Anda di halaman 1dari 2

NABI SULAIMAN A.

S & SEMUT YANG BERCAKAP

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Nama saya Nur Auni Munirah binti Muhamad Mukhlis.

Kawan-kawan sihat? Alhamdulillah.

Hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita. Kawan-kawan dah sedia?

Tajuk cerita saya hari ini adalah Nabi Sulaiman A.S dan Semut yang bercakap.

Ha??? Semut bercakap?? Macam mana semut bercakap ye? Jom dengar cerita saya.

Semut berkawad satu satu hora horey.

Kawan-kawan,

Semut adalah haiwan yang tinggal dalam satu keluarga yang besar. Ada semut permaisuri, ada semut pekerja dan ada
semut pengawal. Pernahkah kamu mendengar kisah semut dan Nabi Sulaiman A.S?

Nabi Sulaiman A.S adalah seorang Rasul Allah. Nabi Sulaiman A.S faham bahasa pertuturan haiwan seperti burung dan
semut. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman A.S memanggil bala tenteranya yang terdiri daripada kalangan jin, manusia dan
haiwan. Setelah berkumpul, mereka bergerak dalam satu barisan yang lurus yang diketuai oleh Nabi Sulaiman A.S. Tidak
berapa lama kemudian, Nabi Sulaiman A.S dan bala tenteranya sampai ke lembah semut. Firman Allah yang berbunyi :
‫َح َّتٰى ِإَذ ا َأَتْو ا َع َلٰى َو اِد الَّنْمِل َقاَلْت َنْم َلٌة َيا َأُّيَها الَّنْمُل اْد ُخ ُلوا َم َس اِكَنُك ْم اَل َيْح ِط َم َّنُك ْم‬
‫ُس َلْيَم اُن َو ُج ُنوُد ُه َو ُهْم اَل َيْش ُعُر وَن‬
Maksudnya: “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Wahai semut sekalian, masuklah
kamu ke dalam sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak
menyedarinya.” (An-Naml: 18)

Nabi Sulaiman A.S terdengar suara semut tersebut. Nabi Sulaiman A.S yang bijaksana menoleh kea rah semut-semut itu
lalu berkata, “Hai, bangsa semut. Janganlah kalian takut. Tenteraku tidak akan mmenghancurkan tempat tinggal kalian”.

Semut-semut itu berasa sangat gembira.

Begitulah kawan-kawan, sifat kasih sayang Nabi Sulaiman A.S kepada haiwan kecil ini. Kita juga perlulah mencontohi
sifat Nabi Sulaiman A.S dengan melindungi dan bertimbang rasa kepada haiwan.

Sungguh cantik si bunga Raya,


Di tanam di tepi kolam ikan,
Sekian sahaja cerita saya,
Salah dan silap harap maafkan.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai