Anda di halaman 1dari 7

KUMPULAN 5

Tajuk Tugasan: Konsep Ibadah Dalam Islam


1. Muhammad Syarani Bin Muhammad Hasnun (29223138)
2. Muhammad Hafiz Bin Mohamad (29223134)
3. Muhammad Syaamil Bin Shahril (29223104)
PENGENALAN

Secara keseluruhannya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah,


mengikut peraturan, melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya,
sebagaimana yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Muhammad.
FIRMAN ALLAH

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
beribadah kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rizki sedikit pun dari mereka dan
Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku.
Sesungguhnya Allah Dia-lah Maha Pemberi rizki Yang mempunyai kekuatan
lagi sangat kokoh.” (QS. Adz-Dzaariyaat: 56-58)
PENGERTIAN IBADAH

Aspek Bahasa: Berasal dari perkataan "Abada" iaitu bererti patuh, taat, setia,
tunduk, sembah, menghambakan diri dan seumpamanya.
Aspek Istilah: Bermaksud tindakan tunduk dan menurut segala perkara yang
telah disyariatkan Allah swt atau tindakan memperhambakan diri dengan
mematuhi segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah (SAW).
Secara etimologi pengertian ibadah adalah merendahkan diri atau tunduk.
Pengertian ibadah adalah menggambarkan perilaku mendekatkan diri kepada
sang pencipta atau Tuhan. Perilaku dari pengertian ibadah adalah dilakukan
secara rutin atau terus-menerus sampai waktu yang tidak ditentukan.
SKOP IBADAH

Ibadah dalam Islam bersifat syumul meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Semua
perkara yang tidak bertentangan dengan syara' termasuk adat akan dikira sebagai
ibadat. Secara umumnya keluasan skop ibadah dalam islam boleh dilihat menerusi
perkara berikut :

• Masa : terdapat ibadah yang terikat dengan masa dan ada yang tidak terikat, ada
ibadah harian, mingguan, bulanan, dan tahunan.
• Tempat : terdapat ibadah dilaksanakan di rumah, masjid, Mekah, dan lain-lain lagi.
Ada yang tidak dikhususkan tempat.
• Cara : ibadah boleh dilakukan secara bersendirian dan ada yang secara berjemaah.
PEMBAHAGIAN IBADAH

Ibadah khusus : ibadah yang telah dinyatakan jenis, rukun dan syarat oleh
syara'. (Cth. solat, puasa, zakat dll)

Ibadah umum : ibadah yang tidak ditetapkan oleh syara' cara-cara


melaksanakannya. Ibadah ini meliputi seluruh kehidupan manusia di dunia.
(Cth. belajar, bekerja, makan, minum dll)
Ibadah ini dikira sebagai ibadah sekiranya menepati syarat-syarat berikut :
• Orang yang melakukannya beragama islam
• Amalan tersebut tidak bercanggah dengan syara’
• Dilakukan dengan niat yang baik dan ikhlas kepada Allah
• Ketika mengerjakannya tidak sampai melalaikan mereka daripada ibadah khusus

Anda mungkin juga menyukai