Anda di halaman 1dari 1

KAEDAH PEMBANGUNAN BBM

Dalam projek yang kami jalankan, Bahan Bantu Mengajar terbahagi kepada dua, iaitu
bersumberkan media dan projek 3D. Untuk menghasilkan bahan pembelajaran yang terbaik
dan teratur mengikut arus kemodenan pembelajaran Abad-21, kedua-dua bahan bantu
mengajar ini mempunyai proses dan kaedah yang tersendiri untuk menjentik minat pelajar.

Kami menggunakan Microsoft Power Point sebagai medium asas bagi projek kami untuk
bahan media. Di samping itu, aplikasi Adobe Photoshop juga membantu kami dalam
mewarnai lukisan kami.

Berikut adalah Kaedah Pembangunan BBM bagi sumber media kami :

Langkah 1 : Pemilihan buku (Pak Pandir Membeli Kerbau)

Langkah 2 : Melukis gambar menggunakan pen dan kertas

Langkah 3 : Scan gambar yang dilukis menggunakan cam scanner

Langkah 4 : Mewarnakan gambar menggunakan perisian Adobe Photoshop

Langkah 5 : Membina slaid menggunakan Microsoft Power Point

Untuk menghasilkan Projek 3D, kami menggunakan bahan-bahan dari barang yang terpakai,
seperti botol, plastik, tanah liat, batu-bata dan kami menggunakan konsep bertemakan hutan
dan sungai. Untuk menghasilkan hutan, kami menggunakan tisu yang dibasahkan dan tanah
liat.

Langkah 1 : Pemilihan bahan

Langkah 2 : Membina kawasan hutan dan sungai

Langkah 3 : Membina sebuah rumah kampung

Langkah 4 : Menambah hiasan sekeliling seperti batu-bata dan sebagainya

Langkah 5 : Meletakkan model haiwan seperti burung, kerbau dan ikan

Anda mungkin juga menyukai