Anda di halaman 1dari 3

Bidang 3: Hubungan Antara Komuniti dan Masyarakat.

3.3 : Hargai Kemudahan Awam

Unit 10 : Kemudahan Awam Dijaga Bersama

Pengenalan :

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur dan berbangga dengan kemudahan awam yang disediakan
oleh kerajaan. Kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk kegunaan dan manfaat
orang ramai dalam sesebuah negara.

Contoh Kemudahan Awam :

a) Hospital e) Tempat pakir


b) Transit Aliran Ringan (LRT) f) Taman mainan
c) Pusat Transformasi Bandar (UTC) g) Perpustakaan
d) Tandas Awam

Kepentingan Menjaga Kemudahan Awam :

Cara Menjaga Kemudahan Awam :

1) Semua pihak harus bertanggungjawab ketika menggunakan semua kemudahan awam agar
dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang.
2) Antara panduan menggunakan kemudahan awam yang betul adalah:
a) Mematuhi peraturan bagi setiap tempat
b) Tidak bertolak-tolak dalam komuter/LRT/MRT
c) Membuang sampah di tempat yang ditetapkan
d) Mengepam air dan memastikan tandas bersih

Kesan Vandalisme :

1) Perbuatan vandalisme memberikan kesan terhadap masyarakat dan negara.


2) Antara kesan vandalisme adalah:

Kemudahan Awam Kesan Vandalisme


Pondok telefon Tidak dapat menghubungi pihak berwajib ketika kecemasan.
Tandas awam Keadaan tubuh badan akan tidak selesa.
Taman permainan awam Kanak-kanak tidak dapat bermain atau beriadah.
Perhentian bas Tidak ada tempat perlindungan semasa hujan atau hari panas.
Kawasan setempat akan dipenuhi sampah dan akan mengundang
Tong sampah
penyakit.

Berbangga dengan Kemudahan Awam :

Kita perlu berbangga dengan pencapaian negara dalam menyediakan kemudahan yang sangat lengkap
seperti:

a) Bangunan sekolah bertingkat serta dilengkapi dengan keperluan asas dan kelengkapan terkini
seperti kemudahan Internet, makmal komputer dan alatan moden yang berkaitan
b) Hospital bertaraf antarabangsa dan kemudahan rawatan yang terkini
c) Light Rail Transit (LRT), Mass Rapid Transport (MRT) dan komuter merupakan pengangkutan
moden dan cekap
d) Pembinaan taman rekreasi dan menaiktarafkan kemudahan supaya dapat menjalankan aktiviti
riadah dengan seronok dan selesa

Perasaan Kemudahan Awam Dirosakkan :

1) Sebagai anggota masyarakat, kita pasti akan berasa marah dan sedih jika kemudahan awam
dirosakkan dan tidak dapat digunakan.
2) Kita juga akan berasa kecewa kerana tidak dapat menggunakan kemudahan awam dengan
selesa ketika memerlukannya.

Kebersamaan Menjaga Kemudahan Awam :

1) Tanggungjawab menjaga kemudahan awam seharusnya dipikul secara bersama agar ianya dapat
digunakan secara optimum.
2) Ibu bapa perlu memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mengenai penggunaan
kemudahan awam dengan berhemah dan menerangkan kesan perbuatan vandalisme.
3) Masyarakat perlu bekerjasam dengan pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang kerosakan
kepada pihak yang bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai