Anda di halaman 1dari 16

Page |1

KERTAS RANCANGAN PERNIAGAAN

AISYAH BINTI RAZALI


Saidatulhafirah99@gmail.com
014-9024315
LOT 7545 GELUNG PEPUYU,
TITI GANTUNG
32600 BOTA
PERAK

BAGI MEMOHON
GERAN AGROPRENEUR MUDA (GAM)
BAGI PROJEK TERNAKAN
DI BAWAH
PROGRAM AGROPRENEUR MUDA
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN
Unit Agropreneur Muda Aras 1,
Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624 Putrajaya
Page |2

1. KERTAS RANCANGAN PERNIAGAAN

1.1 TUJUAN
Kertas Rancangan Perniagaan ini dikemukakan adalah bertujuan
untuk memohon pertimbangan dan kelulusan bagi memliki dan memperolehi
Geran Agropreneur Muda (GAM) dengan jumlah kelulusan sehingga RM
20,000 sebagai memanfaatkan program dan inisiatif yang ditawarkan di
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Individu yang
berkelayakan berpendapatan kurang RM 2 000.00 sebulan dan berumur antara
18 - 40 tahun merupakan kumpulan sasar program ini dan saya berada dalam
kumpulan sasar seperti yang dinyatakan dan berharap agar permohonan ini
dipertimbangkan sewajarnya oleh pihak yang berwajib. Tujuan kertas
rancangan perniagaan ini adalah untuk membaiki atap, meluaskan kawasan
dan pembelian mesin rumput.

1.2 LATAR BELAKANG PROJEK

1.2.1 Pengenalan

Projek ternakan lembu ini telah dibangunkan pada tahun 2013


dengan jumlah binatang ternakan sebanyak 7 ekor lembu bilangan
semasa. Penternakan lembu ini dipelihara secara intensif dalam
kandang bagi tujuan pengeluaran lembu Brahman melalui pengeluaran
lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi
makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang
secukupnya dalam tempoh yang tertentu. Selain itu, perlu diperhatikan
bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh disamakan
dengan penggemukan. Penggemukkan atau peningkatan utama berat
badan yang disebabkan deposisi lemak hanya berlaku pada peringkat
umur tertentu dan berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan
yang diberikan. Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu
tempatan yang di fidlot antara 12 hingga 16 bulan terdiri peningkatan
berat tulang dan daging sahaja. Apa yang penting dan perlu diingat
bidang usaha fidlot hanya untuk memenuhi sesuatu pasaran terhadap
daging lembu dengan
Page |3

menggembeling segala sumber yang terdapat di lokasi berkenaan


secara optimum untuk mendapatkan keuntungan secara maksimum
Terdapat dua jenis penternakan fidlot yang biasa diusahakan di
Malaysia iaitu sekali masuk-sekali keluar dan masuk-keluar
berterusan. Saya memilih kaedah Masuk keluar berterusan.
Seterusnya, terdapat empat faktor utama yang akan mempengaruhi
untung- rugi bidang usaha fidlot seperti di bawah:
i) Harga belian feeder
ii) Harga jualan finisher
iii) Keupayaan dan prestasi baka
iv) Harga makanan

1.2.2 Latar Belakang Pengusaha dan Salinan Kad Pengenalan yang Disahkan

Projek ini diterajui oleh saya sendiri dengan bantuan kedua ibu
bapa saya. Maklumat lengkap saya adalah seperti yang tertera di bawah:

NAMA AISYAH BINTI RAZALI


NO K/P 980204085728
ALAMAT LENGKAP LOT 7545, GELUNG PEPUYU, TITI
GANTUNG 32600 BOTA PERAK
KELULUSAN SPM
PENDIDIKAN
PENCAPAIAN PERNAH MEMBERI SUMBANGAN
DARI SEGI TENAGA DALAM
PROGRAM RAYA KORBAN
KEMAHIRAN MAHIR DALAM PENGURUSAN JUAL
BELI TERNAKAN

1.3 INFRASTRUKTUR
1.3.1 LOKASI
Tapak projek lembu yang perlu saya mengambil kira beberapa fator
seperti topografi, jenis tanah, kemudahan bekalan air dan elektrik,
kesediaan sumber makanan ternakan, sumber bekalan ternakan, sistem
pengangkutan, pasaran pembuangan najis. Lokasi ladang ternakan saya
terletak sekurang- kurangnya 500meter radius daripada kawasan
kediaman dan perindustrian ,tidak terlalu hampir dengan sungai atau
sistem tali air. Ini bagi mengelakkan limpahan apabila berlaku banjir atau
hujan lebat. Kawasan sekeliling ladang ternakan
Page |4

perlu dipagar dan disulami dengan pokok-pokok tanaman. Justeru itu,


Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir
berlaku. Terdapat jalan keluar- masuk ke kawasan ladang boleh dilalui
sepanjang musim serta dapat menampung kenderaan sehingga seberat 16
ton.

1.3.2 TOPOGRAFI
Permukaan tanah bagi kawasan projek ini rata dan mempunyai pengaliran
yang baik. Bagi kawasan yang kerap hujan, penempatan projek lembu di
kawasan tanah tinggi adalah lebih baik kerana ini membolehkan
pengaliran air yang baik di samping mengurangkan masalah tanah
berbecak. Seterusnya, ia dapat mengurangkan kos pembinaan jalan, dan
perjalanan keluar masuk ternakan atau kenderaan untuk laluan
diselenggaraan.

1.3.3 BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK


Justeru itu, kemudahan sumber bekalan air dan elektrik dapat
disambungkan dari kediaman saya ke kandang ternakan. Bekalan air dan
elektrik di sambungkan dengan kediaman saya dalam jarak 500 meter.
Lembu yang mempunyai berat badan antara 200 – 400 kg memerlukan air
minuman sebanyak 25 – 40 liter sehari. Oleh yang demikian, Air
Page |5

diperlukan juga untuk mencuci kandang dan peralatan fidlot. Perigi atau
parit pengairan merupakan sumber air semula jadi yang sesuai selain
bekalan air daripada Jabatan Bekalan Air. Bekalan elektrik juga diperlukan
untuk menjalankan mesin- mesin dan peralatan tertentu bagi projek secara
mekanikal.

1.3.4 REKA BENTUK KANDANG


Penentuan reka bentuk kandang lembu yang betul dan sesuai adalah
penting untuk penempatan ternakan lembu dalam persekitaran yang selesa,
di samping menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang
menguntungkan. Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan
ternakan serta rancangan perkembangan projek pada masa hadapan. Oleh
kerana ini beriklim panas dan hujan sepanjang tahun, kandang
berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandang terbuka.

1.3.5 KANDANG KURUNGAN


Pembinaan kandang kurungan untuk lembu-lembu perlu mematuhi aspek-
aspek kemudahan infrastruktur yang standard seperti berikut:

i) Ruang Kandang
di negara beriklim tropika seperti Malaysia, kandang kurungan
yang diperlukan mestilah berbumbung supaya ternakan mendapat
perlindungan daripada hujan dan panas. Besar kandang yang
hendak dibina bergantung pada bilangan ternakan yang hendak
digemukkan. Kandang kurungan yang besar seelok- eloknya
dibahagikan kepada beberapa petak untuk memudahkan penjagaan
dan pengurusan ternakan.

ii) Lantai
Lantai perlu dibuat daripada konkrit simen untuk mengelaakkan
keadaan becak atau berlumpur. Prestasi ternakan akan menurun
sekiranya ternakan dipelihara di tempat yang berbecak kerana
keadaan sebegini akan memudahkan serangan penyakit. Lantai
Page |6

simen yang dibina mestilah mempunyai ketebalan sekurang-


kurangnya 10 cm (4 inci).

iii) Bumbung
Perlu dibina untuk memberi perlindungan kepada ternakan semasa
hujan dan panas. Bumbung boleh dibina sama ada dengan menutup
keseluruhan atau sebahagian daripada kawasan lantai kandang,
Kandang yang ditutup sebahagiannya dengan bumbung
membolehkan cahaya matahari mengeringkan lantai dan
mengurangkan pertumbuhan organisma yang boleh menyebabkan
jangkitan penyakit kepada ternakan. Bahan- bahan yang boleh
digunakan untuk membina bumbung termasuklah zink, atap,
abestos dan lapisan getah tar.

iv) Palung Makanan dan Air Minuman


Lantai simen di bahagian tempat makanan perlu ditinggikan supaya
air, najis dan makanan terbuang dapat dibrsihkan dengan mudah.
Manakala, kedudukan palung minum bergantung pada reka bentuk
kandang dan jenis takungan air yang digunakan. Bagi membina
kandang kurungan, konkrit merupakan bahan yang sesuai
digunakan selain daripada tong dram dan gelung konkrit sebagai
alternatif.
Page |7

1.4 (A) PENGURUSAN LADANG

Pengurusan yang cekap dan sistematik adalah penting bagi menjamin


kesihatan ternakan, peningkatan berat badan harian yang maksimum, kawalan
kos operasi yang minimum serta keuntungan yang optimum. Dari segi
pengurusan, saya dan ibu bapa saling bekerjasama dan membantu dari segi
penjagaan, pengawasan, proses jual beli, pembelian alatan dan dedak
makanan.
Kami telah melakukan pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak dari
masa ke semasa bagi memastikan pemakanan, kesihatan, keselesaan dan
prestasi peningkatan berat badan ternakan.

(B) PENGURUSAN KANDANG

Bagi pengurusan kandang pula, saya melakukan penyeliaan dengan


sempurna meliputi penjagaan kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan
dan kemudahan infrastruktur. Kandang kebiasaannya dibersihkan satu kali
sehari pada waktu petang. Ini adalah kerana kandang yang kotor dan dipenuhi
najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu ternakan seperti
penyakit pernafasan dan radang paru- paru, kembong atau direa dan masalah
kuku.
Dari segi pengurusan kawalan penyakit, saya dapat merawat jika
ternakan terkena biasa seperti kembung, kurap dan sakit mata. Akan tetapi,
jika penyakit kronik saya akan mendapatkan bantuan daripada pegawai
perubatan haiwan Pejabat Haiwan Seri Iskandar.

(C) PENGURUSAN PEMAKANAN

Pengurusan makanan merupakan faktor utama yang mempengaruh


peningkatan berat badan ternakan seharian. Ini akan menentukan sama ada
projek ternakan yang diusahakan oleh saya memberi keuntungan atau
kerugian. Saya akan memberi makanan kepada lembu ternakan iaitu 3 kali
sehari. Pemberian makanan pertama pada awal jam 0700 pagi dan selewat-
lewatnya 0900 pagi. Pemberian makanan kedua pula 0200 petang selewat-
lewatnya jam 3 petang. Ketiga pemberian makanan pada pukul 0500 petang
dan selewat lewatnya 0600 petang. Bekalan air minuman yang bersih dan
mencukupi turut setiaphari.
Page |8

1.5 (a) RANCANGAN PEMASARAN

Pemasaran lembu fidlot merupakan salah satu aktiviti penting yang


menentukan sama ada sesuatu projek ternakan lembu itu berdaya maju atau
sebaliknya. Selain itu,untuk jual beli lembu dapat di
mempromosikan di iklan di social media seperti facebook tiktok
dan lain lain.Untuk pemasaran offline disedikan seperti
pemasagan signboard dan kad kenalan.

Berikut adalah sumber promosi iklan offline dan social


media;

(a)Signboard dan kad kenalan

(b)Terdapat location google map dan waze lokasi


ternakan.
Page |9

(b) Harga jualan lembu adalah faktor penting yang akan menentukan sama ada bidang usaha
tersebut menguntungkan atau sebaliknya. Pengusaha lembu yang bijak biasanya telah
menentukan dan merancangkan strategi pemasaran hasil ternakan mereka sebelum
memulakan perusahaan. Ini bermakna perusahaan lembu adalah merupakan aktiviti yang
berpandukan pasaran dengan menggunakan segala sumber tempatan yang ada secekap
mungkin. Antara jenis kaedah pemasaran utama untuk lembu adalah jualan lembu hidup
kepada peraih (butcher), jualan lembu hidup untuk aqiqah, jualan lembu hidup untuk korban
dan jualan runcit secara tunai (daging segar). Pasaran pertama adalah yang terbesar perlu
dijadikan sasaran utama oleh pengusaha lembu. Penjualan lembu hidup untuk penyembelihan
terus boleh dilaksanakan sama ada secara terus atau melalui peraih. Pasaran kedua dan
ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan. Bagi menjamin kemampanan projek
yang diusahakan, pengusaha lembu perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua- dua
kategori pasaran tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting untuk menjalankan sistem
fidlot berperingkat. Ini bermakna, ternakan lembu fidlot perlu diusahakan sama ada dalam 2
atau 3 peringkat kumpulan. Haiwan ternakan akan dijual khususnya penduduk tempatan untuk
tujuan aqiqah, kenduri kahwin dan jualan daging di kawasan Gelung Pepuyu. Oleh hal
demikian, aktiviti pemasaran tidak menjadi masalah untuk dijalankan.
P a g e | 10

1.6 RANCANGAN OPERASI

1.6.1 Status Terkini


Projek ternakan saya pada masa kini dijalankan di kawasan milik
bapa saya RAZALI BIN HARIS yang beralamat LOT 7545 GELUNG
PEPUYU 32600 BOTA PERAK. Terkini saya dan bapa berkongsi modal
sebelom ini untuk membeli lembu berharga RM9000.00 untuk 3 ekor baka
lembu jenis Brahman . Kos membuat kandang seperti membuat
lantai ,bumbung,pagar,tempat makanan dan lain-lain dalam anggaran
RM13000.00. Sekiranya geran agropreneur muda (GAM) diluluskan
dengan biaya maksimum, saya bercadang untuk membaikpulih atap,
meluaskan kawasan reban ternakan,memasang pagar
kandang,menyediakan kawasan yang selamat dari bencana alam dan
keselamatan ternakan dari haiwan buas, serta sebuah mesin potong
rumput (Chopper) untuk memudahkan kerja bagi menyediakan
makanan untuk ternakan.
1.6.2 Cadangan penggunaan melalui bantuan geran

Item Kos
Penambahan reban
 Kos upah dan membuat
lantai 20feet x30 feet
 Kos upah dan memasang
jaring pagar 20 feet x 35
feet
 Kos upah dan memasang
zinc dan kekuda
 Kos upah dan memasang
saluran air bersih dan
tempat makan tambahan
 Lampu solar 200 watt
 Alat peralatan membuat Total
kandang RM9100.00
 Mesin potong rumput
 Tong kedap udara untuk
penyimpanan makan
tambahan Total
 RM6110.00
 Lembu untuk
pembiakan(betina) RM4800
Jumlah besar RM 20 000
P a g e | 11

1.7 RANCANGAN KEWANGAN


1.7.1 Aliran Tunai/ Cash Flow untuk Tempoh 5 Tahun

Item Jumlah
 RM 100.00 x 1 Tempoh matang 5 bulan
bulan = RM 100 maksimum sebelum dipasarkan
perbelanjaan dedak RM 100 x 5 bulan = RM 500
Kos penjagaan 10 untuk 10 ekor untuk perbelanjaan dedak lembu
ekor lembu lembu sehingga tempoh matang dan
terus dijual.
RM 1000 untuk jumlah
 Ubat dan vitamin = perbelanjaan ubat dan vitamin
RM 200 sebulan sehingga haiwan ternakan
dewasa.
Jumlah besar: RM 1500
Kos jualan lembu  Lembu dewasa 1 Purata berat 20 ekor lembu
ekor = RM 3500 adalah bersamaan dengan RM
 Purata berat lembu 3500 seekor dan jumlah
70 Kg seekor = RM keseluruhan 10 ekor lembu yang
3500 mampu dijual adalah bersamaan
dengan RM 35
000
Kos penyelenggaraan,  Bil elektrik dan air Jumlah: RM 2 000
upah termasuk = RM 150
minyak  Upah sembelih dan
proses = RM 50
seekor
 Kos penghantaran
= RM 100
 Gaji/ upah
membantu = RM
800 seorang X 2
Lain - lain RM 300
PERBELANJAAN UNTUNG KASAR UNTUNG BERSIH
Kos penjagaaan Jualan lembu RM 29 700
ternakan,
penyelenggaraan, upah
dan termasuk minyak +
kos lain-lain
RM 5 000 RM 35 000
P a g e | 12

BIL PENDAPATAN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN JUMLAH


4 5
1 2 3

1. Jualan lembu korban RM RM RM RM RM RM


10000 13000 15000 18000 20000 76000
2. Jualan anak lembu RM RM RM RM RM RM
5000 8000 10000 12000 15000 50000
JUMLAH KASAR RM
126000
BIL KOS OPERASI JUMLAH
1. Kos minyak RM RM RM RM RM RM
500 800 850 900 950 4000
2. Makanan ternakan RM RM RM RM RM RM
800 900 950 980 1000 4630
3. Rawatan ternakan RM RM RM RM RM RM
seperti ubat dan 250 280 300 320 350 1500
vitamin
4. Belian lembu jantan RM RM RM RM RM RM
dan betina 5000 6500 7500 9000 13000 41000
1. 5. Baik pulih kandang RM RM RM RM RM RM
dan penjagaan mesin 1000 1200 1250 1000 1400 5850

6. Bantuan dari kerajaan _ _ _ _ _ RM


Untuk penternak _

JUMLAH KASAR
RM
56980

JUMLAH PENDAPATAN 5TAHUN PERTAMA


PENDAPATAN – KOS OPERASI
126000 – 56980= 69020(Pendapatan bersih untuk 5 tahun)
PENDAPATAN BERSIH BAHAGI 5 TAHUN
69020 BAHAGI 5TAHUN =RM 13804(pendapatan untuk 1 tahun)
P a g e | 13

PENUTUP

Saya berharap kertas rancangan perniagaan saya ini mendapat


pertimbangan sewajarnya dan diterima oleh pihak yang berkenaan. Segala kos dan
jumlah yang terlibat semasa menjalankan penternakan adalah berdasarkan
pengalaman dan modal yang dikeluarkan secara kapasiti sendiri tanpa pinjaman dan
bantuan kewangan daripada mana- mana pihak. saya berharap minat yang diceburi
iaitu bidang penternakan ini diberi peluang sewajarnya untuk memperbaiki dan
memajukan lagi penternakan khususnya di kawasan ini. Segala aggaran yang dibuat
mungkin berubah- ubah daripada segi kos sebenar mengikut harga pasaran terkini.

DISEDIAKAN OLEH : DIBANTU OLEH :

(AISYAH BINTI RAZALI) ( )


P a g e | 14

GAMBAR PROJEK ATAU PERNIAGAAN

 Haiwan Ternakan

 Kandang Ternakan
P a g e | 15

 Makanan Ternakan (Daun Nipier)

 Mesin rumput
P a g e | 16

 Palung makanan

Anda mungkin juga menyukai