Anda di halaman 1dari 23

DECE SIDMA

MUKA DEPAN TUGASAN


Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada
pensyarah. Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul
dan membubuh tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda
hasilkan.

NAMA SUBJEK: KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

KOD SUBJEK: M P U 2 2 3 3
TAJUK TUGASAN: TUGASAN 1 - PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
DALAM PERNIAGAAN.

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:
1. JOANA SHAREN ARTHUR CHUAT S C 2 2 0 7 1 0 3 2

UNTUK PERHATIAN (NAMA PENSYARAH):

TARIKH SERAHAN: 0 6 0 1 2 0 2 3

AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak
melibatkan ciplakan atau peniruan.

( JOANA SHAREN ARTHUR CHUAT )

1
ISI KANDUNGAN

1.0 Sejarah dan Evolusi


Media sosial …………………………………. 1- 7

2.0 Kepentingan dan keburukan


Media sosial dalam perniagaan ……………………. 8

2.1 Kepentingan Media Sosial


Dalam Perniagaan ………………………………….. 8 - 12

2.2 Keburukkan Media Sosial


Dalam Perniagaan ………………………………….. 13 - 15

3.0 Cabaran / Halangan Penggunaan


Media Sosial Di Malaysia ………………………… 16 - 18

3.1 Lampiran ………………………. . 19 -23

2
SEJARAH DAN EVOLUSI MEDIA SOSIAL .

Dalam meniti arus kemodenan ini, media sosial sebenarnya telah pun
wujudnya pada sekian lamanya. Seperti yang kita ketahui, media sosial wujud padda
tahun 1978 iaitu merupakan penemuan sistem papan buletin di mana kita dapat
memuat turun maklumat berkomunikasi dengan menggunakan surat elektronik.
Tambahan pula, surat elektronik juga merupakan jaringan komunikasi seperti
penggunaan internet. Selain itu, sambungan jaringan internet digunanakan oleh
saluran telefon yang moden. Di samping itu, sistem buletin ini telah ditemukan oleh
Warel Christensen dan Randy Suess dimana kedua-duanya sangat meminati akan
dunia komputer, disebabkan mereka berdua maka wujudlah ‘ sejarah dan evolusi
media sosial’. Seterusnya, perkembangan media sosial pertama kalinya dilakukan
melalui pengiriman surat berbentuk elektronik dan ini merupakan surat elektronik
yang pertama yang telah diwujudkan oleh peneliti ARPA ( Advanced Reasearch
Project Agency ) pada tahun 1971. tidak ketinggalan juga, penggunaaan media sosial
kini semakin berkembang sehingga perkhidmatan penerbitan blog atau lebih dikenali
sebagai blogger yang pertama kalinya dan telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh
Pyra Habs.

Lanjutan daripada huraian di atas, evolusi rangkaian media sosial yang


sebenar bermula setelah kemunculan Friendster yang telah wujud pada tahun 2002
dan juga telah diikuti oleh Lindkin yang juga merupakan jaringan perniagaan oleh
golongan profesional yang juga telah muncul pada tahun 2002. Selain itu, jaringan
yang terkenal juga telahpun menjadi kegilaan para pengguna Friendster. Tidak
ketinggalan juga, laman sosial Friendster juga merupakan sebuah laman web yang
mempunyai rangkaian sosial milik swasta manakala ibu pejabatnya terletak di Sydney
Australia. Seperti yang kita ketahui, perkhidmatan Friendster membolehkan
penggunanya lebih kerap berhubung sesama sendiri dan berkongi tentang kandungan
dan media dengan rakan-rakan mereka yang lain. Di samping itu, tapak web ini juga,
telah digunakan untuk mengenalin seseorang, pemuzik dan dapat mencari hobi baru
untuk mengisi masa lampang mereka. Sebagai contoh, pengguna boleh berkongsi
video, foto, mesej dan komen dengan satu sama yang lain melalui profil atau
rangkaian mereka. Laman web Friendster diasaskan oleh seseorang pengaturcara

3
komputer yang bernama Jonathan Abram di Mountain View, Califronia pada tahun
2002. sebelum munculnya Facebook, Myspace, linkedIn dan lain-lain. Laman sosial
seperti Friendster ini telah diasakan untuk menyediakan tapak berkomunikasi yang
selamat dan berkesan untuk bergaul dengan rakan yang baru. Selain itu,
Friendster.com yang telah dilancarkan pada tahun 2002 lalu digunakan tiga juta
pengguna dalam masa tiga bulan yang pertamanya, kejayaan laman sosial seperti
Friendster juga turut dibincangkan di bahan penerbitan iaitu seperi di Times, Esquire,
Vnity Fair, Entertainment Weekely, Us Weekly dan Spin. Manakala pengasasnya juga
turut terpapar pada kulit majalah dan muncu beberapa rancangan.
Walaubagaimanapun, pada pertengahan tahun 2005, laman web Friendster kehilangan
taringnya di Amerika Syarikat tetapi pada waktu yang sama Friendster semakin
popular di negara Asia sebagai contohnya di negaa seperti di Malaysia, Filipina,
Singapura dan Indonesia. Seperti yang telah kita ketahui, Friendster dianggotai lebih
15 juta pengguna berdaftar sehingga kini jumlah pengguna semakin meningkat,
terutamanya di Asia. Seterusnya, pada Ogos 2008, Friendster mengambil keputusan
untuk mengambil khidmat Richard Kimber yang merupakan seorang bekas
eksekutif google sebagai ketua pegawai pegawai eksekutifnya, kimber yang selama
ini pernah menyandang jawatan pengarah pengurusan serantau Asia Selatan di
googlle yang kini lebih fokus dengan perniagaannya di serantau Asia. Tamabahan
puala, pada tahun tahun 2009 telah dilaporkan bahawa Friendster telah dibeli oleh
MOL iaitu merupakan syarikat besar di Malaysia.

Pada tahun 1995, laman web Geocities telah diwujdkan dimana laman web
seperti ini digunakan untuk melayani Web Hosting seperti layanan penyewaan
penyimpanan data-data website agar halaman website tersebut dapat diakses dari
mana-mana tempat dan bila-bila masa. Selain itu, kemunculan web GeoCities ini telah
memjadi tonggak kewujudan kepada website yang lain. Seterusnya, sejarah laman
jaringan sosial juga telah bermula dengan laman web yang bernama SixDegree.com
yang telah dikreditkan sebagai laman sosial pertama yang telah diasaskan pada
tahun1997 dengan mempunyai pelabagai ciri di dalam laman web tersebut nuntuk
menarii minat pengguna. Tidak ketinggalan juga, pada tahun 1999, terdapat lagi satu
lagi aman web untuk merakam kehidupan seharian kita dan merupakan laman di mana
kita boleh luahkan semua cerita kita melalaui poenulisan secara holisik atau rasional
iaitu laman sosial yang bernama blog atau lebih dikenali sebagai Blogger. Seperti

4
yang kita ketahui, laman web seperti ini telah menwarkan pengguna supaya dapat
membuat halaman pengguna sendiri di halaman blognya dengan memasukkan data
dan memuat turun apa-apa saya yang dapat menarik perhatian pengguna seperti hal
pribadi ataupun mengkritik seseorang termasuklah seseorang pemimpin sehingga
laman dilebelkan sebagai blogger merupakan sesebuah media sosial semain
berkembang dengan telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan kita manusia.

Selain Friendster, munculah pula laman web jaringan sosial yang lain
terutamanya laman jaringan seperti jaringan perniagaan seperti LinkedIn.com. Pada
tahun 2002, akibat dari poenutupan banyak dot.com , laman sosial LinkedIn adalah
merupakan media sosial yang sangat cepat perkembangannya di mana laman web
seperti ini beronterasikan perniagaan dan banyak digunakan oleh jaringan profesional
seperti usahawan terkemuka. Seterusnya, media sosial seperti ini awalnya didirikan
oleh Reid Hoffman panda tahun 2002 dan secara rasminya telah dilancarkan pada 5
Mei 2003 manakala pada tahun 2006, laman sosial yang bernama LinkedIn sudah
dikenali 20 juta orang dan sehingga Jun 2013 dan banyak digunakan oleh usahawan.
Di samping itu, LinkedIn juga telah melaporkan bahawa mereka mempunyai akaun
pengguna lebih daripada 259,000,000 yang tersebar di 200 negara du dunia. Di dalam
laman web LinkedIn telah tersedia dalam 20 bahasa termasuk bahasa Ingerris,
Perancis, Jerman, Italia dan banyak lagi bahasa asing di dalam laman web tersebut.
Tambahan pula, Jeff Weiner adalah CEO LinkedIn dan telah berkerjasama dengan
pasukan pengurusan perusahaan yang tersendiri daripada eksekutif berpengalaman
dari perusahaan seperti Yahoo, Google, Micrisoft, Tivo, Paypal dan Elektronic Arts.
Lokasi tempat ini juga sama di mana laman sosial yang bernama Friendster
diwujudkan.

Tidak ketinggalan juga, Myspace pula merupakan sebuah laman web


rangkaian sosial dam mula mendirikan laman sosial ini pada tahun 2003. ibu pejabat
Myspace terletak di Beverly, Hill, California, Amerika Syarikat di mana mereka
berkongsi pejabat dengan pemiliknya iaitu Fox Interactive Media manakala pemilik
Fox Interactive dan juga Myspace, News Corporation ibu pejabatnya terletak di New
York.
Tidak lama kemudian, wujudlah laman sosial yang bernama Facebook.
Facebook merupakan laman sosial yang merupakan sebuah tapak web yang

5
mempunyai rangkaian sosial yang sangat dikenali dan dimiliki secara persendirian
tanpa ada berkongsi dengan mana-mana perusahaan. Selain itu, nama Facebook
berasal daripada nama pendek atau nama timangan yang digunakan untuk buku-buku
yang diserahkan kembali oeh pihak pentadbir Unversiti kepara para-para pelajar yang
belajar pada permulaaan tahun akedemik di AS dengan tujuan seperti ini mereka
dapat membantu pelajar saling mengenali. Di samping itu, Facebook diasaskan oleh
Mark Zuckerberng bersama kawan-kawan sebiliknya dan rakan sekursus yang
mengambil Sains Komputer iaitu Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris
Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini hanya terbuka untuk pelajar
Universiti Havard sahaja tetapi kemudiannya beransur-ansur diperlukan dan dibuka
untuk pelajar di universiti dan kolej- kolej lain di Boston, Liga Ivy dan universiti
Stanford. Tambahan pula, Facebook dikembangkan pada pertengahan tahun 2004 dan
usahawan yang bernama Sean Parker yang selama ini telah menjadi penasihat tak
rasmi Zuckerberg nyang telah menjadi presiden syarikatnya. Pada bulan jun 2004,
Facebook juga turut melancarkan versi sekolah tinggi pada September 2005
sebagaimana yang telah diperkatakan oleh pemiliknya iaitu Zukeberg. Pada masa
itum, rangkaian sekolah tinggi memerlukan jemputan untuk menyertainnya dalam
mengusahakan dan memperkembangakan lagi Facebook. Disebabkan hal tersebut,
penggunaaan Facebook kemudiannya sangat luas dan mereka juga telah meluaskan
kelayakkan keahliannya kepada kakitangan di beberapa syarikat termasuk syarikat
terbessar dan berpontensi tinggi seperti Syarikat Apple. Inc dan Microsoft.

Pada tahun 26 September 2006, Facebook telah dibuka kepada semua yang
berumur 13 tahun ke atas hanya dengan mendaftar menggunakkan alamat e-mel yang
sah. Seperti yang kita sudah tahu, facebook lebih tertarik dengan golongan belia dan
lebih kerap memberi peluang pekerjaaan kepada mereka kerana Mark Zuckerberg
percaya bahawa golongan beliamempunyai banyak idea yang dapat menarik minat
perhatian golongan generasi yang seterusnya. Pengguna yang berjaya masuk ke
syarikat Facebook akan diberi peluang untuk menyertai rangkaian yang telah
dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, Universiti ataupun kolej-kolej. Melalui syarikat
Facebook, pengguna bboleh mencipta profil dengan gmbar, senarai kegemaran dan
banyak lagi. Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa laman sosial seperti Facebook
masih lahi menjadi media sosial yang agak popular hingga ke hari ini.

6
Tidak ketinggalan juga media sosial seperti Twitter juga merupakan media
sosial yang kedua terkenal selepas Facebook yang banyak digunakan oleh generasi
terdahulu hingga ke hari ini. Twitter merupakan perkhidmatan rangkaian sosial dan
mikroblog talian yang membolehkan penggunanya untuk menghantar dan membaca
mesej berasaskan teks hingga memmpunyai sebanyak 140 watak yang dikenali
sebagai sebutan kicauan yang berbunyi seperti tweet. Terdapat beberapa latar
belakang yang kita perlu ketahui tentang twitter. Twitter ditubuhkan pada bulan Mac
2006 oleh Jack Dorsey dan laman jejaring sosial yang telah dilancarkan pada bulan
Julai sejak ia dilancarkan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika twitter telah menjadi
salah satu dari sepuluh yang paling kerap dicari di internet dan digelar sebagai dengan
“ pesanan singkat dari Internet.” Di laman sosial seperti Twitter, pengguna yang tidak
berdaftar hanya akan dapat membaca kicauan, sedangkan pengguna yang mendaftar
boleh menulis kicauan melalui antara muka laman web, mesej ringkas seperti SMS
atau melalui pelbagai aplikasi untuk peranti mudah alih. Seterusnysa, Twitter
mengalami pertumbuhan yang sangat pesat dan dengan cepat Twitter dapat meraih
popularitin di seluruh dunia. Disebabkan terdapat lonjakkan dalam pengunaan Twitter
umumnya akan berlangsung saat terjadinya peristiwa-peristiwa yang popular. Pada
awal tahun 2013, pengguna twitter telah menghantar lebih dari 340 juta ‘tweet’ per
hari, ini telah menyebabakan Twitter menangani lebih dari 1.6 billion permintaan
carian setip hari. Hal ini telah menyebabkan laman sosial seperti Twitter naik ke
peringkat yang kedua di laman sosial yang paling kerap yang sering dilawati di
seluruh dunia yang sebelum ini Twitter ini hanya berada di kawasan kedudukan dua
puluh dua di dunia. Seterusnya, peningkatan populariti Twitter telah menyebabakan
perkhidmatan ini telah lebih dimanfaatkan untuk berbagi keperluan alam pelbagai
aspek, misalnya seperti dalam protes, kempen politik, cara pembelajaran yang
merupakan sebagai media komunikasi kecemasan. Walaubagaimanapun, Twitter juga
telah dihadapkan pelbagai masalah dan konterversi seperti masalah keselamatan dan
privasi pengguna, tuntutan undang-undang dan tentang penapisan laman sosial.

Seterusnya, google juga merupakan sebuah syarikat awam Amerika syarikat


yang nmendapat untung dari ikan yang berkaitan dengan enjin gelintar internet, e-mel,
pemetaan dalam talian, produktiviti pejabat dan juga rangkaian sosial dalam

7
perkhidmatan berkongsi vedio. Di samping itu, google pada asalny hanya ditubuhkan
sebagai syarikat google yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai
19,786 orang pekerja sepenuh masa setakt 31 Mac 2009, Eric Schmidt yang
merupakan bekas ketua pegawai eksekutif Google semenjak penubuhan syarikat ini
Larry Page meletak jawatan. Untuk maklumat lanjut, nama Google berasal dari
keselapan mengeja yang awalnya bermula dari ejaan ‘googol’ yang bermaksud angka
1 diikuti seratus angka sifar. Kata kerja ‘google’ dalam bahasqa inggeris teoah
dibubuh dalam Merriam Webster Collgiate Dictionary dan Oxford English Dictionary
yang bermaksud menggunakan enjin gelintar google untuk mendapatkan maklumat
dari internet. Pada bulan Januari1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin,dua pelajar
Ph.D di Universiti Stanford,California.Sebenarnya misi Google adalah untuk
menetapkan maklumat di dunia dan telah membuatnya boleh dicapai dan lebih
berguna secara universal. Tidak ketinggalan juga, slogan tidak rasmi syarikat ini yang
telah diciptakan oleh bekas pkerja dan jurutera pertama Gmail iaitu Paulus Buchet
adalah ‘ jangan jahat’ . seperti yang kita ketahui, anak syarukat Google di Malaysia
mula beroperasi di Kuala Lumpur pada Januari 2011 di Menara Citu Bank, Kuala
Lumpur dan mula berpindah ke Kl Sentral pada Ogois 2013.

Natijahnya, kemunculan media sosial seperti Facebook, Twitter dan banyak


lagi media sosial yang telah menyebabakan timbulnya usaha untuk membangunkan
jaringan sosial tempatan yang sesuai dengan kandungan dan pengguna di Malaysia.
Hasilnya, media sosial tempatan yang kebanyakkan telah menawarkan fungsi yang
sama dengan jaringan sosial global iaitu sebagai tempat untuk bertemu dengan
sahabat baru, mengekalkan persahabatan menyatupadukan orang ramai di mana-mana
sahaja selain berkongsi maklumat dan idea untuk tujuan peribadi seperti perniagaaan.

8
2.0 KEPENTINGAN DAN KEBURUKAN MEDIA SOSIAL DALAM
PERNIAGAAN

2.1 KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN.

Bentuk komunikasi yang dilakukan oleh mmanusia terdiri daripada


pelbagai bentuk dimulai dengan komunikasi intrersonal, komunikasi,
interpersonal, komunikasi kumpulan, komunikasi organisasi dan komunikasi
massa. Tidak dapat dinafikan juga, jika dulu media tradisional menggunakan
media cetak dan media penbyiaran, tetapi pada masa kini media sosial
menggunakan internet. Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin
maju maka media sosial yang berkembang maju dan membangun dengan
pesat.

Kehadiran dalam perniagaan yang terlibat dalam rangkaian sosial


sebenarnya juga amat penting kerana dengan cara ini dapat mengeratkan
hubungan lebih rapat dengan pelanggan. Seperti yang kita ketahui, tugas para
peniga adalah untuk mewujudkan persekitaran yang dapat menarik minat
orang ramai untuk membeli sesuatu produk yang berkualiti dan juga
bergantung kepada pemikiran dan tindakan mereka. Selain itu, apabila peniaga
yang sudah sedia untuk mengambil langkah atau keputusan untuk menceburi
bidang dalam rangkaian sosial tersebut, peniaga harus bersedia dari segi emosi
dan mental kerana menceburi dalam bidang perniagaan disebakan itu amatlah
penting untuk peniaga tersebut mengetahui akan kelebihannya dan juga risiko
yang perlu dihadapi. Di samping itu, banyak syarikat yang belum cukup faham
tentang faedah-faedah dan kepentingan sesebuah syarikat atau perniagaan
semasa menyertai rangkaian sosial. Berikut merupakan sebahagian daripada
kepentingan media sosial dalam perniagaan.

2.2 Menambah keuntungan dalam perniagaan mereka.

Terdapat ramai peniaga yang telah mengakui bahawa dengan adanya media
sosial ini, para peniaga dapat meningkatkan jualan produk mereka daripada

9
perniagaan yang telah dijalankann selama ini. Tidak hairanlan jika semua peniaga
ingikan keuntungan yang lebih dalam perniagaan mereka kerana tiada peniga pun
inginkan kerugian bila ingin memulakan sesebuah perniagaan. Jika kita lihat du laman
media sosial masa kini, terdapat banyak iklan dan pelbagai tawaran yang telah muncul
di laman-laman media sosial. Natijahnya, mempromosikan produk mereka di laman
sosial merupakan cara mereka untuk memperkembangan perniagaan dan menamabah
keuuntungan mereka. Dengan pendek kata, media sosial merupakan peranan yang
penting dalam proses pemasaran yang kemudiannaya akan meningkatykan perjualan
dan keuntungan dalam perniaggan mereka.

2.3 Media Sosial menjadi tempat pemasaran yang efektif.

Media sosial menjadi tempat pemasaran yang efektif kerana kemudahan


internet itu sendiri yang oleh berbagai kalangan mayarakat temasuk menggunakkanya
untuk bermain di jaringan sosial. Seterusnya, proses penyeberan informasi dan
maklumat di media sosial adalah sangat mudah untuk mempromosikan produk
mereka di laman sosial. Contohnya seperti perlu membuat sesebuah artikel, tulisan ,
gambar , video atau apa jua cara untuk informasi lainnnya dan meletakkan dalam
media sosial tentu sajaproduk tersebut akan dilihat oleh semua pengguna di internet.
Walaubagaimana pun, adanya sistem pemberitahuan atau notifikasi kepada pengguna
media sosial, dengan cara ini , mereka boleh mendapatkan informasi dengan pantas
dan cepat.

2.4 Kajian pemasan secara real time

Kajian pemasaran kini berbeza dengan sebelum ini, sekarang kita boleh
mendapatkan banyak data tentang produk atau sesuatu perkihdmatan. Selain itu,
segala maklumat tentang produk tersebut akan terpapar di real time. Seterusnya, anda
sebagai seorang usahawan atau peniaga akan le bih mudah untuk mendapatkan apa-
apa informasi yang dapat membantu kita untuk memperbaiki dan untuk memajukan
sesuatu produk serta dapat memberi perkhidmatan denga penyertaan yang dapat
membawa maklumbalsa yang bernilai dan yang paling penting ialah ianya percuma
dan tiada bayaran yang akan dikenakan.

10
2.5 Menimakan Kos Pengiklankan.

Seperti yang kita tahu, peniga-peniaga kecil juga yang menggunkan media
sosial untuk aktiviti pemasaran mereka, tidak ketinggalan juga syarikat-syarikat besar
juga akan menggunakan media sosiloa untuk aktiviti pemasaran mereka. Terdapat
pelbagai alasan ,mengapa mereka pemasar iaitu dikenali sebagai marketing memilih
untuk memasarkan sesutu produk melalui media sosial . antara sebab-sebab mereka
lebih memilih media sosial untuk mempromosikan produk mereka ialah kerana
mereka ingin meminimakan kos pengiklankan produk mereka. Para pemasar kini
boleh megiklankan produk mereka di Twitter atau Facebook dengan pantas dan
berkesan tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar untuk mempromosikan produk
mereka.

2.6 Meluaskan Pasaran yang telah sedia ada

Di dalam dunia yang serba maju kini, usahawan perlulah pandai engambil
peluang untuk mengatur strategi dan mengambil peluang mengenai perniagaan
mereka sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana, keranna zaman yang serba moden
kini, penggunaan media sosial mampu menjadi pemangkin kepada pemasaran
perniagaan. Seterusnya, mengunakkan media sosial akan menluaskan pasaran sedia
ada dengan mudah contohnya, seperti tiktok. Facebook dan instagram sehingga ke
peringkat antarabangsa tanpa ada sebarang batasan sempadan yang dapat enghalang
usahawan untuk berjaya dalam perniaggan mereka.

2.7 Meningkatkan Pendedahan Terhadap Syarikat Anda, Bukan sahaja secara


Tempatan malah secara Antarabangsa.

Seperti yang kita tahu, media sosial merupakan platform gergasi sebagqai
contohnya seperti Twitter dan Facebook. Kedua- kedua media sosial ini telah
berkongsi lebih daripada 1.5 bilion pengguna di seleruh dunia. Tambahan pula,
platform seperti ini membenarkan anda untuk memperluaskan perniagaan anda serta

11
dapat menjangkaui kedudukan geogarfi anda dengan mudah. Dengan adanya seperti
Twitter dan Facebok merupakan cara yang terbaik untuk mengembangkan dan
mengukuhkan kemunculan syarikat anda. Tetapi bagaimana jika perniagaan anda
bukan sesuatu yang global atau dikenali produk yang berkualiti Antarabangsa? Jangan
bimbang, media sosial juga telah membolehkan perniagan dan mendapat faedah
daripada pendedahan yang meningkat sama ada di peringkat Antarabangsa atau
tempatan. Ini semua terpulang kepada anda untuk membuat sebarang keputusan untuk
pemasaran tersebut

2.10 Ruang Khidmat Pelanggan

Rangkaian media sosial ini membolehkan anda untuk sentiasa


berkomunikasi dengan pelanggan. Dengan cara ini, ia dapat memberikan khidmat
yang lebih cepat malah dapat mengratkan lagi hubungan dengan pembeli mereka.
Selain itu, perkhidmatan jual beli juga akan sentiasa diingati dan akan diganjarkan
drngan pembelian produk yang baru.

2.11 Pemasaran Melalui Media sosial yang Lebih Berpatutan dan Lebih
Menguntungkan berbanding Dengan Cara Tradisional.

Jika kita lebih memilih untuk menghabiskan Rm 1.00 pada iklan-ikaln di


media sosial yang telah disasarkan di khalayak yang tertentu. Anda akan dapat
menjana 1 hasil, tetapi jika anda sanggup untuk membelanjakan lebih daripada
Rm 1.00 pada iklan media sosial seperti Facebook anda kan menjana sehinga 5
kali lipat keuntunggan. Selain itu, ini merupakan media ‘ janaan’ atau ‘
Kongsian’. Tambahan pula, jika iklan ini dikongsi oleh orang ramai ia dapat
membawa kepada pendedahan yang lebih meluas tentang produk atau
perkhidmatan anda sebagai Usahawan.

12
3.0 Keburukan Media Sosial Dalam Perniagaan.

3.1 Pernigaan Dalam Talian Memerlukan Pengetahuan dan Kemahiran

Tidak dapat disangkalkan lagi, untuk dapat menjalankan perniagaan di internet


ataupun di media sosial, seseorang Usahawan perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang mencukupi kerana pengetahuan yang asas sahaja tidak mencukupi
kerana untuk memulakan perniagaan juga perlu membuat banyak pengalaman.
Walaupun terdapat banyak maklumat di media sosial, bahawa terdapat banyak
bemgkel atau latihan bebayar untuk mengetahui lebih dalam tentang jenis perniagaan
yang telah dipaparkan. Disebakan hal tersebut, jika seseorang usahawan tidak
mempunyai pengetahuan yang luas dan tidak mempunyai pengetahuan yang asas
mengenai perniagaan dalam talian, jangan garap perniagaan akan dapat berjaya dalam
media sosial.

3.2 Memerlukan Kemahiran Komputer dan Teknologi Maklumat.

Untuk memulakan perniagaan dalam media sosial, sudah tentu Kita sebagai
Usahawan memerlukan kemahiran menggunkan komputer dan teknologi maklumat
jika ingin menceburi bidang perniagaan online di media sosial. Jika kita kurang mahir
dalam ilmu perkomputeran, belajarlah ataupun ambillah kelas pernigaan dan
mintalah perkhidmatan bantuan dari mereka yang mahir.

3.3 Persaingan Pasaran Yang Sangat Ketat

Perniagaan di dalam media sosial telah membuka banyak peluang perniagaan


yang baru, tetapi seiring dengan persaingan yang semakin meningkat. Bayangkan,
memulakan perniagaan onlne dapat mengumpulkan banyak pesaing dalam satu ceruk
perniagaan dari seleutuh pelosk dunia. Perniagaan yang seperti ini dapat
menyebebakan ‘ perang’ di dunia alam maya.

13
3.4 Kurang Dikenali Oleh Pengguna Offline.

Walaupun negara kita semakin pesat dalam teknologi dan maklumat, bilangan
penggunaan internet kian meningkat saban hari, namun terdapat jumlah mereka yang
tidak pandai menggunakan internet dan tidak menggunakan internet. Jadi sebagai
Usahawan, jadi perlulah mempunyai perniagaan yang hanya beroperasi online, ianya
sukar untuk mendapat recoginition dari pengguna offline.

3.5 Keselamatan Data

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, untuk melakukan transaksi online ketika
kita ingin membuat pembelian online sudah semestinya laman web itu meminta
alamat email dan maklumat-maklumat yang peribadi yang lain untuk disipan dalam
data pelagaan bisness untuk beroperasi dalam web tersebut. Tambahan puala, terdapat
polisi data yang menjamin bahawa maklumat penting tidak akat dilihat oleh pihak
ketiga, namun kesemua maklumat tersebut terbongkar melalui aktviti yang bernama ‘
hacking’ yang telah dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Seperti
yang kita ketahui, aktiviti hacking merupakan salah satu aktiviti yang menceroboh
data dalam sesebuah laman sesawang dan para hacker itu akan mencuri data pengguna
laman web itu. Data yang telah dicuri tersebut merupakan cara untuk mendapatkan e-
mail dan maklimat akaun bank pembeli.

3.6 Penyebaran yang tidak sama rata

Penyebaran tentang iklan internet ataupundi media sosial masih tidak sama
rata . ini k=merupakan salah satu keburukkan dan kelemahan dalam perniagaan dalam
talian sehingga ke hari ini. Tetapi sebaga Usahawan kita perlu yakin bahawa masalah
seperti ini berkemnungkin besar akan dapat didelesaikan dalam masa terdekat

14
Penutup

Setelah mengetahui keburukan, kelemahan dan kekurangan dalam perniagaan


dalam talian, sudah tentu terdapat banyak idea yang cerdas untuk membagunkan
perniagaan kita dan ingin mengetahui cara unti berjaya untuk menjalakan perniagaan
tersebut. Untuk maklumat semua orang, bahawa kita mesti ingat perniagaan dalam
talian buaknlah perniaggan yang cepat kaya, jika anda mempunyai pemikaran seperti
itu. Ia akan meberi haluan arah yang salah. Walaubagaimanapun, menjalankan
perniagaan di talian memerlukan massa dan kesabaran yang tiggi jika anda ingin
syarikat anda semakin diperkembagkan atau untuk memulakkan perniagaan talian
secara Antarabangasa.

15
4.0 Cabaran/ halangan dalam penggunaan media sosial Di Malaysia.

4.1 Penyebaran Berita yang tidak sahih sehingga mengancam keselamatan


negara

Perkara yang sanagt menyedihkan yang masih berleluasa di negara kita ialah
terdapat lambakan laporan yang tidak sahih dam]n mempunyai banyak khabar angin
menerusi media baru berhubung mengenai isu-isu keselamatan yang boleh
menimbulakan pebgai impak kesan yang negatif. Contohnya seperti persepsi tidak
baik serta telah menggnggu operasi yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa di
negara kita. Senario penyeberan maklumat palsu di laman sosial tersebut sudah tentu
boleh memjeaskan imej negara yang sepatutnya sebagai seorang rakyat yang beribawa
tinggi rakyat seharusnya memainkan peranan yang yang baik. Di samping itu, perkara
seperti ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan ekonomi negara apabila para
pelancong dari luar negara dan pelabur asing tidak lagi berani untuk mengambil risiko
setalah mereka membaca pelbagai khabar angin tersebut. Walaubagaimanapun,
sebagai seorang pengguna media sosial yang berhemah. Kita perlu ingat bahawa
mereka tidak kebal daripada tindakan undang-undang. Hal ini kerana, undang-undang
merupakan jenayah yang mempunyai banyak kesalahan yang mungkin boleh
disabitkan di laman sesawang tanpa disedari oleh pengguna tersebut. Seperti mana
yang sudah sedia maklum, media sosial turut mempunyai tanggungjawab dan
sepatutnya beroperasi mengikut undang-undang yang berlandaskan hak asasi
seseorang individu.

4.2 Medium Penyeberan Virus

Selain itu, peyebern virus boleh menular melaui penghantaran e-mail seperti
virus Mutant, Melissa dan virus yang terbaru ialah Virus CIH yang telah menyerang
sistem komputer sehingga menyebabkan kelumpuhan keupayaannya. Kesannya virus
tersebut telah merosakkan sistem sesebuah Pc.

16
4.3 Pengendapan ( Cyber Stalker )

Di samping itu, amalan membuli siber yang sekarang lebih terarah atas dasar
seks tidak hanya terhad kepada anak-anak tetapi juga terhadap orang dewasa. Seperti
yang kita ketahui, taktik ini telah dilakukan oleh penghadap siber dengan merosakkan
enjin carian atau ensiklopedia, mengancam pendapatan mangsa dan keselamatan
pengguna. Tambahan pula, terdapat satu corak yang berulang-ulang dengan tindakan
terhadap sasaran yang telah dianggap sebagsai penggendapan siber.

4.4 Penyeberan Fitnah dan Gosip

Media sosial merupakan media yang dingunakan oleh semua masyarakat di


malaysia, melalui media sosial segala fitnah dan gosip berteberan meluas tanpa
sempadan. Perkara seperti ini telah menjdaikan sukar untuk negara menghasilkan
golongan muda yang proakatif. Terdapat juga beberapa rakyat turut bersuara yang
telah mengatakan bahawa media sosial banyak digunakkan sebagai satu medium
untuk meyebarkan fitnah dan gosip berkenaan negara dan banyak lagi berita yang
tidak manis di dengar. Disebakan hal seperti ini, golongan muda mudah terpengaruh
dengan perkara seperti ini telah membuat riputasi negara kita semakin tidak berkualiti.
Bukan itu sahaja, gosip liar yang berkaitan dengan artis juga telah tersebar luas di
media sosial. Terdapat juga golongan muda itu sendiri yang telah terlibat dalam
penyeberan fitnah yang tidak benar tersebut. Misalnya seperti, mereka akan
menyebarkan cerita yang salah berkaitan dengan artist tersebut. Oleh sebab itu,
perkara seperti ini telah memeberi satu cabaran yang sangat besar buat negara dan
golongan muda.

4.5 Pengguan Internet menjadi Anti- Sosial

Penggunaan media sosial merupakaan media yang sangat sensetif jika


disalahgunakan. Oleh itu, ia akan memberi kesan yang negatif seperti mengalakkan
pengguna internet duduk di rumah tanpa berjumpa dengan orang ramai. Ini secara
langsung telah membuat hubungan kekeluargaan telah menjadi reggang. Selain itu,
orant tua yang tidak mahir menggunakan internet dan media sosial akan berasa
kensunyian dan terpinggir dari masyarakat yang lain.

17
4.6 Masalah Kesihatan

Mengunakkan internet atau melayari media sosial yang berlebihan dapat


menjadi obesiti akibat ketagihan layari laman sosial san bermain dengan permainan
komputer. Hal ini tidak dapat disangkalakan, kerana pengguna tidak lagi suka
bergerak atau bersenam kerana lebih suka terperuk di dalam rumah dan di dalam bilik.
Lebih teruk lagi, ada yang sanggup tidak makan kerana mereka obses dengan
komputer.

4.7 Kecurian Identiti

Keceruian identiti di talian bukanlah satu fenomena yang baru kepada banyak
orang. Di samping itu, beribu-ribu indidvidu dan sesebuah syarikat yang telah
menjadi mangsa jenayah siber kolar putih tersebut. Tidak ketinggalan juga, mereka
akan menggunakan teknik murahan mereka seperti menjadi kejuruteraan sosial,
phising dan modus operandi licik melalui internet untuk menarik minat mangasa yang
berpontensi tinggi dan yang tidak bersalah. Selain itu juga, mereka akan
mengenalpasti segala kelemahan dan akan mengekpoltasikan e-mel atau mesej segera
( SMS ) dan web untuk mengelabui potensi mangsa supaya menghantar maklumat
peribadi dan maklumat kewangan mangsa atau sesebuah syarikat

4.8 Aktiviti Perjudian

Golongan belia sangat terpengaruh dengan aktiviti perjudian. Seperti yang


telah diketahui, golngan belia amat gemar megunjungi pusat-pusat internet yang
banyak menyediakan pelbagai perkhdmatan yang menarik. Seterusnya, permainan
video yang berasakan judi banyak disediakan dan perkara ini telah menarik minat
para remaja dan belia untuk mengambil peluang menggunakan perkhidmatan tersebut.
Perkara tersebut telah memberi sedikit banyak cabaran terhadap golongan belia
kerana perbuatan tersebut merupakan kesalahan yang besar dari segi undang-undang
dan ia merupakan perbuatan yang salah dan haram. Justeru, hal ini telah memberikan
cabaran kepada pemimpin negara dalam mentadbir sesebuah negara untuk
menbenteras gejala judi semakin bersarang di negara kita

18
5.0 Contoh Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan.

5.1 Kerjasama dengan Blogger dan Influencer.

Zaman kini merupakan zaman yang semua yang kita inginkan hanya di hujung
jari sahaja. Melakukan kerjasama dengan Blogger yang memiliki kaitan dengan
produk yang kita akan jual merupakan salah satu contoh cara penggunaan media
sosial dalam perniagaan. Dengan cara ini, kita boleh membayar mereka dengan hanya
menulis riview tentang produk yang ingin kita jual. Selain daripada blogger terdapat
juga Influencer di media sosial dan youtuber juga merupakan lanhkah untuk
mempromosikan produk di era yang serba maju sekarang. Jika influencer tersebut
mempunyai pengikut atau follower yang banyak di Instagram, mereka boleh dijadikan
sebagai brand ambassador produk kita untuk menarik minat pembeli.

5.2 Membuat Video Promosi

Membuat video yang mempromosikan produk kita yang singkat dan menarik
merupakan cara yang penting untuk mempromosikian produjk yang kita jual. Jika
memiliki anggaran yang lebih, kita akan mecuba bantuan dari pihak penyiaraan Tv .
contohnya, seperti kita boleh mengiklankan video sesuatu produk di tv3 supaya
pembuatan video promosi akan lebih menarik

5.3 Membuat kempen iklan di Facebook dan Instagram

Jika kita ingin produk kita lebih pesat dijual , kita dapat mengeluarkan lebih
banyak penjanaan dan mengeluarkan lebih banyak wang untuk mempromosikan
produk kita. Dengan cara ini, kita dapat memasarkan produk kita menggunakan iklan
Facebook dan Instagram berbayar. Seperti yang kita ketahui, facebook merupakan
platform media sosial yang paling popular. Dengan adanya Facebook target
pelanggan kita mungkin sudah teratur. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, iklan
berbayar di platform tersebut merupakan contoh penggunaan media sosial dalam
perniagaaan.

19
6.0 LAMPIRAN

6.1 Contoh gambar-gambar mempromosikan produk di media


sosial

Facebook

Mempromosikan Fashion seperti telekung dan Beg Tangan

20
Produk seperti Emas dipromosikan di Facebook

Instagram

Mempromosikan produk kecantikan

Nail art

21
Youtuber/ Influencer/ Artist

DUTA UNTUK MAGGI

DUTA UNTUK KECANTIKAN

DUTA KEBERSIHAN DIRI

22
23

Anda mungkin juga menyukai