Anda di halaman 1dari 5

8/18/23, 10:01 AM Sistem Nombor Perenambelasan

Please verify your phone number. Click here to verify

https://question.pandai.org/note/read/kssm-sk-08-01-02/KSSM-F2-SK-01-02 1/5
8/18/23, 10:01 AM Sistem Nombor Perenambelasan

Sistem Nombor Perenambelasan

https://question.pandai.org/note/read/kssm-sk-08-01-02/KSSM-F2-SK-01-02 2/5
8/18/23, 10:01 AM Sistem Nombor Perenambelasan

1.2 Sistem nombor perenambelasan

Sistem nombor perenambelas ialah satu sistem nombor yang digunakan untuk mewakili nombor perduaan yang digunakan sebagai bahasa mesin
Kepentingan sistem nombor perenambelas adalah untuk mewakili warna pada alatan digital dalam model warna RED, GREEN dan BLUE.
Sistem nombor perenambelas digunakan untuk pembangunan asas sistem mikroproses.
Semua mesej ralat tentang lokasi ingatan komputer ditunjukkan dengan sistem nombor perenambelas.
Sistem nombor perenambelas menggunakan sepuluh digit (nombor) dan enam abjad iaitu;
0,1,2,3,4,5,6,7,8,9
A,B ,C ,D,E ,F

Perbezaan antara nombor perenambelas dan nombor perpuluhan

Perwakilan huruf semasa pengiraan dalam sistem nombor perenambelas adalah seperti di bawah;

Huruf A B C D E F

Nilai 10 11 12 13 14 15

Nilai digit dalam sistem nombor perenambelas;

Gandaan 16 164 163 162 161 160

Nilai tempat 65 536 4 096 256 16 1

Nombor perpuluhan Nombor perenambelas

Dikenali sebagai sistem asas sepuluh Dikenali sebagai sistem asas enambelas

Sistem nombor desimal Sistem nombor heksadesimal

Ditanda dengan subskrip 10 Ditanda dengan subskrip 16

Mempunyai 10 digit Mempunyai 16 digit

Nilai tempat; 1 , 10 , 100 ... Nilai tempat; 1 , 16 , 256 ...

Penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perenambelasan

Langkah-langkah penukaran adalah seperti berikut;

1. Bahagikan nombor perpuluhan dengan 16 dan catatkan bakinya


2. Hasil bahagi dibahagi seterusnya dibahagi dengan 16 dan catat bakinya sehingga nombor tidak boleh dibahagi lagi
3. Susun nombor dari bawah ke atas

Contoh

Tukarkan nombor perpuluhan 1137 kepada nombor perenambelas.

1137 ÷ 16 = 71 baki 1

71 ÷ 16 = 4 baki 7

4 ÷ 16 = 0 baki 4

Oleh itu, nombor perenambelas adalah 47116 . ​

Penukaran nombor perenambelas kepada nombor perpuluhan

Proses penukaran boleh dilakukan dengan mendarab nombor perenambelas dengan nilai tempat nombor perenambelas.

https://question.pandai.org/note/read/kssm-sk-08-01-02/KSSM-F2-SK-01-02 3/5
8/18/23, 10:01 AM Sistem Nombor Perenambelasan

Contoh

Tukarkan nombor perenambelas 1AE316 kepada nombor perpuluhan.


Nilai tempat 163 = 4096 162 = 256 161 = 16 160 = 1

Nombor perenambelas 1 A (10) E (14) 3

Jumlah (4096 × 1) + (256 × 10) + (16 × 14) + (1 × 3) = 6883


Oleh itu, nombor perpuluhan adalah 6883.

Penukaran nombor perenambelas kepada nombor perduaan

Jadual di bawah menunjukkan nilai nombor perenambelas yang setara dengan nombor perduaan.

Nombor perenambelas Nombor perduaan

0 0000

1 0001

2 0010

3 0011

4 0100

5 0101

6 0110

7 0111

8 1000

9 1001

A (10) 1010

B (11) 1011

C (12) 1100

D (13) 1101

E (14) 1110

F (15) 1111

Contoh

Tukarkan nombor perenambelas 1BA16 kepada nombor perduaan.


Nombor perenambelas 1 B (11) A (10)

Digit nombor perduaan 0001 1011 1010

Nombor perduaan 1101110102 ​

Oleh itu, dalam nombor perduaan adalah 1101110102 . ​

Penukaran nombor perduaan kepada nombor perenambelas

Terdapat dua kaedah untuk menukarkan nombor perduaan kepada nombor perenambelas iaitu;

Kaedah pengumpulan empat digit nombor perduaan


Kaedah pengiraan

Langkah-langkah menggunakan kaedah pengumpulan empat digit nombor perduaan;

https://question.pandai.org/note/read/kssm-sk-08-01-02/KSSM-F2-SK-01-02 4/5
8/18/23, 10:01 AM Sistem Nombor Perenambelasan

1. Kumpulkan nombor perduaan kepada kumpulan empat digit


2. Cari nilai setara nombor perenambelas dengan empat digit nombor perduaan
3. Susun semula nombor perenambelas dari kiri ke kanan

Contoh

Tukarkan nombor perduaan 110001010112 kepada nombor perenambelas.


Nombor perduaan 1 1 0 0 0 1 0 1 0 1 1

Kumpulan empat digit 0110 0010 1011

Nombor perenambelas 6 2 11 (B)


Oleh itu, nombor perenambelas adalah 62B16 ​

Langkah-langkah menggunakan kaedah pengiraan;

1. Kumpulkan nombor perduaan kepada kumpulan empat digit


2. Darabkan setiap digit dengan nilai tempatnya
3. Jumlahkan hasil darab dalam kumpulan empat digit
4. Tukarkan kepada nilai setara nombor perenambelas
5. Susun nombor perenambelas dari kiri ke kanan

Contoh

Tukarkan nombor perduaan 1001010001102 kepada nombor perenambelas.


Nombor perduaan 1 0 0 1 0 1 0 0 0 1 1 0

Kumpulan tiga digit 101 110

Nilai tempat 8 4 2 1 8 4 2 1 8 4 2 1

Jumlah (8 × 1) + (1 × 1) = 9 (4 × 1) = 4 (4 × 1) + (2 × 1) = 6
Oleh itu, nombor perenambelas adalah 94616 . ​

Penukaran pengekodan ASCII kepada nombor perenambelas

Langkah penukaran kod ASCII, apabila diberi nilainya adalah dengan membahagikan nilai tersebut dengan 16 dan menggunakan bakinya

Contoh

Tukarkan kod ASCII "G" kepada nombor perenambelas.

Kod ASCII "G" dalam nombor perpuluhan = 71

71 ÷ 16 = 4 baki 7

4 ÷ 16 = 0 baki 4

© 2023 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia

https://question.pandai.org/note/read/kssm-sk-08-01-02/KSSM-F2-SK-01-02 5/5

Anda mungkin juga menyukai