Anda di halaman 1dari 11

NETAPAN H

PE AR
.3 G
.5 A
3

penentuan harga
produk baharu
AINUN SAILAH
1) kaedah penarahan
pasaran
merupakan strategi pengeluar menetapkan harga yang tinggi
setanding dengan kualiti dan imej produk yang dijual bagi
mendapatkan keuntungan maksimum
jualan produk adalah sedikit tetapi keuntungan yang
diperoleh adalah banyak dalam jangka masa pendek
jenis produk yang dihasilkan mempunyai permintaanyang
tidak anjal di mana pengguna lebih mementingkan kualiti
produk berbanding dengan harga. Contoh produk ialah
barang mewah,barang istimewa dan produk ubat-ubatan.
2) kaedah
penembusan pasaran
- merupakan strategi pengeluar menetapkan harga jualan yang
rendah supaya dapat menembusi pasaran yang lebih luas dan
memperoleh syer pasaran yang besar
- jualan produk adalah banyak manakala keuntungan akan
diperoleh dalam jangka masa panjang
- pengguna akan tertarik dengan harga yang rendah dan
seterusnya membentuk kesetiaan terhadap produk baharu
tersebut. Contoh produk ialah barang keperluan harian atau
barang keperluan asas.
STRATEGI
PELARASAN HARGA
MAKSUD : pemasar melakukan beberapa pelarasan
harga bagi menyesuaikannya dengan perbezaan
pengguna yang pelbagai dan perubahan yang berlaku
dalam pasaran.
1) harga diskaun dan
elaun
pengurangan harga yang diberi pada satu tempoh
tertentu berdasarkan sifat pembeli atau pelanggan.
hal ini bagi menghargai pelanggan kerana
membuat pembayaran awal,membeli dalam
kuantiti yang banyak atau membeli barangan
pada pengakhiran musim seperti musim
perayaan,cuti sekolah dan lain-lain
contohnya,diskaun tunai,diskaun
kuantiti,diskaun bermusim,diskaun
perdagangan atau diskaun niaga.
2) harga psikologi
harga yang diletakkan mensasarkan kepada
emosi,perasaan,persepsi dan tidak mengikut
rasional pelanggan
tujuannya adalah untuk menarik perhatian dan
mempengaruhi pelanggan untuk membuat belian.
contohnya,harga ganjil-genap iaitu RM9.99
bukannya RM10 . harga yang tidak dibulatkan
kelihatan lebih rendah berbanding harga yang telah
dibulatkan.
3) harga promosi
menetapkan harga yang rendah berbanding harga
asal atau harga kos kepada produk tertentu secara
sementara bagi menarik bakal pembeli
mengunjungi kedai tetapi masih memilih untuk
membeli produk lain pada harga biasa.
dilaksanakan dalam tempoh tertentu sahaja untuk
meningkatkan jualan dalam jangka pendek
contohnya, tawaran hanya dibuat secara
bermusim perayaan atau musim cuti sekolah
4) harga geografi
meletakkan harga berbeza bagi pelanggan
mengikut negeri,kawasan,bandar atau tempat
tertentu.
hal ini dibuat dengan mengambil kira kos
pengangkutan.
contohnya,harga sesuatu barang berbeza antara
semenanjung malaysia,sabah dan sarawak.
5) harga pemetakan
syarikat meletakkan harga yang berbeza mengikut
ciri pemetakan seperti umur pengguna,lokasi,ciri
produk atau masa.
contohnya,tambang bas dan kapal terbang
berbeza mengikut umur penumpang.contoh
lain,harga tempat duduk yang berbeza dalam
stadium dan panggung wayang.
6) harga pukal ( harga
pakej)
dua atau lebih barangan atau perkhidmatan
dipakejkan bersama dan ditawarkan pada satu
harga istimewa.
pelanggan diadaikan suka mendapat pelbagai
barangan melalui satu pembelian sahaja.
7) rebat
pemulangan tunai kepada pelanggan bagi
pembelian sesuatu produk dalam tempoh yang
ditetapkan.
- selalunya pelanggan perlu mengisi borang
untuk mendapat rebat tersebut.
- contohnya,pembelian kereta perodua myvi
diberikan rebat tunai bagi pembelian dalam bulan
november.

Anda mungkin juga menyukai