Anda di halaman 1dari 1

VA21031

Muhammad widad asfa b shafie

Apa yang saya dapat daripada kelas kesihatan mental adalah kesihatan mental seseorang itu perlu
diambil berat jika seseorang itu mengalami depresi atau tertekan akibat tekanan yang dialami. Kita
dapat lihat keadaan dan kesan jika seseorang itu jika stress. Terdapat pelbagai cara untuk kita
kurangkan stress dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti bersukan, meluah kepada seseorang
yang anda percaya. Kita juga perlu kenalpasti punca dan mengapa kita stress. Kita perlu mengawal
diri kita dari sesuatu yang membuatkan kita stress. Mental health pada zaman kini perlu dipandang
serius oleh kerana hal ini bukan perkara yang remeh. Seseorang itu akan menjadi depression jika
sering tertekan akibat persekitarannya dan mereka tiada tempat meluah, tempat dia bercerita,
tempat dia mengadu. Bagi saya zaman sekarang populasi orang yang depress lebih kepada lelaki
kerana prinsip mereka “lelaki dianggap lemah jika dia kuat mengadu” walhal itulah kesilapan mereka
membiarkan masalah yang dialami dipendam sehingga ia terasa terbeban hingga memakan diri. Jika
kita merasakan diri kita tertekan, pergilah berjumpa kaunseling untuk meminta tolong. Jika anda
malu, cubalah cari orang yang anda percaya untuk meluahkan semua isi hati anda agar ia dapat
mengurangkan tekanan yang berada di fikiran anda.

Anda mungkin juga menyukai