Anda di halaman 1dari 14

BAB 3 SISTEM

PENYAMAN UDARA

1
1.0 PENGENALAN
Melalui kajian yang akan dijalankan ini adalah berhubung kepada aplikasi penghawa
dingin . Bagi menghuraikan apa yang dibincangkan ialah perbincangan terhadap bilangan
penghawa dingin di dalam sesebuah bangunan tersebut . Hal ini adalah untuk menunjukkan
bahawa berapa bilangan penghawa dingin yang diperlukan di dalam sesbuah tempat tersebut
supaya dapat melahirkan suasana selesa di dalam bangunan tersebut .

Dalam bahagian ini , ianya merupakan rekabentuk sistem penyejukan bagi bangunan
bertingkat iaitu empat tingkat . Bangunan yang akan dipilih ini ialah bangunan pejabat. Sistem
penyejukan ini merupakan sistem yang direkabentuk untuk menstabilkan suhu udara dan
persekitaran bangunan pejabat tersebut.

Tujuan sistem penyaman udara adalah untuk mengadakan suasana yang kondunsif dan juga
keselesaaan kepada penghuni yang akan menggunakannya . Penyaman udara yang cukup lengkap
adalah termasuk pemanasan , penyejukan , pelembapan , pengeringan dan juga pembersihan
udara .

Selain daripada melahirkan suasana yang kondusif , ianya juga akan membincangkan
tentang kriteria bagi rekabentuk sistem penyejukan dalam bangunan tersebut . Di dalam bab ini
ianya juga termasuk dengan pengiraan bagi bilangan penyaman udara yang patut diletakkan
didalam sesebuah bangunan tersebut . Bukan itu sahaja , malah ianya juga mengira dari segi beban
penyejukan dan juga penyaman udara yang berpusat .

Seterusnya , ianya merupakan proses pengwalan dan perawatan bagi semua kandungan
udara untuk ruang atau tempat tertutup bagi mendapatkan keselesaan . Ianya dirawat secara
mekanikal yang dilakukan terhadap suhu , kelembapan , pembaharuan udara , kebersihan dan
juga pengagihan udara tersebut bagi mencapai keperluan dan juga fungsi sesuatu ruang .

2
1.1 OBJEKTIF

Objektif dalam reka bentuk sistem penyaman udara ini adalah untuk :
a) Menstabilkan suhu dan juga kelembapan dalam bangunan tersebut.
b) Melahirkan persekitaran yang selesa dan juga kondusif untuk melakukan kerja.
c) Menghasilkan sistem yang melibatkan proses pemanasan , penyejukan dan juga
pengeringan .
d) Untuk memelihara kesihatan penghuni yang berada di dalam bangunan tersebut.

3.3 KRITERIA REKABENTUK SISTEM PENYAMAN UDARA

Rekabentuk Sistem Penyaman Udara


Kriteria – kriteria Rujukan
a. Penggunaan penyaman udara akan menjadi • Rule of thumb cooling load

keperluan bagi pengudaraan yang bagus untuk • Graf Cooling Load Checkfigure
penguin bangunan.
b. Pengiraan beban penyejukan.
c. Pengiraan bekalan udara.
d. Reka bentuk saiz saluran

3
1.2 SISTEM REKA BENTUK

• Sistem penyaman udara yang digunakan dalam bangunan ini adalah sistem vrv system
installation
• Pengiraan sistem bekalan bahan penyejuk dan bekalan udara adalah menggunakan kaedah
unit pembebanan(Loading Unit)

1.3 JADUAL SENARAI SEMAK SISTEM PENYAMAN UDARA

No. Item Nota

1 Kira beban penyejukan ADA


2 Kira bekalan udara ADA
3 Reka bentuk saiz saluran ADA
4 Lukis lukisan susun atur untuk penghawa ADA
dingin sistem menggunakan perisian CADD

4
1.4 KRITERIA REKABENTUK
Kriteria bagi sistem penyaman udara hendaklah mengikut standard dan juga mengikut garis
panduan yang betul . Contohnya :
a) Kedudukan dan juga arah bangunan
b) Keadaan sekeliling iaitu keberadaan sesebuah bangunan itu terletak dimana dan juga
sekeliling bangunan tersebut ada halangan atau tiada . ianya melibatkan suhu dan
kelembapan disekitar kawasan tersebut .
c) Bahan binaan yang digunakan itu untuk menghasilkan lantai , dinding , tingkap dan juga
bumbung .
d) Jumlah penghuni yang berada di dalam bangunan tersebut juga menjadi salah satu kriteria
untuk rekabentuk kerana penghuni di dalam bangunan tersebut mempengaruhi dengan
haba badan .
e) Penggunaan bangunan iaitu bangunan tersebut dihasilkan adalah untuk pejabat .

1.5 REKABENTUK SISTEM PENGUDARAAN DAN PENYAMAN UDARA


Penggunaan penyaman udara pada masa kini semakin meluas di mana mana sahaja
penggunaannya . Pengguna akan menggunakan penyaman udara ini untuk mendapatkan
keselesaan dan juga suasana yang kondusif untuk melakukan kerja . Tetapi permasalahan bagi
penggunaan penyaman udara ini ada risikonya iaitu Jika anda tidak menyenggara penyaman
udara anda, udara yang tercemar tidak dapat dibersihkan oleh unit penyaman udara anda .
Hasilnya anda akan bernafas dalam udara yang tidak sihat dan dicemari oleh kotoran dan habuk
Ini mengakibatkan penyakit seperti asma, alahan, resdung dan banyak lagi. Apabila bakteria,
virus atau kulat mula terkumpul dalam sistem penyaman udara anda , kesannya akan menjadi
lebih buruk terhadap manusia .
Untuk lebih memahami prinsip dan aplikasi penyaman udara, pemahaman berkaitan
termodinamik dan kitar penyejukan asas adalah penting. Kitar penyejukan yang lengkap
melibatkan pemindahan tenaga dari satu medium ke medium yang lain. Empat komponen
utama terlibat semasa pemindahan tenaga ini iaitu pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran
dan penyejat. Jenis sistem penyamanan udara yang digunakan ialah sistem penyamanan udara
sistem penyamanan udara unit pisah .
Penyaman udara adalah alat yang terdiri daripada komponen-komponen mekanikal yang
berfungsi untuk menyerap haba dari dari satu ruang tertutup dan memindahkan haba tersebut ke
luar. Rekabentuk sistem penyamanan udara yang baik hendaklah dapat memenuhi kriteria
berikut :
a) Mengawal dan melaras suhu bilik agar selesa.
b) Mengawal peredaran udara dalam bilik.
c) Membersihkan udara dalam bilik.
5
1.6 PROSUDER REKABENTUK
Prosedur rekabentuk bagi sistem penyaman udara perlulah mengikut standard dan juga
langkah yang betul supaya suasana di dalam bangunan tersebut boleh digunakan dengan selesa
dan tiada halangan ataupun tiada risiko yang akan berlaku kelak . Bukan itu sahaja , malah
ianya apabila mengikut langkah dan juga prosedur yang betul , hasil penyaman udara yang
dibekalkan itu tidak akan menjadi ataupun memudaratkan pada penghuni yang berada di dalam
bangunan tersebut .

1.7 SENARAI SEMAK REKABENTUK SISTEM PENGUDARAAN DAN


PENYAMAN UDARA
Penghawa dingin berpecah terdiri daripada unit luaran dan unit dalaman. Unit luaran
dipasang pada atau berhampiran dinding luar bilik yang anda ingin sejukkan. Unit ini
menempatkan pemampat, gegelung pemeluwap dan gegelung pengembangan atau tiub kapilari.
Unit dalaman yang kelihatan anggun mengandungi gegelung penyejuk, peniup panjang dan
penapis udara.

6
2.7 GAMBARAJAH PENYAMAN UDARA YANG DIGUNAKAN

Bahagian dalaman (indoor)

Bahagian Luaran (Outdoor)

7
1.8 PENGIRAAN UNTUK SETIAP TINGKAT
( PEJABAT TINGKAT 1 )

8
( PEJABAT TINGKAT 2 )

9
( PEJABAT TINGKAT 3 )

10
( PEJABAT TINGKAT 4 )

11
( PEJABAT TINGKAT 5 )

12
2.8LUKISAN AUTOCADD SISTEM PENGHAWA DINGIN

Rajah ini menunjukkan kedudukan diffuser di dalam pejabat tingkat 1-5

13
1.9 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem penyamanan udara sangat diperlukan pada sesebuah bangunan
seperti bangunan pejabat ini. Rekabentuk sistem penyamanan udara yang ditentukan perlulah
betul dan sesuai bagi menjamin keselesaan dalam bangunan dan tiada sebarang masalah yang
akan dihadapi pada masa akan datang. Sekiranya, rekabentuk yang ditentukan menjadi salah
dan tidak sesuai, pelbagai masalah yang akan timbul dalam bangunan. Jika, masalah yang
timbul tersebut tidak begitu serius, kemungkinan besar ia dapat diselesaikan tetapi jika ia sangat
serius, semestinya ia akan jadi susah untuk diselesaikan.Itulah sebabnya, dalam penentuan
rekabentuk sistem penyamanan udara perlulah sangat teliti.

14

Anda mungkin juga menyukai