Anda di halaman 1dari 9

SEMESTER 1 , SESI 2023/2024

FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

KOD KURSUS : AK31103

TAJUK KURSUS : TABII PENGGUNA

PENSYARAH :

DR SITI NURBAYU MOHD YUSOF

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO.MATRIKS NO.TELEFON

NURUL EZZATI BINTI YOSILIN @ MILIN YA20210028 013-6387228


AK31103

PENGENALAN

Bidang pengiklanan adalah salah satu bentuk komunikasi yang sentiasa berada di
sekeliling kita tanpa mengira masa dan tempat, ianya adalah bentuk komunikasi yang
berpaksikan secara tidak langsung yang bertujuan untuk memujuk pendengar atau pengguna
menggunakan sesuatu barangan tersebut. Pengiklanan adalah medium utama untuk
menyebarkan maklumat yang dibuat dengan cara tertentu untuk menarik para pelanggan dan
seterusnya membina keyakinan terhadap produk yang ditawarkan itu. Malahan, pengiklanan
menjadi komunikasi sasaran komersial kepada penonton melalui televisyen , radio,akhbar,
majalah dan lain-lain. Menurut (Tjiptono, 2005) berpendapat bahawa iklan adalah bentuk
komunikasi tidak langsung yang telah didasari oleh informasi berkaitan dengan keunggulan
atau keuntungan sesuatu peroduk, yang telah disusun sedemikian rupa sehingga
menimbulkan rasa untuk mencuba produk tersebut.

Umumnya, iklan dibuat untuk menarik minat audiens agar mereka tertarik dan
mendorong mereka untuk membeli produk ataupun jasa yang telah ditawarkan. Salah satu
faktor keberhasilan iklan sesuatu produk itu dianggap berjaya adalah berdasarkan kepada
merode ataupun cara yang digunakan untuk menyampaikan iklan tersebut. Oleh hal yang
demikian, sebagai seorang pengiklan seharusnya perlu dititikberatkan jenis pasaran dan
sasaran sebelum memulakan.
AK31103

SAMPLE IKLAN

1. RHB RAYA 2023 (PENGEMBARAAN SEMPURNA) RHB Raya 2023 | Pengembaraan


Sempurna - YouTube

Dalam iklan ini menunjukkan seorang kanak-kanak istimewa OKU iaitu Umar yang sering
dipinggirkan oleh rakan-rakan lain kerana kekurangan yang dimiliki. Sehinggakan atoknya
sedar akan dan merasakan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku pada kanak-kanak.
Maka sejak dari itu tercetus idea daripada beliau untuk membantu Umar dengan menghasilkan
basikal 3 roda hanya menggunakan barangan kitar semula. Apabila Raya menjelang tiba
atoknya memberi peluang kepada Umar untuk membawa sendiri basikal tersebut pada
mulanya dia enggan kerana merasakan dirinya tidak layak dan dipandang serong lagi oleh
yang lain. Namun keenggannya bertukar kepada semangat yang jitu apabila mengetahui
atoknya turut mengalami nasib sama seperti dia. Kisah ini adalah benar daripada Encik Ramli
Aziz iaitu seorang pesara Polis yang kehilangan kakinya. Disebabkan oleh kekurangan yang
dimilik ini menyebabkan tercetus idea beliau untuk menghasilkan sesuatu kemudahan yang
boleh membantu mereka diluar yang mengalami nasib sepertinya agar dapat bergerak bebas
dan mengelak untuk menganggap kelemahan yang dimiliki itu menjadi penghalang besar
untuk merasa diri sempurna. Menyedari akan kekurangan basikal OKU di pasaran, malah
permintaan juga tinggi dan beliau merasakan betapa pentingnya alatan ini kepada warga
OKU. Maka tercetus ilham bernas beliau untuk menghasilkan alatan ini. . Apa yang dapat
disimpulkan melalui iklan ini adalah setiap manusia itu adalah sempurna dengan cara yang
sendiri berhak untuk bahagia tanpa mengira faktor belakang.

2. KASUT U RAYA PALING STYLE Kasut U Raya Paling Styleee - YouTube

Antara mesej yang ditonjolkan dalam iklan adalah bertemakan kepada konsep nilai
kesederhanaan. Iklan ini mengisahkan tentang seornag remaja yang bernama Rayyan
seorang yang sentiasa peka dengan fesyen perkembangan terkini dan style. Namun pada
suatu hari apabila mereka balik ke kampung halaman bagi menyambut hari Raya Aidilfitri
bersama atok dan nenek di kg, beliau telah tertinggal akan beg pakaian yang telah dipenuhi
pakaiannya. Menyebabkan Rayyan terpaksa akur untuk memakai pakaian yang ada sahaja.
Dari sini dapat melihat hidup dalam kesederhanaan juga memberi kebahagiaan. Antara nilai
murni yang turut cuba disampaikan dalam iklan ini ada sifat suka berkongsi iaitu dimana
AK31103

memikirkan soal kasut milik atok dan nenek yang sudah uzur itu tanpa berfikir panjang Rayyan
menghadiahkan sepasang kasut baru kepada mereka.

3. MYHEALTH: PEMILIHAN MAKANAN SIHAT SEMASA MAKAN DI LUAR


MyHEALTH : Pemilihan Makanan Sihat Semasa Makan Di Luar - YouTube

Tema : Menerapakan sifat adab dalam diri

Dalam iklan ini lebih memaparkan kepada isu kesihatan. Dimana apabila kita berada diluar
perlu sentiasa beringat untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak.
Informasi yang diketengahkan cukup berguna untuk sentiasa dipraktikkan dalam hidupan
seharian.

Namun, jika diteliti semula iklan ini memaparkan satu keadaan yang kurang beradab dan
membuat peniaga tersebut berkecil hati dengan sikap yang ditunjukkan. Seolah-olah makanan
yang dijual itu memberi yang sangat buruk jika dimakan. Contohnya apabila peniaga tersebut
menawarkan untuk makan di kedai namun perlawaan tersebut ditolak dengan mentah-mentah
oleh mereka, padahal perlawaan tersebut boleh sahaja ditolak dengan baik. Solusinya mudah
sahaja iaitu dengan menolak perlawaan peniaga tersebut menggunakan perkataan dan nada
yang lebih baik agar sensitiviti terjaga. Bak peribahasa ’budi bahasa budaya kita’.

4. Iklan PSA (Pesanan khidmat Masyarakat ) Kisah Cikgu Prajak Kisah Inspirasi...
Menghargai orangtua terutama Ibu 👩‍👧‍👦 - YouTube

Tema : Hormat. Sayangi dan hargai

Jika diperhatikan iklan ini adalah mesej untuk kepentingan awam yang disebarkan oleh media
tanpe memerlukan sebarang bayaran dan sebagai peringatan untuk meningkatkan kesedaran
awam bagi mengubah tingkah laku, bertujuan untuk memberikan infromasi kepada
masyarakat untuk bertindak sesuai dengan apa sahaja bentuk pengumuman yang cuba
disampaikan. Kisah berdasarkan daripada sebuah iklan Thailand yang mana, mengisahkan
tentang seorang guru iaitu cikgu Prajak sanggup berkorban menjaga ibunya yang mengalami
masalah kesihatan Alzheimer. Perbuatannya yang sering membawa ibunya ke sekolah
walaupun semasa kelas pembelajaran sedang berjalan menimbulkan kegusaran di kalangan
ibubapa murid yang merasakan konsentrasinya untuk mengajar akan terganggu. Namun,
tanpa ibubapa sedari perbuatan cikgu Prajak sebenarnya telah menerapkan pelajaran yang
AK31103

dianggap sangat berharga dalam diri muridnya iaitu nilai murni untuk sentiasa
menghormati,sayangi dan melindung orang tua selagi mereka masih bersama dengan kita.
Perlu diingat bahawa pembelajaran terbaik daripada sebuah ilmu datangnya dari ketaladanan
seorang guru.

Secara umumnya, daripada kisah ini dapat kita inspirasikan bahawa tidak kiralah seberat,
sebesarnya mana pekerjaan yang dimiliki kisah cikgu Prajak mengajar kita tanggungjawab
anak terhadap ibubapa tidak akan pernah luntur kerana setiap penat lelah mereka
membesarkan kita tiada galang gantinya.

5. Petronas RAYA 2017- Donut ke karipap #PETRONAS Raya 2017 - Donut ke Karipap?
- YouTube

Tema: Perpaduan

Iklan PETRONAS Raya 2017 ’donut ke karipap’ ini menonjolkan mesej perpaduan, kesabaran,
kesungguhan dan kerjasama rakyat Malaysia. Sebagai contohya, kisah ini mengisahkan
tentang seorang watak kanak-kanak iaitu Hakim yang menghadapi cabaran ketika berpuasa
kerana sebelum ini dia seorang yang kuat makan, sehinggakan kadang kala sukar untuk
mengawal nafsu. Apa yang menariknya ialah, memaparkan sisi lain dimana rakan-rakannya
yang bukan beragama Islam turut memberi dorongan kepada Hakim untuk kekal berpuasa,
bagi mengekalkan Hakim sentiasa bersemangat dan cekal untuk menghadapi cabaran mereka
turut berpuasa bersamanya.

Antara elemen nilai yang dapat kita kaut daripada kisah ini ialah tidak kira apa bangsa dan
agama kesepaduan hubungan sillaturrahim perlu sentiasa dijaga. Hal ini demikian kerana,
susah senang kita juga memerlukan bantuan daripada masyarkat agar ianya dapat dilakukan
secara kerjasama. Selain itu, dalam iklan ini juga memaparkan sifat Hakim yang suka
membantu golongan yang berada dalam kesusahan dengan memberi sedekah kepada mereka
yang memerlukan.

6. Iklan Layanan Masyarakat (MyHealth : Kempen Tak Nak)


MyHEALTH : Kempen Tak Nak (BM) - YouTube

Iklan layanan Masyarakat adalah iklan berunsurkan kepada iklan non-komersial yang sering
disiarkan melalui siaran radio, televisyen dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan
AK31103

pesanan khidmat masyarakat tentang kebaikan atau keburukan sesuatu perkara berdasarkan
kepada kegiatan non-profit. Sebagainya contohnya, dalam iklan ini menekankan konsep ”
Bebaskan diri anda dari asap rokok”. Di mana jelas dalam iklan memaparkan kisah seorang
pemuda yang gemar untuk melepaskan asap rokok di mana sahaja tanpe memerhatikan
keadaan sekeliling. Umum sedia maklum, betapa bahayanya asap rokok terutama kanak-
kanak dan masyarakat bersih asap, ianya boleh mendatangkan kemudaratan terhadap faktor
kesihatan seseorang. Oleh itu, iklan memberi kesedaran kepada kita semua untuk sentiasa
beringat tentang bahayanya pengambilan rokok, jika pun masih ada golongan yang terlalu
ketagihan dengan pengambilan rokok sentiasa berwaspada dengan mencari temoat yang lebih
sesuai.

7. Iklan Penawaran

Berikut merupakan salah satu contoh iklan penawaran yang sering kita lihat , yang mana iklan
ini lebih tertumpu berkaitan promosi jualan, potongan harga dan sebagainya Tujuan iklan ini
adalah untuk merancang stratergi promosi yang efektif serta mampu memberikan suatu
penawaran terhadap produk . Malahan iklan ini menyasarkan target pasaran yang lebih besar
dalam waktu yang singkat.

8. Iklan layanan Masyarakat Iklan Layanan Masyarakat Sampah (Plastik) - YouTube

Berdasarkan daripada iklan ini antara mesej yang cuba disampaikan ialah setiap individu
menggalas tanggungjawab masing-masing untuk mngelak daripada membuang sampah
secara merara-rata. Hal ini demikian, bertujuan untuk menjaga kebersihan alam sekitar
daripada terus dicemari oleh sisa platik akibat perbuatan manusia. Dalam iklan ini
AK31103

memaparkan, seorang jurujual yang menawarkan penggunaan plastik kepada pembelinya,


apabila memikirkan bahawa dia berkemungkinan untuk membuang plastik tersebut sehingga
boleh menyebabkan berlaku sebarang kemalangan terhadap orang lain. Sebagai seorang yang
bertanggungajawab adalah lebih baik untuk mencegah terlebih dahulu setiap keburukan dan
memikirkan apa akan terjadi jika terus melakukannya. Penggunaan plastik perlu dikurangkan
dengan mengamalkan konsep ”Go Green” atau melakukan amalan 3 R (Recycle, Reuse,
Reduce).

9. Iklan Komersial (Iklan Maggi ) Hari Ceria Seimbang - YouTube

Iklan komersial ialah iklan yang memaparkan iklan yang bertujuan untuk memasarkan sesuatu
produk atau jasa dengan menggunakan stesen media berbayar. Iklan komersial bertujuan
untuk mempengaruhi audiens agar tertarik dengan membeli produk yang dikeluarkan.
Selalunya, iklan berbentuk komersial ini sering dipaparkan tentang nama, penjelasan,
keunggulan dan cara untuk mendapatkan produk berkenaan. Sebagai contoh, iklan produk
keluaran syarikat Nestle iaitu Maggi sering kita lihat iklanya di merata tempat, dengan slogan
”Mie maggi sedap dimakan,cepat dimasak” . Buktinya dalam iklan ini jelas menunjukkan kisah
ibu bapa yang sibuk bekerja dan tidak sempat untuk makan, maka anak menyediakan
makanan hidangan segera yang pantas untuk kedua orang tuanya. Nyatanya iklan ini dikira
berhasil kerana produk ini mendapat sambutan yang agak meriah dalam kalangan masyarakat
di Malaysia.

10. Iklan Barangan (Starbuck x Blackpink)


AK31103

Baru-baru ini Starbuck telah memperkenalkan minuman bertemakan Blackpink beserta


dengan beberapa koleksi merchandise. Produk yang dikeluarkan sudah pastinya
menarik minat tegar kumpulan penyanyi berasal dari korea Selatan ini untuk
mendapatkan barangan ” limited edition” seperti tumbler, sehinggakan banyak
pengguna yang memutuskan untuk memiliki barangan ini. Hal ini terlihat berkesan dan
menjadai satu bahagian penting dalam kegiatan pemasaran untuk melancarkan
statergi bisnes sedia ada supaya mendapat perhatian daripada para pelanggan. Antara
nilai yang dapat diketengahkan bagi stratergi jualan ini ialah bagi peminat jenama ini
mereka merasa keunikan dan keistimewaan produk yang berlabelkan ”limited edition”
menjadi daya tarikan utama yang membuatkan pengguna untuk berebut
mendapatkannya. Hal demikian, bertujuan apabila terdapat produk yang dijual dalam
kuantiti yang terhad pengguna akan bersemangat untuk memilikinya walaupun harga
yang ditawarkan agak mahal. Ini bermakna pengguna menganggap barangan yang
dimiliki ini memiliki nilai sentimental yang tersendiri.

KESIMPULAN
Nilai pelanggan adalah antara ikatan emosi yang terjalin diantara pelanggan dan
peniaga, yang mana apabila menerima kepuasab dalam menggunakan produk yang
disediakan mampu untuk memberi manfaat kepada mereka. Kepuasan nilai pelanggan
adalah sangat penting dalam sesebuah dunia pengiklanan kerana ianya
menggambarkan perasaan senang atau kecewa seseorang sebagai hasil dari
perbandingan untuk meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa untuk
memperbaiki produk yang ditawarkan.
AK31103

RUJUKAN

Riadi, M. (2023b, April 13). Iklan dan Periklanan (Pengertian, Fungsi, Sifat, Jenis dan Daya

Tarik). KajianPustaka. https://www.kajianpustaka.com/2020/09/iklan-dan-periklanan-

pengertian-fungsi.html#Tujuan%20Iklan

Fandy, A. (2023b, June 29). Jenis-jenis Iklan: Pengertian, Tujuan, dan Contohnya. Best

Seller Gramedia. https://www.gramedia.com/best-seller/jenis-iklan/

Ini, B. H. (2021, February 5). Iklan Komersial: Pegertian, Ciri, Jenis, dan Contohnya.

Kumparan. https://kumparan.com/berita-hari-ini/iklan-komersial-pengertian-ciri-

jenis-dan-contohnya.

Meuse, S. a. H. (2014). MENCIPTAKAN NILAI PELANGGAN, KEPUASAN DAN

LOYALITAS MAKALAH INDIVIDU. www.academia.edu.

https://www.academia.edu/5004226/MENCIPTAKAN_NILAI_PELANGGAN_KEP

UASAN_DAN_LOYALITAS_MAKALAH_INDIVIDU

Anda mungkin juga menyukai