Anda di halaman 1dari 10

TEKS UCAPAN

YANG HORMAT PROFESOR DATO’ DR. DAING NASIR IBRAHIM


NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
PROGRAM HIMPUNAN “FREE PALESTINE, FREE GAZA” ZON TIMUR
PADA HARI AHAD, 2 DISEMBER 2012, PUKUL 9:00 MALAM
DI KOMPLEKS SUKAN UNIVERSITI, UMP KAMPUS GAMBANG

SALUTASI

Saudara Pengacara Majlis;

Rakan-rakan saya:

Profesor Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz,

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus,

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi);

Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin,

Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);

1
Haji Mustafa Ibrahim,

Pendaftar;

Encik Zainuddin Othman,

Bendahari;

Haji Ruslan Che Pee,

Ketua Pustakawan;

Dekan-dekan, Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Pusat

Tanggungjawab;

Saudara Mohd Na’em Suhaimi,

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar;

Pemimpin-pemimpin mahasiswa IPTA dan IPTA Zon Timur;

Tuan-tuan dan puan-puan;

Warga mahasiswa yang dikasihi sekalian.

2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

KATA PEMBUKA

1. Alhamdulillah, sukalah saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran

ke hadrat Allah Ta’ala kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-

Nya, maka kita berpeluang untuk bertemu dalam Majlis Perasmian

Penutup Program Himpunan “Free Palestine, Free Gaza” pada

malam ini.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengalu-alukan kehadiran para

pemimpin mahasiswa daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi

Awam dan Swasta dalam Zon Timur yang telah memberikan

sokongan dan komitmen untuk menjayakan inisiatif murni ini.

3
3. Perhimpunan pada malam ini sepatutnya mencetuskan keinsafan

dan kesedaran yang mendalam dalam diri setiap yang hadir. Bahawa

tatkala kita begitu selesa menikmati suasana nyaman dewan ini

dengan selamat, namun 17,717 kilometer ke barat negara kita, di

satu penjuru dunia yang dikenali dengan nama Semenanjung Gaza,

seramai 450,000 penduduknya kini hidup menderita dan memerlukan

pertolongan kita.

MENGINSAFI PENCABULAN HAK YANG TIDAK BERKESUDAHAN

4. Tuan-tuan dan puan-puan,

Tragedi serangan bom bertubi-tubi terhadap pejuang dan rakyat

Palestin di Semenanjung Gaza yang dilancarkan oleh Rejim Zionis

Israel selama lapan hari berturut-turut hingga 22 November 2012

yang lalu benar-benar menyergah sensitiviti kita di sini untuk turut

merasai keperitan penderitaan tersebut.

4
5. Walaupun gencatan senjata antara kedua-dua belah pihak telah

berjaya dicapai, namun itu bukanlah jaminan bahawa keamanan

yang kekal dapat diwujudkan di rantau bergolak tersebut. Ternyata,

Rejim Zionis Israel sama sekali tidak menunjukkan kesungguhan

untuk mengiktiraf kewujudan negara Palestin yang merdeka,

sedangkan negara Israel itulah sebenarnya yang merupakan entiti

haram dan tidak sah.

6. Sejak penghijrahan besar-besaran bangsa Yahudi dari seluruh

pelosok dunia ke bumi Palestin dalam apa yang dipanggil sebagai

‘exodus’ sehingga kemuncaknya pada tahun 1948, bumi bertuah

yang dahulunya dihuni dengan aman oleh masyarakat Arab

beragama Islam, kini telah hilang kedaulatan dan kemerdekaannya.

7. Saya percaya, sesiapa jua pun yang waras sama sekali tidak akan

dapat menerima tindakan Rejim Zionis Israel yang sewenang-

wenangnya bertindak kejam terhadap penduduk tidak berdosa yang

dirampas kemerdekaan mereka.

5
8. Tragedi tempoh hari merupakan ulangan kepada siri-siri pencabulan

Rejim Zionis Israel terhadap kebebasan Palestin yang telah kerap

kali berlaku sebelum ini. Keangkuhan rejim tersebut yang merasa

begitu berkuasa untuk bertindak sesuka hati di bawah bayangan

perlindungan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya jelas mencabul

undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

9. Ironinya, di pentas politik antarabangsa, Amerika Syarikat begitu

lantang menyelar dan menghukum negara-negara yang didakwa

tidak menghormati hak asasi manusia dan prinsip kebabasan.

Namun, taring kuasa besar tersebut terus tumpul dan matanya

sengaja dibutakan untuk bertindak tegas terhadap keganasan Rehim

Zionis Israel.

10. Nyatalah bahawa semangat Perjanjian Oslo yang ditandatangani

pihak Israel dan Palestin di White House pada 13 September 1993

tidak dipedulikan langsung oleh Rejim Zionis tersebut. Sebaliknya,

kita sendiri dapat melihat bahawa lebih banyak lagi tindakan ganas

telah dilakukan oleh Rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin yang

tidak berdosa pasca pemetraian perjanjian tersebut.

6
11. Situasi ini memberi isyarat yang terlalu jelas kepada kita iaitu Rejim

Zionis Israel bukanlah pihak yang boleh dipercayai untuk dibawa

berunding, apatah lagi diterima sebagai rakan diplomatik. Sejarah

silam para rasul dan anbiya’ telah membuktikan kepada kita bahawa

bangsa Yahudi memang diketahui sebagai pengkhianat yang

durjana.

12. Inilah iktibar yang perlu diambil oleh kita. Betapa nikmat

kemerdekaan dan kebebasan yang kita nikmati kini boleh hilang

begitu sahaja apabila kepercayaan berbalas dengan pengkhianatan.

Sebagai warga dan umat yang peka dan prihatin, pastinya kita

merasa terpanggil untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua

bentuk yang mampu.

7
BERSATU UNTUK KEAMANAN SEJAGAT

13. Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya percaya bahawa kesedaran untuk menganjurkan program

himpunan ini bukanlah untuk mencari populariti atau publisiti, tetapi

sebaliknya merupakan manifestasi komitmen warga kampus untuk

bersatu demi keamanan sejagat.

14. Solidariti tersebut merentasi perbezaan agama, bangsa dan

keturunan kerana isu Palestin bukanlah isu umat Islam semata-mata,

tetapi merupakan masalah sejagat yang memerlukan intervensi

kemanusiaan daripada sesiapa sahaja yang waras.

15. Maka, melalui acara-acara yang telah disusun sepanjang program ini,

saya percaya bahawa warga kampus sekurang-kurangnya

mempunyai perasaan untuk membantu rakyat Palestin.

8
16. Inilah sebenarnya yang ingin dicanai daripada program seumpama ini

iaitu keupayaan warga kampus untuk memikirkan soal-soal global

dan tidak hanyut dengan hal-hal remeh-temeh yang tidak menambah

nilai kepada kesarjanaan mahasiswa.

17. Justeru, pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

ucapan tahniah dan penghargaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar

UMP atas komitmen yang ditunjukkan bagi mengelolakan program ini

dengan jayanya.

18. Adalah menjadi harapan saya dan pihak pengurusan UMP bahawa

lebih banyak inisiatif seperti ini dikemukakan sebagai agenda

perdana MPP supaya kepimpinan mahasiswa di sini dilihat aktif

menjuarai isu-isu diplomasi global.

9
KATA PENUTUP DAN LAFAZ PERASMIAN

19. Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebelum mengakhiri ucapan ini, marilah kita berdoa ke hadrat Allah

Ta’ala mudah-mudahan usaha yang dijalankan ini mendapat restu

keberkatan dan peliharaan-Nya. Semoga langkah kecil yang

dimulakan ini akan berkesudahan dengan penyelesaian yang

konstruktif kepada saudara-saudara kita di Palestin, Insya-Allah.

20. Dengan harapan dan doa tersebut, dan dengan lafaz yang mulia

Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya menutup

Program Himpunan “Free Palestine, Free Gaza” dengan rasminya.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

10

Anda mungkin juga menyukai