Anda di halaman 1dari 15

ADAB BERGAUL DENGAN BAIK

Imam al-Bukhārī dan Muslim meriwayatkan:

‫سلَّ َم‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ‫ي‬ ُّ ِ‫ان َوالنَّب‬
ِ َ‫ان َوتَض ِْرب‬ ِ َ‫ان َوت ُ َدفِف‬
ِ َ‫َان تُغَنِي‬
ِ ‫اريَت‬ ِ ‫علَ ْي َها َو ِع ْن َدهَا َج‬
َ ‫َّللاُ َع ْنه ُ َد َخ َل‬
َّ ‫ي‬َ ‫ض‬ ِ ‫شةَ أ َ َّن أَبَا بَ ْك ٍر َر‬ َ ِ‫َع ْن َعائ‬
‫سلَّ َم َع ْن َوجْ ِه ِه فَقَا َل َد ْع ُه َما َيا أ َ َبا َب ْك ٍر فَإِنَّ َها أَيَّا ُم ِعي ٍد‬ ‫و‬ ‫ه‬ ‫ي‬
ْ َ
َ َ ِ َ ُ َّ‫ل‬ ‫ع‬ ‫َّللا‬ ‫ى‬ َّ ‫ل‬ ‫ص‬ ‫ي‬ ‫ب‬
َ ُّ ِ ََّ ‫ن‬‫ال‬ ‫َف‬ ‫ش‬‫ك‬َ َ ‫ف‬ ‫ر‬ ْ
‫ك‬
ٍ َ ‫ب‬ ‫ُو‬ ‫ب‬َ ‫أ‬ ‫ا‬ ‫م‬‫ه‬ُ
َ ََ‫ر‬ ‫ه‬َ ‫ت‬‫ن‬ْ ‫ا‬ َ ‫ف‬ ِ ِ ْ َ ‫ُمتَغ ٍَش ِبث‬
‫ه‬ ‫ب‬‫و‬

Maksudnya: “Diriwayatkan dari ‘Ā’isyah bahwa pada suatu hari, Abū Bakar menemui
‘Ā’isyah, ketika itu ia bersamadua hamba sahaya perempuan yang sedang
bernyanyi sambil memukul rebana, padahal waktu itu Rasulullah s.a.w. sedang
tiduran dengan menutup tubuhnya. Abū Bakar membentak kedua hamba sahaya
perempuan tersebut, kemudian Rasulullah s.a.w. membuka kain yang menutup
muka Beliau dan berkata: “Biarkan mereka berdua wahai Abū Bakar, kerana hari ini
adalah hari raya”” (Muttafaq ‘Alaih).

Bergaul dengan baik merupakan bersikap baik kepada orang lain, sikap ini
memerlukan seorang Muslim yang memiliki akhlak Islami. Kerana orang yang
mampu memiliki sikap bergaul dengan baik terhadap orang lain, bererti ia
merupakan orang yang sabar, lembut, murah hati, gemar memaafkan, jujur, memiliki
sifat ‘Iffah (menjaga kehormatan diri), dapat dipercaya, zuhud dan tawādu‘. Sifat-sifat
tersebut dan juga sifat yang lain dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.. Dalam hal ini, Beliau
telah menunjukkan teladan kepada kita semua dengan sikap yang Beliau praktikkan
dalam memperlakukan dan mempergauli para sahabat, isteri-isteri, saudara
maranya dan juga seluruh umat Islam dengan baik.

Rasulullah s.a.w. adalah sosok yang mampu menguasai hati dan jiwa para sahabat,
sehingga kecintaan mereka terhadap Beliau jauh melebihi kecintaan mereka kepada
sesuatu yang lain. Ungkapan yang selalu mereka gunakan dan selalu mereka
sebutkan ketika sedang berbicara dengan Beliau adalah: “Bi abī anta wa ummī yā
Rasūlallāh”, yang ertinya: “Saya menebus anda dengan ayah dan ibuku wahai
Rasulullah.”

Sikap memperlakukan dan mempergauli dengan baik yang dimiliki oleh Rasululah
s.a.w. tidak hanya terbatas pada para sahabat Beliau sahaja. Akan tetapi mencakup
semua kaum perempuan, saudara mara, orang lain dan juga budak-budak kecil, baik
itu dilakukan ketika berada dalam perjalanan ataupun tidak. Semoga Salawat dan
salam selalu tercurahkan kepada Rasulullah s.a.w..

Terhadap para sahabat, Beliau memperlakukan dan mempergauli mereka dengan


baik dan lembut. Beliau memanggil mereka dengan sebutan nama kunyah mereka
(nama julukan yang diawali dengan kata Abū atau Umm). Hal itu dilakukan sebagai
tanda hormat kepada mereka dan juga untuk membahagiakan hati mereka. Jika
terdapat seseorang di antara mereka yang belum memiliki nama kunyah, maka
Beliau akan memberinya, sehingga untuk selanjutnya ia dikenal dan dipangil dengan
nama kunyah tersebut. Beliau memberi nama kunyah uhaib bin Mālik dengan
sebutan Abū Yahyā, kepada ‘Abdullāh binkepada S Mas‘ūd dengan sebutan Abū
‘Abd al-Rahmān, padahal ia tidak memiliki anak. Memberi nama kunyah kepada
Anas bin Mālik dengan sebutan Baqlah dan memberi kunyah kepada dan Abū
Bakrah dengan namanya sendiri (dimaksudkan dengan sebutan Abū Bakrah).
Rasulullah s.a.w. juga memberi nama kunyah terhadap budak-budak kecil, seperti
nama kunyah Abū ‘Umair yang Beliau berikan kepada saudara Anas bin Mālik.
Kisahnya adalah seperti berikut: Anas bin Mālik memiliki saudara lelaki yang
bernama ‘Umair, ia memiliki teman bermain berupa seekor burung kecil yang dikenal
dengan nama al-Naghru. Pada suatu ketika burung tersebut mati, hati ‘Umair pun
bersedih. Melihat ‘Umair nampak bersedih, Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya:
“Apa yang sedang terjadi pada diri ‘Umair?” Dikatakan kepadanya: “Burung kecil
yang menjadi teman bermain telah mati.” Kemudian Beliau berkata kepada ‘Umair:
“Wahai Abū ‘Umair, apa yang telah terjadi pada al-Nughair?”[1]

Beliau juga memberi nama kunyah terhadap kaum perempuan yang telah memiliki
anak. Seperti halnya Beliau juga yang memulai memberikan nama kunyah terhadap
kaum perempuan yang belum memiliki anak. Sebagai contoh, nama kunyah Umm
‘Abdillāh yang Beliau berikan kepada ‘Ā’isyah r.a (yang dimaksudkan dengan
‘Abdullāh di sini adalah anak lelaki saudara perempuan ‘Ā’isyah, iaitu ‘Abdullāh bin
Zubair). Beliau juga memberikan sebuah nama kunyah Umm Khalīd kepada seorang
perempuan, padahal pada waktu itu perempuan tersebut masih kecil.

Di antara fator yang menyebabkan para sahabat sangat mencintakan Rasulullah


s.a.w. adalah sikap dan perlakuan Beliau kepada mereka yang sangat baik dan
lembut. Di bawah ini saya akan menyebutkan enam hadith yang menjadi bukti
bahawa Beliau benar-benar memiliki sikap mempergauli para sahabat dengan
sangat baik dan lembut. Enam hadith tersebut adalah seperti berikut:

1. Setiap Rasulullah s.a.w. berjabat tangan dengan seseorang, maka Beliau


tidak akan melepaskan genggaman tangannya kecuali orang yang berjabat
tangan tersebut melepaskan genggaman tangannya terlebih dahulu.
2. Pada suatu waktu, ada seorang hamba sahaya perempuan yang datang
menemui Rasulullah s.a.w., kemudian ia memegang tangan Beliau dan
mengajak Beliau pergi untuk suatu keperluan peribadinya. Beliau menurutkan
kemauhan yang diinginkan hamba sahaya perempuan tersebut dan Beliau
tidak akan meninggalkannya sampai ia mendapatkan apa yang diinginkan.
3. Setiap ada seseorang yang mengajak bicara bengan Rasulullah s.a.w., Beliau
tidak akan memalingkan mukanya dan berlalu pergi kecuali orang tersebut
yang memulakan pergi terlebih dahulu.
4. Rasulullah s.a.w. tidak pernah memotong pembicaraan seseorang, kecuali
jika ia telah melanggar batas. Pada kebiasaannya, Beliau akan memotong
pembicaraan mereka dengan cara memlarang mereka atau dengan berdiri.
5. Setiap baginda Rasulullah s.a.w. bertemu dengan salah satu sahabat, maka
Beliau akan memulakan untuk mengajak berjabat tangan, kemudian
memegangnya dengan erat dan penuh persaudaraan.[2]
6. Rasulullah s.a.w. selalu memulakan mengucapkan salam kepada setiap
orang yang ditemukan.

Rasulullah s.a.w. adalah sosok yang terkenal sangat ramah dan mulia, ia selalu
memuliakan setiap orang yang datang untuk bertemu dengan Beliau. Bahkan
kadang-kadang Beliau membentangkan rida’ untuk para tetamu dan
mempersilahkan mereka duduk di atas bantal yang sebelumnya Beliau duduk di
atasnya. Jika mereka menolak, maka Beliau akan memaksanya sampai mau.
Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada salah seorang dari kelompok ālBajīlat
al-Abt (ia adalah Jarīr bin ‘Abdullāh al Bajalī)[3] datang ke majlis Rasulullah s.a.w.
yang penuh sesak oleh para sahabat. Ia berusaha mencari tempat duduk, namun
tidak menemukannya, akhirnya ia duduk di pintu. Kemudian Rasulullah s.a.w.
melipat rida’ Beliau dan melemparkan ke arah Jarīr dengan berkata: “Duduklah di
atas rida’ ini.” Jarīr mengambil rida’ tersebut, namun tidak ia gunakan untuk duduk
akan tetapi ia tempelkan ke muka dan menciumnya sambil menangis. Kemudian ia
kembalikan rida’ tersebut kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: “Saya tidak akan
duduk di atas rida’ Rasulullah s.a.w. ini, semoga Allah s.w.t memuliakanmu seperti
halnya kamu telah memuliakan saya.” Rasulullah s.a.w. menoleh ke kiri dan ke
kanan dan berkata: “Jika datang kepada kalian seseorang yang mulia di antara
kaumnya, maka muliakanlah dirinya.”[4]

Di antara adab atau akhlak Rasulullah s.a.w. yang sangat mulia adalah Beliau tidak
pernah menjulurkan kedua kaki Beliau saat sedang duduk bersama para sahabat.
Jika ada seseorang yang berbisik kepada Beliau, maka Beliau tidak menolehkan
atau menjauhkan kepala Beliau sampai orang yang berbisik tersebut menjauhkan
kepalanya dari Beliau. Beliau juga selalu memberi nasihat agar selalu menjaga sikap
lemah lembut. Nabi bersabda:

ُ‫ش ْيءٍ إِ ََّل شَانَه‬ َ ‫الر ْفقَ ََل يَ ُكونُ فِي‬


ُ َ‫ش ْيءٍ إِ ََّل زَ انَهُ َو ََل يُ ْنز‬
َ ‫ع ِم ْن‬ ِ ‫إِ َّن‬

Maksudnya: “Sesungguhnya sifat lemah lembut tidak terdapat pada sesuatu kecuali
akan menjadikannya baik dan indah. Dan sifat lemah lembut tidak akan dihilangkan
dari sesuatu kecuali ia akan menjadi jelek.”

Rasulullah s.a.w. tidak pernah berkata kepada seseorang tentang perihal yang
terdapat pada dirinya yang tidak Beliau sukakan. Diriwayatkan bahawa pada suatu
ketika ada seseorang yang datang menemui baginda Rasulullah s.a.w., pada waktu
itu terdapat warna kuning dari sisa minyak za‘faran pada diri orang tersebut.
Sebenarnya Beliau tidak menyukakan hal ini, akan tetapi Beliau tidak berkata
apapun kepada orang tersebut. Ketika orang itu telah pergi, Beliau berkata kepada
sebahagian orang yang sedang duduk bersama Beliau: “Andai kata kalian
menegurnya, apakah dengan begitu ia akan menghilangkan warna kuning
tersebut?”[5]

Beliau juga tidak segan-segan untuk meminta izin kepada budak kecil. Diriwayatkan
bahawa pada suatu ketika ditawarkan kepada Beliau segelas air, kemudian Beliau
meminumnya. Waktu itu terdapat seorang budak kecil yang sedang duduk di
samping kanan Beliau, manakala di samping kiri Beliau telah duduk orang-orang
yang sudah tua. Beliau berkata kepada budak kecil tersebut: “Wahai budak kecil,
apakah kamu mengizinkan kepadaku untuk memberikan gelas ini kepada para
orang tua tersebut?” Budak kecill tersebut menjawab: “Wahai Rasulullah, saya tidak
akan memberikan kelebihan air yang baginda minum kepada orang lain.” Beliau pun
menyerahkan gelas tersebut kepada budak kecil tersebut.

Jika Rasulullah s.a.w. tidak melihat salah satu sahabatnya selama tiga hari, maka
Beliau akan menanyakannya. Jika ia memang sedang tiada, maka Beliau akan
mendoakannya, dan jika ia berada di rumah, Beliau akan mengunjungi dan jika ia
sakit, Beliau akan menziarahinya.[6]
Rasulullah s.a.w. selalu memberikan maaf kepada orang yang berhak
mendapatkannya. Diriwayatkan bahawa suatu ketika ada seorang Arab Baduwī
kencing di dalam masjid. Para sahabat secara langsung mencegah dan menghardik
orang tersebut. Beliau berkata:

َ‫سجْ اًل ِم ْن َماءٍ أ َ ْو ذَنُوباا ِم ْن َماءٍ فَإ ِ َّن َما بُ ِعثْت ُ ْم ُميَ ِس ِرينَ َولَ ْم ت ُ ْبعَثُوا ُمعَ ِس ِرين‬
َ ‫ََل ت َْز ِر ُم ْوهُ َوه َِريقُوا َعلَى بَ ْو ِل ِه‬

Maksdunya: “Biarkan (ia kencing) jangan kalian ganggu, siramlah kencingnya


dengan setimba air, kerana kalian diutus hanya untuk memberikan kemudahan dan
kalian diutus bukan untuk mempersulit.”

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

‫ْئ ِمنَ ْالقَذَ ِر َو ْال َب ْو ِل َو ْالخ ًََل ِء‬ َ ‫صلُ ُح ِل‬


ٍ ‫شي‬ ْ َ ‫اج َد ََل ت‬
ِ ‫س‬َ ‫ِإ َّن َه ِذ ِه ْال َم‬

Maksudnya: “Sesungguhnya masjid-masjid tidak layak untuk sesuatu berupa


kotoran, kencing dan tempat buang hajat.”

Rasulullah s.a.w. juga telah memberikan teladan kepada setiap suami Muslim untuk
mempergauli isteri mereka dengan baik dan lembut. Ketika ‘Ā’isyah r.a. cemburu,
Beliau merasa maklum atas hal tersebut, Beliau menghormati fitrah dan sifat
perempuannya. Dalam hal ini ada sebuah riwayat dari Anas bin Mālik bahawa pada
suatu hari sebahagian para sahabat sedang berada bersama baginda Rasulullah
s.a.w. di rumah ‘Ā’isyah r.a.. Kemudian datang satu nampan makanan yang dikirim
oleh Umm Salamah r.a. dan di letakkan di hadapan Beliau. Beliau berkata kepada
kami: “Mari, sila makan” sambil meletakkan tangan Beliau di atas makanan dan kami
juga melakukan hal yang sama sehingga kita makan bersama.

Padahal saat itu ‘Ā’isyah sedang membuat makanan, ketika ia melihat makanan
yang dikirim oleh Umm Salamah, ia pun mempercepat masaknya. Ketika selesai
masak, ia langsung membawanya dan meletakkan di hadapan para sahabat serta
mengambil nampan Umm Salamah kemudian memecahkannya. Rasulullah s.a.w.
berkata: “Makanlah dengan menyebut nama Allah s.w.t. dari nampan ‘Ā’isyah, ibu
kalian sedang cemburu.” Setelah itu Beliau memberikan nampan ‘Ā’isyah kepada
Umm Salamah sebagai ganti, dan Beliau berkata: “Makanan diganti dengan
makanan dan pinggan diganti dengan pinggan.”[7]

Ketika Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama ‘Ā’isyah r.a., Beliau kadang-
kadang bercanda dengan mengajaknya berlomba dengan berlali cepat. Kadang-
kadang ‘Ā’isyah yang menang dan terkadang Rasulullah s.a.w. yang menang,
kemudian Beliau berkata: “Semalam kamu yang menang sekarang berganti saya
yang menang.”[8]

‘Ā’isyah r.a. meriwayatkan: “Pada suatu hari, saya mendengar suara beberapa
orang Habsyī dan yang lain sedang bermain pada hari ‘Āsyurā’. Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata kepada saya: “Apakah kamu ingin melihat mereka
bermain?” Saya menjawab: “Benar.” Maka Beliau mengutus seseorang kepada
mereka untuk pergi ke masjid, setelah itu Beliau berdiri di antara dua pintu dan
meletakkan tangan di atas pintu dengan menjulurkannya. sedangkan saya
meletakkan dagu di atas tangan Beliau dan melihat mereka bermain. Setelah
beberapa saat Beliau berkata kepada saya: “Apakah kamu sudah puas?” saya
menjawab: “Sudah.” Beliau pun memberikan isyarat kepada mereka untuk
menyelesaikan (permainan) dan pergi meninggalkan tempat itu.”

‘Ā’isyah r.a. juga meriwayatkan bahawa pada suatu hari, ia melihat orang-orang
Habsyī bermain dengan belati mereka di dalam masjid. Ketika ‘Umar r.a.
membentak mereka, maka Beliau berkata kepadanya: “Wahai Umar! Biarkan Banī
Arfidah bermain.”[9]

Di antara bukti bahawa baginda Rasulullah s.a.w. begitu memperhatikan tentang hal
mempergauli isteri dan keluarga dengan baik dan lembut adalah riwayat yang
mengatakan bahawa Beliau tidak pernah marahkan isteri-isteri Beliau ketika mereka
mengoreksi ucapan Beliau, dan juga ada di antara mereka yang menjauhi Beliau
selama satu hari satu malam. Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. berkata kepada
‘Ā’isyah r.a.: “Sesungguhnya aku mengetahui perbezaan kamu, apakah kamu
sedang marah atau tidak.” ‘Ā’isyah r.a. berkata: “Bagaimana cara baginda
mengetahuinya?” Beliau berkata: “Jika kamu sedang tidak marah, maka kamu akan
berkata: “Tidak, demi Tuhan Muhammad.” Dan jika kamu sedang marah, maka
kamu akan berkata: “Tidak, demi Tuhan Ibrāhīm.” ‘Ā’isyah r.a. menjawab: “Baginda
benar, ketika saya marah, maka saya tidak akan menggunakan namamu.”[10]

Rasulullah s.a.w. selalu memberikan wasiat kepada umatnya untuk berlaku baik
kepada para isteri. Pada waktu haji Wadā‘, Beliau bersabda:

َ‫ َو َعلَ ْي ِه َّن أَن ََل َيأْتِين‬,ُ‫ش ُك ْم أ َ َحداا ت َ ْك َرهُونَه‬ َ ‫ُوطئْنَ فُ ُر‬ ِ ‫ لَ ُك ْم َعلَ ْي ِه َّن أ َ ْن ََل ي‬,‫سائِ ُك ْم َحقًّا َولَ ُه َّن َعلَ ْي ُك ْم َحقًّا‬َ ِ‫اس فَإ ِ َّن لَ ُك ْم َعلَى ن‬ ُ َّ‫أَيُّ َها الن‬
َ َ ْ َ
‫ض ْرباا َغي َْر ُمبَ ِرحٍ فإ ِ ْن انتَ َهيْنَ فل ُه َّن‬ َ ‫اجعِ َوتَض ِْربُوه َُّن‬ ْ َ ُ َ َ َ َ ْ َ
َ ‫ش ٍة ُم َبيِنَ ٍة فإ ِ ْن فعَلنَ فإ ِ َّن هللاَ ق ْد أذِنَ لك ْم أ ْن ت َ ْه ُج ُروه َُّن فِي ال َم‬
ِ ‫ض‬ َ ِ َ‫بِف‬
َ ‫اح‬
‫ش ْيئاا َو ِإنَّ َما أ َ َخ ْذت ُ ُموه َُّن ِبأ َ َمانَ ِة‬
َ ‫ان ََل يَ ْم ِل ْكنَ ِِل َ ْنفُ ِس ِه َّن‬
ٌ ‫اء َخي اْرا فَإِنَّ ُه َّن ِع ْن َد ُك ْم َع َو‬
ِ ‫س‬َ ِ‫صوا ِبالن‬ ُ ‫ َوا ْست َْو‬,‫وف‬ ِ ‫ِر ْزقُ ُه َّن َو ِكس َْوت ُ ُه َّن ِب ْال َم ْع ُر‬
ِ َّ ‫َّللا َوا ْستَحْ لَ ْلت ُ ْم فُ ُرو َج ُه َّن بِ َك ِل َم ِة‬
‫َّللا َع َّز َو َج َّل‬ ِ َّ

Maksudnya: “Wahai orang-orang, sesungguhnya bagi kalian terdapat hak yang wajib
atas isteri-isteri kalian, dan begitu juga sebaliknya, bagi isteri-isteri kalian hak yang
wajib atas kalian. Hak kalian atas isteri-isteri kalian adalah mereka tidak
memasukkan orang yang kamu benci ke dalam rumah kalian, mereka tidak boleh
melakukan hal-hal yang keji lagi nyata, jika mereka melakukannya, maka
sesungguhnya Allah s.w.t telah memberi izin kepada kalian untuk meninggalkan
mereka di tempat tidur (maksudnya tidak menemaninya tidur) dan memukul mereka
dengan pukulan yang tidak membahayakan. Jika mereka telah berhenti dan tidak
melakukannya lagi, maka wajib bagi kalian memberi mereka sandang dan pangan
dengan cara yang baik. Aku berwasiat kepada kalian agar memperlakuakn isteri-
isteri kalian dengan baik, kerana sesungguhnya mereka adalah bagaikan tawanan
yang tidak memiliki apa-apa bagi diri mereka, sesungguhnya kalian mengambil
mereka berdasarkan amanah Allah s.w.t. dan kalian meminta dihalalkan kemaluan
mereka berdasarkan kalimat-kalimat Allah (syariah, perintah dan hukum-Nya).”[11]

Rasulullah s.a.w. selalu memberi wasiat agar mempergauli para isteri dengan baik,
Beliau menjelaskan bahawa sikap mengajak bercanda dan bermain kepada seorang
isteri merupakan sikap yang dianjurkan, dan bukan merupakan sebuah sikap yang
tercela. Beliau bersabda:

ِ ‫ث ت َأْدِي‬
َ‫ب فَ َرسِكَ َو َر ْميِكَ َع ْن قَ ْوسِكَ َو ُم ًَل َعبَتِكَ أ َ ْهلَك‬ ٍ ‫اللَّ ْه ُو فِي ث َ ًَل‬
Maksudnya: “Tiada hiburan dan permainan (yang diperbolehkan) kecuali dalam tiga
hal, melatih kuda, memanah dan mengajak bercanda isteri.”[12]

Rasulullah s.a.w. juga melarang suami memukul isterinya, kecuali pada khutbah
wadā‘ Beliau yang telah saya sebutkan di atas. Pada suatu ketika dikatakan kepada
Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya mereka (para isteri) telah rosak.” Beliau berkata:
“Pukullah mereka, tidak akan memukul mereka kecuali orang-orang yang jelek di
antara kalian.”[13]

Rasulullah s.a.w. juga memberlakukan para hamba sahaya dan pembantunya


dengan baik dan lembut, kerana akhlak Beliau adalah al-Qur’an. Beliau juga sosok
yang membawakan risalah atau misi menyebarkan sikap tolerans dan persamaan
kepada umat manusia, Beliau bersabda:

‫علَى أَحْ َم َر إِ ََّل بِالت َّ ْق َوى‬


َ ‫علَى أ َ ْع َج ِمي ٍ َو ََل ِلعَ َج ِمي ٍ َعلَى َع َربِي ٍ َو ََل ِِلَحْ َم َر َعلَى أَس َْو َد َو ََل أَس َْو َد‬ ْ َ‫أ َ ََل ََل ف‬
َ ٍ ‫ض َل ِلعَ َربِي‬

Maksudnya: “Ingatlah bahawa tiada keutamaan bagi orang Arab atas orang selain
Arab, begitu juga tiada keutamaan bagi orang selain Arab atas orang Arab, tiada
keutamaan bagi orang yang berkulit merah atas orang yang berkulit hitam dan tidak
ada keutamaan bagi orang yang berkulit hitam atas orang berkulit merah kecuali
dengan ketakwaan.”

Di antara bukti yang menguatkan akan hakekat apa yang saya ungkapkan ini adalah
kejadian yang dialami oleh Zaid bin Haritsah, sahaya baginda Rasulullah s.a.w.
kisahnya seperti berikut,

Pada suatu ketika, Sa‘dī binti Tha‘labah pergi mengunjungi kaumnya, iaitu Banī
Mu‘īin. Pada waktu itu ia bersama puteranya yang bernama Zaid bin Hārithah al
Ka‘bī. Setelah sampai pada kaumnya, tiba-tiba Banī al-Qain menyerang Banī Mu‘īn.
Mereka merampas harta benda, unta dan menawan budak-budak kecil, dan di
antara budak-budak kecil yang tertawan adalah Zaid bin Hārithah, sedangkan Zaid
bin Hārithah adalah budak kesil yang berumur delapan tahun. Kaum al-Qain pun
membawa Zaid ke pasar Ukaz untuk dijual, dan ia dibeli oleh seorang pemimpin
kaum Quraisy yang kaya raya, iaitu yang bernama Hakīm bin Hizām bin Khuwailid
dengan harga empat ratus dirham.

Selain membeli Zaid, ia juga membeli beberapa budak yang lain dan mereka dibawa
pulang ke Makkah. Ketika bibinya yang bernama Khadījah binti Khuwailid
mengetahui jika dirinya telah kembali, maka Khadījah bergegas pergi menemui
untuk mengucapkan salam dan selamat datang kepadanya. Kemudian Hakīm bin
Hizām berkata kepada Khadījah: “Wahai bibi, saya telah membeli beberapa budak
kecil dari pasar Ukaz, bibi boleh memilih di antara mereka yang bibi suka. Budak
tersebut sebagai hadiah untuk bibi.” Khadījah pun memeriksa satu persatu, dan
pilihanya jatuh pada Zaid bin Hārithah, kerana ia melihat pada mukanya tanda-tanda
keutamaan dan keluhuran nasabnya, dan ia langsung membawa Zaid pulang.

Tidak lama setelah itu, Khadījah berkahwin dengan Muhammad bin ‘Abdullāh dan ia
ingin memberi suatu kejutan dan hadiah kepada suaminya Muhammad. Ia tidak
menemukan sesuatu yang lebih baik daripada hamba sahaya yang dimilikinya yang
bernama Zaid bin Hārithah. Maka Khadījah menghadiahkan Zaid bin Hārithah
kepada Muhammad.

Ketika Zaid bin Hārithah, budak kecil yang sangat beruntung itu bahagia hidup
bersama Muhammad dan mendapatkan keberuntungan kerana selalu bersama
Beliau serta dapat mengeenalnya. Namun di tempat yang lain terdapat ibu Zaid yang
bernama Sa‘dā selalu diliputi duka yang mendalam dan rasa sedih kerana telah
kehilangan putera tercintanya. Air matanya selalu mengalir, hatinya selalu bersedih
dan tidak dapat tenang kerana selalu memikirkan putera tercinta, Zaid bin Hārithah.
Kesedihan ia tersebut semakin bertambah berat dan mendalam karena ia tidak
mengetahui tentang khabar puteranya. Apakah Zaid masih hidup, sehingga ia masih
ada harapan untuk bertemu kembali ataukah ia sudah mati, sehingga taida harapka
untuk kembali semula.

Manakala bapaknya, iaitu Hārithah, tidak pernah berhenti untuk mencari di seluruh
kawasan dan selalu bertanya kepada setiap kafilah. Ia ungkapkan kesedihan
tersebut melalui bait-bait sya‘ir kesedihan yang begitu menyayat hati:

‫ي فَي ُْر َجى أ َ ْم أَت َى د ُْونَهُ ْاِل َ َج ُل‬


ٌّ ‫ أ َ َح‬# ‫بَ َكيْتُ َعلَى زَ ْي ٍد َو ََل أَد ِْري َما فَعَل‬

“Aku selalu menangis untuk puteraku yang bernama Zaid, dan aku tidak mengetahui
khabarnya sekarang, apakah ia masih hidup, sehingga masih terdapat harapan
untuk bertemu ataukah ia telah dijemput oleh ajal?”

‫س ْه ُل أ َ ْم غَالَكَ ْال َج َب ُل‬


َّ ‫ أَغَالَكَ َب ْعدِي ال‬# ‫سائِ ٌل‬
َ َ‫فَ َو هللاِ َما أَد ِْري َو ِإنِي ل‬

“Demi Allah, aku tidak mengetahui dan aku bertanya, apakah kamu telah diculik oleh
hamparan tanah atau kamu telah diculik oleh gunung (wahai anakku)?”

‫ض ِذ ْك َراهُ إِذَا غ َْربُ َها أَفَل‬


ُ ‫ َوت َ ْع ِر‬# ‫طلُ ْو ِع َها‬
ُ ‫س ِع ْن َد‬ َّ ‫تُذَ ِك ُرنِ ْي ِه ال‬
ُ ‫ش ْم‬

“Setiap matahari terbit, maka hal itu mengingatkanku padanya dan setiap kali
matahari mulai terbenam, maka kenangan-kenangan bersamanya selalu muncul.”

ِ ْ ‫اف أ َ ْو ت َ ْسأ َ ُم‬


‫اْلبِ ُل‬ ْ َّ‫ َو ََل أ َ ْسأ َ ُم الت‬# ‫ض َجا ِهداا‬
َ ‫ط َو‬ َّ ‫سأُع ِْم ُل ن‬
ِ ‫َص ْال ِعي ِْس فِي ْاِل َ ْر‬ َ

“Aku akan memaksa diriku untuk berjalan di atas bumi dan aku tidak akan merasa
letih, walaupun unta merasa letih.”

‫ان َو ِإ ْن غ ََّرهُ ْاِل َ َم ُل‬ ٍ ‫ فَ ُك ُّل ا ْم ِر‬# ‫َح َياتِي أ َ ْو ت َأْتِ ْينِي َعلَى َمنِيَّتِي‬
ٍ َ‫ئ ف‬

“Oh hidupku (maksudnya puteranya yang bernama Zaid), aku rela mengorbankan
nyawaku demi kamu, kerana setiap orang pasti akan mati, meskipun ia terbuai
dengan angan-angan.”

Pada musim haji, sekelompok orang dari kaum Zaid bin Hārithah pergi menunaikan
haji. Ketika sedang tawaf di sekitar Ka‘bah, mereka bertatapan muka dengan Zaid.
Mereka pun saling kenal dan saling bertukar pertanyaan. Tatkala mereka telah
selesai melaksanakan ibadah haji, maka mereka bergegas kembali pulang dan
menyampaikan berita gembira tersebut kepada ayah Zaid yang bernama Hārithah
dan menceritakan kepadanya tentang apa yang telah mereka dengar tentang
anaknya.

Hārithah pun bergegas menyiapkan segala keperluan untuk melakukan perjalanan


ke Makkah, tidak lupa juga ia menyiapkan sejumlah uang untuk membayar tebusan
bagi putera tercinta. Dalam perjalanan ini, Haritsah mengajak serta saudara
maranya yang bernama Ka‘b. Mereka langsung memulakan perjalanan menuju kota
Makkah. Setelah sampai di Makkah, mereka berdua menemui Muhamad bin
‘Abdullāh dan berkata kepadanya: alib, kalian adalah jirant“Wahai Ibn ‘Abd al-Mut
Ka‘bah, kalian membebaskan orang yang tertawan, memberi makan kepada orang
yang lapar dan menolong orang yang sedang tertimpa musibah. Kami datang
kepada kalian tidak lain untuk membicarakan tentang anak kami yang berada
bersamamu, kami membawa sejumlah uang sebagai tebusan bagi anak kami
tersebut, maka bermurah hatilah kepada kami dan mintalah tebusan berapapun
yang kamu inginkan.”

Muhammad s.a.w. bertanya: “Siapa anak lelaki kalian yang kamu maksudkan?”
Mereka berdua menjawab: “Hamba sahayamu yang bernama Zaid bin Hārithah.”
Beliau berkata: “Apakah kamu inginkan sesuatu yang lebih baik dari uang tebusan?”
Mereka berdua bertanya: “Apa itu?” Beliau berkata: “Aku akan memanggilnya untuk
kalian, dan kita memberikan pilihan kepadanya. Jika ia memilih kalian, maka
bawalah ia tanpa wang tebusan, namun jika ia memilih aku, maka sungguh demi
Allah, aku bukanlah sosok yang membenci seseorang yang telah memilih diriku.”
Mereka berdua berkata: “Anda sungguh-sungguh telah berlaku adil.”

Beliau pun memanggil Zaid bin Hārithah dan bertanya kepadanya: “Siapakah kedua
orang ini?” Zaid berkata: “Ini adalah bapakku, ia bernama: Hārithah bin Syurahbil,
dan yang ini adalah pamanku, ia bernama: Ka‘b.” Kemudian Beliau berkata: “Kami
telah bersepakat mempersilahkan kepadamu untuk memilih antara pergi bersama
mereka berdua atau tetap tingal bersamaku.” Tanpa ragu-ragu Zaid menjawab: “Aku
memilih tetap tinggal bersamamu.”

Mendengar jawaban Zaid tersebut, ayahnya langsung berkata: “Celakalah kamu


wahai Zaid, apakah kamu lebih memilih menjadi hamba sahaya daripada pulang
kembali kepada kedua orang tuamu?!” Zaid menjawab: “Kerana sesungguhnya saya
melihat sesuatu pada diri lelaki ini (yang dimaksudkan adalah Muhammad), dan
saya tidak ingin brpisah dengannya selamanya.”

Ketika menyaksikan dan mendengar jawaban Zaid tersebut, Muhammad langsung


memegang tangan Zaid dan membawanya keluar menuju Ka‘bah. Beliau berdiri
bersama Zaid di Hijr Ismā’īl di tengah-tengah kerumunan kaum Quraisy, kemudian
Muhammad berkata: “Wahai kaum Quraisy, saksikanlah bahawa ia (Zaid) adalah
anakku, ia akan mewarisiku dan aku juga akan mewarisinya.”

Mendengar ucapan Muhammad tersebut, hati Hārithah dan Ka‘b pun bergembira.
Mereka merelakan puteranya tetap tinggal bersama nabi Muhamad s.a.w. dan
mereka pun kembali pulang dengan hati bahagia, tenang dan puas. Sejak saat itu,
Zaid bin Hārithah dipanggil dengan nama Zaid bin Muhammad sampai Muhammad
diangkat menjadi seorang Rasul dan Islam menghapuskan sistem pengangkatan
anak. Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Ahzāb, 33: 5, yang ertinya:
“Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak
mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah.” Setelah itu, Zaid pun dipanggil
dengan nama asalnya, iaitu Zaid bin Hārithah.

Lihatlah bagaimana Zaid bin Hārithah lebih memilih tetap bersama Rasulullah s.a.w.
sebagai hamba sahaya daripada pulang bersama ayahnya menjadi orang yang
merdeka, mulia, memiliki jabatan tinggi serta dapat membahagiakan hati ayahnya?

Hal ini tidak mungkin dilakukan oleh Zaid jika tidak kerana ia telah tertawan oleh
sikap Rasulullah s.a.w. yang sangat baik dan bersifat kebapakan terhadap dirinya,
tertawan oleh perasaan kasih sayang yang begitu mendalam yang ia peroleh dari
sosok Muhammad s.a.w.. Hal ini membuat Beliau semakin memberikan perhatian
dan kasih sayang terhadap diri Zaid. Rasulullah s.a.w. pun membalas sikap Zaid
tersebut dengan cara memerdekakannya, menjadikannya orang yang mulia dan
terhormat. Tidak hanya itu, Beliau pun mengkahwinkan Zaid dengan Zainab binti
Jahsy, anak perempuan paman Beliau dan termasuk wanita mulia dan terhormat di
kalangan kaum Quraisy.

Hari pun berlalu, kemudian baginda Rasulullah s.a.w. mengangkat Zaid bin Hārithah
menjadi panglima tentera perang yang diutus kepada kaumnya sendiri. Rasulullah
s.a.w. bersabda; “Jika Zaid ālib dan jika Ja‘farterbunuh, maka ia digantikan oleh
Ja‘far bin Abū T ah.” Dan di antaraterbunuh, maka ia digantikan oleh ‘Abdullāh bin
Rawāh tentera yang dipimpin oleh Zaid terdapat Khālid bin Walīd, Ja‘far dan ah.
Zaid bin Hārithah yang sebelumnya adalah seorang hambaIbn Rawāh sahaya
berubah menjadi orang yang merdeka sekaligus menjadi seorang panglima tentera
perang.

Ketika Zaid bin Hārithah terbunuh dalam peperangan ini, Rasulullah s.a.w.
memuliakannya dengan cara mengangkat puteranya yang bernama Usāmah bin
Zaid menjadi panglima tentera perang yang diutus ke negeri Syam. Dan di antara
tentara yang dipimpin Usāmah terdapat dua sosok mulia dan yang nantinya akan
menjadi khalifah bagi umat Islam, ab r.a..torang tersebut adalah Abū Bakar r.a. dan
‘Umar bin Khat Rasulullah s.a.w. selalu berkata tentang Usāmah: “Orang yang
dicintakan, anak orang yang dicintakan.”

Ini adalah salah satu contoh sikap Beliau yang baik dan lembut terhadap salah
seorang sahabat yang Beliau berikan selama dua puluh tahun. Iaitu Beliau berikan
mulai sejak masih budak kecil, waktu muda sampai ia berkahwin. Setelah itu, apa
yang Beliau berikan kepada Zaid, selanjutnya diberikan kepada anaknya yang
bernama Usāmah bin Zaid. Rasulullah s.a.w. benar-benar telah memberikan contoh
teladan di dalam hal memperlakukan dan mempergauli orang lain dengan baik dan
ramah.

Rasulullah s.a.w. juga memperlakukan para hamba sahaya dengan sangat baik dan
lembut pada zaman di mana sikap bangga dengan nasab dan keturunan merupakan
salah satu sikap yang memiliki tempat khusus di dalam kehidupan masyarakat.
Beliau bersabda:
‫َاي َوفَتَاتِي‬
َ ‫ار َيتِي َوفَت‬ ُ ‫َّللا َولَ ِك ْن ِل َيقُ ْل‬
ِ ‫غ ًَل ِمي َو َج‬ ِ َّ ‫سائِ ُك ْم ِإ َما ُء‬ ِ َّ ‫ََل َيقُولَ َّن أ َ َح ُد ُك ْم َع ْبدِي َوأ َ َمتِي ُكلُّ ُك ْم َع ِبي ُد‬
َ ِ‫َّللا َو ُك ُّل ن‬

Maksdunya: “Janganlah salah satu di antara kalian berkata: Abdī (budak lelakiku)
dan Amatī (budak perempuanku). Kerana kalian semua adalah‘Abīd (hamba-hamba
lelaki) Allah s.w.t. dan para wanita kalian semuanya adalah hamba-hamba
perempuan-Nya. Akan tetapi hendaknya ia berkata: Ghulāmī (anak lelaki kecilku),
Jāriyatī (anak perempuan kecilku), Fatāyā dan Fatātī (anak-anak mudaku).”

Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa para hamba sahaya adalah hamba-hamba


Allah s.w.t. bukan hamba-hamba manusia. Beliau bersabda:

‫س ِي َد ِتي فَ ُكلُّ ُك ْم َع ِب ْي ُد هللاِ َوال ِر ُّق ِ َّّلِلُ َع َّز َو َج َّل‬ َ ُ‫َو ََل َيقُولَ َّن ْال َم ْملُوكُ َر ِبي َو َربَّ ِتي َو ْل َيقُ ْل ْال َم ْملُوك‬
َ ‫س ِيدِي َو‬

Maksudnya: “Seorang hamba sahaya hendaknya jangan sampai berkata: Rabbī


(tuanku lelaki) dan Rabbatī (tuanku perempuan). Akan tetapi hendaknya ia berkata:
Sayyidī dan Sayyidatī. Kerana kalian semua adalah hamba-hamba Allah s.w.t,
sedangkan penghambaan hanya kepada Allah s.w.t..”[14]

Tentang sikap baginda Rasulullah s.a.w. yang memperlakukan dan mempergauli


orang lain dengan baik, sahabat Anas bin Mālik r.a. (orang yang pernah menjadi
pembantu Rasulullah s.a.w.) bercerita: “Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w.
mengutusku untuk suatu keperluan, namun saya menyibukkan diri dengan budak-
budak kecil yang sedang bermain di pasar. Tiba-tiba Beliau telah memegang
pakaianku dari belakang, dan saya menoleh kepadanya, Beliau pun tersenyum dan
berkata: “Wahai Unais, pergilah seperti yang aku perintahkan kepadamu.”

Anas bin Mālik menambahkan: “Saya menjadi pembantu Rasulullah s.a.w. selama
dua puluh tahun, Beliau tidak pernah sekalipun berkata kepadaku: “Ah.” Jika saya
melakukan atau meninggalkan sesuatu, Beliau juga tidak pernah berkata: “Kenapa
kamu lakukan,” atau “mengapa kamu tinggalkan.” Beliau juga tidak pernah mencela
aku, jika Beliau memerintahkan sesuatu kepadaku sedangkan saya bermalas-
malasan dalam melakukannya. Jika ada salah seorang anggota keluarga Beliau
yang mencelaku, maka Beliau akan berkata: “Biarkan sahaja, sesuatu jika telah
ditakdirkan, maka pasti akan terjadi.”[15]

Sikap memperlakukan dan mempergauli orang lain dengan baik dan ramah tidak
akan dapat dilakukan kecuali oleh orang yang memiliki akhlak dan perilaku yang
baik serta lurus. Di samping itu, Rasulullah s.a.w. juga memiliki adab atau akhlak
yang agung di dalam hal makan, minum dan kebersihan. Semua ini merupakan
aktiviti kehidupan sehari-hari Beliau. Sebagai contoh, jika Rasulullah s.a.w. hendak
makan roti dan daging, maka Beliau akan mencuci kedua tangannya dengan baik.
Jika sedang duduk untuk makan, maka Beliau akan memakan makanan yang ada
didekatnya sahaja. Beliau juga memerintahkan seorang budak kecil yang saat itu
sedang makan bersama Beliau untuk mempraktikkan adab tersebut. Beliau berkata
kepadanya: “Wahai budak kecil, bacalah Basmalah dan makanlah dengan tangan
kanan serta ambillah makanan yang berada didekatmu.”

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. benar-benar memiliki akhlak yang sangat agung.
Bagaimana tidak, Beliau tidak pernah bernafas di dalam gelas ketika sedang minum,
akan tetapi jika Beliau ingin bernafas ketika sedang minum, maka Beliau akan
mengangkat gelas terlebih dahulu dari mulutnya. Beliau melarang seseorang yang
sedang minum dengan bernafas di dalam gelas. Jika ia ingin bernafas, maka
hendaknya ia menjauhkan gelas terlebih dahulu dari mulutnya, setelah itu baru
bernafas.

Rasulullah s.a.w. juga tidak sukakan memakan bawang putih, bawang merah dan
bawang bakung atau bawang perai. Ini kerana Beliau selalu berbicara dengan
malaikat Jibrīl. Bau tidak sedap yang ditimbulkan sebab memakan bawang tidak
layak bagi seorang utusan seperti Rasulullah s.a.w..

Di antara adab atau akhlak Rasululah s.a.w. dalam hal makanan adalah: Beliau tidak
pernah mencela satu macam makanan sekalipun. Jika Beliau berselera terhadap
salah satu makanan, maka ia memakannya, apabila tidak, maka Beliau akan
meninggalkannya. Namun ketika ada bermacam menu makanan yang tidak biasa
Beliau makan dan Beliau tidak menyukakannya, maka Beliau meninggalkan. Akan
tetapi pada waktu yang sama Beliau juga tidak melarang orang lain yang telah
terbiasa memakan dan yang berselera untuk mencicipinya.

Pada suatu ketika, Beliau dijamu dengan abbD (haiwan melata sejenis kadal) yang
dibakar, namun Beliau tidak mencicipinya dan ia juga tidak mengharamkannya.
Beliau memberikan alasan kenapa Beliau tidak mau mencicipinya dengan alasan
kerana abbD tidak terdapat di tempat tinggal Beliau dan tidak merupakan makanan
mereka.[16]

Jika baginda Rasulullah s.a.w. bersin, maka Beliau akan menahan suaranya agar
tidak terlalu keras. Beliau menutup dengan pakaian atau tangannya atau Beliau
menutup wajah dan mulut secara bersamaan.[17]

Jika Beliau tidak menyukakan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang, maka
Beliau tidak langsung mengkritiknya dengan menyebutkan nama secara khusus,
akan tetapi Beliau menggunakan ungkapan: “Mā bālu aqwāmin yaf‘alūna kadhā wa
kadhā?” (bagaimana keadaan kaum yang melakukan begini dan begini).

Sering sekali Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita untuk selalu ramah dan
tersenyum. Beliau bersabda:

‫غ ِم ْن َد ْل ِوكَ فِي ِإنَائِ ِه‬ ٍ ‫ط ْل‬


َ ‫ق َوأ َ ْن ت ُ ْف ِر‬ َ ‫وف أ َ ْن ت َْلقَى أَخَاكَ ِب َوجْ ٍه‬
ِ ‫ص َدقَةٌ َو ِم ْن ْال َم ْع ُر‬
َ ٍ‫ُك ُّل َم ْع ُروف‬

Maksudnya: “Setiap kebaikan adalah sedekah, dan di antara kebaikan adalah


memasang wajahmu dengan penuh senyum dan ceria ketika bertemu dengan
saudaramu, dan mengisikan air yang berada di timbamu (ember) ke dalam wadah
air milik saudaramu.”[18]

ālib k.w. menyebutkan bahawa Rasulullah‘Alī bin Abū T s.a.w. adalah sosok
manusia yang selalu bermuka ceria, ramah, lemah lembut akhlaknya, halus dan
selalu tersenyum. Beliau adalah sosok yang paling banyak tersenyum setiap
bertemu dengan para sahabatnya, selalu serius, nampak tertarik dan
memperhatikan dengan serius terhadap setiap pembicaraan mereka. Kadang-
kadang Beliau tertawa sampai kelihatan gigi gerahamnya. Disebutkan juga bahawa
baginda Rasulullah s.a.w. adalah sosok manusia yang paling sukakan tersenyum
dan tertawa, menyenangkan dan berlaku ringan tangan.

Sayidah ‘Ā’isyah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. jika sedang berada di
rumah bersama keluarga, maka Beliau selalu ceria, tersenyum dan tertawa.
Keceriaan dan kemurahan senyumnya tidak hanya terbatas ketika berada di dalam
rumah bersama keluarga sahaja, akan tetapi juga ketika sedang berada di luar
rumah. Dengan setiap orang, Beliau selalu menampakkan muka yang ceria dan
selalu dihias dengan senyuman. Beliau bersabda:

ْ َ‫ت َع ِمي‬
‫ت‬ َ ‫ فَإ ِ َّن ْالقُلُ ْو‬,ٍ‫سا َعة‬
ْ َّ‫ب إِذَا َكل‬ َ ‫سا َعةا بَ ْع َد‬ ِ ‫َر ِو ُح ْوا َع ِن ْالقُلُ ْو‬
َ ‫ب‬

Maksudnya: ‘Segarkan dan hiburlah hati serta pikiran anda secara berkala, kerana
hati dan pikiran jika telah lelah, maka akan buta, tidak mampu untuk digunakan
berpikir.”[19]

Rasulullah s.a.w. juga sosok yang paling sukakan bermain dan bercanda ria dengan
anak-anak. Beliau adalah sosok orang yang paling sukakan bercanda dan melucu
ketika sedang berada di rumah bersama keluarga.[20]

Canda dan lelucuannya adalah yang sesuai dengan kedudukan Beliau yang tinggi
dan sosok yang mulia dan luhur. Beliau memang gemar bercanda, akan tetapi ketika
bercanda, ia tidak pernah mengatakan sesuatu kecuali yang hak. Oleh kerana itu
lelucon dan canda yang diriwayatkan dari Beliau semuanya dalam bentuk bahasa
kināyah (menggunakan kata-kata yang tidak terang atau metonimi) dan tauriyah
(menggunakan sebuah kata yang memiliki dua erti, pertama erti yang dekat dan
kedua erti yang jauh. Yang diinginkan adalah erti yang jauh). Beliau bersabda:

‫ َو ََل أَقُ ْو ُل ِإ ََّل ْال َح َّق‬,‫ِإنِي َِل َ ْمزَ ُح‬

Maksudnya: “Aku bercanda, akan tetapi aku tidak mengucapkan kecuali yang
hak.”[21]

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ada seorang wanita datang kepada Rasulullah
s.a.w. kemudian ia berkata: “Wahai Rasulullah, naikkan saya ke atas punggung
unta.” Beliau menjawab: “Tidak (aku tidak akan menaikkan mu ke atas punggung
unta), tetapi aku akan menaikkan kamu ke atas punggung anak unta.” Wanita
tesebut berkata: “Apa yang dapat saya lakukan dengan anak unta? Kerana anak
unta tidak kuat menahan berat badanku.” Beliau berkata: “Setiap unta pasti anak
unta juga.”

Jika seseorang dipuji kerana ia merupakan sosok yang selalu tersenyum, humoris,
ramah, selalu menghormati tetamu dan kerana mempunyai sifat-sifat terpuji yang
lain maka semua itu sebenarnya telah terkumpul di dalam diri Rasulullah s.a.w..
Jika anda berbicara tentang sikap dan perilaku baik pada diri Rasulullah s.a.w.,
maka hendaknya anda memperhatikan faktor-faktor utamanya. Oleh yang demikian,
maka anda akan menemukan di dalam sikap toleransi dan kelapangan dada Beliau,
hatinya yang suci dan bersih, kesabaran Beliau yang luar biasa, kearifan dan
kebijaksaan Beliau yang benar-benar kokoh, suka memaafkan, kezuhudan dan ke-
tawādu‘-an Beliau yang sangat luar biasa serta ramah dan kasih sayang Beliau yang
selalu menyelimuti semua orang. Jika semua ini telah dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.
bagaimana mungkin Beliau tidak memiliki sikap dan perilaku yang sangat baik
kepada orang lain?

Jiwa Beliau yang bersih dan suci sangat nampak ketika bermuamalah dengan para
sahabat dan kekasihnya. Di antara para sahabat yang memiliki kedudukan khusus di
hati Rasulullah s.a.w. adalah sahabat ain r.a.. Marilah kita lihat bersama apa yang
dikatakanImrān bin Hus ain tentang sikap dan perilaku Rasulullah s.a.w. yangImrān
bin Hus sangat baik. Ia berkata: “Saya adalah orang yang memiliki kedudukan
khusus di hati Rasulullah s.a.w., pada suatu ketika Beliau berkata kepada saya:
‘Wahai Imrān, sesungguhnya kamu memiliki kedudukan dan imah bintikehormatan
di hatiku, apakah kamu bersedia menjenguk Fat Rasulillah?” Saya menjawab:
“Dengan penuh senang hati wahai Rasulullah.” Kemudian Beliau berdiri dan aku pun
ikut berdiri. Ketika kami berdua imah, Beliau mengetuk pintu sambiltelah sampai di
depan pintu rumah Fat mengucapkan: “Assalamu‘alaikum, bolehkah aku masuk?”
imah menjawab:Fat “Silahkan masuk wahai Rasulullah.” Setelah itu Beliau berkata:
“Aku dan orang yang bersamaku?” Fatimah menjawab: “Benar, juga orang yang
bersamamu wahai Rasulullah.”[22]

Agar pergaulan dan hubungan antar sesama Muslim menjadi baik, maka Rasulullah
s.a.w. selalu menyerukan untuk melakukan hal-hal yang dapat membahagiakan hati
dan dapat semakin mempererat persaudaraan dan ukhuwah. Beliau
menghubungkan keimanan dengan hal-hal tersebut, seperti dalam sabdanya:

‫اّلِل َو ْاليَ ْو ِم‬ َ ‫اّلِل َو ْاليَ ْو ِم ْاْل ِخ ِر فَ ْليُ ْك ِر ْم‬


ِ َّ ‫ض ْيفَهُ َو َم ْن َكانَ يُؤْ ِمنُ ِب‬ َ ‫اّلِل َو ْاليَ ْو ِم ْاْل ِخ ِر فَ ًَل يُؤْ ِذ َج‬
ِ َّ ‫ارهُ َو َم ْن َكانَ يُؤْ ِمنُ ِب‬ ِ َّ ‫َم ْن َكانَ يُؤْ ِمنُ ِب‬
ْ‫ص ُمت‬ْ َ‫ْاْل ِخ ِر فَ ْليَقُ ْل َخ ْي ارا أ ْو ِلي‬
َ

Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir, maka jangan
sampai menyakiti tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari
akhir, maka ia harus memuliakan tetamu. Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t.
dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata yang baik, atau jika tidak bisa, maka
hendaknya ia diam.”

Pada sabda di atas, Beliau selalu mengulang-ulang kalimat: “Sesiapa yang beriman
kepada Allah s.w.t. dan hari akhir.”

Pada hadith lain, Rasulullah s.a.w. menegaskan akan keharusan menjaga


keharmonisan hubungan dan sikap saling tolong menolong antar jiran. Beliau
bersabda:

َ ُ‫ظ َن ْنتُ أَنَّه‬


ُ‫سي َُو ِرثُه‬ ِ ‫ُوصينِي بِ ْال َج‬
َ ‫ار َحتَّى‬ ِ ‫َو َما زَ ا َل ِجب ِْريل ي‬

Maksudnya: “Jibril selalu berwasiat kepadaku tentang perihal jiran, sehingga aku
menyangka bahawa ia akan menjadikan jiran sebagai salah satu pihak yang berhak
mendapatkan bahagian warisan.”[23]

Baginda Rasulullah s.a.w. melarang dengan keras sikap saling bermusuhan antara
Muslim dengan saudara Muslim yang lain. Kerana jika sikap saling bermusuhan
muncul di antara mereka, maka tidak akan mungkin ditemukan sikap dan perilaku
baik di antara mereka. Beliau bersabda:
ِ ‫َّللا ْاِلَلَ ُّد ْالخ‬
‫َص ُم‬ ِ َّ ‫الر َجا ِل ِإلَى‬
ِ ‫َض‬َ ‫ِإ َّن أَ ْبغ‬

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. adalah
orang yang sukakan berselisih dan bergaduh.”[24]

Bahkan Beliau juga melarang sebuah pandangan mata yang dapat menyinggung
dan menyakitkan hati orang lain, Beliau bersabda:

ْ ‫ََل يَ ِح ُّل ِل ُمؤْ ِم ٍن أ َ ْن ُيِ ْشيَر ِإلَى أ َ ِخ ْي ِه بِن‬


‫َظ َرةٍ تُؤْ ِذ ْي ِه‬

Maksudnya: “Tidak diperbolehkan seorang Mukmin memandang sinis kepada


saudaranya, sehingga dapat menyakitkan dan menyinggung hatinya.”[25]

Agar keharmonisan dan sikap saling memperlakukan antara sesama dengan baik
dapat berlaku dalam masyarakat, maka Rasulullah s.a.w. memiliki metod khusus
yang moden seperti yang diceritakan oleh ‘Ā’isyah r.a., ia meriwayatkan:

ِ َّ‫س َر ُه َما َما لَ ْم يَ ُك ْن ِإثْ اما فَإِ ْن َكانَ ِإثْ اما َكانَ أ َ ْب َع َد الن‬
ُ‫اس ِم ْنه‬ َ ‫سلَّ َم بَيْنَ أ َ ْم َري ِْن ِإ ََّل أ َ َخذَ أ َ ْي‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ ُ ‫َما ُخ ِي َر َر‬
ِ َّ ‫سو ُل‬
َ ‫َّللا‬

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. tidak akan memilihan antara dua hal, kecuali Beliau
memilih hal yang paling mudah di antara dua hal tersebut. Hal ini dilakukan selama
tidak teramsuk dalam batas perbuatan dosa. Jika hal itu termasuk ke dalam
perbuatan dosa, maka Beliau adalah orang yang paling jauh dari hal tersebut.”[26]

alah menceritakan tentang sikap dan perilaku Rasulullah s.a.w. yang sangat
baik:Hanz “Pada suatu hari, kami berada bersama Rasulullah s.a.w., kemudian
Beliau ah atau nasihat yang sangat menyentuh hati, sehingga memberi kami mau‘iz
membuat mata menangis dan dapat membuat kita memahami diri kita sendiri. Kami
kembali pulang, isteriku mendekat kepadaku dan terjadi perbincangan di antara kita
tentang masalah dunia. Kami pun lupa tentang apa yang kami rasakan tatkala
bersama baginda Rasulullah s.a.w. tadi, kami disibukkan dengan masalah dunia,
kemudian kami ingat kembali apa yang kami rasakan ketika bersama Beliau. Setelah
itu aku berkata kepada diri sendiri: “Saya telah munafik!! Kerana perasaan takut dan
hati yang luluh yang pernah saya rasakan ketika bersama Beliau telah hilang dari
diriku. Saya pun keluar sambil berteriakl: alah telah bersikap munafik.’“Hanz

Rasulullah s.a.w. mendengar hal itu dan berkata: alah tidaklah munafik.”“Tidak,
Hanz Saya berkata kepada Beliau: “Wahai Rasulullah, ketika kami bersamamu dan
kamu memberikan nasihat kepada kami, hati kami sangat tersentuh, mata kami
menangis dan kami pun dapat mengetahui siapa diri kami yang sebenar. Namun
ketika kami telah kembali dan berkumpul dengan keluarga, kami mulai berbicara
tentang perihal dunia, sehingga kami lupa akan apa yang pernah kami rasakan
ketika bersamamu.” Beliau berkata: alah, seandainya kamu“Wahai Hanz dapat
selalu dalam keadaan seperti ketika kamu berada bersamaku tersebut, maka
sungguh para malaikat akan menyalami kamu, baik tatkala kamu sedang berada di
jalan maupun di rumah. Akan tetapi kamu kadang-kadang ingat dan terkadang tidak
(ingat).”
[1] Lihat Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/112).
[2] Ibid,
[3] Ia adalah salah satu sahabat yang mulia dan termasuk di antara pahlawan
pembebasan negeri Irak yang ikut bertempur dalam peperangan Qadisiyah. Lihat
Ayyām al-‘Arab fi al-Islaam (al-Qādisiyyah).
[4] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/112).
[5] Al-Mawāhib al-Ladunniyyah, (hal. 200 dan setelahnya).
[6] ūl, (4/30).Taisīr al-Wus
[7] al-Zarqānī, (4/270).Syarh
[8] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/112).
[9] Arfidah adalah atuk tertua daripada kaum Habsyī.
[10] Op. Cit., (3/112).
[11] Sebahagian dari khutbah wadā‘, lihat Sīrah Ibn Hisyām, (4/604), cetakan: Dār
Ibn Kathīr.
[12] Lihat ‘Uyūn al-Akhbār karya Ibn Qutaibah, (4/81).
[13] abaqāt Ibn Sa‘d, (8/147).T
[14] Ihyā’ Ulūm al-Dīnn, (4/141).
[15] Ibid,
[16] Ibid, (2/329).
[17] Insān al-‘Uyūn karya Burhān al-Halabī, (3/377).
[18] Lihat al-Muntakhab min al-Sunnah, (7/297) dari Musnad imam Ahmad dan
sunan al-Tirmidhī.
[19] Lihat Nihāyah al-Irbī, (4/1).
[20] Lihat Lisān al-Arab pada kalimat “faqiha”.
[21] Lihat Nihāyah al-Irbī, (4/2)
[22] Lihat Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (juz. 4).
[23] al-Mubdī, (2/237).Fath
[24] Ibid,
[25] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/60).
[26] Ibid,

Anda mungkin juga menyukai