Anda di halaman 1dari 3

LAWATAN KILANG TANUR ARANG

Tarikh : 2 Ogos 2023


Tempat : Kuala Sepetang
Daerah : Larut Matang
Negeri : Perak Darul Ridzuan
Nama Pelesen : Ek Global Enterprise
No. Lesen : AL-01-28-23(KAK)
Keluasan : 6.6 hektar
Tenaga pengajar : 1) Rasli bin Che Hanafi
2) Kamal Kusyairi bin Abd Ghani
3) Clarence Gisip
Pengenalan

Pada 2 Ogos 2023, semua pelatih pengawas hutan telah mengadakan


lawatan ke Kilang Tanur Arang di Kuala Sepetang. Kilang tanur arang ini
telah menghasilkan arang yang bermutu tinggi dan berkualiti. Selain itu, hasil
dari kilang tanur arang ini juga akan dijual di serata tempat, tidak hanya di
dalam Malaysia tetapi ia juga dijual di luar negara seperti Negara Jepun dan
lain-lain. Di samping itu, arang yang siap diproses akan dihantar ke kilang
untuk diproses menjadi pelbagai produk sampingan seperti kosmetik dan
pertanian seperti baja organik, manakala wap daripada pembakaran juga
disuling menjadi cuka selain bahan dalam memproses baja.

Objektif

i Memberi pendedahan kepada pelatih mengenai proses pembuatan


kayu arang serta cara bagaimana proses pembakaran kayu arang di
dalam dapur dengan teliti agar produk yang
dikeluarkan adalah terbaik;
ii Memberikan pelatih gambaran dengan lebih dekat mengenai kilang
tanur arang dan cara pengeluaran kayu arang; dan
iii Menerangkan tatacara pengeringan kayu dengan kaedah semulajadi
dan tanur.
Kaedah Perlaksaan

i Setiap pokok yang ditebang akan dikerat sepanjang dua meter dan
diangkut menggunakan bot untuk dihantar ke kilang arang.
ii membawa kayu bakau ke kilang arang yang kebanyakannya terletak
di pinggir sungai.
iii kayu akan dipunggah ke darat untuk proses pengeringan antara dua
hingga tiga hari. Kayu yang kering akan diangkut ke tempat
pembakaran iaitu gok arang.
iv kayu bakau disusun secara menegak sehingga penuh dan satu gok
mampu memuatkan sehingga 1,400 kayu bakau.
v proses penyejukan sebelum pekerja mengeluarkan arang untuk
dimuatkan dalam lori, ditimbang dan dihantar ke kilang pemprosesan
terakhir untuk dijadikan pelbagai produk.

Kesimpulan

Lawatan kilang tanur arang ini dapat memberikan banyak pengetahuan


kepada pelatih, supaya apabila bekerja di Jabatan Perhutanan kelak para
pelatih dapat ingat sedikit sebanyak tentang proses pembuatan tanur arang.
Lawatan ini patut di buat lagi untuk mendedahkan tentang kilang tanur arang
ini kepada pelatih-pelatih akan datang.

Anda mungkin juga menyukai