Anda di halaman 1dari 8

RUMAH

SEKUMBANG PRODUCTION
Skrip Oleh: Sofeeya Syaurah
Sinopsis:
Perkahwinan Laila dan Malek tidak direstui oleh Mak Senah sejak awal lagi.
Disebabkan cinta Malek terhadap Laila mengatasi segalanya, Mak Senah
terpaksa mengalah demi kebahagian anak lelaki bongsunya itu.Hal ini
menyebabkan perasaan benci terhadap menantunya itu semakin membara.
Pelbagai cara telah digunakan oleh Mak Senah supaya perkahwinan mereka
berdua terputus di tengah jalan. Namun begitu, Laila sudah lali dengan segala
cacian dan makian yang diterima daripada mak mertuanya itu setiap kali
ketiadaan Malek di rumah. Mahu ditinggalkan, tidak sampai hati dek kerana
Mak Senah mengalami angin ahmar sejak 5 tahun yang lalu menyebabkannya
lumpuh separuh badan. Sehinggalah satu hari, takat kesabaran Laila sudah
mencapai tahap maksimum menyebabkan dia mengangkat kaki dari rumah itu.
Mak Senah mengambil keputusan untuk terus menipu Malek kerana
rancangannya untuk memisahkan anaknya itu daripada Laila hampir berjaya.
Namun, rahsianya terbongkar tidak lama selepas itu, membuatkan Malek
marah kepadanya dan mengambil keputusan untuk mencari Laila. Malek Insaf
dan memohon maaf kepada Laila. Akhirnya mereka mengambil keputusan
untuk keluar daripada rumah itu setelah Malek mendapat tawaran kenaikan
pangkat di tempat kerjanya.

Watak dan perwatakan:


Laila: Seorang yang penyabar dan rajin. Suri rumah sepenuh masa dan perlu
menjaga Mak Senah yang sakit. Seorang yang berhati lembut dan pemaaf.
Malek: Seorang anak yang taat kepada ibunya. Mempunyai ego yang tinggi.
Seorang yang bekerja keras.
Mak Senah: Seorang yang cakap lepas. Sangat benci akan Laila. Berpura-pura
baik di depan Malek.
Mak Bedah: Kawan baik Mak Senah. Kerap datang ke rumah Mak Senah untuk
bergosip. Seorang yang glamour dan digelar diva kampung.

Latar tempat: Ruang tamu dan taman


Latar masa: Bila-bila masa
Dialog:
Kelihatan Laila sedang tidur di meja makan manakala Mak Senah pula sedang
menonton televisyen di ruang tamu.
Penggera telefon berbunyi.
Mak Senah: Eh Perempuan, tak reti reti nak matikan telefon kau tu ke?
Memekaklah. Aku nak tengok tv ni pun tak tenang. (mencampakkan barang
kearah Laila)
Laila terkejut dengan campakan dan sergahan Mak Senah, terus gelabah
menutup penggera telefonnya.
Laila: Sorry mak. Laila tertidur, penat sangat tadi.
Mak Senah: Kau penat ke, mampos ke itu bukan masalah aku lah Perempuan.
Laila memeriksa jam di telefonnya lalu terus mencedok makanan yang ada
diatas meja ke dalam pinggan sebelum dibawanya ke Mak Senah.

Laila: Mak, meh makan. Dah berapa hari mak tak makan. Macam mana nak
makan ubat kalau mak tak makan.
Mak Senah: Haa taknak aku tak selera. Tengok muka kau lagi aku tak selera nak
makan. Entah kau letak racun apa dalam tu.
Laila: Mak makanlah. Nanti Abang Malek balik dia bising pula tengok mak tak
makan.
Mak Senah: Kisah pula aku dengan Malek tu.
Laila: Mak, ni Laila masakkan gulai ayam yang mak suka tau. Cubalah rasa. Sikit
pun jadilah mak. (menyuakan sudu ke arah mulut Mak Senah)
Mak Senah yang pada mulanya teragak-agak untuk membuka mulut, akhirnya
diturutkan juga permintaan menantunya itu. Baru dua kali kunyahan,
dihemburkan makanan yang ada didalam mulutnya ke arah Laila.
Mak Senah: Eeeee.. Apa yang kau masak ni perempuan. Tak sedap langsung.
(mengesat sisa makanan dimulutnya dengan menggunakan belakang
tangannya)
Laila: Mak makanan tu. Janganlah cakap macam tu depan rezeki.
Laila menghulurkan segelas air suam kepada Mak Senah.
Laila: Kalau mak tak nak makan, minumlah sikit.
Mak Senah: (menepis gelas itu) Argh aku cakap tak nak, tak nak lah. Tak faham
bahasa ke.
*Prang*
Laila: Auch.. Isss (memegang pergelangan tangannya). Mak ni kenapa? Tak
boleh ke kalau tak buat perangai. Laila penat lah.
Mak Senah: (membeliakkan matanya) Kau tinggi suara dengan aku. Oh berani
dah ya kau sekarang.
Laila: Laila penatlah mak. Semua yang Laila buat semua tak kena dekat mata
mak. 2 tahun Laila tahan. Apa yang mak tak puas hati sangat dengan Laila.
Mak Senah: Kau tanya aku apa aku tak puas hati dengan kau eh perempuan.
(menunjal kepala Laila) Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau sebenarnya
kahwin dengan Malek sebab nakkan harta dia je kan. Kau ni memang
perempuan tak tahu malu kan. Kau goda Malek tu untuk kepentingan diri kau.
Patutnya aku halang perkahwinan korang berdua dari awal. Anak aku tu lagi
layak dengan perempuan lagi bagus dari kau.
Laila: Habistu, kenapa mak tak halang je perkahwinan kami?
Mak Senah: Sebab anak aku tu sayang sangat kat kau. Entah minyak dagu mana
kau calitkan dia.
Laila: Ya Allah mak. Takkan lah Laila nak buat macam tu kat Abang Malek. Laila
masih ingat Allah tau mak.
Mak Senah: Kau tak payah nak bajet alim sangat lah perempuan. Kau jangan
ingat aku tak tahu kau tu mandul. Sebab tulah 2 tahun kau kahwin dengan
Malek, sampai sekarang tak ada anak. Patutnya aku suruh Malek tu kahwin
dengan anak si Bedah tu daripada kahwin dengan perempuan mandul macam
kau.
Laila: MAK! Jangan nak melampau mak.
Mak Senah: Eh, apa pulak. Aku cakap betul apa. Apa? Kau nak mengadu
dengan Malek. Pergilah mengadu sana. Kau ingat dia nak percaya apa kau
cakap. Aku ni mak dia. Syurga dia bawah tapak kaki aku.
Laila: Mak, kalau mak benci sangat kat Laila. Baik Laila pergi dari rumah ni. Itu
yang mak nak sangat dari dulu kan.
Mak Senah: Haa pergilah sana. Berambus dari rumah ni. Aku memang jijik
tengok muka acah acah suci kau ni. Pergi. Jangan berani-berani balik sini
semula.
Laila beredar meninggal ruang tamu.

(Lights off)
(Bunyi pintu ditutup)
(Lampu tertumpu pada Malek)

Malek: Assalammualaikum, Laila, Laila.


(Lampu pentas dihidupkan)
Mak Senah: Eh, Malek dah balik.
Malek: Iya mak. Laila mana? Tak nampak pun dia. (tercari-cari)
Mak Senah: Laila? Tak tahulah. Tadi mak nampak dia keluar bawak beg baju dia.
Mak panggil-panggil dia tadi, tapi dia tinggalkan mak macam tu je.
Malek:Hah? (bunyi terkejut) Dia tinggalkan mak macam tu je? Dia tak tahu ke
mak sakit? Sampai hati betul dia tu. ( dengan nada geram)
Mak Senah: Tak tahulah mak, Malek. Benci sangat agak dia kat mak.
Malek: Kenapa dia nak benci dengan mak pulak. Mak ada buat apa-apa ke kat
dia. Biarlah dia mak. Pandai-pandailah dia hidup kat luar tu. Dahlah, Malek nak
mandi. Malek penat.

(Lights off)
(Perlahan-lahan lights on)
Mak Bedah: Assalammualaikum, Senah Oh Senah
Mak Senah: Waalaikumsalam, Oh Bedah. Sampai dah. Meh naik sini. Aku ada
cerita baru ni.
Mak Bedah: Ini yang aku suka ni. Mana menantu kesayangan kau tu? (duduk di
atas kerusi bersebelahan Mak Senah)
Malek berjalan menuju ke ruang tamu.
Malek: Mak oh Mak (sambil membaca sehelai kertas ditangannya)
Kelihatan Malek menghentikan langkahnya daripada terus ke ruang tamu .
Mak Senah: Aku dah halau dia. (menggulingkan mata keatas)
Mak Bedah: Kau halau dia? Kenapa?
Mak Senah: Tak selera aku nak tengok muka dia hari-hari. Menyampah aku
tengok muka acah baik dia tu. Aku tak tahulah kenapa si Malek tu sayang
sangat kat perempuan tu. Dah la mandul. Kalau dah tahu tak boleh nak bagi
zuriat, asal gatal sangat nak kahwin dengan anak aku.
Malek: Mak !!
(bunyi dramatic)
Sergah Malek. Mak Senah dan Mak Bedah terkejut dengan kehadiran Malek
yang muncul secara tiba-tiba.
Malek: Mak halau isteri Malek. Kenapa, mak? Mak kata Laila lari rumah
tinggalkan mak. Apani mak?
Mak Senah: (menggerakkan kerusi rodanya kearah Malek) M-Malek. Mak boleh
jelaskan Malek.
Malek: Sudah mak. Malek dah dengar sendiri dari mulut mak. Apa lagi yang
mak nak jelaskan.
Mak Senah: T-tapi apa yang mak cakap semua tu betulkan? (nada rendah
sambil menundukkan kepalanya)
Malek: Mak. Laila tak mandul, mak. Laila mengandung anak Malek. (sambil
menunjukkan kertas ditangannya ke Mak Senah)
Mak Senah: (merampas kertas ditangan Malek dan membacanya sambil
membulatkan matanya seakan- akan terkejut) Malek, M-mak minta maaf. Mak
tak tahu. M-mak salah,Malek.
Malek: Maaf mak tu takkan merubah apa-apa mak. Laila tetap takkan muncul
depan Malek lah mak. Malek nak pergi cari Laila.
Mak Senah: Malek. Malek.
Malek keluar meninggalkan Mak Senah dan Mak Bedah di ruang tamu.
(Lights off)
(Lights on tumpu pada Laila)
(bunyi burung berkicau, suasana di taman)
Kelihatan Laila sedang duduk diatas bangku di tepi jalan sambil termenung.
Malek yang berjalan kearah itu terpaku memandangnya.
Malek: Laila?
Laila menoleh kearah Malek sebelum memandang kehadapan semula.
Malek: Laila. (menuju kearah Laila) Abang tak salah orang kan. (duduk
disebelahnya)
Laila: (berdecit) Abang nak apa? Nak suruh Laila lari lagi jauh ke? (tanpa
memandang ke arah Malek)
Malek: Laila, abang minta maaf. Abang tahu salah. Abang tak patut biarkan
Laila keluar dari rumah tu. Kita balik jom.
Laila: Dahlah . Mak abang kan taknak tengok muka Laila dah. Laila penat tau
bang. 2 tahun Laila tahan dengan perangai mak abang. Hari-hari Laila kena
maki dengan mak. Laila masak mak tak nak jamah sikit pun. Kalau mak sakit,
abang salahkan Laila tak jaga mak. Padahal Laila dah bagi dah mak makan, mak
yang taknak. Laila penat bang. Tiap kali Laila cerita kat abang apa mak buat kat
Laila bukan abang nak percaya. Laila tahu syurga abang bawah tapak kaki mak,
tapi macam mana dengan Laila? Siapa nak kisah pasal Laila? Laila sebatang kara
tau bang. Keluarga Laila semua dah tak ada. Abang jelah harapan yang Laila
ada.
Malek: Ya, abang sedar semua tu silap abang. Abang tahu sebenarnya Laila tak
lari pun tapi mak yang halaukan.
Laila menganggukkan kepalanya.
Malek: Abang terdengar mak cakap dengan Mak Bedah tadi kat ruang tamu. Ya
Allah, abang betul-betul rasa bersalah dengan Laila. Abang mintak maaf ya,
sayang.
Laila diam.
Malek: Laila (menghulurkan sehelai kertas ke Laila) kenapa tak bagitahu abang
yang Laila mengandung.
Laila: Laila ingat nak buat surprise untuk abang tapi mak dah halau Laila dulu.
(menundukkan kepalanya)
Malek: (menghembuskan nafas berat) Kita balik ya.
Laila: Tapi Laila takut dengan mak. (dengan nada yang hiba)
Malek: Laila jangan risau. Abang dapat notis naik pangkat pagi tadi. Abang kena
pindah pergi KL. Laila kena ikut abang pindah tau.
Laila: Iya ke, abang? (mukanya berseri) Tapi mak macam mana?
Malek: Abang dah bagitahu kat Abang Izz. Abang Izz kata nanti dia akan balik
jaga mak pula sebab kontrak dia kat Pahang dah habis.
Laila: Oh lega Laila dengar. (menghembuskan nafas lega)
Malek: Nanti kita cari rumah sama sama ya.
Laila: Yeay. Suka. Suka. (menepuk-nepuk tangannya)
Malek: Laila nak rumah macam mana?
(soft music)
Laila: (meletakkan jari telunjuknya di dagu sambil mengetuk lembut beberapa
kali) Hmm kalau dapat rumah studio pun best juga. Tak besar tak kecik.Nanti
taklah penat sangat nak kemas. Pastu, Laila nak cat rumah tu warna cream.
Baru nampak macam aesthetic sikit.( menepuk-nepuk tangannya)
Laila makin rancak mengutarakan idea-idea yang tersimpan dalam kepalanya
kepada Malek.
(lampu slow slow kelam dan mati)
(music slow slow mati)
TAMAT.

Anda mungkin juga menyukai