Anda di halaman 1dari 21

SULIT

SET PECUTAN AKHIR TAHUN 2022 1511/1


SAINS
SCIENCE
KERTAS 1

1 1/4 jam Satu jam lima belas minit

Nama : …………………………………………………………………………………………….

Tingkatan : ………………………………………………

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN

1. Kertas ini mengandungi 40 soalan

2. Jawab SEMUA soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi


setiap soalan, pilih SATU jawapan. Hitamkan jawapan anda pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah


dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik

Kertas soalan ini mengandungi 21 halaman bercetak termasuk muka hadapan

0
Jawab semua soalan
Answer all question
1. Antara bahan berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri bahan yang boleh dibuang
ke dalam singki?
Which of the following is the characteristic of material that can be disposed of into sink?
A Bahan yang reaktif
Reactive materials
B Mempunyai nilai pH 6
Has a pH value of 6
C Mempunyai nilai pH 10
Has a pH value of 10
D Sebatian pelarut organik
Organic solvent coumpound

2. Sekolah anda telah didatangi oleh pegawai dari Jabatan Bomba Malaysia untuk
menjalankan audit ke atas alat pemadam kebakaran. Antara berikut, yang manakah merupakan
aktiviti tersebut?
Your school has been visited by officials from the State Education Department to conduct an
audit on fire extinguishers. Which of the is the activity?
A Tarikh penghasilan pemadam kebakaran
Manufacturing date of fire extinguishers
B Bacaan tekanan pemadam kebakaran
Fire extinguisher pressure readings
C Menanggalkan pin alat pemadam kebakaran
Stripping off the pins of fire extinguishers
D Pembekal pemadam kebakaran
Supplier of fire extinguishers

3. Anda sedang berlari mengelilingi taman dan terlihat seorang lelaki tiba-tiba rebah lalu
pengsan. Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil apabila berhadapan dengan
situasi itu?
You are running around the park and see a man suddenly collapses and unconscious.
What is the first step you need to take when faced with the situation?
A Menelefon talian kecemasan 999
Contact the 999 emergency line
B Memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut
Provide mouth-to-mouth resuscitation
C Mengejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan bertanya “anda ok?”
Attend to the victim and tap the shoulder and ask “are you okay?”
D Meninggalkan mangsa untuk diselamatkan oleh orang lain yang berdekatan
Leave the victim to be rescued by other person nearby

1
4. Apakah faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal?
What are the factors that cause the body temperature to exceed normal?
A Jangkitan
Infection
B Minum berlebihan
Excessive drinking
C Terlajak tidur
Overslept
D Makan berlebihan
Excessive eating

5. Antara berikut, yang manakah faktor mempengaruhi kadar denyutan nadi manusia?
Which of the following factors influences the human pulse rate?
A Ketinggian
Height
B Warna kulit
Skin colour
C Aktiviti fizikal
Physical activity
D Berat
Weight

6. Antara yang berikut, yang manakah sumber tenaga yang paling kurang membebaskan gas rumah
hijau dalam sektor pengangkutan?
Which of the following is the least energy source that releases greenhouse gases in transportation
sector?

A C
Caj elektrik

B D

2
7. Apakah impak apabila kecekapan tenaga diutamakan dalam Teknologi Hijau?
What is the impact when energy efficiency comes first in Green Technology?
A Lebih banyak aktiviti cari gali mencari sumber tenaga
More digging activities looking for energy sources
B Aktiviti pembukaan tanah baharu ditingkatkan untuk pembangunan negara
New land clearing activities increased for national development
C Sumber tenaga dapat dijimatkan dan meningkatkan ekonomi negara
Energy resources can be saved and boost the country’s economy
D Sisa-sisa buangan dapat dilupuskan dan sumber tenaga digantikan dengan sumber
sedia ada di dalam kerak bumi
Wastes can be disposed of and energy sources replaced with existing resources in
the earth’s crust

8. Antara berikut, yang manakah proses pembahagian sel berlaku di hujung pucuk dan akar
pokok bunga raya?
Which of the following cell division process occur at the end of shoots and roots of a
hibiscus tree?
A Mitosis
Mitosis
B Meiosis
Meiosis
C Mutasi
Mutation
D Fotosintesis
Photosynthesis

9. Apakah yang dibekalkan dalam udara hembusan resusitasi kardiopulmonari (CPR)


semasa rawatan awal proses pemulihan mangsa lemas?
What was supplied in cardiopulmonary resuscitation (CPR) breaths during the initial
treatment of the recovery process of drowning victim?
A Oksigen
Oxygen
B Nitrogen
Nitrogen
C Hidrogen
Hydrogen
D Argon
Argon

3
10.
1. Rajah 5 dibawah menunjukkan sejenis tumbuhan dengan akar cengkam.
2. Diagram 5 shows a clasping roots plant.

Rajah 5
Diagram 5

Antara berikut, tumbuhan yang manakah mempunyai sistem sokongan sama seperti rajah
di atas?
Which of the following plant has the same support system as the diagram above?

A Pokok orkid
Orchid plant
B Pokok anggur
Grape plant
C Pokok kacang panjang
Long bean plant
D Pokok ros
Rose plant

11.
3. Rajah 6 menunjukkan satu kelenjar endokrin P
4. Diagram 6 shows an endocrine gland P
y P

Rajah 6
Diagram 6
Apakah fungsi P?
What is the function of P?
A Merembeskan tiroksina
Secretes thyroxine
B Menyediakan badan untuk situasi kecemasan
Prepare the body for emergency situation

4
C Mengurangkan paras glukosa di dalam darah
Reduce glucose level in the blood
D Merangsang penebalan dinding uterus
Stimulates the thickening of uterus wall

12. Penyalahgunaan bahan Q tanpa preskripsis doctor akan menyebabkan ketagihan.


Apakah Q?
Misuse of Q material without prescription doctor will be addictive. What is Q?
A Penisilin
Penicillin
B Steroid
Steroids
C Aspirin
Aspirin
D Marijuana
Marijuana

13. Rajah 13 menunjukkan sebuah stesen janakuasa.


Diagram 13 shows a power station.

Rajah 13
Diagram 13

Antara berikut, bahan yang manakah digunakan dalam stesen janakuasa di atas?
Which of the following materials is used in the above power stations?

A Amerisium - 241
Americium - 241
B Natrium-24
Sodium-24
C Iodin-131
Iodine-131
D Uranium -235
Uranium -235

5
14. Rajah 14 menunjukkan suatu aktiviti yang dilakukan di dalam makmal.
Diagram 14 shows an activity carried out in the laboratory.

Rajah 14
Diagram 14
Apakah jenis kaca yang digunakan untuk membuat bikar tersebut?
What is the type of glass used to make the beaker?
A Kaca plumbum
Lead crystal glass
B Kaca borosilikat
Borosilicate glass
C Kaca soda kapur
Soda-lime glass
D Kaca silika terlakur
Fused glass

15. Akhir-akhir ini pernyataan ‘radikal bebas’ sering kali disebutkan di dalam iklan di televisyen dan
dibahaskan di ceramah- ceramah kesihatan.
The term of ‘free radicals’ often appear in televisions advertisements and is debated in health
talks.
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan radikal bebas dengan tepat?
Which of the following statements is the best describes free radicals?

A Zarah dengan cas negatif


Particles with negative charge
B Zarah dengan cas positif
Particles with positive charge

C Zarah yang kekurangan satu elektron


Particles that lack one electron

D Zarah dengan susunan oktet


Particles with an octet arrangement

6
16. Rajah 16 menunjukkan keadaan sebiji epal yang dipotong oleh Halim selepas dibiarkan
selama 30 minit.
Diagram 16 shows the condition of an apple after it is cut by Halim and left for 30
minutes.

Rajah 16
Diagram 16
Apakah bahan yang boleh digunakan untuk mengelakkan keadaan ini berlaku?
What is the substance can be used to prevent this condition from happening?
A Jus limau
Lime juice
B Larutan gula
Sugar solution
C Larutan natrium bikarbonat
Sodium bicarbonate solution
D Larutan garam biasa
Salt solution

7
17. Rajah 17 menunjukkan graf sesaran-masa bagi suatu objek bergerak
Diagram 17 shows a time -displacement graph of a moving object.

P Q

Rajah 17
Diagram 17
Apakah yang berlaku pada gerakan objek tersebut semasa PQ?
What happens to the movement of the object during PQ?
A Halaju sifar
Zero velocity
B Halaju seragam
Uniform velocity
C Pecutan seragam
Uniform acceleration
D Halaju negatif
Negative velocity

8
18. Rajah 18 menunjukkan dua objek diletakkan di dalam bekas vakum dan dilepaskan jatuh
secara serentak.
Diagram 18 shows two object are placed inside a vacuum container and released
simultaneously.

Rajah 18
Diagram 18
Apakah keputusan bagi eksperimen di atas?
What is the result for the experiment above?
Pecutan bulu pelepah (ms-2 ) Pecutan batu (ms-2 )
Acceleration of the feather (ms-2 ) Acceleration of the stone (ms-2 )
A 4.9 9.8
B 9.8 9.8
C 9.8 4.9
D 4.9 4.9

19. Pada tahun 2011, berlaku tsunami di Fukushima, Jepun yang mengakibatkan kebocoran
pada reaktor nuklear mereka.
In 2011, there was a tsunami in Fukushima, Japan which has caused a leakage at their
nuclear reactors.
Apakah kesan kebocoran radioaktif?
What is the effect of radioactive leakage?
A Berlaku hujan asid
Occurrence of acid rain
B Mutasi pada hidupan
Mutation in living things
C Penipisan lapisan ozon
Thinning of the ozone layer
D Suhu bumi meningkat
Increase in the Earth’s temperature

9
20. Semakin banyak negara beralih untuk memajukan sektor tenaga nuklear. Apakah perkara
utama yang perlu dipertimbangkan?

More and more countries are considering developing nuclear energy. What is the main
priority that must be considered?

A Keselamatan
Safety
B Kemajuan
Development
C Keuntungan
Monetary gain
D Kekuatan
Power

21. Penggunaan ekoenzim sebagai larutan pembersih bahan berminyak merupakan suatu
aplikasi Teknologi Hijau dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
Apakah proses untuk menghasilkan ekoenzim?
The use of ecoenzymes as a cleaning solution for oily substances is an application of Green
Technology in the Waste and Wastewater Management Sector.
What is the process to produce ecoenzymes?
A Pengeraman
Incubation
B Penapaian
Fermentation
C Hidrolisis
Hydrolysis
D Saponifikasi
Saponification

22. Antara berikut, yang manakah merupakan bahan kimia yang digunakan pada benda bukan
hidup untuk membunuh patogen?
Which of the following is a chemical substance used on non-living things to kill pathogens?
A Antiseptik
Antiseptic
B Antibiotik
Antibiotic
C Disinfektan
Disinfectant
D Antiserum
Antiserum

10
23. Apakah akibat pengambilan jumlah kalori berlebihan?
What is the effect due of consuming excessive amounts of calories?
A Berlebihan berat badan atau obes
Overweight or obese
B Kurang berat badan
Underweight
C Diabetes melitus
Diabetes mellitus
D Takanan darah tinggi
High blood pressure

24. Antara berikut, yang manakah benar kepentingan kitar nitrogen?


Which of the following is true important in the nitrogen cycle?
A Mengekalkan kandungan gas oksigen dalam udara
Maintains oxygen gas content in the air
B Membantu pembekalan berterusan lemak tumbuhan dan lemak haiwan
Assists in the continuous supply of plant fat and animal fat
C Membantu pembekalan berterusan protein tumbuhan dan protein haiwan
Assists in the continuous supply of plant protein and animal protein
D Merupakan proses penyerapan ion nitrat daripada tanah
Is the process of absorbing nitrate ions from the soil

25. Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah dalam pemprosesan makanan.


The following information shows the steps in food processing.

Makanan dipanaskan pada suhu 63℃ selama 30 minit diikuti dengan


penyejukan segera

Food is heated at 63℃ for 30 minutes followed by instant cooling.

Apakah makanan yang sesuai diproses dengan kaedah ini?


Which food is suitable to be processed by this method?
A Susu / milk
B Daging / meat
C Keju / cheese
D Nenas / pineapple

11
26. Rajah 26 menunjukkan satu peringkat dalam kitar hayat produk.
Diagram 26 shows a stage in the life cycle of products.

Rajah 26
Diagram 26
Apakah peringkat yang ditunjukkan dalam rajah di atas?
What is the stage shown in diagram above?
A Pembuatan
Manufacturing
B Diguna semula
Reuse
C Dikitar semula
Recycle
D Dibiar mereput
Decay

12
27. Rajah 27 menunjukkan aktiviti seorang petani.
Diagram 27 shows an activity of a farmer

Rajah 27
Diagram 27

Apakah jenis pencemaran yang akan berlaku sekiranya petani itu melakukan aktiviti
tersebut secara berlebihan?
What type of pollution will occur if the farmer performs the activity excessively?
A Pencemaran air dan pencemaran terma
Water pollution and thermal pollution
B Pencemaran terma dan pencemaran bunyi
Thermal pollution and sound pollution
C Pencemaran bunyi dan pencemaran udara
Sound pollution and air pollution
D Pencemaran air dan pencemaran tanah
Water pollution and land pollution

28. Diberi masa yang diambil oleh lima kepingan magnesium larut sepenuhnya dalam asid
hidroklorik ialah 30 s. Apakah kadar tindak balas bagi kepingan magnesium dengan
purata jisim 3 g?
It is given that the time taken for five pieces of magnesium ribbons to dissolve completely
in hydrochloric acid is 30 s. What is the reaction rate for magnesium ribbon with an
average mass of 3 g?
Diberi,
Kadar tindak balas = perubahan kuantiti bahan
masa

Given,

Rate of reaction = changes in quantity of reactant


time

A 0.10 g s-
B 0.50 g s-
C 0.05 g s-
D 0.17 g s-

13
29. Mengapakah ketulan daging kecil menggunakan masa yang singkat untuk dimasak
berbanding dengan ketulan daging besar?
Why do small cuts of meat take less time to cook than large cuts of meat?
A Jumlah luas permukaan yang terdedah yang lebih besar.
Greater amount of exposed surface area.
B Mengubah kadar sesuatu tindak balas kimia.
Changing the rate of a chemical reaction.
C Pertambahan bilangan zarah bahan tindak balas.
Increase in the number of reactant particles.
D Pertambahan tenaga kinetik.
Increase in kinetic energy.

30. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sifat fizik bagi etanol?
Which of the following is a physical property of ethanol?
A Berwarna putih.
White in colour.
B Gas pada suhu bilik.
Gas at room temperature.
C Tiada bau.
No smell.
D Larut dalam air.
Soluble in water.

31. Rajah 31 menunjukkan set radas yang digunakan untuk menjalankan satu proses R.
The diagram 31 shows the set of apparatus used to carry out a process R.

Rajah 31
Diagram 31
Antara yang berikut, yang manakah hasil akhir proses R?
Which of the following is the product of process R?
A Etanol dan wap air
Ethanol and water vapor
B Etanol, oksigen dan ester
Ethanol, oxygen and esters

14
C Etanol,karbon dioksida dan wap air
Ethanol, carbon dioxide and water vapor
D Etanol dan karbon dioksida
Ethanol and carbon dioxide

32. Rajah 32 di bawah menunjukkan suatu keadaan dalam salur darah seseorang yang
mengalami masalah kesihatan.
The diagram 32 below shows the condition of a blood vessel of someone who suffers
from health problems.

Rajah 32
Diagram 32
Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan keadaan ini menjadi lebih teruk?
What step can be taken to prevent this condition from worsening?
A Makan daging segar setiap hari
Eat fresh meat every day
B Mengambil lemak tak tepu
Consume unsaturated fats
C Mengambil pil diet
Take diet pills
D Mengambil lebih banyak lemak tepu dalam gizi
Consume more saturated fats in the diet

33. Antara yang berikut, yang manakah benar berkenaan sel elektrolitik?
Which of the following is true about electrolytic cell?
A Kation akan bergerak kepada anod.
Cation moves to the anod.
B Katod di sambungkan pada terminal positif
Catod is connected to the terminal positive.
C Tenaga kimia ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam sel tersebut.
Chemical energy is converted into electrical energy in the cell.
D Elektrolit yang digunakan merupakan sebatian ionik dalam keadaan leburan atau
akues.
The electrolyte used is an ionic compound in the molten or aqueous state.

15
34. Rajah 34 di bawah menunjukkan sel kimia ringkas.
Diagram 34 below shows a simple chemical cell.

Rajah 34
Diagram 34
Apakah yang menyebabkan jarum voltmeter terpesong selepas kedua-dua elektrod di
masukkan ke dalam larutan kuprum (II) sulfat?
What causes the voltmeter needle is deflected after the both electrodes are inserted into
the copper (II) sulphate solution?
A Elektron bergerak dari terminal negatif ke terminal positif melalui litar luar
Electron moves from the negative terminal to positive terminal through external circuit
B Elektron bergerak dari terminal positif ke terminal negatif melalui litar luar
Electrons move from the positive terminal to the negative terminal through the outer
circuit
C Elektrod magnesium menerima elektron dan membentuk ion magnesium yang
bergerak melalui litar luar
Magnesium electrodes receive electrons and form magnesium ions that move through
the outer circuit
D Larutan kuprum (II) sulfat membekalkan elektrik melalui proses elektrolisis
Copper (II) sulphate solution supplies electricity through the process of electrolysis

16
35. Rajah 35 menunjukkan kedudukan objek S yang diletakkan di hadapan sebuah kanta
cembung
Diagram 35 indicates the position of the object S placed before a convex lens.

S
S

Rajah 35
Diagram 35
Apakah ciri-ciri imej yang terbentuk apabila objek S di gerakkan kepada kedudukan di F?
What are the characteristics of the image formed when object S is moved to the position
in F?
A Maya, tegak, dibesarkan
Virtual, upright, magnified
B Maya, tegak, dikecilkan
Virtual, upright, diminished
C Nyata, songsang dan dikecilkan.
Real, inverted and diminished
D Nyata, songsang, sama saiz dengan objek
Real, inverted, equal in size to object

36. Sebuah mikroskop dengan kanta mata yang mempunyai kuasa pembesaran 4 kali dan
kanta objek dengan kuasa pembesaran 60 kali di gunakan di dalam makmal untuk melihat
satu sampel. Apakah kuasa pembesaran mikroskop tersebut?
A microscope with an eyepiece with a magnifying power of 4 times and an objective lens
with a magnifying power of 60 times is used to see one sample. What is the magnifying
power of the microscope?
Diberi,
Kuasa pembesaran mikroskop = kuasa pembesaran kanta
objek x kuasa pembesaran kanta mata

Given that,
Magnifying power of microscope = Magnifying power of objective lens x
Magnifying power of eyepiece

A 40
B 60
C 240
D 300

17
37. Rajah 37 menunjukkan sebuah beban diangkat menggunakan satu sistem hidraulik.
Diagram 37 shows a load is lifted using a hydraulic system.

Rajah 37

Diagram 37

Daya input ialah 6 N. Berapakah berat beban yang disokong?


𝐷𝑎𝑦𝑎 𝑖𝑛𝑝𝑢𝑡 𝐷𝑎𝑦𝑎 𝑜𝑢𝑝𝑢𝑡
=
𝑙𝑢𝑎𝑠 𝑜𝑚𝑏𝑜ℎ 𝑘𝑒𝑐𝑖𝑙 𝑙𝑢𝑎𝑠 𝑜𝑚𝑏𝑜ℎ 𝑏𝑒𝑠𝑎𝑟

The input force is 6 N. What is the weight of the supported load?


Input force output force
=
𝑎𝑟𝑒𝑎 𝑜𝑓 𝑠𝑚𝑎𝑙𝑙 𝑝𝑖𝑠𝑡𝑜𝑛 area of large piston

A 4.8 N
B 7.5 N
C 48 N
D 75 N

18
38. Rajah 38 menunjukkan sebuah jek hidraulik.
Diagram 38 shows a hydraulic jack.

Rajah 38
Diagram 38

Apakah ciri minyak yang membolehkan peralatan di atas mengangkat kereta semasa
menukar tayar kereta?
What is the characteristic of the oil that allows the above instrument to lift the car while we
change the car tyres?
A Minyak tidak boleh dimampatkan
Oil cannot be compressed

B Minyak mempunyai bentuk yang tetap


Oil has a fixed shape

C Minyak mempunyai zarah-zarah yang tersusun rapat dan padat


Oil has particles that are closely arranged and compact

D Minyak mempunyai zarah-zarah yang tersusun secara berjauhan antara satu sama
lain
Oil has particles that are arranged far apart from each other

39. Antara berikut, yang manakah menunjukkan hubungan antara tinggi orbit dan halaju
satelit?
Which of the following shows the relationship between the height of an orbit and the velocity
of a satellite?
A Semakin tinggi orbit satelit, semakin tinggi halaju satelit
The higher the satellite orbit, the higher the satellite velocity
B Semakin tinggi orbit satelit, semakin rendah halaju satelit
The higher the satellite orbit, the lower the satellite velocity
C Semakin rendah orbit satelit, semakin rendah halaju satelit
The lower the satellite orbit, the lower the satellite velocity
D Kelajuan satelit adalah sama bagi semua ketinggian orbit
Satellite velocity is the same for all orbital heights

19
40. Berikut menunjukkan satu koordinat GPS bagi sebuah tempat.
The following shows the GPS coordinates of a place.

DMS : 22058’14.60”S (Latitud) 43010’56.51”W (Longitud)


DD : - 22.970722 - 43.182365

Apakah yang ditunjukkan oleh nilai negatif pada koordinat GPS di atas?
What does the negative sign on the above GPS coordinate show?
A Latitud pada hemisfera utara
Latitude in the northern hemisphere

B Latitud pada hemisfera selatan


Latitude in the southern hemisphere

C Longitud ke arah timur Garisan Greenwich


Longitude to the east of the Greenwich Meridian

D Longitud ke arah barat Garisan Greenwich


Longitude to the west of the Greenwich Meridian

20

Anda mungkin juga menyukai