Anda di halaman 1dari 6

TAJUK : KEMALANGAN DITEMPAT KERJA DAN PENCEGAHANNYA

TUJUAN : Selepas mempelajari topik ini, pelajar boleh:

a) Mengenalpasti punca-punca kemalangan di tempat kerja


b) Menerangkan jenis-jenis hazard kemalangan di tempat kerja/bengkel
c) Mengenalpasti tanda-tanda risiko hazard
d) Menentukan langkah-langkah pencegahan kemalangan di tempat kerja
e) Mengamalkan amalan pencegahan kemalangan di tempat kerja berdasarkan jenis
hazard

KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Apa itu kemalangan?

Kemalangan merupakan kejadian yang tidak diingini yang boleh mengakibatkan kecederaan,
kesakitan, kematian atau kerosakan kepada harta benda.

Kemalangan Di Tempat Kerja


Meliputi kemalangan yang:
1. Berpunca dan terbit daripada pekerjaan yang dilakukan –Kemalangan yang melibatkan
pengendalian mesin atau peralatan dan kemalangan di tempat kerja yang berpunca dari pekerjaan.

2. Berpunca daripada perjalanan:


• Ulang-alik dari tempat kediaman ke tempat kerja setiap hari.
• Dari tempat kerja ke tempat makan sewaktu rehat yang dibenarkan.
• Berkaitan dengan pekerjaan.

PUNCA-PUNCA KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Terbahagi kepada 3 sumber utama iaitu1.Faktor Kemanusiaan, 2.Faktor Pentadbiran dan


3.Faktor Fizikal

Faktor Kemanusiaan
a.Kecuaian-kurang memberi tumpuan kepada kerja-mengalamun/berkhayal semasa bekerja
b.Kurang pengetahuan-mengenai kerja yang di lakukan-mengenai langkah-langkah keselamatan
mengenai latihan untuk melakukan tugas-sikap tak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan
dalam melaksanakan tugas dengan betul.
c.Tidak berdisiplin-bergurau semasa bekerja, gagal mematuhi peraturan-mengambil jalan pintas
Faktor Pentadbiran
a.Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak di laksanakan dengan bersungguh-sungguh
b.Kurang/tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakan tugas
c.Kawalan keselamatan yang longgar
d.Tiada latihan/kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas.
e.Tiada prosedur kerja yang ditetapkan.
f.Tiada latihan berkaitan pencegahan keselamatan pekerja

Faktor Fizikal
a.Persekitaran-kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian seperti tidak dibersihkan, licin,
berselerak
-pencahayaan tempat kerja yang tidak mencukupi
-Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan memberi kesan
psikologi, mengganggu komunikasi atau menyebabkan kehilangan pendengaran
-Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu kecerdasan minda dan
tumpuan individu
-Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak sistematik boleh membawa
akibat buruk kepada persekitaran

b.Peralatan dan Mesin-susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja
-keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai di gunakan lagi
-keadaan mesin & peralatan tangan yang tidak di selenggara dengan baik
-penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah-penggunaan dan penyimpanan
mesin yang tidak teratur
-pengendalian mesin dengan cara yang tidak selamat

.c.Sistem Pendawaian-pendawaian yang lebih daripada 40 tahun


-kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan kebocoran arus elektrik, beban lebih
had (overload)-pendawaian tambahan tanpa kebenaran
-pendawaian yang salah pada alatan yang di gunakan

Jenis-jenis Kemalangan:
 Tersepit antara objek  Terjatuh  Tergelincir
 Berlanggar  Meletup  Terbakar
Kesan dan Akibat:
 Melambatkan  Kemusnahan harta benda  Kecacatan / Kecederaan
pengeluaran
 Kerosakan  Menjejaskan kualiti  Kematian

JENIS-JENIS HAZARD DAN RISIKO

Pengertian Hazard
Hazard ialah Apa-apa yang berpotensi memudaratkan pekerja samada dari segi keselamatan atau
kesihatan. Hazard boleh dibahagikan kepada:

• Hazard fizikal – Elektrik, haba, bunyi bising, radiasi,debu/habuk, dan lain-lain


• Hazard kimia – Pelarut, asid, alkali, gas, dan lain-lain
• Hazard biologikal – Virus, bakteria, kulat, parasit, serangga pembawa penyakit, haiwan berbisa,
• Hazard ergonomik – Stesen kerja yang tidak sesuai dengan pekerja, pengendalian manual,
postur kekok (awkward posture),kerja berulang, dan lain-lain.
• Hazard psikososial – Kerja syif, tekanan di tempat kerja,penyalahgunaan dadah dan alkohol,
gangguan seksual ,keganasan, dan lain-lain.
Hazard Fizikal

a)Elektrik-Berpunca daripada kecuaian sistem pendawaian-


Kesan : gangguan jantung, tidak sedarkan diri, kulit terbakar,kejutan elektrik

b)Haba-pekerja yang bekerja di tempat yang menggunakan ketuhar,dapur, tempat melebur


atau di kawasan panas
kesan : ruam panas, heat cramps (kehilangan air berlebihan),keletihan, heat stroke

c)Getaran-pekerjaan yang menggunakan alat-alat yang bergetar secara berterusan seperti pengetam
dan gergaji elektrik
Kesan : Getaran seluruh tubuh (mesin pertanian/kenderaanberat)-gangguan kepada rangsangan
saraf, penglihatan dan sistem penghadaman serta merosakkan bentuk tubuh
-Getaran sebahagian tubuh (pneumatic drill, gergaji mesin dsb)
Kesan-kerosakan tulang belakang & sendi tangan spt kebas, sakit dan kulit bahagian tangan menjadi
putih.

d)Tekanan-berlaku kerana perubahan tekanan udara sekeliling secara tiba-tiba


Contoh : juruselam,bekerja di bawah tanah
Kesan :-Barotrauma (melibatkan organ-organ berongga seperti telinga, sinus, paru-paru,
kepanasan-boleh menyebabkan kematian, sesak nafas, gangguan penglihatan, rongga gigi-
pening, muntah, batuk berdarah, sakit sendi, sakit kulit,kebas, bingung, tidak sedar,
lumpuh dan sakit jantung & reput tulang

Hazard Bahan Kimia


-Bahan kimia yang digunakan di industri-industri adalah merbahaya dan boleh menyebabkan
kecederaan jika terdedah tanpa di lindungi.Contoh : asid, alkali, gas, pelarut, siken, getah sintetik
gentian kaca dan pelekat.-

Bahan kimia boleh memasuki tubuh manusia melalui 3 cara


i. Pernafasan
ii. Penghadaman
iii. Melalui kulit-Kesan bahan kimia bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh dedahan
dan sifat tindakbalas sesuatu bahan kimia
-Kesan serta-merta : pening kepala, muntah (pulih dalam tempoh 24 jam), melecur, melepuh,
terbakar

Hazard Biologikal
-Di sebabkan oleh bakteria dan virus-Contoh industri memproses kulit binatang, membuat baja,
memproses kertas terpakai, menganalisis spesimen biologi
-Kesan jangkitan penyakit bergantung kepada tahap bahaya
1. sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit
2 . laluan masuk sgen penyakit kedalam badan
3. ketahanan badan pekerja yang terdedah

Hazard Mekanikal
-Berpunca dari mesin dan peralatan yang di gunakan-
Kesan secara langsung atau tidak
Hazard Psikologikal
1.Tekanan kerja -stress, gangguan sekitar dan salahlaku
2 .Faktor ergonomik-ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya-berdiri terlalu lama,
-duduk terlalu Lama
Kesan -sakit kepala, sakit mental-sakit belakang, sakit lutut, sakit kaki-posture tubuh

AMALAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN:

Mengamalkan Peraturan Keselamatan Bengkel


 Dengar arahan dan ikut peraturan yang telah ditetapkan
 Jangan berlari-lari di dalam bengkel kerana boleh menyebabkan kemalangan
 Pastikan lokasi butang kecemasan. Jika anda melihat kemalangan berlaku, tekan butang
kecemasan untuk menghentikan mesin dengan serta-merta.
 Sentiasa memakai apron atau overall untuk melindungi diri anda
 Memakai kasut keselamatan atau kasut yang sesuai
 Dilarang membawa beg ke dalam bengkel.

Kaedah Pencegahan Hazard Elektrik


• Menggunakan peralatan elektrik yang bersesuaian dan selamat.
• Menggunakan peralatan keselamatan tambahan bagi meningkatkan keselamatan sistem elektrikal.
• Menjalankan penyelenggaraan berkala ke atas sistem elektrikal.
• Mendapat latihan dan mematuhi protokol kerja selamat dalam penggunaan, pengendalian
atau penyelenggaraan peralatan elektrik dan punca elektrik lain.
• Melakukan pendawaian hanya selepas mendapat sijil kompetensi yang berkaitan

Kaedah Pencegahan Risiko Suhu Tinggi


• Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat berkaitan dengan pekerjaan di dalam
persekitaran suhu tinggi.
• Melakukan kerja pada waktu yang kurang panas seperti awal pagi, senja, waktu malam
atau pada hari-hari sejuk.
• Membiasakan diri dengan kepanasan secara beransur ansur (acclimatization) – waktu pekerja
terdedah kepada persekitaran kerja yang panas ditingkatkan secara beransur-ansur. Ini memberi
peluang kepada tubuh untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran panas secara berperingkat.
• Meminum air dengan lebih kerap bagi menggantikan air yang banyak hilang melalui peluh.
• Menggunakan alat pendingin udara untuk mengurangkan hazard haba dalam bangunan dan
kenderaan.
• Mesin-mesin yang menghasilkan haba perlu mempunyai sistem pengudaraan untuk mengurangkan
haba berlebihan.
• Mengurangkan masa pendedahan melalui penggiliran pekerja.
• Berehat seketika antara waktu kerja di tempat sejuk

Menggunakan pelindungan keselamatan dan kesihatan diri semasa bekerja:


Bil Alat pelindungan Kegunaan
1 Pakaian kerja -apron, overall, Pakaian pelindung diri dan kasut keselamatan
skaf, kod makmal,
2 Pelindung mata Cermin mata keselamatan dan topeng muka
3 Pelindung telinga Penutup telinga dan penyumbat telinga
4 Pelindung tangan Sarung tangan getah dan krim
5 Peralatan pernafasan Penghadang muka, peralatan perlindungan
pernafasan
Gambar alat-alat pelindungan dan keselamatan diri

Mengenalpasti Simbol dan Tanda Keselamatan di Bengkel


RUJUKAN:

1.http://www.scribd.com/doc/51309212/kemalangan-di-tempat-kerja
2.Standard Persekitaran Bengkel , BPTV,KPM

Anda mungkin juga menyukai