Anda di halaman 1dari 2

PEMBENTANGAN #6

POTENSI PERANTI DALAM PEMERKASAAN


PENGURUSAN KESELAMATAN KENDERAAN
TUGASKHAS
Tn. Khalrul Asman Abdul Hanan
Penasihat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KPPKKSM,
AJK KPPKKSM, Pulau Pinang

PERKARAUTAMA:
► Kerosakan ambulans akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya adalah membebankan memandang
kos bagi sebuah ambulans adalah tinggi.
► Berdasarkan teori kemalangan melalui model 'swiss cheese', ke malangan juga berpunca dari kurang
pemantauan oleh pihak organisasi / penyelia selain daripada ·unsafe act' dan 'unsafe condition'.
► Terdapat beberapa kelebihan penggunaan dashcam dan GPS dalam kenderaan tugas khas antaranya
adalah membantu pengurusan keselamatan pekerja dan kenderaan dalam konteks pemantauan
terhadap pemandu dan kenderaan serta meningkatkan kemahiran siasatan kemalangan.

Sebagai pengenalan, beliau menjelaskan tujuan pihak KPPKKSM ialah untuk mengenalpasti punca kemalangan
serta mencadangkan penggunaan sistem peranti berteknologi IR 4.0 dan melihat keberkesanannya dalam
pengurusan sistem pengurusan keselamatan kenderaan tugas khas. Beliau seterusnya menerangkan definisi
kenderaan tugas khas iaitu kenderaa1n yang mempunyai rekabentuk dan fungsi khusus berdasarkan
perkhidmatan sesebuah organisasi merangkumi kenderaan kecemasan seperti ambulans KKM, Bomba atau
APM danjuga kenderaan keselamatan seperti kenderaan polis atau JPJ. Tambahan itu, kenderaan pengangkut
sampah juga adalah termasuk di dalam kategori ini. Namun, fokus adalah kepada perkhidmatan ambulans
memandangkan keperluan penggunaan ambulans adalah tinggi pada waktu ini terutama semasa situasi
pandemik Covid 19 di mana perkhidmatan bukan sahaja dari pihak KKM, malahan pihak Bomba dan APM juga.

Seterusnya. beliau kongsikan statistik kemalangan yang


melibatkan ambulans bagi tahun 2006, 2009. 2011. 2013
dan 2014 mencatatkan 9 kes kemalangan melibatkan
kematian dan 636 kes pula tidak melibatkan kematian.
Namun perkara yang ingin ditekankan, sebanyak 616 kes
Unsafe supervision telah mengakibatkan kerosakan ambulans. Perkara ini
merisaukan kerana kos bagi sebuah ambulans adalah
tinggi iaitu anggaran RM300,000 ke RM400,000.00 dan
kos baikpulih juga adalah tinggi. Beliau berpendapat
terdapat dua sumber utama kemalangan berlaku iaitu
'unsafe act' dan 'unsafe condition·. Antara 'unsafe act'
O•rncw: .._..taol adalah pemanduan dalam keadaan tergesa-gesa serta
tidak memberikan sepenuh tumpuan kerana pemandu
ambulans perlu bergegas ke lokasi atau tempat kejadian untuk segera menyelamatkan nyawa. Terdapat juga
faktor-faktor lain seperti pemanduan secara tidak selamat, melanggar lampu isyarat dan tidak memberikan
'signal'. Dari sudut 'unsafe condition' pula, kenderaan tidak berada dalam keadaan yang baik kerana
penyelenggaran kenderaan yang tidak sistematik, jalan raya yang tidak sempurna sepertl perlu mengelakja1•
berlubang serta hilang tumpuan dalam pemanduan ketika bercakap dengan penumpang lain. Beliau 1 9
menambah, berdasarkan model 'swiss cheese', punca kemalangan juga termasuk kurangnya pemantauar,
pihak organisasi atau penyelia.
1
Justeru itu, selari dengan Pelan Transformasi Nasional 2050, beliau mendapati terdapat kepentingan
penggunaain sistem teknologi sebagai alat komunikasi dalam aktiviti pemantauan serta membantu dalam
aktiviti penyiasatan kemalangan. Beliau memberi contoh sistem t•eknologi yang boleh dipasang dalam
kenderaan tugas khas iaitu dashcam.
PEMBENTANGAN #8 1___,1

___.._ (iii _ , _P-■-


PENGENALAN: - . _ . .l.p
, _ t - Tellnol
ly■tem _ .... Teolllnl Del...,
~ .,.
Kenderaan Tugas Kha•

T-.,..T..-W...Nnr..,....--. .....,._,.. , . ~

·--
.........................
............ ....
~.~ ..................
. . . . . . . . , . _ ~...........OrwMI..••·
. TWM---IP•-

Berdasarkan Heinrich's Domino Model of Accident Causation, beliau menjelaskan bahawa, kemalangan dapat
dielak atau dikurangkan sekiranya salah satu punca kemalangan dikeluarkan sebagai contoh 'unsafe act'. Hal ini
boleh dicapai dengan pelbagai usaha termasuk pemantauan terhadap pemandu. Namun demikian,
pemantauan pemandu terutama ketika mereka sedang memandu adalah terbatas untuk dilaksanakan. Oleh
yang demikian, penggunaan dashcam ini dapat membantu dalam aktiviti pemantauan.
Beliau kongsikan dapatan kajian pengunaan dashcam di negara-negara luar iaitu penggunaan dashcam
membantu mendisplinkan pemandu kenderaan khas ketika menjalankan tugas dan dapat meningkatkan
kesedaran pengguna jalan raya yang lain seperti memberi laluan kepada kenderaan khas ini atau tidak
menghalang laluan kecemasan apabila terdapat situasi kecemasan. Selain itu, ia juga dapat membantu
mengelakkan vandalisme terhadap kenderaan tugas khas serta berguna untuk memantau peralatan-peralatan
yang berada di dalam kenderaan khas terutama apabila pemandu terpaksa meninggalkan seketika kenderaan
untuk sama-sama membantu dalam kerja-kerja kecemasan. Tambah beliau lagi, rakaman dashcamjuga dapat
digunakan bukti untuk pembelaan mana-mana pihak terlibat mahupun untuk tujuan siasatan kemalangan.
Oleh yang demikian, beliau menekankan kelebihan penggunaan dashcam dan GPS ini dalam kenderaan tugas
khas terutama ambulans berpotensi untuk membantu pengurusan keselamatan pekerja dan kenderaan tugas
khas dalam konteks pemantauan selain meningkatkan etika penjawat awam dan mutu perkhidmatan
kecemasan. Tambahan itu. bukti yang objektif dan jelas melalui rakaman dashcam dapat meningkatkan
kemahiran menyelesaikan siasatan kemalangan. Selain itu, ia dilihat untuk menambahbaik pematuhan kepada
keperluan AKKP 1994 yang juga terpakai kepada jabatan kerajaan iaitu pengurusan keselamatan dan kesihatan
pekerja dalam melaksanakan pekerjaan mereka. •

- A R KDD..AIIATAN JAL.AN U.YA -OS-API 20

Anda mungkin juga menyukai