Anda di halaman 1dari 14

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER JULAI SESI 2023/2024 (JJ232)

GMGA3033

OPERASI DASAR AWAM

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN & PENGAJIAN ANTARABANGSA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

No. Maklumat Kursus


1. Nama Kursus : OPERASI DASAR AWAM
2. Kod Kursus : GMGA3033
3. Nama Staf Akademik : PROF MADYA DR. NUR SYAKIRAN AKMAL ISMAIL
Email :kelaskiran@gmail.com
Telefon : 0195752214

4. Rasional penawaran kursus ini dalam program:


Ini merupakan kursus elektif program BPM. Ia bertujuan mendedahkan para pelajar tentang
proses pembuatan dan perlaksanaan dasar awam.
5. Semester/Tahun Ditawarkan :
6. Jumlah Student Bersemuka SL TLT
Learning Time (SLT)
L = Lecture/Syarahan L T P O
T = Tutorial/Kumpulan 16 4.5 100 120
P = Praktikal
O = Lain-lain
7. Nilai Kredit : 3
8. Prasyarat: GMGA2023 DASAR AWAM
9. Objektif :

Pelajar diharap dapat


1. mengetahui matlamat penggubalan dasar awam.
mengetahui aspek-aspek proses dasar awam terutama proses mengenal pasti masalah
dasar
3. memahami proses pembentukan isu kepada agenda kerajaan.
4. mengetahui strategi-strategi pelaksanaaan dasar.

10. Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat

1. mengaplikasikan proses pembuatan dasar berdasarkan isu dasar (C3)

2
2. menghubungkan objektif dasar awam dengan proses pembuatan keputusan dasar
awam (C4, A4, P1)
3. membandingkan teknik penstrukturan masalah dalam menyelesaikan masalah dasar
dan perlaksanaan dasar (C2, A4)
4. mencadangkan dasar awam yang bersesuaian (A3)
11. Kemahiran yang dapat dipindahkan:
Kemahiran berkomunikasi menerusi pembentangan dan perbincangan; kemahiran
menganalisis isu dan dasar awam melalui tugasan individu; penekanan aspek etika dalam
proses penilaian dasar awam
12. Strategi penilaian dan pengajaran-pembelajaran: Campuran teacher-centered dan student-
centered learning

13. Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai operasi dasar awam yang
digubal oleh kerajaan atau sektor awam. Setiap peringkat pembuatan dasar awam akan
dianalisis secara terperinci. Analisis yang dikaji akan mengaitkan pelbagai isu sama ada dari
sudut ekonomi, politik dan sosial. Perkara yang akan dibincangkan ialah matlamat dasar,
pembentukan agenda, permasalahan dasar, teknik-teknik analisis dasar, perumusan dasar,
peramalan alternatif dasar, dan pemakaian dasar. Kursus ini juga akan mengkaji konsep
penilaian dasar awam seperti anggaran kos, keberkesanan kos, pertimbangan-pertimbangan
analitikal, dan kebolehlaksanaan dasar awam yang digubal.

14. Mod Penyampaian


Syarahan dan perbincangan kumpulan kecil.

15. Jenis dan Metod Pentafsiran :

Kerja Kursus: 60%

Online kuiz I : 10%


Online kuiz II : 10%

Tugasan Individu : 30%


Tugasan I : 10%
Tugasan II : 20%

Pembentangan individu 10%

Peperiksaan akhir: 40%

3
16. Pemetaan kursus dengan Matlamat Program

Matlamat Program Hasil Pembelajaran Kursus


1 2 3 4 5

Melahirkan graduan sebagai pentadbir 3 3 3 3 3


dan pengurus profesional yang
berupaya mengaplikasikan ilmu
pengurusan awam.

17. Kandungan kursus dan SLT mengikut topik

Hasil
Topik L T O SL TLT
Pembelajaran

1.0 PENGENALAN

 Keperluan penggubalan 1
dasar awam
 Matlamat dan objektif dasar
awam
 Matlamat kecekapan
 Matlamat
keberkesanan
 Matlamat
keberkesanan 2
 Matlamat Keselamatan
 Konsep trade off antara
matlamat
 Kitaran dasar awam
 Proses pembuatan dasar
 Proses analisis dasar

2.0 PROSES PERLAKSANAAN


DASAR AWAM
1,2
 Penggunaan model dalm
pengkajian dasar awam
 Pengaruh budaya dan
ideologi politik
 Konsep perlaksanaan dasar
 Descriptive models
 Normative models
 Hard and soft models

4
 Model elit
 Model pluralis
 Model pilihan awam
 Model governance (mix
approach)

3.0 PERINGKAT 1: PENETAPAN


AGENDA

 Masalah dasar dan 2, 3


penetapan agenda
 Bentuk-bentuk agenda
 Jenis-jenis isu dalam agenda
 Perbezaan antara isu dan
masalah dasar
 Proses penetapan agenda
 Non-decision (kept off from
agenda)
 Teknik penstrukturan
masalah
 Teknik Delphi
 Teknik sinektik
 Teknik andaian
 Teknik sumbang saran
 Analisis hierarki

4.0 PERINGKAT 2:
PERUMUSAN DASAR

 Pengenalan 1,4
 Bentuk-bentuk
penyelesaian dasar
 Teknik menghasilkan
alternatif dasar
 Perkaitan alternatif dan
impak
 Kriteria Penilaian alternatif
 Pilihan
 Faktor Kekangan
 Faktor Kos dan
faedah
 Peramalan alternatif dasar

5
5.0 PERINGKAT 3:
PEMAKAIAN DASAR

 Pengenalan 1,4
 Pendekatan pemakaian
dasar
 Pendekatan rational-
comprehensive theory
 Pendekatan bounded
rationality
 Pendekatan
incremental
 Pendekatan multiple
advocacy
 Kriteria pemilihan
cadangan dasar
 nilai (organisasi,
profesionalisme,
peribadi, dasar &
ideologi)
 Political-party
affiliation
 Constitution interests
 Pandangan awam
 Kepatuhan terhadap
undang-undang
 Proses pembuatan
keputusan
 Tawar- menawar
 Pemujukan
 Arahan
 Undian majoriti

6.0 PERINGKAT 4:
PERLAKSANAAN DASAR

 Pengenalan 2,4
 Aktor pelaksana dasar
 Eksekutif
 Legislatif
 Kehakiman
 Agensi-agensi
pentadbiran kerajaan
 Kerajaan Negeri dan

6
tempatan
 Sistem penyampaian
 Model tradisional
(Teori principal-
agent)
 Model mix method
(Teori Governance)
 Kaedah perlaksanaan dasar
 Teknik kawalan
(paksaan & bukan
paksaan)
 Pendidikan/kempen
 Masalah dalam
pelaksanaan dasar
 Pemantauan dasar

7.0 PERINGKAT 5: PENILAIAN


DASAR
3,4
 Pengenalan
 Kepentingan penilaian
dasar
 Kriteria penilaian dasar
 Proses penilaian dasar
 Penilai dalam
 Penilai luar
 Masalah dalam penilaian
dasar
 Kekaburan matlamat
 Gagal mengesan
punca masalah
 Percantuman kesan
dasar
 Data tidak lengkap
 Kekangan masa
 Penilaian tidak
memberi
kesan/pengaruh

8.0 PERINGKAT 6: 3
PERUBAHAN DAN
PENAMATAN
DASAR

7
 Pengenalan
 Konsep perubahan dan
penamatan dasar
 Bentuk-bentuk perubahan
dasar
 Bentuk-bentuk penamatan
dasar

4
9.0 OPERASI DASAR AWAM :
ISU DAN CABARAN PADA
MASA HADAPAN

 Perbincangan isu-isu
kontemporari

16 64 80
Pentafsiran Bersemuka SL TLT

Kerja Kursus 60% 1.9 8.3 21.9

Peperiksaan Akhir 40% 2.5 11 13.50

Jumlah Jam Notional 47.4 69.3 116.6

Jam Kredit 3

19. Rujukan

Rujukan utama

Anderson, J. E. (2015). Public policymaking 8th edition. USA: Cengage Learning

Hill, Michael (2009). The policy process. United Kingdom. Prentice Hall.

Kingdon, J.W (2011). Agendas, alternatives, and public policies. Boston: Longman.

Lester, J. P. & Stewart, J. Jr. (2008) Public policy: An evolutionary approach (3rd ed.).
Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning.

Stone, Deborah (2012). Policy paradox: The art of political decision making. New York:

8
W.W.Norton & Co.

Rujukan tambahan

Ahmad Atory Hussain. (2000). Analisis dasar awam: Peranan kerajaan mengatasi
masalah ekonomi dalam sistem pasaran bebas. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Sabitha Marican. (1997). Dasar awam di Malaysia: Isu dan konsep. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Stone, D. (1998). Policy paradox and political reason. USA: Scott, Foresman &
Company.

20 Maklumat Tugasan

1. KUIZ (20%)
Setiap pelajar perlu menduduki kuiz secara atas talian.Mohon pelajar bersedia dan mengambil kuiz
pada masa yang ditetapkan. Agihan markah adalah seperti berikut:

Kuiz I : 10%
Kuiz II : 10%

2. TUGASAN INDIVIDU : 30%


Setiap pelajar dikehendaki menyempurnakan tugasan individu yang terdiri daripada:
a. Tugasan I (10%)
b. Tugasan Individu II/ Kumpulan (20%)

Tarikh penghantaran adalah pada PERTEMUAN KEEMPAT (MENGIKUT KALENDAR


AKADEMIK SEMESTER JANUARI 2023) secara hard-copy.

Tugasan I (10%)

9
Agenda Pembangunan Lestari 2030 atau juga dikenali sebagai Sustainable Development Goal (SDGs) yang
diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah diterima pakai pada September 2015. Ia
disokong oleh 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) dan 169 sasaran. Matlamat yang ingin dicapai
merentasi kemajuan dimensi ekonomi, sosial dan alam sekitar untuk pembangunan mampan di seluruh dunia.
Proses bagi pencapaian matlamat SDGs ini akan melibatkan aktiviti agenda sistemik serta diperkemaskan
melalui agenda institusi. Oleh itu, pelbagai strategi yang digubal bagi mencapai matlamat SDGs.

Merujuk kepada perkongsian maklumat di atas, jawab SEMUA soalan berikut:

1. Senaraikan LIMA (5) Matlamat-matlamat Agenda Pembangunan Lestari 2030.

(5 markah)

2. Jelaskan dengan ringkas setiap matlamat yang disenaraikan tersebut.

(5 markah)

3. Pada pandangan anda, mengapakah SDGs diperkenalkan sebagai matlamat dasar yang perlu dicapai bagi
setiap negara? Nyatakan TIGA (3) pandangan anda beserta bukti yang munasabah.

(15 markah)

4. Dasar yang digubal dan dilaksanakan di Malaysia juga merujuk kepada pencapaian SDGs. Bincangkan
SATU (1) SDG yang paling penting untuk diberi perhatian oleh kerajaan masa kini. Berikan TIGA (3)
alasan anda menyokong tindakan kerajaan berkenaan.

(15 markah)

Tugasan II (20%)

Soalan ini perlu merujuk kepada tugasan I

1. Berdasarkan senarai Matlamat SDG yang telah anda kenalpasti dalam tugasan 1;

a. Kenal pasti SATU (1) matlamat SDG yang ingin anda bincangkan dalam tugasan ini
dan, nyatakan alasan anda atas pemilihan matlamat SDG tersebut.

(5 markah)

b. Kenal pasti matlamat dasar yang dibincangkan dalam modul (rujuk bab 1) dan kaitkan
dengan matlamat SDG tersebut. Rasionalkan hujah anda berkenaan hubungkait
matlamat SDG tersebut dan matlamat yang dinyatakan dalam modul.

10
(10 markah)

2. Bincangkan satu kes di Malaysia yang boleh dikaitkan dengan matlamat SDG tersebut dalam
mencapai matlamat yang dinyatakan seperti dalam modul.
(10 markah)

3. Jelaskan kepentingan matlamat yang dinyatakan dengan merujuk matlamat dasar awam
sejajar dengan matlamat SDG yang dibincangkan di atas.
(15 markah)

Panduan Penyediaan Tugasan

a. Jawapan pelajar hendaklah ditaip menggunakan kertas berukuran A4 dengan langkau satu
setengah baris (1½ spacing). Jawapan yang dikemukakan perlu jelas dan mudah dibaca oleh
pensyarah. Jawapan berunsur plagiat adalah TIDAK DITERIMA. Setiap tugasan akan
melalui pemeriksaan turnitin dan perlu memperolehi indeks kesamaan (similarity index)
tidak lebih daripada 20%.

b. Panjang tugasan mestilah tidak melebihi 5000 patah perkataan (15-20 mukasurat),
menggunakan format APA

c. Tugasan mesti diserahkan kepada pensyarah pada PERTEMUAN KEEMPAT secara


HARDCOPY.

Sila rujuk rubrik permakahan tugasan (Essay Marking Scheme) di Lampiran 1 sebagai panduan
menghasilkan tugasan.

3. PEMBENTANGAN INDIVIDU 10%

Setiap pelajar perlu membentangkan Tugasan II secara bersemuka. Pembentangan perlu dihantar
pada PERTEMUAN KEEMPAT.

21 Jadual Pertemuan

JADUAL SESI PERTEMUAN DAN PEPERIKSAAN AKHIR


SEMESTER JULAI SESI 2022/2023

11
Pertemuan Modul Tempoh

 Penerangan berkaitan kursus


1  Penerangan tentang tugasan 4 jam
 Bab 1 dan Bab 2
 Perbincangan

2  Bab 3, Bab 4 dan Bab 5 3 jam


 Kuiz I 1 jam

3 jam
 Bab 6, Bab 7 dan Bab 8
3 1 jam
 Kuiz II

 Pembentangan individu
4 4 jam
 Penyerahan Tugasan Individu I & II

 Peperiksaan Akhir Semester


5 Akan dimaklumkan

APPENDIX 1

12
GMGA3033 PUBLIC POLICY OPERATIONS

Essay Marking Scheme

Name __________________________________

ID No.__________________________________

Marks awarded

1. Presentation of the assignment

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

2. Introduction to chosen topic

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

3. Quality of analysis of chosen topic

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

4. Appropriate use of literature

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

5. Practical examples

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

6. Explicit links to GMGA 3033 course content

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

7. Explicit expression of own opinion

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

8. Overall conclusions

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

9. Appropriate references and referencing

13
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

10. Overall Style, Expression and Structure

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Total_____________%

Overall Comments:

14

Anda mungkin juga menyukai