the East Ambalat
and Ambalat block in the Makassar Strait. The attack has caused severe damage
to several government websites. This paper analyses the growing role of information
technology, internet and hacktivism as a potential future threat to the government
and society of Malaysia. both international and domestic.

PENDAHULUAN

Istilah-istilah seperti kuasa siber, internet, ruang maya (virtual space), teknologi
penyebaran maklumat (ICf), dalam banyak hal telah mendominasi kehidupan dan sistem
sosial masyarakat dunia khususnya pada abad ke-21. Sistem politik sesebuah
masyarakatjuga tidak terkecuaIi daripada dominasi dan pengaruh istilah-istilah tersebut
khususnya Icr. Misalnya dalam konteks sistem demokrasi, penyebaran maklumat
adalah unsur penting dalam pembangunan demokrasi sesebuah negara. Definisi
demokrasi tidak akan lengkap jika tidak ada kebebasan maklumat, unsur ketelusan,
kebebasan akhbar dan media lainnya dan pelbagai persoalan yang berhubung dengan
asas memiliki maklumat seperti peningkatan kenaI huruf dalam masyarakat, pendidikan
yang semakin baik dan meluas serta peningkatan dalam perkembangan IT (information
technology atau teknologi maklumat) seperti pertambahan penggunaan radio, faks,
teleks, radio, televisyen, komputer, video, CD, e-mel dan internet.
Oleh itu, hal ini menjadikan corak kehidupan bermasyarakat dan bernegara
kini semakin bergantung dan begitu terikat sekali kepada teknologi perkomputeran
dalam men gurus dan mengatur urusan seharian. Setengah abad yang lalu, fenomena
kebergantungan terhadap teknologi maklumat dalam urusan kemasyarakatan dan
:lailli Ollllllall & W. SIIawaluddln W. Hassan

kenegaraan adalah sesuatu yang tidak terjangka atau terfikir akan berlaku kecuali
kepada individu. kelompok atau golongan tertentu yang mempunyai hubungan
langsung dengan bidang sains fiksyen. Satu hal yang amat jelas dalam konteks
perkembangan tersebut ialah kemunculan suatu bentuk kuasa baharu yang dinamakan
sebagai kuasa siber (cyber power); yang dalam banyak hal berpengaruh dan memiliki
dominasi yang kuat terhadap perkembangan dan pembangunan sistem bemegara
sesebuah masyarakat. khususnya dan aspek keselamatan. Kebergantungan yang
begitu ketara dan tidak terelak terhadap sistem rangkaian komputer dan teknologi
maklumat masa kini telah memunculkan salU bentuk ancaman baharu kepada keutuhan
kehidupan negara bangsa. khasnya dari aspek kestabilan politik. Umpamanya.
ancaman siber atau perang siber yang dilancarkan oleh sebuah negara ke alaS negara
lain ancaman yang serupajuga kemungkinan didalangi oleh individu atau kelompok
tertentu di sesebuah negara terhadap pihak-pihak tertentu yang berada di sebuah
negara yang lain yang dilakukan at as motif-motif tertentu atau mempunyai agenda
dan tujuan yang tertentu melalui rangkaian sistem komputer. Bayangkan. negara ini
[Malaysia] pada masa akan datang: kelompok tertentu atau pihak tertentu yang
begitu berpengetahuan dalam i1mu perkomputeran yang disebut PENGGODAM
[HACKERS]. melumpuhkan sistem komputer tenaga kuasa e1ektrik pusat melakukan
amaran kecemasan palsu terhadap sistem trafik negara dan kemudiannya menghantar
benta melalui e-mel dan pesanan ringkas ke talian telefon mudah alih awam yang
menyatakan bahawa pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan agar setiap orang
tidak meninggalkan rumah masing-masing sehingga satu makluman dikeluarkan.
Hal yang sedemikian tidak mustahil akan berlaku pad a masa akan datang di
negara ini. Sistem kehidupan negara bangsa moden yang begitu bergantung kepada
infrastruktur teknologi maklumat dan juga rangkaian pengkomputeran dalam
mentadbir urus prasarana-prasarana kritikal seperti sistem perbankan dan kewangan.
perbekalan elektrik. telekomunikasi dan informasi. pengeluaran gas dan petroleum.
pengangkutan. bekalan air. perkhidmatan kecemasan dan perkhidmatan awam bakal
menghadapi ancaman keselamatan seperti yang dinyatakan di atas. Sistem informasi
global kini yang sering berhadapan dengan ancaman godaman yang berterusan
mengukuhkan lagi andaian dan projektri ancaman sedemikian pad a masa hadapan.
Godamnisme. Teroris-Siber dan Perang-Siber merupakan aktor-aktor yang bakal
menyediakan kaedah atau mekanisme untuk menyerang negara musuh tanpa perlu
menggerakkan tenaga militer memasuki ruang sempadan sesebuah negara atau dalam
erti kata lain tanpa perlu meninggalkan sempadan negara bangsa send in.
Makalah ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis peranan
GODAMNISME sebagai satu bentuk potensi ancaman baharu kepada kelangsungan
keh idupan bemegara dan bermasyarakat pada masa kini. Untuk tujuan tersebut. makalah
ini akan membezakan tiga bentuk aktiviti yang senng dilakukan oleh penggodam dan
aktivis penggodam dalam konteks ancaman keselamatan terhadap rangkaian sistem
pengkomputeran dan teknologi maklumat sesebuah negara. Pertama. aktiviti
godamnisme merujuk kepada sebarang bent uk aksi atau tindakan yang bersifat

124
Dunia Tanpa Sempadan

memfitnah atau serangan terhadap sistem komputer sesebuah syarikat, kumpulan


ataupun kerajaan yang menggambarkan tingkah laku bantahan terhadap aktiviti syarikat.
kumpulan atau kerajaan tersebut. Kedua, aktiviti Teroris-Siber yang ditakrifkan sebagai
"premeditated, politically motivated attack against information, computer system,
computer programs, and data which results in violence against non-combatant targets
by sub-nationals groups or clandestine agents" (Arquilla & Ronfeldt, 2006). Ketiga,
Perang-Siber. merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh penggodam yang bersifat
hostile dan pencerobohan haram terhadap sistem dan rangkaian komputer.

GODAMNISME, TERORIS-SIBER DAN PERANG-SIBER: PEMAKNAAN


ISTlLAH

Godamllisme adalah tindakan atau aksi yang diklasifikasikan sebagai godaman atau
menceroboh ke dalam sesebuah sistem komputer; yakni tindakan tersebut dilakukan
berasaskan motif politik dan sosial. Individu yang melakukan 'aksi' ini digelar sebagai
aktivis godam. Aktivis godam adalah penggodam yang begitu berpengetahuan luas
tentang selok-belok sistem perkomputeran. Penggodam berbeza sarna sekali dengan
aktivis godam. Rata-rata penggodam melakukan aksi godam dengan bermatlamatkan
atau berkeinginan untuk mengetahui manakala aktivis godam melakukan godaman
bagi menyakinkan masyarakat dunia bahawa tingkah laku godaman tersebut adalah
bersifat civil-disobediellce (Delio, 2004). Aktivis godam mc1akukan tindakan godaman
sarna ada secara berseorangan atau bekerjasama dengan aktivis-aktivis godam yang
mempunyai matlamat perjuangan yang sarna di antara sarna lain, sarna ada secara
politik mahupun sosial. Idea awal atau yang pertama sekali ditimbulkan berkenaan
dengan istilah aktivis-godam ini ialah John Perry Barlow, iaitu pengasas bersama
Electronic Frontier Foundation pada tahun 1996 dalarn deklarasinya berhubung
dengan "Independence of Cyberspace " (Barlow, 2006: 15).
Dalam dunia moden kini, eksploitasi yang bersifat "melampau" terhadap IT
dan internet oleh penggodam, seperti yang telah disebut di awal tadi telah
menimbulkan satu ancaman baharu terhadap keutuhan dalaman sesebuah negara
bangsa. Aktivis god am melihat ruang siber sebagai satu cara atau alat bagi aktor
bukan negara untuk menyertai arena konflik, sarna ada yang bersifat nasional atau
antarabangsa. Semenjak akhir-akhir ini, godamnisme telah muncul sebagai satu
fenomena global dan begitu "common" dalam konteks sistem IT dan internet
antarabangsa. Godamnisme telah meliputi pelbagai aspek serangan dalam konteks
ruang siber, iaitu kesemua serangan tersebut adalah kesan daripada aktiviti
godamnisme yang sam a ada bermotifkan politik, kecernburuan nasionalisrne,
keseronokan, keingintahuan, keuntungan dan juga dendam peribadi.
Berdasarkan kepada perkembangan sernasa, godarnnisrne semakin rnenjadi
"ism" ruang siber atau dunia siber yang begitu popular dan mempunyai rarnai pengikut.
Hal ini terjadi disebabkan oleh perkembangan dan pertumbuhan internet yang semakin
pantas dan menyeluruh sifatnya ke serata pelosok dunia. Contohnya, di rantau Asia

125
Zaini Olllman & W. SIIawaluddin W. Hassan

Pasifik. rangkaian telekomunikasi telah berkembang begitu pantas dan saiznya juga
semakin melebar semenjak lima tahun yang lepas dan dijangkakan akan terus
berkembang pada tahap yang dinamik dan pantas dalam jangka lima tahun akan datang.
Dalam konteks ini. ancaman perang siber adalah sesuatu yang nyata dan
amat serius kepada setiap negara bangsa di rantau ini. Umpamanya, Malaysia
merupakan antara negara bangsa di rantau Asia Tenggara yang begitu maju dari
sudut prasarana rangkaian telekomunikasi. iaitu berada di tangga kedua selepas
negara Singapura dan berada pada kedudukan ke-27 di dunia pada tahun 2004.
Namun. dari sudut capaian teknologi maklumat atau IT, masyarakat Malaysia
hanyalah meliputi 42.2 peratus. iaitu secara perbandingan yang jauh lebih rendah
berbanding dengan capaian IT masyarakat atau rakyat di negara-negara seperti
Singapura. Jepun dan Korea Selatan yang merangkumi capaian sebanyak 60 hingga
70 peratus pengguna (Devi. 2(05).
Rantau Asia Pasifik bukan sahaja sebuah rantau yang dinamik dari sudut
pembangunan teknologi. kependudukan dan pertumbuhan ekonomi tetapi juga
sebuah rantau yang turut berhadapan dengan kemelut pertikaian konflik
antarabangsa. Antara kemelut pertikaian konflik antarabangsa yang telah
berlanjutan hingga berdekad-dekad lamanya ialah konflik Kashmir antara India
dan Pakistan. gerakan pemisah nasionalis Tamil atau Liberation Tamil Tigers Eelam
(LTTE) di Sri Lanka selain pertikaian sempadan maritim antara Malaysia dan
Indonesia. Malaysia dan Singapura dan yang paling popular ialah pertikaian
tuntutan hak Kepulauan Spratly yang melibatkan banyak negara di rantau Asia
Tenggara dan juga negara-negara di Asia Timur seperti China dan Taiwan. Konflik-
kontlik yang dinyatakan tersebut bukan sahaja telah berlanjutan semenjak sekian
lama dan melibatkan pertikaian diplomatik dalam kalangan pemimpin politik antara
negara, tetapi juga turut melibatkan kemelut kontlik dalam kalangan penggodam
antara negara terlibat (Devi. 2(05).
Misalnya. dalam kes kontlik di antara LTIEdengan Kerajaan Sri Lanka atau
di antara pertubuhan radikal Jemaah Islamiah Indonesia [11] dengan Kerajaan
Indonesia. Penyokong-penyokong kedua-dua pertubuhan tersebut telah melakukan
serangan siber dan jenayah siber terhadap kerajaan masing-masing sebagai satu
bentuk serangan dan ancaman dalam kempen perjuangan pertubuhan-pertubuhan
tersebut. Situasi ini pemah disifatkan oleh Winston Churchill sewaktu Perang Dunia
ke-2. sebagai "Wizard War". Bermakna. ungkapan .. Wizard War" yang diungkapkan
oleh Churchill setengah abad yang lalu telah muncul kembali dalam bentuk ruang
siber sebagai lapangan baharu atau venue perang yang baharu. Dalam erti kata lain,
di mana sahaja wujud konflik antara negara secara fizikal atau konvensional. maka
akan turut wujud kontlik di alam siber an tara penggodam-penggodam negara yang
terlibat (Brookes. 2(05).
Antara bentuk serangan siber yang popular dalam kalangan penggodam
adalah yang bersifat "website defacement"_ Perbuatan atau aksi merosakkan laman
web musuh merupakan salah satu bentuk aktiviti perang penggodam. Bagaimanapun,

126
Dunia Tanpa Sempadan

tindakan ini tidak hanya terhad di sesebuah lokasi atau sempadan tertentu. Lazimnya,
aktivis god am melakukan aksi atau serangan mereka dari pelbagai lokasi dan peringkat.
Oleh kerana dunia internet tidak bersifat atau mempunyai lokasi fizikal tertentu yang
khusus, maka sebarang individu, kumpulan atau pertubuhan yang bersifat aktivis
godam boleh melakukan serangan terhadap musuh dari sebarang lokasi mereka berada.
Umpamanya, kempen serangan siber yang bertujuan untuk memusnahkan
laman web telah berlaku sewaktu pertikaian antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia
berhubung dengan isu pemilikan Blok Ambalat dan juga Ambalat Timur di Selat
Makasar pada tahun 2005. Ketika ketegangan memuncak an tara kedua-dua buah
negara, serangan siber terhadap laman web Malaysia turut meningkat secara
signifikannya. Antara laman web Malaysia yang telah menerima serangan dan
dimusnahkan kandungannya termasuklah laman web milik pentadbiran kerajaan yang
disertai dengan pesanan yang bersifat mencaci-cerca dan kata nista kebencian
terhadap kerajaan. Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia [MyCert atau
Malaysian Computer Emergency Response Team] melaporkan sebanyak 2561aman
web Malaysia yang telah menerima serangan dan digodam pada suku pertama tahun
2005, berbanding 42 laman web pada suku pertama tahun sebelumnya. Antara laman
web berprofil tinggi negara yang telah digodam dalam serangan tersebut ialah laman
web Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia [MeMC] dan laman web
Universiti Sains Malaysia [USM]. Aktivis godam Malaysia telah melakukan serangan
balas dan berjaya menggodam 36 buah laman web negara Indonesia dan an tara
laman web berprofil tinggi negara Indonesia yang digodam dan dimusnahkan
termasuklah laman web Jabatan Keselamatan Dalam Negara Indonesia. Walau
bagaimanapun, wujud sisi pandangan yang skeptikal terhadap serangan siber yang
telah berlaku tersebut kerana ruang siber yang bersifat ketidakjelasan [ambiguity]
dan ketidaktahuan [anonymity] itu telah menyukarkan para analisis untuk
menyatakan secara tepat bahawa aktivis godam yang melakukan serangan siber
terhadap lam an web kedua-dua buah negara tersebut adalah terdiri daripada rakyat
Malaysia atau Indonesia (Devi, 2(05).
Berdasarkan kepada anal isis yang dilakukan oleh pakar terhadap kejadian
serangan siber tersebut mereka menyimpulkan bahawa serangan yang dilakukan itu
bersifat tidak terancang dan tidak sofistikated. Menurut pakar lagi, serangan itu semata-
mala didalangi oleh aktivis godam yakni tidak menerima sokongan atau bantuan
daripada kerajaan kedua-dua buah negara terlibat. Isu Ambalat bukanlah peristiwa
atau kejadian pertama yang menyebabkan laman web Malaysia digodam atau diserang
serta dimusnahkan. Umum mengetahui dan amat memahami bahawa tahap keselamatan
internet Malaysia bukanlah berada pada tahap yang bersifat secure dan reliable.
Misalnya, pada bulan Jun 2001, aktivis godam yang bersimpati dengan perjuangan
kemerdekaan Kashmir telah melakukan serangan siber dan memusnahkan laman web
milik Kerajaan Malaysia. Serangan tersebut merupakan satu manifestasi terhadap
kelemahan sistem pertahanan internet negara ini (Devi, 2005).

127
Zaini Othman ~ W. Shawaluddin W. Ha.uan

Sementara itu. organisasi teroris dan pertubuhan radikal menggunakan


teknologi maklumat dan internet untuk pelbagai tujuan tennasuklah proses mengenal
pasti dan melatih ahli-ahli baharu kumpulan. merancang tindakan atau serangan
keganasan dan kempen propaganda. Teroris siber cenderung melakukan serangan
siber sebagai metode serangan kerana ia memberikan pelbagai kelebihan kepada
mereka. antaranya ialah:

1. Lebih murah berbanding metode tradisional.


2 Kegiatan atau aksi yang bersifat teroris siber sukar dikesan.
3. Metode ini mampu melindungi kegiatan mereka dari dikesan.
4. Boleh melakukan kegiatan di manajua mereka berada.
5. Metode ini mampu menumpukan sasaran yang lebih besar.

Maka. revolusi teknologi maklumat yang turnt melanda rantau Asia (Malaysia
tidak terkecuali). menyediakan peluang yang sarna terhadap organisasi-organisasi
teroris yang beroperasi di rantau ini untuk memperkukuhkan perjuangan dan kegiatan
mereka. Sejumlah satu ribu organisasi teroris di Asia Tenggara telah menggunakan
dan memanipulasi internet dalam aktiviti penyebaran ideologi pertubuhan kepada
masyarakat awam di ranUm ini. Perkembangan ini seeara tidak langsung mendedahkan
ancaman kestabilan politik terhadap negara-negara di rantau ini. Persenjataan
kumpulan-kumpulan teroris bukan lagi berbentuk pistol. senapang dan juga bom
semata-mata sebaliknya menggunakan kamera mini. pita video. CD rom, komputer
riba. CD-Burners, akaun e-mel dan juga pembinaan laman sawang yang khusus.
Dua kumpulan pengganas atau radikal yang terkenal di rantau ini. iaitu LTfE
dan n adalah antara kumpulan yang aktif menggunakan internet dan IT sebagai "senjata"
baharu untuk. mencapai rnatIarnat perjuangan mereka. LTIE misalnya. merupakan kumpulan
radikal pemisah yang paling terawal dalam mengadaptasi IT dan internet sebagai alat
bantuan peljuangan dan propaganda kumpulan tersebut. khususnya agenda penyebaran
diaspora Tamil. LTIE bertanggungjawab dalam melakukan serangan siber terhadap
rangkaian sistem pengkomputeran kedutaan Sri Lanka di seluruh dunia pada tahun 1997.
Dengan menggunakan pesanan yang berbunyi. "We are the Internet Black TIgers and
we are doing this to disrupt your communications•.. L1TE telah beJjaya melumpuhkan
rangkaian sistem pengkomputeran kedutaan Sri Lanka. Pesanan tersebut jelas
membuktikan pengakuan mereka bertanggungjawab terhadap perbuatan godarnan pada
tahun 1997 (Auerbach & Bulkeley. 2<XXl).
Selain daripada LTTE. n. iaitu sebuah pertubuhan radikal Islam yang
dikatakan mempunyai hubungan dengan pertubuhan radikal al-Qaeda. turut
mengadaptasi IT dan internet dalam propaganda perjuangan dan kegiatan mereka di
rantau Asia Tenggara. Kumpulan ini turut menggunakan ruang siber untuk melakukan
"peperangan" dengan musuh mereka. Peristiwa pengeboman Bali pada tahun 2002
yang mengorbankan seramai 202 manusia. yang sebilangan besarnya adalah
pelancong asing dilaporkan telah dirancang dan disusun rapi melalui ruang siber
128
Dunia Tanpa Sempadan

oleh Imam Samudra. Beliau [Imam Samudra], sebelum pengeboman tersebut dilakukan
telah menerbitkan sebuah artikel agar semua umat Islam melancarkan serangan jihad
[holy war] terhadap Amerika Syarikat dengan menycru agar melumpuhkan sistem
pengkomputeran negara tersebut (Delio, 2004).
Berdasarkan kepada perkembangan terkini yang begitu pantas dalam dunia
siber, sebilangan besar negara sedang membangun dan mengimplementasi strategi
siber untuk memusnahkan struktur-struktur pertahanan musuh-musuh mereka. Perang
siber dilihat sebagai satu bentuk "ketumbukan kuasa ketenteraan" yang mampu
bertindak dalam bentuk multiplier. Negara-negara yang bersaiz kecil yang tidak mampu
menyaingi negara-negara kuasa besar dari sudut persenjataan konvensional, kini
mula beralih arah dengan membangun dan memantapkan kemudahan IT dan internet
masing-masing. Di rantau Asia umpamanya, negara China dilihat sebagai an tara
negara yang paling aktif membangunkan kemudahan dan prasarana perang siber
mereka. Perkembangan ini dilihat sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara-
negara lain di rantau ini.
Pemerhati dan penganalisis politik menyatakan bahawa antara penyebab
utama kepada kerancakan China membangunkan prasarana perang siber mereka
adalah kewujudan persaingan politik di negara tersebut dengan Taiwan terhadap
status kedaulatan Taiwan itu sendiri. Latihan ketenteraan terkini yang dilakukan oleh
kedua-dua buah negara tersebut turut melibatkan taktik latihan perang siber
termasuklah menggodam dan memusnahkan sasaran-sasaran utama sesebuah negara
seperti pusat penyiaran, elektrik, komunikasi, air dan pelbagai lagi yang berkaitan
dengan pertahanan serta keselamatan sesebuah negara.

TEKNOLOGI MAKLUMAT, ANCAMAN KESTABILAN POLITIK, DAN


DEMOKRASI MALAYSIA

Seperti yang telah dijelaskan di peringkat awal perbincangan, artikel ini cuba
membincangkan bagaimana perkembangan IT ini telah memberi kesan yang sangat
besar kepada kelangsungan dan keutuhan politik sesebuah negara khususnya dari
aspek keselamatan. Umum mengetahui bahawa kebebasan mengeluarkan pendapat
di negara ini selama ini dapat dikawal dan dipengaruhi oleh pemerintah, namun dengan
perkembangan ini (dan secara kebetulan pula disokong oleh pemerintah sendiri
dengan pembinaan Multimedia Super Corridor-MSC) telah mempercepat dan
memesatkan pembangunan demokrasi, khususnya dari aspek ruang demokrasi.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dapat dianggap
sebagai individu yang bertanggungjawab dalam perkembangan ini apabila beliau
berusaha mempertingkatkan penggunaan IT dalam masyarakat dengan melancarkan
suatu projek yang dinamakan sebagai MSC. Antara lain projek ini adalah suatu usaha
untuk membangun penggunaan IT seperti yang digambarkan di dalam sebuah majalah
seperti yang berikut:
1')0
Zaini Orhmlln 4< W Shawa/uddin W Hassan

It is Dr. Mahathir who is most responsible for making the Internet


accessible to ordiTUIry Malaysians. In 1996, the technology-loving
premier launched the Multimedia Super Corridor. an ambitious plan
to wire a strip ofreal estate with telecommUllications powerful enough
to support "smart" schools, a paperless government, telemedicine
and a center for software development. among other things.

(Asian Wall Street Journal, 30 March 1999).

Sehubungan dengan itu. kerajaan di bawah pentadbiran beliau juga telah


melipatgandakan usaha ke arah tersebut Pada tahun 1997. kerajaan telah melancarkan
kempen di seluruh negara untuk penggunaan IT. Orang rarnai didedahkan dengan teknologi
ini untuk meningkatkan kesedaran seperti yang dislogankan di dalam kaca televisyen.
iaitu "terima n; belajar n; gUlla IT dan sayang IT. "Internet di Malaysia mula berkembang
semenjak awal 1990-an. iaitu sekitar tahun 1993. IT sebenamya tidak tertakluk kepada
internet dan e-rnel sahaja tetapijuga melibatkan pelbagai medium teknologi maklumat lain
seperti yang dinyatakan di atas. Bagaimanapun. makalah ini lebih banyak menumpukan
kepada peranan internet dan e-mel sahaja memandangkan perkembangan itu yang sukar
disekat dan meledakkan penyebaran maklumat kini. Usaha ini kelihatan membuahkan
hasil dengan bertambahnya bilangan penduduk menggunakan teknologi ini. Daripada
keseluruhan dua juta penduduk yang dibanci. didapati pada tahun 1999 dianggarkan
seramai 480.000 orang telah menggunakan khidmat internet ini dan bilangan ini semakin
bertambah dari masa ke semasa (Asian Wall Street Journal. 30 March 1999).
Kewujudan intemet telah memudahkan penyebaran maklumat kepada pelbagai
pihak termac;uk pemerintah. organisasi politik mahupun individu. Parti politik telah
memanfaatkan IT ini dengan membina laman sawangnya dengan memberikan pelbagai
maklumat serta menyediakan pelbagai ruang interaksi dan pandangan. Demikianjuga
dengan NGO lain. kesempatan ini adalah sesuatu yang menguntungkan dan
mempermudah ketja mereka. Di samping laman sawang. aktivis serta orang ramai boleh
berhubung sesama mereka menggunakan kemudahan ini dengan lebih cepat dan cekap.
Bagaimanapun. penggunaan IT ini didapati begitu pesat berkembang setelah meletus
insiden penahanan mantan Timbalan Perdana Menteri [TPM) Malaysia, Anwar Ibrahim
dan setelah muncul gerakan reformasi di Malaysia. Laporan dari media antarabangsa
menyatakan kes ini dimanfaatkan oleh penyokong beliau untuk mendedahkan kepada
masyarakat terhadap perkara yang berlaku seperti yang berikut:

At 9 pm on September 20, 1998, when masked policemen armed with


submachine guns stormed into the home of Malaysia:S sacked Deputy
Premier Anwar Ibrahim, it was not the local television sllltions or
even CNN which were the first to break the news ofthe historic arrest.
Just minutes after the arrest, an email alert from a supporter present at

130
Dunia Tanpa Sempadan

the house was sent out to newsgroups and discussion lists on the
Internet. giving thousands of Malaysians access to vivid details of the
evetlts that night. It signalled a crncial turning point in Malaysia s
political landscape-the Internet had arrived.

(Sabri min. 1999: 15)

Pelbagai laman sawang khususnya yang bersimpati dan tidak berpuas hati
serta yang menyokong kepimpinan bekas TPM ini telah diwujudkan di dalam internet.
Bilangannya adalah sangat bayak dan sukar dihitung. Sejak 2 September 1998 bekas
TPM itu ditahan, telah muncullebih SOlaman internet yang disediakan bagi melahirkan
pandangan alternatifkepada media aliran perdana. Jurucakap TMNet (pemilik khidmat
internet terbesar di Malaysia) pula menyatakan kalau sebelum ini hanya lebih kurang
9,000 permohonan baharu diterima dalam sebulan untuk melanggan mereka, namun
sejak kes tersebut meletus ia tiba-tiba tclah mendadak bertambah kepada 14,000
sebulan (Asian Wall Street Journal. 30 March 1999). Rata-rata pelanggan baharu ini
adalah golongan pendukung kepada gerakan reformasi di Malaysia. Sejak permulaan
isu reformasi ini, antara laman sawang yang pertama ditubuhkan ialah Anwar.com.
Anwar on-line. Laman Reformasi. Konspirasi. Reformasi.com dan Anwar org.
Apabila kebanyakan akhbar harian yang dikuasai oleh parti pemerintah melahirkan
pelbagai kenyataan memburukkan pemimpin idola orang ramai ini, maka laman Anwar
Online segera ditubuhkan dua hari sahaja selepas beliau ditahan untuk menafikan
segala dakwaan dan menonjolkan kebenaran mereka (Asian Wall Street Journal, 30
March 1999). Beberapa hari kemudian. berpuluh-puluh laman baharu yang dicipta
khas untuk melahirkan aspirasi yang sarna. Setiap satu mudah dikesan apabiJa laman
ini merangkaikan hubungan mereka melalui bahagian link di dalam laman tersebut.
Terdapatjuga laman web yang tidak dikemas kini dan tidak kurangjuga yang
konsisten dan masih kekal dan menerima kunjungan yang banyak hingga kini. Malah,
pada satu peringkat ketika ia masih sensasi pada tahun 1998/9 dahulu terdapat laman
sawangnya yang menjadi laman yang menerima paling banyak pengunjung di datam
server tersebut. Antaranya ialah laman refomwsi. laman sawang Mallllzalim, laman
sawangfree-Allwar dan pelbagai lagi. Semua laman ini menyatakan sokongan kepada
bekas TPM dan cuba menje1askan isu ini dari pihak beliau atau reformasi. Ia menjadi
suatu arena yang berfungsi untuk menjawab atau membalas segala dakwaan dan tuduhan
yang diIemparkan di dalam akhbar tempatan. Secara tidak langsung, mereka seolah-olah
menjadi tempat melahirkan versi cerita di sebelah pihak pemimpin tersebut datam berqx>sisi
dengan media ali ran perdana. Sabri Zain, seorang aktivis yang sentiasa mengikuti
perkembangan internet dan politik pernah mengkaji keadaan ini dan menemui webmaster
laman tertentu untuk mendengar pandangan mereka. Antara lain beliau mendapati:
Zilini Othman & w. S/wwaluddin W. HaISan

"There was no other choice-all the media was against us, without
exception, " said the Webmaster of Anwar Oil-line who declined
to reveal his identity. "The Web site:S success was enormous. 17lere
weren't a lot of graphics, but access became slow because of the
traffic. / didn ~ expect so many responses. People even thought
the government was blocking the site!"

(Sabri Zain, /999:/5).

Sehubungan dengan itu, kritikan dan bantahan terhadap langkah pemerintah


ini turut dilahirkan. Akibat terlalu banyak kritikan terhad ap pemerintah, perkembangan
ini kemudian berganjak pula kepada pembinaan lam an sawang yang menumpukan
kepada pendedahan pelbagai maklumat mengenai keburukan pemimpin yang sedang
berkuasa. Antara contoh laman ini ialah Malzazalim, Ma IUlfira lin, CronY-lIet dan
Firaun 2020. Sebaik sahaja akhbar New Straits TImes melaporkanjumlah pemilikan
aset perniagaan bekas rPM dan rakan-rakannya, satu laman baharu bemama Crony-
Net tiba-tiba diwujudkan dan dipenuhi dengan senarai saham yang dimiliki oleh
individu yang rapat dengan PM. Webmaster laman ini mendakwa butiran yang
diperoleh tidak sengaja diada-adakan sebaliknya disalin dari laman KLSE at au pasaran
Saham Kuala Lumpur (Asian Wall Street Journal. 30 March 1999).
Rata-rata maklumat di dalam laman ini tidak banyak berbeza. iaitu
mendedahkan keburukan bentuk kepimpinan yang ada. Horan dari sini, timbul
pelbagai dakwaan bahawa kini politik di negara ini terlalu banyak dengan fitnah dan
kerajaan khususnya UMNO mula mengambil langkah untuk membasmi sebaran
"fitnah" ini. rerdapat juga laman sawang yang secara benar-benar bergerak untuk
membina masyarakat demokratik atau masyarakat sivil Malaysia tanpa begitu dikaitkan
dengan bekas TPM. Laman ini ialah Aliran, Suaram, Free Malaysia dan Just World.
Kebanyakannya merupakan suara NGO berkenaan. Bagaimanapun, kebetulan isu
pemecatan dan penahanan bekas TPM sedang hangat diperdebatkan dan
menimbulkan krisis kepimpinan dan kestabilan politik Malaysia ketika itu, laman
tersebut juga kelihatan tidak dapat lari daripada menyentuh banyak isu beliau. Hal
ini jelas seperti yang di laporkan oleh Asian World Street Journal yang menyatakan:

There is also a site for Dr. Wan Azizah's new Social Justice
Movement. which has been set up to lobby for her husband's
release. The group is awaiting official approval. so she can't
legally publish a newsletter. Meantime her Web site lists the
movement's aims. as well as dates and venues for meetings.

(Asian Wall Street Journal. 30 March /999)

132
Dunia Tanpa Sempadan

Hal yang sarna turut dilaporkan oleh Sabri Zain [dalam Aliran] yang menjelaskan:

The Internet discussion lists received thousands of new


subscribers and a flood of traffic never before seen. with the vast
bulk of postings being overwhelmingly pro-Reformist. New
discussion lists emerged-Gerak-Net. Adil-Net. Anwarxtpm,
Sedarlah-and it was not unusual for your typical subscriber to
receive at least 200 new messages in their e-mail boxes every day
in the early months following the sacking.

(Sabri Zain, 1999: 16)

Dengan kehadiran pelbagai laman ini. tumpuan terhadap teknologi ini


menjadi semakin besar. Kunjungan menjadi semakin kerap dan maklumat yang disebar
menjadi semakin banyak. sentiasa dikemas kini dan hangat. Secara tiba-tiba juga
sambutan orang ramai terhadap akhbar tempatan menjadi semakin kurang. Maklumat
yang diperoleh daripada pengedar-pengedar akhbar aliran perdana di sekitar Kuala
Lumpur menyatakan bahawa untuk tempoh 1998 hingga 1999. sambutan dan hasil
jualan akhbar Utusan dan Berita Harian telah berkurangan sebanyak 40 peratus.
sementarajumlahjualan akhbar-akhbar terbitan parti pembangkang seperti HARAKAH
dan Roket telah meningkat sebanyak 50 peratus. Masyarakat mula berasa tidak senang
dengan akhbar tempatan apabila mendapati tidak menyiarkan berita yang bebas
sebaliknya bias. Apatah lagi setelah mendapati beberapa berita yang diketahui sendiri
boleh dipersoalkan. Sebagai contoh. apabila mereka menghadiri perjumpaan reformasi
yang dihadiri puluhan ribu orang tctapi di dalam akhbar keesokannya menyatakan
hanya beberapa rat us sahaja yang hadir memberikan tanda tanya akan kebenaran
berita yang dimaklumkan oleh akhbar tersebut. Hal ini boleh diteliti daripada petikan-
petikan yang diperoleh daripada beberapa laman sawang yang wujud. Umpamanya:

"Just by looking at a refomtasi site, you are ntaking a statement


that you reject the nwinstream media, .. says Sumitra Visvanathan,
30, Webmaster of Saksi.com, or "Witness." "Photographs and
eyewitness accounts on Saksi of the 40,000 to 60,000 strong crowd
that gathered in the capital to hear Datuk Seri Anwar the day he
was arrested attracted 20,000 hits the day they were posted, .. says
Ms. Visvanatlum. She says Saksi isn ~ strictly a reform site: "We
don't glorify Anwar and we don't just knock Mahathir. ..

(George, 2005:911)

Sebagai contoh. laman Adil dibina untuk menjawab dan menyaingi laman
pro-reformasi namun ia tidak mendapat sokongan yang baik. Laporan pada bulan Mei

133
Zaini Otllman " W. SIIa ...-aluddin W. Hal.\an

1999 menyatakan laman ini hanya mendapat lebih 18.000 capaian sahaja berbanding
dengan yang menyokong reformasi. Pada masa ini.laman penyokong Reformasi telah
mencapai capaian hingga melebihi 200.000. jauh melebihi laman Adil (New Sunday
TImes, 23 Mei 1999). E-mel khususnya mailillg-list adalah juga suatu hubungan
elektronik yang berkembang pesat selari dengan perkembangan IT seperti Sallgkancil.
Rope, 1itiwangsa, Anwar-net, f/i:.bi-net, Adil Net, Sarawak Talk dan Serita Malaysia_
Ia telah muncul sebagai satu medan tempat melahirkan pendapat secara bebas.
Pendapat ini pula akan dibaca oleh orang lain dan diberi komen atau dijawab sehingga
kadangkala ada yang membawa kepada perdebatan yang panjang. Di dalam Sangmllcil
umpamanya, persoalan politik, ekonomi dan sosial menjadi isu utama perbincangan.
Terdapat juga perbincangan yang menyentuh soal agama khususnya Islam dan ia
menarik banyak pengulas termasuk dan penganut agama lain. Hal yang pasti individu
yang mengunjungi laman web ini harus bersifat sederhana atau moderate. Ada juga
mailing list, iaitu pelanggan hanya diberikan maklumat terkini dalam sesuatu perkara
seperti STRA TFOR. COM's Global Illtelligence, Fill all cia I TIme news, Global
Knowledge Development (GKD) dan Serita Malaysia. Perkembangan IT ini
mendedahkan sesuatu yang selama ini tidak dapat didedahkan. menjadi counter view
atau counter maklumat kepada media perdana dan meningkatkan ketelusan berita kepada
orang ramai. Perkara ini dapat dibuktikan melalui analisis yang dibuat oleh Sabri Zain
dalam majalah Aliran yang dipetik menyatakan:

It is a telling reflection of Malaysia:S biggest political crisis in more


than a decade. The local media generally have tended to reflect tile
government's viewpoillt in reporting Datuk Seri Anwar's sacking.
arrest and triaL Now they are coming up against critics amred ""'ith
computers in the tussle to shape public opinion. Irollically, tire
amazing success of the IlIIernet as an alternative voice is probably
due largely to tile mainstream media. Opinions tlrat are critical of
the government alld tire rulillg political parties are given linle. if
any, coverage in local newspapers and television stations. The
cOlIStallt fear of losing tlreir publishing or broadcasting licenses
hangs like a sword of Damocles over tlreir heads every year wlrell
they /rave to renew them. But Malaysians have long been used to a
cowed, docile media. What probably 'turned over' most people was
the way the local media weill illto a veritable feedingfretq ofgraphic
reports about tire depraved sodomite Anwar, tire bloodtlrirsty
Refonnists and tlreir evil foreign backers.

(Sabri Zain, } 999: 17)

Hal ini secara tidak langsung telah mendedahkan kepada lita bahawa
perkembangan teknologi dalam sistem penyebaran maklumat telah melahirkan suatu

134
Dunia Tanpa Sempadan

bentuk kuasa baharu dalam kehidupan sosial masyarakat Malaysia, iaitu kuasa siber.
Kuasa siber yang muncul ini mempunyai ciri dan kekuatan konsepsi seperti bentuk-
bentuk kuasa konvensional yang lain. Malah, kuasa siber memiliki elemen menguasai
(possession). Bahkan, elemen ini selari dengan konsep kuasa yang pernah diutarakan
oleh ahli sosiologi Jerman, iaitu Max Weber yang menjelaskan konsep kuasa sebagai:

In general, we understand by 'power' the chance of a man or of a


number of men to realize their own will in the action.

(Weber. 1952: 180; 1986: 29)

Jika diperhatikan dalam konteks perbincangan di atas, amat jelas kepada


kita bahawa e1emen menguasai terpancar dalam kuasa siber yang sedang berkembang.
Perkembangan penguasaan ini nampaknya bukan hanya berlaku terhadap aspek-
aspek fizikal seperti pemilikan alat-alat teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat
tetapi juga penguasaan dari sudut nilai dan pemikiran masyarakat itu sendiri.
Menariknya, perkembangan penguasaan nilai dan pemikiran oleh kuasa siber ini
sedang bertembung dan menggugat pengaruh kuasa pemerintah yang telah sekian
lama mencorak, membentuk dan mengawal perkembangan nilai dan pemikiran
masyarakat di negara ini. Perkembangan ini sememangnya membimbangkan
pemerintah. Hal ini secara tersirat diakui sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
yang dipetik menyatakan seperti yang berikut:

Tidak boleh disekat ... ada cubaan sekat tapi keluar yang baru ...
Ada juga perkembangan yang kurang sihat apabila ada laman yang
mengeluarkan pandangan secara tidak sopan dengan bahasa kesat,
caci dan cela ... "I thought the Internet will be good for people to
give opillions, " Dr. Mahathir said recently, "but now it is being
used to spread lies. ,.

(Asian Wall Street Journal, 30 March 1999)

Kuasa siber yang sedang berkembang ini turut memiliki elemen aturan sosial
(social order). Dalam erti kata lain, aturan sosial yang dibentuk oleh kuasa pemerintah
selama ini telah mula diatur semula oleh kuasa siber. Walaupun kuasa siber ini wujud
dalam bentuk maya (virtual), hal yang menariknya ialah ia tetap melahirkan suatu
bentuk interaksi sosial yang bersifat maya (virtual social interaction) dalam kalangan
masyarakat dengan perbincangan yang berkisar terhadap aturan-aturan sosial baharu
dan lebih demokratik sifatnya. Hal ini dapat dilihat menerusi isu-isu sosiopolitik
yang dibincangkan dalam kebanyakan laman sawang. Hampir 90 peratus daripada
isu-isu sosial yang dibincangkan di dalam laman sawang tersebut adalah isu-isu
sosial yang bersifat pengetahuan, tanggungjawab individu dan masyarakat dalam

135
Zoini Othman & W Silawaluddin W Ha.uan

konteks sistem demokrasi Malaysia. Isu-isu sosial sedemikian bertembung pula secara
tidak langsung dengan isu-isu sosial yang bersifat primordial. yang selama ini
mewamai dan mencorak pembangunan politik di Malaysia khususnya dalam konteks
pakatan politik. pembuatan dasar dan kestabilan politik. Perkembangan ini secara
langsung telah semacam mendidik kembali pemikiran dan rxlmla ma... yarakat Malaysia
terhadap persoalan kehidupan bemegara dan bermasyarakat melangkaui batasan
dan lingkungan pemikiran yang bersifat kaum atau kelompok tertentu. Secara
konseptualnya perkembangan tersebut (kuasa siber dan aturan sosial) bertepatan
dengan takrifan konsep kuasa yang pemah di sentuh oleh ahli sosiologis Britain.
iaitu Barry Barnes:

Any specific distribution of Imo ...·ledge cOllfers a generalised


capacity for action upon those ;lIdi~';duals ...·ho carry al/d
cOllstitute it. and that capacity for action is their social power,
the power of the society they constitute by bearing and sharing
the kno ....ledge in question. Social po .....er is tile added capacity
for action that accrues to indil'iduals through their cOl/stituting
a distribution of kno .....ledge alld thereby a society.

(Barnes. 1988: 56-7)

Fenomena konsep kuasa yang dijelaskan oleh Barnes terse but sedang
berkembang dalam konteks perkembangan teknologi maklumat di Malaysia. Walaupun
penyebaran maklumat terse but wujud dalam bentuk maya. hakikatnya L:eupayaan
kuasa siber untuk muncul sebagai kuasa sosial yang mengatur dan menyebarkan
pengetahuan dan kemudiannya di manifestasikan melalui tingkah laku sosial harian
adalah sesuatu yang menarik untuk ditditi dalam konteks perkembangan sosiopolitik
di Malaysia. khususnya sistem demokrasi. Mungkin masih ada pihak yang tidak
yakin kepada pengaruh kuasa siber dalam mempengaruhi sikap dan tindakan orang
ramai. Namun cuba imbas kembali isu khabar angin yang menyatakan akan meletus
t

rusuhan di Chow Kit pada Ogos 1999. Situasi tersebut dilaporkan seperti yang berikut:

A rumor. first staned on tile IlIIemet. was to send city residents in


a frenzy of provision-stocking panic. Machete- ..... ielding
Illdonesilll/ immigrants were said to be rioting in the Chow Kit
district of capital city Kuala Lumpur. One office ....·orker recalls
goillg home in a taxi alld hal'ing to squeeze herselfamong literally
hundreds of packets of instant noodles in the bad seat of the
terrified driver s vehicle. In the end. tile ol/Iy nUlChete-.....idding
IlIdollesitlll.J in the city .....ere the fruit-sellers cUllillg open durians
for hUI/.r:ry customers.
(Subri Zain. IW9:17)

136
Dunia Tanpa Sempadan

Hal yang rnenarik untuk diteliti dan dianalisis daripada perkernbangan


teknologi rnaklurnat dan kuasa siber adalah dari sudut kestabilan politik dan
keselarnatan dalam konteks sistern demokrasi di Malaysia. Selarna empat dekad.
antara aspek yang sering diteliti. dibahas dan dibincangkan rnengenai dernokrasi
di Malaysia adalah aspek ruang dernokrasi yang terhad serta terkawal (rnasyarakat
sivil dan penyertaan politik) dan dorninasi pernerintah dalarn pengurusan dernokrasi
tersebut. Analisis hubungan timbal balik di antara ruang dernokrasi yang terhad
dan dorninasi pernerintah rnenyebabkan ramai sarjana politik Malaysia yang
rnengklasiftkasikan sistem demokrasi di Malaysia dalam pelbagai bent uk dan sifat
yang berbeza. Antaranya ialah dernokrasi dan autoritarian (Crouch. 1996). semi-
demokrasi (Case. 1993). statist dernokrasi (Jesudason. 1995) dan quasi-demokrasi
(Zakaria Hj Ahmad. 1989). Dalam konteks sistem demokrasi yang sedernikian rupa
agak sukar umpamanya perluasan ruang dernokrasi wujud. Hal ini seperti yang
telah dijelaskan kerana pemerintah rnenguasai ruang tersebut rnelalui kawalan
undang-undang dan sistern pendidikan.
Dalam erti kata lain. ruang dernokrasi yang wujud dan dibenarkan oleh
pemerintah itu adalah ruang pernerintah. sarna ada secara ftzikal dan yang Icbih
penting nilai dan pernikiran berada di bawah pengaruh pemerintah. Sebab itulahjika
diperhatikan selarna empat dekad yang lepas. rnasyarakat sivil yang wujud tidak
mampu untuk melepaskan diri dari pengaruh dan dorninasi intelektual pernerintah.
Maka. rnasyarakat yang wujud dalam ruang demokrasi yang terhad tersebut tidak
mampu melakukan suatu proses revolusi budaya (cultural revolution) khususnya
budaya politik. Keadaan ini amat bertepatan dengan pemikiran Antonio Gramsci
(1975) yang menyatakan bahawa kegagalan sesebuah rnasyarakat untuk bersaing
dengan hegemoni pemerintah berkait rapat dengan ketidakupayaan masyarakat itu
sendiri untuk rnelakukan revolusi budaya yang berasaskan kepada kebebasan
intelektual yang bebas daripada hegemoni intelektual pemerintah.
Maka. dalam konteks ini kemunculan IT secara langsungnya telah bertindak
sebagai "alat" kepada golongan lemah untuk beroposisi dengan pernerintah dalam
arena yang bukan lagi bersifat hidden transcript. seperti sebelum ini atau seperti
yang ditunjukkan oleh Scott (1986:241) dalam kajian beliau terhadap masyarakat
Tani di negeri Kedah. IT. sebagai satu bentuk kernajuan rnodenisasi di Malaysia
telah menyuburkan proses pendernokrasian rnaklurnat di Malaysia. Kernunculan
internet. laman-lam an blog dan You Tube umpamanya secara dramatik telah
meningkatkan capaian dan ketelusan maklumat yang bersifat altematifkepada media
pemerintah. Misalnya. pada malam pengiraan undi pilihan raya umum 2008. diJaporkan
laman web Malaysiakini telah crashed (tersumbat) ekoran ketidakupayaan laman
tersebut mengendalikan "traftk" yang begitu tinggi kunjungan dan capaiannya.
Dilaporkanjuga. sepanjang kempen pilihan raya urn urn ke-12 berlangsung selarna 13
hari.laman sesawang Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra merupakan
laman sawang yang dicapai secara konsisten oleh para pengunjung media altematif.
Sementara itu. You Tube pula telah digunakan bukan sahaja sebagai arena persaingan.

137
Zaini Olhnu,m & W. Shawaluddin W. Hassan

tetapijuga ribuan masyarakat menggunakannya untuk menonton ceramah dan kempen


politik yang dianjurkan o1t:h parti pembangkang yang tidak dapat dihadiri oleh mereka
secara fizikal. '
Jelas kepada kita bahawa kehadiran IT. khususnya internet bukan sahaja
telah memungkinkan kepada pendemokrasian maklumat dalam pembangunan politik
Malaysia. tetapi juga mengangkat kekuatan politik golongan lemah untuk beroposisi
dengan pihak pemerintah bukan lagi dalam subsistem yang tersembunyi di bawah
paras pengetahuan pemerintah. malah dalam aras sistem yang terbuka. Golongan
bloggers yang muncul dalam blog-blog tertentu internet secara daring melontar
pandang dunia mereka terhadap sebarang persoalan politik yang bersangkut paut
dengan tadbir urus negara yang mereka berpendapat tidak bertepatan. apatah lagi
bertentangan dengan norma demokrasi. Misalnya semenjak setengah dekad yang
lalu. golongan bloggers seperti Sang Kelambai. Blog Kadir Jasin. Blog Pak Rustam
Sani [Allahyarhaml. Blog Ruhanie Ahmad. Rocky'Bru; kesemuanya secara "berani"
meluahkan oposisi mereka terhadap polisi atau tingkah laku pemerintah yang tidak
seiring dengan budaya demokrasU
Di sam ping itu. kehadiran WI-FI atau jalur lebar tanpa talian turut
menyumbang kepada pendemokrasian maklumat di Malaysia pada hari ini. WI-FJ
telah membentuk satu budaya atau gaya hidup baharu dalam kalangan masyarakat
atau generasi muda dalam capaian maklumat dan gaya interaksi sosial mereka. Di
lokasi-Iokasi seperti Starbucks, McDonald's, A&. W dan Secret Recipe, masyarakat
diiringi dengan komputerriba masing-masing. Komuniti ini menzahirkan pandangan
dunia mereka terhadap sebarang isu atau persoalan kemasyarakatan tanpa ada rasa
ketakutan politik atau kekangan pemerintah.
Dalam erti kata lain. tx)leh diungkapkan di sini bahawa kemunculan IT yang
begitu drastik ke dalam struktur sosial masyarakat Malaysia telah secara langsungnya
mendemokrasikan dan mengkonsolidasikan keazaman politik mereka tanpa perlu
berselindung atau berhemah seperti yang pernah dijelaskan oleh Scon (1986:241)
dalam kajian di Kedah suatu ketika dahulu. Perkembangan ini turut diakui sendiri oleh
pihak pemerintah. misalnya Dato' Ahmad Shaberry Chikl, Menteri Penerangan
Malaysia dalam kabinet baharu selepas pilihan raya umum ke-12. secara jelas
menyatakan bahawa komuniti bloggers adalah an tara segmen masyarakat yang
mencabar hegemoni politik Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum tersebuL
Kenyataan beliau itu terungkap betapa media alternatif adalah antara a new political
force yang perlu diberi perhatian serius pada masa kini. Hal ini secara tidak langsung
telah mendedahkan kepada kila bahawa perkembangan teknologi dalam sistem
penyebaran maklumat telah melahirkan suatu bent uk kuasa baharu dalam kehidupan
sosial masyarakat Malaysia. iaitu kuasa siber.
Daripada perbincangan yang telah dikupas di atas jelas menunjukkan kepada
kita bahawa kemunculan IT dan internet telah memberi pelbagai cabaran baharu
kepada corak kehidupan bernegara dan bermasyarkat di negara ini. Malaysia sebagai
sebuah negara yang bebas merdeka selama 52 tahun telah mengecapai lahap

138
Dunia Tanpa Sempadan

kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang membanggakanjika dibandingkan dengan


negara-negara membangun yang lain. Dalam konteks pencapaian tersebut, tidak
bermakna Malaysia tidak berhadapan dengan cabaran-cabaran yang boleh menggugat
tahap kestabilan yang sedia ada, malah kemunculan IT dan internet telah menjadikan
eabaran terhadap keutuhan negara bangsa Malaysia semakin bert am bah dan
kompleks untuk ditangani.

Dalam kehidupan moden masa kini, kebergantungan dan penggunaan terhadap IT


dan internet yang begitu meluas telah memuneulkan satu bentuk ancaman baharu
terhadap keselamatan sesebuah negara bangsa. Kita telah meneliti bagaimana
organisasi seperti LITE dan 11 te1ah menggunakan dan mengadaptasi IT untuk tujuan
perjuangan mereka dan menyerang pihak yang menjadi sasaran. Malaysia tidak
terkecuali dalam konteks ini. Malah, perkembangan semasa menunjukkan bahawa
keselamatan TUang siber Malaysia tUTUt terdedah kepada aneaman keselamatan,
mahupun yang bersifat antarabangsa ataupun domestik. Maka, perkembangan dunia
siber yang semakin pesat ini memerlukan pemikiran semula bukan sahaja terhadap
konsep keselamatan dan cabarannya, tetapi juga menuntut negara ini
memperkukuhkan tahap kepengetahuanan terhadap dunia siber itu sendiri.

N<YfA

1 Sila lihat rekod capaian laman web ini sebagaimana yang terdapat dalam laman
sawang Malaysia Today pada 9 Mae 2008. Laman web Malaysia Today
boleh dieapai menggunakan earlan enjin Google atau terus kepada alamat
laman tersehut.
2 Blog-blog ini adalah TUang politik yang paling aktif mengetengahkan luahan politik
golongan lemah.
3 Dato' Ahmad Shaberry Chik kini adalah Menteri Belia dan Sukan selepas rombakan
kabinet pada Mei 2009.

RUJUKAN

Arquilla, John J. & David F. Ronfeldt. 2006. Cyberwar and Netwar: New Modes, Old
Concepts of Conflict. RAND Corporation 1993 at as talian http://
www.rand.org/publieations/randreview/issues/RRR.fal19 5 .eyerl
cyberwar.html. .
Asmarani, Devi. 2005. Jakarta-KL Dispute Sparks Cyber War-Hackers From The
Two Countries Deface Nearly 100 Websites. Malaysia Today, atas talian
http://www.malaysia-today.netIBlog-el2005103/jakarta-kl-dispute-sparks-
eyer-war.htm.

139
Zaini Olllman .{ W. SIIawaluddin W. lIas.lan

Auerbach, Jon G & William H.Bulkeley. 2000. Web in Modem Age is Arena For
Activism. Terrorism & War. Wall Street Journal. New York.
Barlow, John P. 2006. A Declaration o/the Independence o/Cyberspace. Electronic
Frontier Foundation. http://homes.eff.orgl-barlowlDeclaration-Final.html.
Barnes, J.P. 1988. The Nature 0/ Power. Cambridge: Polity.
Brookes, Peter. 2005. The Art 0/ Cyberwar. The Heritage Foundation. http://
www.heritage.org.
Case, W. 1993. Malaysia: semi-democracy in withstanding the pressures for regime
change. Pacific Affairs. 66(2), 183-205.
Crouch, H. 1996. "Malaysia: Neither Authoritarian nor Democratic". DIm. K. Hewison,
R. Robinson. & Ci Rodan., Southeast Asia in the 1990s: aUllwritarianism
and democracy (hIm. 135-157). Sydney: Allen and Unwin.
Delio. Michelle. 2004. Hacktivism and how It Got There. Wired News. http://
www.wired.comlnewslinfostructure.html.
George. Cherian. 2005. The Internet's political impact and the penetration/participation
paradox in Malaysia and Singapore. Media.. Culture & Society. Vol. 27 (6),
pp9()3-20.
Gramsci. Antonio. 1975. Prison Notebooks Vo1.2. New York: Columbia University Press.
Jesudason.J. V. 1995. Statist Democracy and the Limits to Civil Society in Malaysia.
Journal o/Commonwealth and Comparative Politics. 33(3), hIm. 335-56.
Weber. M. 1952. Class. Status. Party. In Gerth. H & C. Wrights Mills (eds). From Max
Weber: Essays in Sociology. London: Routledge.
- - - . 1986. "Domination by Economic Power and by Authority." DIm. S Lukes
(ed), Power: Readings in Social and Political Theory. Oxford: Blackwell.
New Sunday Times. 23 Mei 1999.
Sabri Zain. 1999. "Democracy On-Line". Dalam ALIRAN, 06 Ogos 1999. hIm. 15-7.
Scott, James. C. 1986. Weapons o/the Weak: Everyday Forms 0/ Peasant Resistance.
New Haven: Yale University Press.
Zakaria Ahmad. 1989. "Malaysia: Quasi Democracy in a Divided Society". DIm. L.
Diamond, J.J. Linz, & M. S. Lipset, (pnyt.). Democracy in developing
countries: Asia. Jil. 3. hIm. 347-8. Boulder. Colorado: Lynne Rienner.

Asian World Street Journal. 1999. ,

140

Anda mungkin juga menyukai