Anda di halaman 1dari 6

EDARAN CALON SAHAJA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

GARIS PANDUAN
UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) DAN UJIAN AMALI PENDIDIKAN JASMANI (UAPJ)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

1. MAKLUMAT UMUM

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi maklumat awal berkaitan pelaksanaan Ujian
Kecergasan Fizikal (UKF) dan Ujian Amali Pendidikan Jasmani (UAPJ) agar calon dapat
membuat persediaan sebelum menghadiri UKF atau UAPJ. Calon akan diberi taklimat lebih
menyeluruh berkaitan UKF atau UAPJ pada hari ujian dijalankan.

UKF dan UAPJ merupakan ujian saringan yang dijalankan oleh Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pengambilan calon guru bagi
mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM. Ujian ini bertujuan untuk
mengukur tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan calon. UKF dijalankan kepada
semua calon kecuali calon yang memilih bidang Pendidikan Jasmani sebagai pilihan 1 dan 2.
Manakala UAPJ hanya dijalankan kepada calon yang memilih bidang Pendidikan Jasmani
sebagai pilihan 1 dan 2 sahaja. Komponen UKF dan UAPJ terdiri daripada ujian berikut;

BIL UJIAN KECERGASAN FIZIKAL UJIAN AMALI PENDIDIKAN JASMANI


1 Indeks Jisim Badan (BMI) Indeks Jisim Badan (BMI)

2 Bangun Tubi Variasi Bangun Tubi Variasi


3 Tekan Tubi Tanpa Henti Tekan Tubi Tanpa Henti

4 Duduk dan Jangkau Duduk dan Jangkau

5 Bleep Bleep
6 Lompat Jauh Berdiri

7 Lari Ulang Alik

8 Alternate Hand Wall Toss

9 Ujian Pecutan (Sprint Test) 30 Meter

1
EDARAN CALON SAHAJA

Manakala bagi calon MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBPK), komponen UKF terdiri
daripada ujian berikut;

BIL UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MBPK

1 Indeks Jisim Badan (BMI)


2 Angkat Belakang (Trunk Lift)

3 Bangkit Tubi

4 Ekstensi Belakang (Trunk Extention)


5 Berjalan Rockport 1 Batu (1600 meter)

Calon diwajibkan menjalani semua bateri UKF/UAPJ. Jika calon gagal mengikuti dan
mematuhi salah satu daripada ujian-ujian tersebut dengan prosedur yang ditetapkan,
calon dianggap GAGAL.

Calon yang mengandung, sakit atau cedera tidak dibenarkan untuk menduduki
UKF/UAPJ atas faktor kesihatan dan keselamatan. Calon perlu memaklumkan kepada penilai
status kesihatan masing-masing sebelum ujian dimulakan.

2
EDARAN CALON SAHAJA

2. PAKAIAN CALON SEMASA UKF/UAPJ

Calon dikehendaki BERPAKAIAN SUKAN FORMAL dan bersesuaian dengan etika profesion
perguruan semasa menjalani ujian. Contohnya seperti yang berikut;

2.1 Calon Lelaki :


i. T-shirt berkolar berwarna putih (sepenuhnya) dan
ii. Seluar sukan panjang berwarna hitam/gelap.
iii. Kasut sukan dan berstoking

2.2 Calon Perempuan :


i. T-shirt berkolar berwarna hitam/gelap (sepenuhnya) dan digalakkan
berlengan panjang.
ii. Seluar sukan panjang berwarna hitam/gelap.
iii. Kasut sukan dan berstoking
iv. Bagi calon yang bertudung, pastikan tudung dipin dengan kemas pada baju
atau dimasukkan ke dalam baju (tug in) agar tidak menghalang pemerhatian
dan penilaian panel.

Contoh
pakaian bagi
calon lelaki

Contoh tudung
dimasukkan
dalam baju

Contoh pakaian bagi


calon perempuan
(muslim)

3
EDARAN CALON SAHAJA

3. SURAT AKUAN CALON

Surat Akuan Calon (SAC01) disediakan


untuk setiap calon. Calon perlu memuat
turun borang SAC01 dan melengkapkan
maklumat yang diminta.

Borang ini perlu dibawa semasa


menghadiri UKF/UAPJ di pusat yang
ditetapkan.

Sila serahkan borang SAC01 yang telah


lengkap kepada penilai UKF/UAPJ
selaku saksi kedua.

Pastikan anda membaca


terlebih dahulu sebelum
melengkapkan Surat
Akuan Calon ini!

4
EDARAN CALON SAHAJA

4. SESI DAN MASA TEMU DUGA – UKF/UAPJ

Pastikan anda
sampai lebih awal
di pusat UKF/UAPJ
yang ditetapkan!

Calon akan ditetapkan Pusat, Tarikh, Sesi dan Kumpulan temu duga serta UKF/UAPJ.
Penetapan pusat dan tarikh temu duga/UKF/UAPJ adalah muktamad. Setiap calon perlu
merujuk surat panggilan temu duga dan UKF/UAPJ yang diberikan dengan teliti.

Calon bagi Kumpulan A dan Kumpulan C akan menduduki sesi temu duga terlebih
dahulu dan tertakluk kepada pakaian temu duga seperti yang ditetapkan. Calon perlu menukar
pakaian setelah sesi temu duga selesai.

Manakala calon bagi Kumpulan B dan Kumpulan D akan menduduki UKF/UAPJ


terlebih dahulu dengan memakai pakaian sukan seperti ditetapkan. Calon perlu menukar
pakaian setelah sesi UKF/UAPJ selesai untuk terus ke sesi temu duga.

5
EDARAN CALON SAHAJA

PERINGATAN

i. Garis Panduan ini hanya untuk rujukan calon sahaja.


ii. Calon dilarang dari membuat salinan atau menyebarkan garis panduan
ini kepada orang lain. Calon yang didapati melanggar peraturan ini boleh
diambil tindakan atau dibatalkan tawaran.
iii. Calon perlu ingat tarikh dan pusat UKF/UAPJ yang telah ditetapkan. Calon
tidak dibenar untuk menukar tarikh atau pusat UKF/UAPJ.
iv. Calon mengandung/sakit/cedera dinasihatkan agar TIDAK menjalani ujian ini atas
faktor kesihatan dan keselamatan.
v. KPM tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos atau kecederaan
semasa pelaksanaan ujian.

TIPS UKF/UAPJ!
1. Peka dengan tarikh dan pusat UKF/UAPJ yang
ditetapkan.
2. Baca Garis Panduan melaksanakan UKF/UAPJ
dengan teliti.
3. Lakukan aktiviti-aktiviti kecergasan yang sesuai
sebagai persiapan sebelum menduduki ujian.
SEMOGA BERJAYA!

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2023

Anda mungkin juga menyukai