Anda di halaman 1dari 20

celoteh Edisi Terh

ad

BUKU CERITA KANAK-KANAK ditulis oleh: FATIN NOOR SHAHIRAH BT SSAHIDAN


Anas merupakan anak tunggal lelaki
kepada Encik Yussof dan Puan
Mardhiah. Dia juga merupakan seorang
pelajar yang nakal disekolahnya dan
berumur 8 tahun. Anas tinggal bersama
ibu dan ayahnya di bandar. Kedua-dua
ibu dan ayahnya sangat sibuk bekerja
sehinggakan Anas kurang diberi
perhatian.
Di sekolah Anas kerap membuli rakan-rakan
sekelasnya, sehingga ibu-bapanya selalu dipanggil ke
sekolah oleh guru disiplin sekolah iaitu cikgu Manap
disebabkan oleh sikapnya yang sangat nakal itu. Jason busuk,
padan muka
Disebabkan kenakalan Anas, ibu dan ayah Anas telah
berbincang dan membuat keputusan, mereka berdua nekad
untuk menghantar Anas bersekolah di kampung dan tinggal
bersama datuk dan neneknya. Ibu dan ayahnya membuat
Setuju keputusan sedemikian untuk kebaikkan Anas agar dapat
belajar berdikari dan berdisiplin di bawah jagaan datuk dan
neneknya di kampung.

Anas, bulan 8 ni
ayah dan ibu
hendak
menghantar kamu
duduk di
kampung
Pada cuti hari minggu, Ibu-bapanya membawa Anas pulang ke kampung.
Setelah beberapa jam perjalanan, mereka pun tiba di kampung. Ketika
dalam perjalanan Anas ternampak di sekeliling kawasan kampung,
terdapat banyak bendera Malaysia terpacak di tepi jalan. Anas seperti
rusa masuk ke kampung melihat suasana kampung datuknya. Anas pulang
ke kampung pada masa itu ialah pada bulan kemerdekaan.

kenapa banyak
bendera Malaysia
bergantung di
sepanjang jalan?
Setibanya Anas sekeluarga di hadapan
rumah datuk dan neneknya mereka
disambut dengan gembira kerana Anas
dan keluarganya sudah lama tidak pulang
ke kampung halaman ibu dan ayahnya.
Pada hari isnin, Anas
kesekolah barunya. Cikgu
Munirah yang merupakan Murid-murid
guru kelas Anas, telah hari ini kita
memperkenalkan Anas ada pelajar
kepada rakan sekelas. Dia baharu

duduk di sebelah kawan


Hai kawan-
baru bernama Amin. Pada
kawan,
hari pertama persekolahan
nama saya
berjalan dengan lancar. Anas
Setelah Selesai hari pertama
persekolahan Anas pun
pulang ke rumah. Anas
sangat gembira dengan
sekolah barunya, kerana dia
mendapat ramai kawan
baru.
Setiap tahun pada bulan kemerdekaan di kampung atuknya akan
bergotong-royong memasang bendera di sekeliling kawasan kampung.
Pada keesokkan petangnya, atuk membawa Anas pergi memasang bendera
bersama penduduk kampung. Inilah pertama kali Anas merasakkan
suasana gotong-royong memasang bendera untuk menyambut hari
kemerdekaan yang akan tiba nanti.

Nanti malam Atuk, apa itu


atuk ceritakan, Kemerdekaan?
sekarang kita
pasang bendera
dulu
Pada sebelah malamnya, selepas selesai
menjamu selera bersama keluarga, atuk
memanggil Anas ke ruang tamu untuk
menceritakan kepada Anas tentang erti
kemerdekaan.
Anas, petang Ya atuk Anas
tadi kamu ada ada tanya atuk
tanya atuk kan pasal
apa itu kemerdekaan
kemerdekaan? tadi petang

Mari sini atuk


ceritakan ke
kamu
Pada Tanggal Pada 31 Ogos 1957 adalah Tarikh keramat bagi seluruh rakyat
persekutuan tanah melayu, hampir 20,000 anak bangsa berkumpul menyaksikan
detik-detik bersejarah kemerdekaan negara di depan mata yang bertempat di
stadium merdeka Kuala Lumpur, secara rasminya penyerahan pemerintahan
persukutuan tanah melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara
tanah melayu. Tatkala Tunku Abdul Rahman melaungkan “MERDEKA” sebanyak 7
kali, gegak gempita Stadium Merdeka Kuala Lumpur dengan laungan keramat ini,
menandakan bahawa Tanah Melayu sudah bebas dari cengkaman penjajahan
bangsa luar,bermula dengan upacara penurunan bendera union Jack di padang
kelab Selangor (kini sebagai dataran merdeka), bendera persekutuan tanah
melayu telah dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan negaraku, juga diikuti
pengisytiharan kemerdekaan di stadium merdeka. Diikuti pula selepas itu
dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan
tembakan Meriam seratus satu das. Semua yang hadir tidak mampu menahan air
mata.
ketika atuk Anas bercerita tentang
kemerdekaan, neneknya datang sambil
membawa ubi rebus untuk dijamah
bersama-sama. Anas inila ubi rebus,
sedap tau, makanan
atuk dan nenek pada
Sini atuk zaman dahulu, Ketika
sambung zaman jajahan sebelum
kemerdekaan.
cerita

Nenek makanan
apa ni?
Datuk anas menceritakan keperitan hidup rakyat tanah melayu pada
zaman sebelum kemerdekaan.

Jepun mula mendarat di tanah melayu pada 8 Disember 1941.


Kehidupan dahulu ibarat burung, mata terlepas badan terkurung.
Penduduk amat takut untuk keluar kerana takut terserempak
dengan tentera jepun. Mereka tidak dapat menjalankan aktiviti
harian dengan aman. Kaum wanita yang paling terjejas dan hidup
dalam ketakutan kerana takut diculik oleh tentera jepun. Mereka
hanya memasak apa yang ada di sekeliling rumah. Selalunya
mereka makan ubi rebus. Malah, jika ada pisang yang masak di
pokok akan turut dirampas oleh jepun. Rakyat pada masa itu
sangat benci dengan sikap-sikap penjajah yang kejam itu.
Anas masih bersemangat untuk mendengar cerita
atuknya tentang sejarah kemerdekaan Tanah melayu
sehinggakan atuknya tidak menyedari sudah larut
malam.

Eeeh anas, dah terlalu


panjang atuk bercerita ni
smpai larut malam, esok kamu
Alaa atuk,
nak kena kesekolah pulak. Tak
apa nanti atuk bawa ke pekan tak puas lagi Anas
untuk merasakan sendiri dengar cerita atuk,
suasana meriah sambut hari baik tak apa la
kemerdekaan, sekarang kamu nanti atuk bawa
masuk tidur
Anas ya, Anas
masuk tidur dulu,
Selamat
Malam
Dua hari sebelum hari kemerdekaan, guru kelas Anas menyuruh anak
muridnya bergotong-royong dibilik darjah dengan memasang bendera
Malaysia di setiap sudut kelas. Guru kelas Anas berkata , bak kata pepatah
"melentur buluh biarlah dari rebungnya"

Murid-murid, lagi
dua hari kita akan
menyambut Hari
Yeeaayy, baik Kemerdekaan, jadi
cikgu cikgu ingin kamu
semua memasang
bendera di setiap
sudut kelas kita
Anas dan rakan sekelasnya sungguh bersemangat mengemas
dan memasang bendera di dalam bilik darjah mereka.
Di pagi yang cerah dengan kicauan burung yang merdu, atuk dan
nenek telah membawanya ke pekan untuk menyaksikan perarakan
sambutan kemerdekaan yang berlangsung. Disitu Anas dapat
menyaksikan suasana menyambut Hari Kemerdekaan.
Anas dapat melihat banyak kontigen berpakaian Anas berasa sangat teruja menyaksikan
seragam berarak perbarisan seperti polis diraja perarakan pasukan beruniform dan pertunjukan
malaysia, tentera udara, jabatan kerajaan dan banyak udara oleh Tentera Udara Malaysia. Dia berharap
lagi. suatu hari nanti dia juga dapat turut serta dalam
perarakan Hari Kemerdekaan.

Pada tengah malam Hari Kemerdekaan


pula, Anas, atuk dan neneknya MERDEKA !!!
menyaksikan kemeriahan pertunjukan
bunga api. Anas berasa sangat bangga
kerana dilahirkan di bumi Malaysia dan
dia juga berazam untuk menjadi rakyat
yang patriotik serta dapat berbakti
kepada negara suatu hari nanti.
Anas berasa insaf selepas mendengar cerita atuknya, Anas berjanji
kepada ibu bapa, datuk dan neneknya yang dia tidak akan nakal lagi,
dan dia berazam untuk menjadi orang yang berguna di bila besar
nanti.

-TAMAT-
MAKSUD PERUMPAMAAN
Seperti rusa masuk ke kampung
Berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila
berada di tempat yang baru

Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung


Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya


Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
celoteh

Diterbitkan oleh :
Fatin Noor Shahirah Binti Ssahidan (275309)
SBLM1023 Introduction to writing
Universiti Utara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai